Wednesday, March 11, 2009

result spm~



gambar cam sesuai juga.hoho.layan je la~

hari ini result akan diumumkan. huhu. TAKUT. Doakan yang terbaik. apapun keputusan kena redha. kan2? InsyaAllah. kepada semua2 yang amek SPM tahun 2008,selamat berjaya hari ini. Semoga korang dapat result yang baik2 juga~ doakan saya juga.

SALAM.

Monday, March 9, 2009

berjaya~

Alhamdulillah~sangat syukur azab pertama da lepas..cant wait this thursday!~

thx untuk encik hiz@dia suh saya panggil dia pak cik hiz..oke,saya nak ketawa sebabnya saya test tadi sangat2 lawak..hoho!jangan jeles kepada sapa2 yang dapat pak cik muda tu..haha!pak cik hiz ini sangat baik and saya pun xtau kenapa dia suruh saya panggil dia pak cik sedangkan cikgu2 IM semua panggil dia encik hiz..LOL~special kan?kah2~

oke firstly kena naik bukit then parking..masa naik bukit tu,tangan da berpeluh bukan main lagi.sampai mata nampak berbintang2 kat depan sebab nervous sangat.nasib baik lulus both~saya merupakan student kelima yang lulus part tu~tapi saya juga orang kedua last yang lulus bahagian 3 iaitu memandu di jalan raya utama~bayangkan berapa lama menunggu~

siyes,itu kes buli~sebabnya ada sorang pak cik ni,dia suruh aku panggil dia abang.hello,geli den~then dia kata "saya letak awak punya turn last,oke?".saya buat muka selamba je coz xda mood nak bergurau(tengah takut kan,hoho).eh2,ingat dia bergurau,rupa2nya memang saya kena tunggu lama yang amat untuk habiskan bahagian ketiga.teruk pak cik tu.then,buat muka sebal,pergi la meja urus setia,"pak cik,bila turn saya?dah mual menunggu ni".pak cik jawab "oke,kesian awak,lain kali panggil saya pak cik lagi"sambil senyum puas hati dapat membuli diriku.waa,saya da nak menangis masa tu,teruknya pak cik ni.nak je dicucuk matanya dengan pen masa tu.dia bukan menggatal,tapi dia memang suka membuli,tapi xpa la,yang penting LULUS apalagi dibelanja minum air tea ais.oo yeah,suka suki,riang gumbira~

buat kak hanim@Ustazah hanim yang blaja keta skali,selamat pengantin baru kak.saya xdapat pegi coz ummi saya mesti segan.insyaAllah,mesej akan dikirim pada hari bahagiamu~

Tuhan tu adil kan?Dia xjadikan kesedihan hari semalam sebagai penyambung hari akan datang.tengok,hari ini saya sangat happy.syukur sangat2.oke,sekarang menanti debaran result spm pula~

kua2~ingat kan post semalam akan jadi last sampai la result keluar.(hoho,kadang2 tetap lawan pendirian,happy sangat kot!~aiyoyo~)

oke,till then,salam~

diriku!~

10 mac~esok saya akan amek test JPJ.aiyo,sangat berdebar.bukan apa,saya mmg darah gemuruh sikit.pre-test pn macam apa je takut..apa lagi test yang betol2~apa2 pun doa kan saya lulus dengan cemerlang sbb xnak repeat nanti kena bayar lagi.tak suka..ni pun da gelabah macam apa je.(waaaa,,T_T).akhirnya saya akan tinggal kan juga tempat memandu yg sgt bersejarah tu,sebabnya kat situ la macam2 da jadi(sapa2 yg tau senyap je,oke?)Thanx GOD~rakan2 yang selalu support saya tu,tq sangat2.saya sayang korang sangat2.thx sbb mesej2 saya and bagi kata2 semangat sebab korang memang sangat kenal sayya yang penakut ni kan?ngee,insyaAllah saya buat elok2 esok.xnak nervous2 macam pesan korang.10kawan mesej ucap buat baik2 esok.oke,tq sangat2.so,sapa2 lagi nak mesej saya?silakan.hoho!saya menanti dengan penuh debaran(hahaha).

12 mac~result2...ouh,saya sangat takut juga!~kalo result xsebagus kak long saya,jangan marah ye ummi and ayah.isk3!harap yang terbaik je.tawakal je la skang ni.huhu,takut2.so saya akan menyepi lepas result.hp pn akan di off buat masa yang lama.so,dont miss me!hahaha~doakan result saya bagus oke?

