Tuesday, October 19, 2010

Ladies and gentlemen =)

Assalamualaikum =)

Baru-baru ini dapat mesej keluhan seorang sahabat. Kelakar pun ada, tapi itulah kehidupan. Kalau hidup tak complicated, tak seronok la life kita kan? Apa-apa pun kita yang mencorakkan kehidupan kita. Kita yang menentukan bagaimana putaran hidup kita. Pernah dengar tak orang kata orang perempuan ni comlicated? Ala, common la tu. Baik perempuan atau lelaki, mereka dengan cara mereka yang mana kedua-duanya sama compicated sama complex. Kan?

Yang sorang ni pulak duk membebel, kalau orang perempuan nak pakai pencuci muka pun sampai kena ada dua. Yelah satu pencuci muka, satu lagi scrub. Tapi lelaki pun ada yang pakai kan? Nak guna tuala pun kena sampai dua. Satu untuk mandi, satu untuk lap muka. Yela, tuala mandi jangan la buat lap muka. Kebersihan lebih terjamin baru lah tak naik jerawat. Hehe! Itu baru sikit katanya. Kalau tengok bilik mandi perempuan, penuh kabinet toilet dengan syampunya, conditioner, shower and apa-apa saja untuk menjaga kulit. Kalau yang suka pink mesti towel pink, syampu pink and bla bla bla yang aku dah lupa apa yang dia omelkan. Tapi iti bukan perkara besar, orang lelaki kalau minat gadget, kereta, motor, handphone and so on, ada orang perempuan bising? Sama je la kita ni.

Kalau masuk bilik perempuan katanya, atas meja solek tu, bersusun barang. Ubat jerawat, pelembab muka, pelembab bibir, lipstik, eye liner, compact powder, pelembab siang dan malam, deodorent pun siang dan malam and macam-macam lagi. Bukan ke membazir? Tak bersyukur ke dengan kecantikan Tuhan bagi? Ni lagi satu hal dorang nak banding. Hello, itu bukannya lebih-lebih, kalau aku pun selagi benda tu menjadi keperluan, aku guna, takda masalah. Bersolek dengan menjaga satu benda yang berbeza. Menjaga kebersihan, benda yang tak nampak. Bersolek orang nampak. Kalau macam aku yang tak bersolek kira masih bersyukur sebab tu menjaga :P Hehe~

Baju pulak, satu colour nak banyak-banyak. Kalau baju dah banyak, tudung pun nak banyak-banyak. Haiya, itu pun soalan berbangkit ke? Dah tu, kalau tudung satu je satu colour, cepatlah buruk tudung tu. Kan rugi? Kalau lelaki pulak, nak pakai baju mesti yang mahal-mahal. Budget baju untuk lelaki mana ada yang murah. Betul tak? Orng perempuan tak kisah, dekat Jalan TAR pun boleh shopping baju dan lebih-lebih lagi tudung. Boleh rambang mata hanya dibawah panas terik. Kalau lelaki? Mana pandang tempat-tempat macam tu. Baju Melayu pun nak pakai brand Orlando. Orang perempuan? Rilek sudah, asalkan padan dan senang dan paling penting sila berpakaian menutup aurat. :) Jadi, lelaki dan perempuan masih sama kesukarannya kan?

Bab perasan, feeling2, touching and what so ever tu, memang lah beza. Dah nama perempuan ni lembut. Kalau nak kasar-kasar, baik tak payah jadi perempuan kan? Jadi lelaki lah. Habis kalau semua nak kasar, alamak aih, tak ke boring? Perempuan kasar, lelaki kasar, tak seronok life kita. Tapi bukan keseronokkan point penting, tapi kelengkapan yang menjadi lumrah kita. Kalau tak, perempuan takkan boleh beranak kalau mereka kasar. Perepmuan dijadikan lembut sebab mereka secara automatik adalah lebih penyabar. Bukan begitu? Dan orang lelaki takkan boleh jadi suami, kalau mereka tak cool dan tegas. Sebab itu sabar perepmpuan beza dengan sabar lelaki. Kalau tak macam mana Allah nak serahkan talak kepada lelaki? Klau perepmpuan yang diberi keistimewaan memegang talak, pasti dalam sehari 30 atau 40 kali menajtuhkan talak. Bercerai berai lah rumah tangga, roboh la institusi kekeluargaan dan hancurlah kehidupan manusia.

So, kenapa perlu nak bisnig sana-sini nak omel pasal perempuan dan lelaki?Dah kita memang tercipta begiu.Cuma bagaimana cara kita mejalani kehidupan kita.Oke lah. Perempuan-perempuan dan lelaki-lelaki, silalah ambil yang jernih buang yang keruh. Sebab kita dah ditakdirkan untuk melengkapi(tapi bila dah kahwin la) jangan gatal-gatal nak berangan sekarang. Hehe!



so sila fikir-fikirkan ^^,

9 comments:

Nur Areefah said...

haritu ada dak laki ni cakap " pergh kau alat mekap berlambak tapi tak cun2 jugak"

perghhh makan dalam seyh..!!hua3~

biase la penciptaan yang unik ni la yang membuatkan dunia ni balance~

EidaAz said...

haha.
betul betul betul
barulah balancekan

pasal make up pulak, haha!
memang tak sayang mulut tu~
haha!

Princess Nahdi said...

perghh.. bila noorkhalida dah mula tekan keyboard! (n_n)v
Mabruukk~

M. Faiz Syahmi said...

like ur post.
is it genuine or plagiarized.?
hahaha.
like it alot.

EidaAz said...

nik-haha!takda la.macam takperlu la nak banding2 semua tu.
:)

EidaAz said...

faiz-hello encik pelukis, i taip sendiri okes.buat snediri.pandangan sendiri.dari kacamata tuan punya badan.
ngeh2!

nur syakirah said...

like like like

shiemah el even said...

ieda~~
u shud sdiakn button like yer..
hoho..t rmai org ley tekan button like tuh..
huhu..

EidaAz said...

shiemah!
hey hey hey,
i would like to do it one day.
when the traffic is up up and up.
when there are many followers.
hahaha :)
i'm not a good writer anyway~

anyway, thanx dear~

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com