Wednesday, April 8, 2009

aku menjadi manusia yang sangat jahat?

salam2~YOSH!tajuk sangat2 pelik..tapi itu menunjukkan keadaan aku sekarang..

nak dijadikan cerita,aku tengah jawab2 quiz kat FB menghilangkan bosan yang melanda.tiba2, aku dapat satu mesej.(dalam hati dah mencebik habis dah,apasal lah minah ni mesej aku,aku xsudi dah nak balas)

tanpa salam sebagai pembuka mesej,tiba2 aku cam terkejut jugak baca mesej minah ni.kesian pun ada.aku bukanlah manusia kejam yang tak pernah maafkan orang.tapi aku xsuka orang hipokrit.grr~apa aku boleh kata dekat sini "Jadi manusia biarlah yang sentiasa berbuat baik,takutnya kita buat jahat nanti Tuhan balas lagi teruk.Jangan suka dengki dengan orang apalagi memburuk2kan orang".aku xrugi apa2 pun dengan perbuatan kau dulu.sekarang kau tengah menanggung akibat atas apa yang kau dah buat dekat aku dulu.

soalnya sekrang,aku bukan berpuas hati apalagi bergembira atas apa yang kau alami sekarang,cuma aku rasa dari dulu kau patut sedar.xguna buat jahat dengan orang.dulu kau pernah bergembira atas kejayaan kau menjatuhkan aku,sekarang kau??aku nak kasihan lebih2 pun xdapat sebabnya aku rasa kau memang layak jadi macam ni sekarang(seriuosly,jahatnya aku..arhh,aku xnak hipokrit).tapi sebenarnya,kalau kau xmesej aku dan bagitau keadaan kau sekarang,aku tak kisah jugak.sebabnya aku bukan pendendam.aku ni memang cepat lupa perihal2 macam ni.kalau aku ingat pun benda2 baik sebab aku xsuka menyerabutkan otak aku dengan hal remeh temeh.

aku hargai penyesalan kau dan aku xambil kisah pun hal lama.kalau sekarang kau menyesal,aku harap kau xulangi lagi.sebabnya aku xnak kau buat sesuatu yang menampakkan kebodohan masing2.

so manusia diluar sana,kita nak buat apa2 fikir la dulu.jangan disebabkan kebodohan kita,kita memalukan diri sendiri apalagi perbuatan kita mendapat balasan yang setimpal dari Pencipta Yang Esa.dan sebagai manusia juga,janganlah kita jadi pendendam dan pendengki.sekiranya seseorang itu lebih baik dari kita,maka ubahlah diri.sekiranya orang itu lagi teruk dari kita,maka hisablah diri kita samada kita akan terus kekal menjadi yang baik atau pun yang sedia ada.

sekiranya entri aku kali ni melambangkan aku jahat atau cuba jatuhkan maruah orang,aku minta maaf.aku menulis sekadar meluahkan tapi bukan untuk kepuasan hati.sekadar peringatan untuk aku dan juga sesiapa yang sudi.yang baik datang dari Allah,yang buruk lahir dari kelemahan aku sendiri,maka maafkanlah aku jua.

wslm~~~

2 comments:

ArM said...

jahatnye eida~ XD

EidaAz said...

LOL!

xpatutnya kau kata aku yang jahat~

isk3!

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com