Tuesday, July 6, 2010

Syukurlah

Assalamualaikum.

Post kali ini adalah memegang amanat dari sahabat.Katanya "Tunaikanlah hak blog anda".Walaupun sedikit perkara yang ingin disampaikan, manfaatkanlah setiap ruang yang ada kepada kebaikan.Terima kasih sahabat.

InsyaAllah, malam ini para-para sahabat akan bertanding berebut jawatan untuk kelab Intech-ss.Rebut bukan sebarang rebut.Kami berebut memegang amanah Allah.Mudah-mudahan Allah permudahkan jalan kepada kita.Untuk Eton, good luck ya. =) Tahniah dan Takziah buat semua sahabat-sahabat malam ni. Yang bakal menunjukkan videonya malam ini pun, good luck.Mudah-mudahan video anda menggamit 1001 rasa!=)

Semalam dan hari ini, saya diuji dengan masa.Kesian adik-adik yang menantikan tajuk baru untuk keluarga kita.Semoga Allah memberi ruang untuk kita berjumpa lagi.Ialah, minggu ini memang minggu yang padat.Mid-Sem akan bermula pada 8 Julai. Dan saya akan bermula pada 9 Julai untuk Math3;subjek kira-kira yang paling best.Almaklumlah, subjek Mama Masriza yang ajar masa sekolah menengah!Diikuti pula pada 13Julai dan hanya berakhir dengan dua paper killer untuk sem ini iaitu Fz2 and Programming pada hari yang sama iaitu 23Julai.WOAH!InsyaAllah,bila dah berusaha,maka letakkanlah kebergantungan kita kepada Allah yang Maha Mengetahui.Amin.Jadi peruntukan masa sangat penting.Maaf untuk kawan-kawan yang kadang-kadang datang meminta bantuan,tapi tak sempat saya nak tolong.Saya juga manusia yang biasanya gagal mengawal emosi apabila kerja datang bertimbun-timbun.InsyaAllah, yang mana sempat saya bantu, saya akan bantu.Jadi, siapa-siapa nak belajar Math3,Bab2,sila lah malam khamis ini kita memeriahkan LY.Tajuk tu ja saya pandai sikit.Jadi bahagian limit tu kita serahkan pada pakar-pakar yang lain. =) Jadi maafkan saya kerana tak pandai atur masa.Itu saja masa yang saya dapat peruntukkan!

Semalam juga hari memuntahkan segala-gala yang menjadi isi dalaman.Layu terkulai lepas habis kelas ganti fizik malamnya!itulah, kalau bukan rezeki kita, yang dah ditelan pun akan keluar balik.=.=" Makanya, mula lah malam yang monyok yang amat monyoknya.Mulalah sebilik bau ubat-ubatan (minyak cap kapak,minyak mastika,"koyok") Maka beringatlah makhluk-makhluk Allah, "Sihat,sebelum sakit" Makanya juga, sakitnya berlarutan hingga ke hari ini.Bak kata sahabat-sahabat dan keluarga terdekat, sakit dan eida tak dapat nak dipisahkan apalagi menjelangnya exam.(teruknya!) Bukanku pinta sakit itu, jadi, untuk mencegah daripada sakit, orang-orang yang batuk dan ada flu, jauhkan diri anda dari saya (^^,)

Dan untuk bonda dan ayahanda, doakanlah anakanda.Bila dah besar, dah jauh beberapa ratus kilometer camni,(PJ je bukan over the sea pun ;] ) baru la rasa, betapa pentingnya keluarga.Saat jatuh dan bangun walaupun kadang-kadang tak semua mampu kita kongsi, tapi keadaan pasti jauh berbeza bila kita bersama keluarga!Kalau lapar,ummi yang masakkan.Tak payah kakak keluarkan duit walau satu sen.Kat sini?Semua kena buat sendiri.Even sekarang,kena fikir stok barang-barang macam syampu,mandian,ubat gigi,berus gigi,softener,sabun basuh,stok2 makanan,minuman dan lain-lain yang menjadi golongan yang termasuk dalam budget RM200 sebulan tu.Ouh,baru rasa susahnya ummi dan ayah mencari duit.Sedangkan kami, tak pernah fikir akan kesusahan ayah dan ummi.Dan semestinya Ayah orang yang paling penat mencari rezeki menampung kami sekeluarga!Hebatnya ketua keluarga.Dan ummi, baru kakak tau macam mana susahnya ummi nak buat budget untuk kita sekeluarga.Syukur Allah bagi kesedaran ini.Maka dengan itu, kakak berterima kasih jugak untuk elaun yang masuk lambat.Dan meminta maaf untuk ummi dan ayah yang bersusah-payah bank in duit sementara menunggu elaun.(hampir semua rakan-rakan uia cakap sal elaun.haha)Selitkan juga sedikit. :P

Okelah,untuk ini sahaja pada hari ini.Nak bersiap ke AGM INTECH-SS!Temanya PINK,cun lah.
Ya Allah permudahkan kemenangan kepada mereka-mereka yang bekerja demiMu!

P/S:Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk juga datang dari ketentuanNya dan disandarkan kepada dirikuyang lemah dan penuh kekhilafan ini.!Maka mohon maaf atas apa saja kekurangan yang berlaku di blog ini.




Good Luck All CFSIIUM Students~

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com