Showing posts with label think in my mind♥. Show all posts
Showing posts with label think in my mind♥. Show all posts

Saturday, January 15, 2011

P.E.R.E.M.P.U.A.N


Assalamualaikum..

Kebelakangan ini mood penulis sangat tak baik.Sangat kacau dan berterabur.Tapi Alhamdulillah, cepat berpijak di bumi yang nyata.Dan agak-agak macam dah oke!Kerja pun sangat memberansangkan.Ya lah, semua kerja selesai dengan baik.Quiz dan tutor untuk chapter yang paling aku tak suka pun dah selesai.Macam seronok je toreh kertas selesaikan graph =.=" Oke selesaikan cerita penulis sampai di sini sebab aku ada cerita pasal perempuan.

Alkisahnya, adalah adik kecik manis lagi comel ni mempersoalkan aku.Fuhh~Agak lah cuak masa dia call tiba-tiba tanya aku, "Mak cik, kenapa perempuan ni susah nak predict?Aku dah bengang sangat ni mak cik.Aku pun perempuan, tapi takdelah nak "emo" macam dia sampai dia nak sakan ngamuk macam hantu.Itulah gedik, gaduh dengan pakwe nak menangis macam mati suami.Tu baru sikit akak.Ada lagi satu minah ni, boleh tak dia tanya aku soalan bodoh, kenapa cukur kening tu tak boleh?weh, tak belajar agama ke?Aku dah bengang nak story.Cakap lebih pun, nanti orang pertikaikan aku punya cara.Aku bukanlah akak-akak yang pakai tudung labuh sampai lutut.Susah kak.Aku nak cakap banyak-banyak, lama-lama aku jadi bengang.Kau tau, aku teman sorang minah ni jumpa pakwe dia, dengan rasa tak malu nya, dah lah suruh aku teman, dah tu bersentuh-sentuh depan aku, memang tak pasal-pasal la tempah sumpah seranah aku kak.Aku ingat kalau aku teman dia, dia malu nak buat bukan-bukan sebab walaupun aku ada berkawan rapat jugak dengan lelaki tapi aku behave dan takda la mengada-ngada macam dia.Pandai pulak dia cakap "Pakaian tak melambangkan IMAN" dan pot-pet pot-pet"
(perbualan tersebut berdasarkan seorang "aku" dan "dia" dan telah bercampur dengan pelbagai perbualan)

Terima kasih.Memandangkan internet dekat LY ni sangat laju, akak penulis ni macam rajin nak update walaupun akak takde bahan yang cukup untuk menulis kali ini.Maafkan akak wahai adik-adik.Akak bukanlah perunding masalah mahupun kauselor mahupun ustazah.Akak hanyalah manusia biasa yang takdalah pandai sangat nak buat penerangan mahupun nak menulis panjang lebar.Akak cuba sebaik mungkin lepas ni korang topup sendiri dengan mencari Encik Google dan juga orang yang lebih pakar.

