Tuesday, March 29, 2011

Bimbang sangat ke?Siapa lebih utama?

Assalamualaikum :D

Lama tak menulis.Nak kata busy, takda lah busy sangat pun.Apalah nak buat.Kerja pun tak sepanjang cuti ni.Duduk rumah je.Dah boring sangat, berasap lah dapur aku kerjakan.Semua orang dalam rumah ni, dah bising sebab asyik kedapur je.Woit, kuat bina badan cuti ni.Tension-tension.Baru anak dara.Ayah aku pun dah bising.Malu weh.Kalau mak aku ke, kakak aku ke, macam tak hairanlah sebab orang perempuan memang lah bimbang kan?Ni ayah aku, for sure la malu.Keh2!

Itu baru intro.Sebenarnya aku nak ketengahkan beberapa isu yang dah lama aku fikir, aku tengok dan selidik.Pernah korang tanya kawan-kawan, macam mana mereka lihat kita?Korang pernah komen pasal kawan macam mana korang lihat dia?Korang tak paham ek?Meh nak story.Layaaan!

Al-kisahnya, aku bercakap dengan member(L bukan nama sebenar) aku, perbualan ini berlaku bila ada seorang member(P bukan nama sebenar) komen tentang (Z bukan nama sebenar) tentang pakaian yang dipakainya.Neutralkan minda anda sekarang dan sila masuk mood oke? Z memakai blouse labuh sehingga lutut, berseluar slack, dan bertudung sempurna menutup dada dan bahagian punggung.P mempertikaikan pakaian yang dipakai Z sebab baginya seseorang yang bertudung begitu tidak patut memakai pakaian seperti Z.Z memang seorang yang akur dan hanya diam dan akur dengan P.Alhamdulillah.



So mulalah perkongsian.Aku cakap dengan L bahawa aku rasa Z tak salah pun.P jugak tak salah.Z bukan mendedah aurat.Pakaiannya lengkap tertutup malahan langsung tidak menampakkan susuk tubuh jugak tak nipis.Berstokin dan bersarung lengan.Cuma bagi P, lebih elok berpakaian yang lebih baik.Tapi L tiba-tiba bengang." Kau kenapa tiba-tiba sensitif ni? (dalam hati:terasa ke?)",tanya aku.L "bukan terasa.Kenapa p nak malukan Z macam tu.Kalau dia baik, baiklah.Z bukan seksi pun.Sentap aku!Aku memang tak kisah pakai macam mana selagi mak aku tak kata pakaian aku ni menjolok mata.Asal kita selesa dan jujur dengan diri sendiri, oke lah!" Aku pun bermonolog dalam hati "Patutlah macam tu pakaian kau.Hmmm.Kau salah L."


Siapa yang kita nak ikut?Apa yang Allah suruh, atau apa yang mak kita cakap?Kenapa mak awak tak marah awak pakai pakaian macam tu?Adakah mak awak kurang belajar, atau awak yang kurang menuntut ilmu?Siapa salah?Mak awak ke yang tetapkan aurat kita sampai mana?Eh, no wonderlah ramai yang macam tu sekrang.Yang kurang pasti aurat kat mana.Bukan dorang tak tahu ye, tapi dorang kurang pasti belah mana aurat dorang.

Patutlah orang sekarang macam tu.Tengok sana, situ terdedah.Tengok situ, sana terdedah. Pernah duk borak-borak, dorang cakap "Mak aku mesti marah muka aku dah tumbuh jerawat." "Mak aku mesti marah badang dah naik 2kg." "Mak aku mesti marah beli baju warna-warna suram ni" Eh eh eh. Meh aku pulak yang bertanya " Mak kau tak marah baju kau ikut size body adik kau? Mak kau tak marah ke kau keluar malam-malam dengan lelaki? Mak kau tak tanya ke, kau pakai tudung tutup dada tak? Mak kau tak marah ke kalau baju kau nipis sampai semua boleh tayang? Mak kau tanya tak solat cukup ke tak? Mak kau cakap tak, anak, jaga solat jaga aurat, jaga hubungan dengan orang, berkawan dengan orang-orang yang baik?" Ada tak mak kau marah? Kesianlah kalau mak kau tak marah.Mak kau boleh marah tak jaga makan sampai naik jerawat, naik badan, tapi perihal kau untuk akhirat, mak kau tak kisah.