AWAY~ye,saya akan menyepikan diri buat masa sekarang.kenapa?jiwa saya tak tenteram la skang ni.2 hari penting dalam seminggu.aiyo,sangat runsing.post ini mungkin akan jadi sangat panjang.haha,macam tinggal wasiat la(Ya Allah,kalo mati,matikan aku dalam iman).AMIN~bukan apa,kadang2 kita perlu masa untuk muhasabah diri kita.manusia akhir zaman,macam ni la.diduga dengan cubaan kecil pun da kelam kabut.nafsu amarah,nafsu kebendaan,nafsu darjat..macam2 la.saya bercakap on behalf of myself.itulah saya.kadang2 kita xfikir,macam mana orang susah yang lain yang diuji dengan bermacam2 dugaan,tapi dorang tetap teguh dan yakin dengan Allah.so wahai manusia,kesabaran adalah separuh dari iman.jangan dilayan nafsu2 yang datang tu.LAWAN!!~(ada kaitan ni walaupun macam tak jelas.biar saya sorang je yang paham)

em,ni nak kongsi satu cerita dari kawan saya.sayya bukan nak membuka aib,sekadar peringatan untuk kita semua.

**kisahnya macam ni.abang kepada kawan saya ni boleh diketegorikan sebagai hamba Allah yang alim.dia hafiz dan sangat nampak baik luar dan dalam termasuk pemakaian.ye!xdapat nak nafi.tapi isterinya seorang gadis yyang biasa.bukan la tidak menutup aurat,tapi bukan jenis yang sama macam abangnya.bagi saya(pandangan aku,so jangan sibuk,ngee)kalo lelaki tu orang baik,carilah isteri yang sama dengannya,yyang bertudung labuh,yang tahu apa itu aurat,apa itu batas supaya tidak timbul kekecohan.supaya bersefahaman.sekarang si suami tengah gundah,ye la,berdakwah sana sini,tapi isteri xmampu dididik dengan sempurna.si isteri pakai seluar jeans bertudung nipis sedangkan suami berjubah,berkopiah.Ya Allah.siapa yang salah ni?keluarga si isteri pun macam sosial.ye la,masa bekenalan dulu,si gadis cakap nak suami alim supaya dapat bimbing,tapi bila sisuami cakap,tegur,si isteri kata si suami xmampu terima dia apa adanya dia.macam mana tu?kesian nampak kawan ku itu.turut tempias dengan masalah abangnya.sebab tu la,cintai Allah,maka Allah akan menemukanmu dengan orang2 yang mencintaiNya juga.kalo bleh la,lelaki baik2 diluar sana,carilah isteri yang sama pandangan nya dengan anda.ye?si perempuan juga begitu.LELAKI YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK.PEREMPUAN YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK.fikir2kan lah.jangan jadikan paras rupa sebagai ukuran.kalo dapat yg baik atau cantik anggaplah itu sebagai rezeki dari Allah.nilailah hati budi dan kecantikan dalaman dan cintaNya kepada Allah.carilah orang yg bila kita lihat,cakap dengan dia,akan mengingati kita kepada Allah.ALLAHU AKBAR!(hehe,maaf la,malas nak cakap panjang2 sbb nanti xlarat pulak nak baca kan?)

so,saya akan away untuk beberapa ketika(xsure berapa lama).hoho!mencari waktu untuk membetulkan kelemahan diri dan memberi ruang kepada hati yang kadang2 keliru dengan cubaan yang datang.biasalah,saya hanya insan lemah yang masih mencari hala tuju hidup yang sebenar.Hamba Allah yang polos,yang kadang2 leka dengan nikmat Allah.Ya Allah...so,kalo ada apa2,rindu ke,apa ke,,korang boleh la mesej or pm kat ym coz ym saya selalu IM MOBILE..kalo kredit banyak saya balas.kalo tak banyak,paham2 la.30sen per sms kalo reply ke ym.hoho!apa2 pun sabarla menanti kemunculan saya(ada ke yang menanti?hoho)

ini buat sahabat2 yang sangat disayangi,wani,ilah,ain,zana,along,ceraf,hanif,arep,aini,aisyah,nor,intan,baini,nik,ise,apih, and awak thanx atas semua nasihat2 yang dikongsi bersama.juga buat rakan2 republic~

arep even aku baru kenal ko,tapi ko tetap kawan baik aku!thx sbb ko slalu jgk bagi nasihat.thx sal muslimah info(pic 2)

awak,terima kasih sebab walaupun baru je kenal tapi nasihat awak sangat memberi kesan,thanx sebab malam tu sanggup dengar story saya yang panjang dan repekan saya yang berjela.thx sebab ajar saya pasal hernia tu saya pun da ajar dekat adik kawan baik saya sal hernia(dia ada hernia).thx sebab nasihat2 yang membina.

wani,ilah,ain,zana and along,korrang kawan memang aku yang paling aku sayang.sebab korang selalu ada jatuh bangunnya aku!sayang xterkata~11tahun kita bersama..