  1. Situasi:Perempuan yang gedik bercouple dan bila dah bergaduh nak "emo" dan merauang semacam.Situasi macam ini, susah aku nak terang.Dah namanya perempuan, memang macam tu lah.Orang bercinta ni ada gangguan hati.Aku ingat lagi ustaz cakap apa, selagi mana perempuan dan lelaki tu belum dimiliki yakni bernikah, perhubungan dorang pasti dorang rasa tak selamat.Iyalah, macam mana nak selamat sebab dorang hanya declare sebagai pasangan kekasih, bukannya suami isteri.Sedangkan bila berkahwin pun boleh bercerai berai sebab di"rampas" pasangan mereka, apalagi kalau yang belum berkahwin.Kan?Aku sendiri pernah tersedar pukul 2 pagi sebab terdengar ada benda nangis mendayu-dayu dilevel 3 blok B itu.Sungguh aku dah cuak dan takut gila sebab ingatkan apalah yang berbunyi.Dengan langkah berani aku buka pintu dan mencari arah bunyi dan akhirnya aku terdengar perbualan seorang perempuan yang sedang on phone dengan boyfriend nya bergaduh soal cemburu.(maafkan aku sebab terdengar perbualan korang =.=") Sejak dari hari itu, aku selalu nampak perempuan tu bercakap dengan handphone dengan boyfriend nya sambil menangis-nangis dan bercakap "u ni selalu nak curang" ^____________^ Haha!maaf ya, itu ja ayat yang aku dengar :P Lepas ni tak curi dengar dan dan lain kali, sister jangan lah cakap dan nagis kuat sangat.Baru la saya tak dengar.
  2. Situasi:Perempuan berlawa dengan mencukur kening dan kenapa tak boleh mencukur kening?Hmm.Disini aku nak kongsi satu hadis: “Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang dibuat tatoo dan dibuatkan tatoo” (HR. Bukhari dan Muslim) Tapi biasanya perempuan-perempuan yang berkeinginan dan berniat nak menghaluskan kening mereka yang tak berapa nak tebal tu, selalu sahaja berbahas dengan aku tentang kalau suami suruh, kalau malu, kalau nak kahwin.Heshhhhh~Ni mak nak marah ni.Wahai anak-anak gadis yang di sayangi sekalian, kalau anda mendapat arahan daripada suami untuk mencukur kening korang, maka dengan itu korang mendapat arahan atas sesuatu yang haram, maka korang ikut arahan suami korang tu pun, kira haram lah.Ni aku dapat masa dengar ceramah oke.Bukan aku buat kesimpulan sendiri.Nak cantik pun ,kena gayalah adik-adik.Bukan tak boleh korang nak berlawa.Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.
    Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.
  3. Situasi:Pakaian tak melambangkan IMAN?Wallahualam.Kadang-kadang kerana nila setitik rosak susu berbelanga.Tetapi harus kita ingat, bila hati kita baik, dalaman kita suci, maka akan terbentuklah kecantikan luaran atau lebih tepat lagi, dari pakaian dan cara mereka.Kalau kita sekadar bersolat tapi amsih bersentuh dengan lelaki, masih pakai pakaian yang menjolok mata, kita fikir-fikrkan kembali. "Tepuk dada, tanya IMAN" Sedangkan kita tahu, malu itu separuh dari IMAN.Tapi kalau mereka tak malu pakai baju ketat, pakai baju singkat, apa lah jawapannya tu?Pakai tudung nak dedah dada, pakai baju nak nampak bentuk tubuh.Kalau muka naik jerawat tahu pulak malu, sampai susah hati duk fikir nak hilangkan.Tapi aurat yang terdedah tak malu pulak?Susah wanita akhir zaman ni.Kadang-kadang apa kita cakap, banyak je dorang nak bantah.

Akhir sekali, laptop akak dah nak kehabisan bateri, lupa pulak nak bawa charger, jadi akak kena stop dan publish terus entry ini.Tak sempat nak make up entry.Hehe!Yang baik datang dari Allah, yang burk dari diri akak sendiri.Selamat mengambil iktibar walaupun sedikit.Kalau kita tak mampu nak terima semua, jangan kita tinggal semuanya, amibillah walaupun sedikit untuk kearah kebaikan. :)

Thursday, January 6, 2011

silent reader :)

Assalamualaikum :)

Silent reader?Apa benda tu?Pembaca yang diam?Eh, diam pembaca?Apa aku merapu?hehe!Takda lah..Alkisahnya macam ni, selama ini, aku sangat tak suka nak follow-follow orang, susah nak cari mana dia letak tempat nak follow and malas nak banyak-banyak aturan sebelum menjadi pengikut blogger lain.Yelah, mula-mula kena klik follow, lepas tu keluar pop-out untuk jadi follower, then kena tekan done bila follow.Kalau blogger set up dia punya blog pop-out takpe lagi, ni buat another window, memang malas la nak follow.Hoho!Lepas tu bila tekan done, terus hilang dia punya blog, susah aku nak cari balik, potong stim je duk baca dia punya blog.HAHA!Sorry la, ini aku je punya pasal.