Fikir-fikirkanlah wahai rakyat jelata.Tak nampak lagi ke amaran-amaran yang Allah bagi?Tak takut ke hidup kita ni dah tak lama.Paling lama hidup pun 40-80 tahun.Tapi tak takut ke, seksa kubur yang lama, hari perhitungan yang satu hari disana bersamaan ribuan tahun di dunia.Eh, tak takut ke?Mak kita memanglah seorang yang perlu kita hormati, mungkin zaman mak kita, takda orang nak ajar agama dekat dia.Tapi kita zaman sekarang ni, kat mana-mana orang ajar pasal agama.Kenapa nak menafikan yang hak?Siapa cakap yang lepas kita dah baligh mak ayah kita tak tanggung dosa kita?Dorang pun turut sama berdosa sebabnya dorang yang berhak mendidik kita.Korang tak kesian ke dekat mak ayah korang?Tak takut ke dorang yang kena seksa kalau dorang dah meninggal?Doa yang dorang harapkan dari kita, tapi kita lupa dekat dorang.Sedih aku bila tengok ulangan ImamMuda 2010, seorang perempuan kena tangkap khalwat dengan pasangan dalam kereta dekat tempat gelap.Lepas tu, bila ditanya, rupa-rupanya ayah dia dah meninggal.Weh, menitis air mata, anak buat macam tu bila ayah dah takda.Kata sayang mak ayah, tapi apa kita buat?



Pandanglah sekeliling kita, lihatlah anugerah yang ada, mohonlah ampun, anda mampu mengubahnya. :) Maaf kalau terkasar.Kadang-kadang perlu keras untuk orang yang dah tahu, tapi nak menafikan.Kalau tak tahu aurat, itu tipu.Dari tadika sampailah form 5, kita belajar agama.Salam :)

Pesanan terakhir with love :)


14 comments:

shiemah el even said...

mne button like ekk..hehe

Unknown said...

Jemput singgah di blog baru Sumanje
Tentang Malaysia
Terima kasih atas kunjungan anda
Semoga Ceria selalu dan happy blogging
Dari ~~~SuManje~~~~~~~~~…………………

:)..

Raji and Yeen said...

huhu tu lah kan
memang lah syurga di bawah tapak kaki ibu.. tapi in certain case bknnya bermaksud ibu kita tidak tegur bermakna kita bebas sewenang2nya utk berbuat demikian.. :)

and we as a future parents kena lah amik perhatian tntng pemakaian anak kita... kita bakal dipersoalkan di akhirat kelak jika kita bersikap lepas tgn..

Bunga said...

kena ikut suruhan-Nya itu lebih utama..

bg bunga Z tak salah sebab dia dah menutup aurat..

Nur Areefah said...

'seksa' dunia nampak jelas tapi kita kabur dengan yang PASTI

Aleen Aiden said...

ok situasi d atas boleh tahan complicated jugak sbenarnye.dan alin da mula kompius sbb byk watak,jd perlu masa nak digest.hu3

najwa said...

like!!

btw, eida! epi bufday! ^_^

EidaAz said...

shiemah:: kekeke!thanx, i'll accept "like" as compliment :)

EidaAz said...

sumanje:: oke, i will..thanx :)

EidaAz said...

raji:: yes, u are right...dosa berpanjangan....

kalau kita tak tutuo, macam mana nak didik anak2 kan?

EidaAz said...

bunga:: ye, betul...
as a muslim, bear in mind, everything we do, put Allah in the first place...:)

EidaAz said...

Areefah:: betul yang arif....mereka lupa, hot kat dunia, akan buat dorang lebih hot kat sana...

EidaAz said...

aleen:: hehe...maaf la...penbulis ni tak pandai sangat nak mengarang...keh2!take ur time, and digest cepat2 ^_______^

EidaAz said...

sarah:: thanx dear laling ^_______^

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com