aini,aisyah,nor,intan,baini,nik,ceraf,hanif,ise and apih,guys,korang memang sahabat aku yang aku sayang juga.terima kasih sebab korang selalu jadikan aku sebagai tempat luahan masalah korang,walaupun aku bukan penasihat yang baik.apih,walaupun mu suka buli aku,tapi mu mmg THE ROCK sbbnya mu la punca aku trauma dengan laki tengah marah!hoho~

rakan republic.../me sayyang korang!


dah tak tau nak cakap apa.haha.aku cam emo pulak,macam la lama sangat nak tinggalkan dunia internet.haha!cuma kadang2 kita perlu jugak beri penghargaan buat kawan tersayang.hahaha!~

sampai sini saja,da lewat.nak tido untuk test esok!~salam~

tag~

Senaraikan 5 hadiah yang anda impikan:

1. buku yang bertajuk tokoh wanita disisi Rasulullah
2. jubah yg dari negara arab.
3. handphone baru
4. kasut cam Cinderella(hahaha)
5. wanita muslimah by xingat..buku ni..


Alasan terhadap pilihan tersebut:

1. ciri2 wanita solehah ada dalam tu~
2. sbb sangat cantik..belikan untuk sy~
3. sbb yg lama da macam xbest sbb banyak kali jatuh~
4. sbb cute sgt..lol
5. buku tu best+dapat tambah ilmu~


5 impresi terhadap orang yang diminati

1. baik
2. cool
3. jurus~~^^
4. mengelirukan kadang2
5. penasihat

5 perkara hebat yang pernah dilakukan

1. xpena buat benda hebat..
2.manusia biasa saja..
3. ~
4. ~
5. ~


5 ciptaan yang paling disukai

1. alam
2. family
3. kawan
4. life
5.nafsu dan kesabaran


5 perkara yang dibenci

1. xsuka org yg memutar belitkan keadaan yg sedia terputar ni..
2. xsuka buat orang marah
3. xsuka marah orang
4. xsuka kena marah
5. xsuka benci membenci


5 orang yang hendak ditag

1. areefah
2. arep(kalo baca buat)
3. aiman(kalo malas,xpa)
4. myra
5. fa

And sapa2 la..main letak je nama tu~kalo xnak buat,xpa~ngee^^

Saturday, March 7, 2009

emm..nak........








LA TAHZAN~

Monday, March 2, 2009

aim~

ngee^^...
tepat pukul 12.01tgh hr,saya terdengar ringtone FALL FOR YOU..tapi malas nak angkat coz masa tu memang mengantuk..lepas tu bunyi lak ringtone STRAWBERRY SHORTCAKE..
terpaksa la bangun and amek hp yang tengah cas masa tu. 1 message received..My Dear Ummi..

"kak,siap,mandi jum follow ummi pegi maktab lepas tu kita pegi cuci mata.cepat ya"

wah,mataku segar...cuci mata?hehe..

"oke ummi,i will..cam tau2 je kakak xmandi lagi"

ummi reply lagi"dah tu cepat la siap,ummi balik awal hari ni.."

"oo yeah ummi!salam, muahx!"

ummi reply again"hu,he,suka la tu"

hahaha~sayang ummi...

mula2 memang nak pegi maktab,tapi cancle last minit..jom la kita pergi jerteh slalu,ummi ajak...saya sengih je,oke je..then,jalan2 cari skirt labuh untuk adik coz nak kena pakai pergi sekolah time KO.lepas da jumpa tu,ummi pun cakap.."jom mulakan cuci mata kita"hehe,saya dan ummi pun mula la meround butik2.then,masa nak pegi butik Izzah tu,terlalu kedai tudung..mak aiih,tudung yang ku suka.rasa macam tak percaya pun ada,sebabnya kenapa harga tudung tu da murah?ngee,senyum membodek dekat ummi.tapi malangnya tak dilayan.LOL,memang cuci mata semata-mata.oke,tak pa la dulu.duit yg ada sekarang nak buat beli benda lain,so simpan dulu angan-angan itu.

DALAM BUTIK IZZAH**
masuk2 je nampak satu jubah..fully black,aduh cantiknya.rasa cam da leleh air liur tengok jubah tu.what?mahalnya....hahaha..terbantut lagi nk beli.then tengok lak jubah satu lagi.light purple,wah ayu nya kalo perempuan cantik2 pakai.dengan saya cam tak sesuai.LOL.tapi harga lagi murah dari yang warna hitam tu.ummi kata,skali lagi datang,boleh beli.hari ni survey harga je.then jalan2 lagi pergi tengok handbag and kasut(ummi punya).tapi apa2 pun,lain kali datang jubah purple tu will be mine~ngee^^

lepas tu,da lama punya jalan,perut pun terasa cam nak sesuatu.ummi pn ajak makan.lepas2 makan sambil story2 semua,kesian pulak kat ummi.balik2 kerja je dah kena bawak jalan2.sayang ummi sgt2 la~
 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com