Kalau blogger yang setia tu, tak payah cakap la, kerja dorang blogwalking and baca blog.Dulu-dulu, hobi aku, baca blog, kalau best aku bookmark je dia punya blog as easy as click Ctrl+D.Haha!then Enter!Senang :). Tapi keburukannya aku susah nak tahu dorang dah update blog ke belum.Kalau yang memang blogger sejati, tak payah cakap la, sehari dua tiga post dorang buat :) Kalau macam aku ni, maunya sebulan 2 kali je dang-kadang berupdate :) hehe!Lebih-lebih lagi sekarang ni ada masalh internet.Lembab nya macam siput.Tersengguk-sengguk nak update satu entry!Hehe!Nak upload gambar pun macam semput je.
Sekarang ni banyak blog aku baca ada pasal give away.Ingatkan apa la, rupa-rupanya dorang baut contest untuk tarik readers!Bijak, dan nampaknya mereka memang berjaya.hehe!Seronok tengok dorang buat benda tu, tapi takda seru lagi nak join.Kot-kot ada hadiah best nanti boleh lah aku join.hahah!macam-macam orang buat untuk tarik orang baca blog dorang, syabas lah dengan idea-idea dorang tu :) Aku akan kumpul tips-tips nanti :) HAHA!
Memandangkan sem ni aku memang tak banyak kerja, so boleh la baca blog.And aku bukan je baca blog, aku suka baca novel @ cerpen pendek.Mana tak tebal spek mata aku ni.Mengadap ke laptop je.Facebooking pun macam dah kurang.Sekarang ni tengah belajar pasal bisnes,berkira-kira nak buat perniagaan kecil-kecilan.Haha!Ingat senang ke?takde benda senang dalam dunia ni, macam-macam aku kena belajar before aku nak mulakan kerjaya baru.Makan masa dan perlukan modal.Bab modal tu yang susah nak kumpul.Haha!Tu pun belum tentu barang yang nak dijual akan habis dibeli lagi tu.Takpe, mula dari bawah, yang penting kena ada kesungguhan.Tak gitu?

Habis entry pasal silent reader! :)


Adik saya :)

Hari ini dah 6 Jan 2011, beberapa hari lagi hari jadi adik aku(25Jan).Tiba-tiba je pak cik tu nekad nak pergi boarding school!Bagus lah tu,tak macam kakak dia ni, dah elok-elok masuk sbp, balik rumah.Gedik betul.Minta-minta dia dapat pergi sekolah yang elok-elok.Kata nak jadi engineer yang berjaya kan.Amin2.Okelah, sama-sama korang aminkan ya :)Oke lah, sementara internet masih laju ni, eloklah aku post entry ni cepat-cepat kalau tak, mahunya tersimpan dalam draft je :)
Jumpa lagi di entry akan datang :)

Friday, July 2, 2010

bengkel =.="


Assalamualaikum

seharian menggodeh templates yang lawa-lawa.
tapi malangnya, hasilnya tetap tidak memuaskan.

ada masa,kena bengkelkan lagi sekali.
buruk.

***************************************************************************************************
semakin menginjak dewasa,
seakan semakin sukar membuat keputusan.
diuji dengan dugaan yang bisa menjadi fitnah.
lemah betul.
sudah mengeluh berat untuk dugaan kecil ini?
huhhhh~
kekacauan yang tak dapat dan tak bisa diluah kan.
bukan salah kita yang membesar.
bukan salah keinginan kita yang gagal kita kawal.
apalah daya.


***************************************************************************************************





p/s:tolong saya menjaga hati saya.
kerana saya juga tak pandai nak menjaga hati.
serius,benda ni mengganggu kitaran hidup saya.


Wednesday, June 30, 2010

Happy Birthday En Azmi Abu Bakar =)

Assalamualaikum.

Hari ni si ayah sudah berusia 51tahun.
Sudah 51 tahun dikurniakan nikmat nyawa,iman dan Islam oleh Allah Yang Maha Esa.
Sudah 23 tahun melayari bahtera bersama ummi tercinta.
Sudah 22 tahun memiliki 4 orang anak.
MasyaAllah,Allah Maha Besar.
Ku panjatkan seinfiniti kesyukuran buatMu, Ya Rabbi.
Di kurniakan seorang bapa yang:
-cool
-penyayang
-pembekal wang ^_^
-pendengar
-penasihat
-penyabar
-seorang ayah yang tidak pernah meluahkan rasa gusar,lelah,keluhan dan lain-lain

Tentang ayah:
==>seorang lelaki tua yang tabah, rendah diri dan sebaik2 ayah.seorang ayah yang membakar semangat dan sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anak, demi keluarga kecilnya dan demi keluarga adik-beradiknya.
seorang lelaki tua yang sangat gagah.kenapa?mengalami sakit lutut sejak bertahun-tahun.kedut-kedut yang menampakkan tuanya, mata yang kian kabur, si ayah tidak pernah kisah.
Tanggunbgjawabnya kepada pencipta,tanggungjawab sebagai Head of Azmi's Family, tanggungjawab sebagai seorang Teacher, tanggungjawab terhadap kampungnya, semua dilaksanakan dengan penuh amanah.
Kadang-kadang jatuh tangga ketika kaki yang sakit melangkah keluar pagi-pagi buta untuk menunaikan tanggungjawab terhadap kampung(jaga malam untuk mengawal kes curi dan sebagainya),kadang-kadang rebah tak terbangun si ayah mendaki tangga-tangga masjid atau surau yang tinggi.kadang-kadang terberhenti ditengah-tengah jalan ketika sedang memandu kerana mata yang kabur membataskan mata si ayah nampak kambing-kambing dan lembu-lembu yang di biarkan merata-rata.
Pernah satu ketika,ketika masih menaiki motor ke masjid untuk solat subuh,si ayah pulang dengan kaki dan tangan yang berdarah.bila di tanya hanya diam.(maksudnya:malas nak cerita.better sediakan keperluan untuk membersih luka,before kena marah,hehe)
sehingga si ummi terpaksa mengambil keputusan menjual motor tanpa pengetahuan ayah.(nasib ayah redha dan paham,bahawa kami saynangkanya.)
itulah kekuatan ayah yang membentuk anak-anak dari jauh.bila melihat kesungguhan si ayah, anak-anak menjadi malu.
kalau si ayah yang sedang di mamah usia itu mampu melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik,mengapa tidak untuk anak-anak yang masih muda belia ini?

untuk ayah:
-->kakak mungkin bukanlah yang terbaik bagi ayah,tapi ayah ialah yang terbaik untuk kakak..(ye lah,ayah ada 4orang anak,kakak ada seorang je ayah =] )
-->sometimes, I wonder, when we are far apart, the one that I miss a lot is You then ummi. I was like, ha? Hehe. Malu kot.
-->I just remembered when the day you sent me over at Jerteh(nak naik bas time tu), when ummi was not around, you gently said something because You were worried to see Intan and Nadia were sent by both of their parents while me?"Da 2 kali ummi tak ikut hantar kakak.Xpa ke ni?--before start kereta and just laughed at him and said : "Xpa lah.Ummi letih baru abes exam" and then baru ayah bergerak)*touching2* Along the way to Jerteh, you keep telling me to that,this,those,these and the bla bla bla that I will remember for the rest of my life (sob sob sob)[while giving me more money.HAHA]. You will always worry for something that sometimes does not bother me or the rest of your daughters and son.(Sebab ayah tau kakak kuat merajuk :P)
-->terima kasih ayah untuk semuanya.semua yang kakak tak mampu nak balas.semua yang kakak tak mampu nak senaraikan.semua yang kakak tak kan dapat daripada orang lain.terima kasih ayah.(Sebab ayah tau kakak sangat-sangat nakal.Sekarang dah tak nakal.Jangan putus doakan kakak :] )
-->kakak bersyukur dikurniakan ayah sebagai ayah kakak.semakin kakak membesar,semakin kakak mensyukuri nikmat dan dugaan memiliki Ayah sebagai ayah kakak.meilihat pelbagai masalah disekeliling kakak,baru kakak sedar,betapa hebatnya ayah kakak.yang tak pernah memikirkan kesusahan diri untuk menyenangkan dan membahagiakan bukan saja keluarga ayah malah untuk orang-orang terdekat dengan ayah.

"Selamat Ulangtahun Yang ke-51.Semoga Ayah terus dan terus menjadi contoh yang terbaik untuk anak-anak ayah.Semoga Allah terus memberi ayah kekuatan menjadi penerus dan penyambung rantai-rantai perjuangan Nabi Muhammad SAW. Semoga Allah memberi ayah rezeki, memberi ayah kesihatan yang baik, dan terus memberi ayah nikmat Iman dan Islam.Amin"

Bismillah hirrahman nirrahim





رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ


"Rabbanaghfir Lii Wa Li Waalidayya Wa Lil Mu'miniina Yauma Yaquumul-hisaab"


"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”


"O Our Lord! forgive me, and my parents, and all the Muslims on the day when the account will be established."


P/S: Me LOVE You so much Ayah =) Muah3!!!

Tuesday, March 23, 2010

Kecenderungan?Penulisan?Bentuk?Keaslian?

Salam pembuka bicara.Apa khabar semua?Iman sihat?Amal cergas?Alhamdulillah,hari ini,saat ini,Allah masih mengizinkan saya dan kalian yang menjadi pembaca meneruskan perjuangan sebagai hambanya.Maha Besar Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.Allah lebih arif kenapa kita masih bernyawa lagi disaat ini.Kalau ikutkan hati yang kering ini,kadang-kadang rasa takut yang amat nak bertemu dengan Maha Pencipta sebab tu sentiasa memohon semoga umur yang panjang ini tidak disia-siakan begitu sahaja.

Syukur seribu kali syukur kerana saya masih di ilhamkan untuk menulis kembali.Hari ini saya nak berkongsi tentang jenis-jenis dakwah yang ada pada hari ini.Sekali lagi,saya suka ingatkan,saya hanyalah manusia biasa yang menulis dan berkongsi idea melalui pengalaman-pengalaman yang saya titip untuk pengajaran dan penrkongsian selagi mampu dikongsi.Tajuk penulisan saya hari ini lebih kepada pendapat saya selepas beberapa blog dan ceremah saya dengar sama ada dengan menghadiri kelas atau melalui video-video yang saya tontot.Betapa ramai manusia-manusia hebat diatas dunia ini terutamanya yang muda-muda yang lebih kurang sebaya saya yang menulis blog kebanyakkannya berkisar dan berbentuk dakwah.Alhamdulillah,seperti kata-kata yang paling saya suka,"Kita hanyalah PENYERU,bukan PENGHUKUM".MasyaAllah,khalifah-khalifah Allah ini begitu hebat memberi nasihat,menyeru manusia mencari jalan yang benar.Tugas kita saling ingat-mengingati.

Cuma kelemahan saya,saya mungkin sukakan kesempurnaan walaupun saya sedar tiada yang sempurna di muka bumi Allah ini.Saya sekadar nak berkongsi sesuatu,maaf jika ada yang tersinggung.Ini hanyalah pendapat saya.Dalam banyak-banyak blog,kebanyakkannya ramai yang suka kekerasan dalam menyeru.Hmm,mungkin saya yang salah,tapi entah kenapa saya lebih suka menggunakan pendekatan yang berbeza.Saya lebih gemar membaca blog-blog yang menceritakan betapa indahnya Islam.Menceritakan betapa manisnya jika kita bersama Islam.Ya,kadang-kala kita perlu memberitahu apa azab yang menanti jika terus-terusan melakukan apa yang dilarang Allah.Cuma,saya pernah berhadapan dengan seorang rakan, dia bertanya:

" Ida, kenapa azab tu sakit?" "Ida, awak pakai tudung dan sembahyang sebab awak takutkan azab Tuhan awak?" "Ida, Islam itu menakutkan kan?" "Ida, kubur itu gelap, banyak benda menakutkan, busuk, jadi kenapa korang masih dengan Islam?"


Gadis berbangsa Cina,berumur lingkungan 18-20 tahun dan gemar membaca blog-blog pasal Islam.Jadi apa pandangan anda?Adakah kita menakut-nakutkan mereka atau lebih memberi mereka keyakinan kenapa perlunya Agama Islam,agama yang kekal dan benar?Jadi, dengan senang hatinya saya hanya mampu menolong sikit-sikit dengan menerangkan kepada mereka dan bercerita tentang syurga, dan cuba mengalihkan pandangan gerunnya terhadap Islam.Saya mencadangkan rakan saya membaca blog Ustaz hasrizal,dan Alahamdulillah,dia lebih gemar mengetahui apa itu Islam dan saya rasa wajar bagi kita untuk menceritakan keindahan Islam,barulah terasa nikmatnya.Mungkin kadang-kadang ia bergantung kepada kita,kerana penerimaan itu bergantung kepada kemampuan kita.Cuma,kadang-kadang bila kita sudah dilahirkan sebagai Islam,kita kurang menghargainya dan terpaksalah menggunakan kekerasan.Apa-apapun cara kita,semoga ia bermanfaat kepada kita.Amin..

Penulisan?Bentuk penulisan?Kenapa saya menimbulkan tanda tanya?

Contoh 1= " Fat!Mah kO wAtp3r tu?SeHat X?", "ustz,upd8 ler blog ni slalu..sr0nok kot", "manusie ske ckp psl org,tp dorg sndiri xsedo pun"


Contoh 2= "Fatimah,kau buat apa?Sihat?", "Ustaz update la blog ni selalu..Seronok". "Manusia suka cakap pasal orang, tapi diorang sendiri tak sedarpun"

mana yang mudah difahami?Cara penulisan yang bagaimana pembaca gemar?Pernah rakan menegur cara saya menulis suatu ketika dulu.Saya pernah menulis blog menggunakan singkatan,bermesej meggunakan tuliasan kecik besar,dan apabila usia semakin dewasa,apabila minda mula terangsang menjengah dari blog itu, ke blog sana, baru saya sedar,sakitnya mata saya membaca tulisan-tulisan seperti yangada di contoh satu.Saya tak dapat sangkal,ramai di kalangan yang mendakwah pun menulis dengan cara begitu.Tapi masih ada juga yang bertanya, "Kenapa suka eja penuh?bazir kredit la nanti," bagi seorang SAYA,saya lebih gemar menggunakan cara penulisan yang baku dan ejaan yang penuh.Kebaikkannya?:

1- Memudahkan orang yang membaca untuk faham.
2-Cara penulisan nampak kemas dan teratur.
3-Melambangkan siapa kita dimata orang.
4-Apa yang ingin kita sampaikan melalui penulisan kita,membuatkan orang suka dan senang dan diambil iktibar.

kadang-kadang ada juga mulut-mulut yang saja suka nak menyakat kita, "Ida,kolot kot tulis blog bahasa melayu"

Hehe,saya sebenarnya nak kongsi blog saya dengan orang-orang disekeliling saya supaya dorang faham apa yang saya cuba sampaikan.Saya pun bukanlah hebat sangat bahasa inggeris,exempted pun sudah cukup walaupun pada asalnya bermula dengan taraf 5 sahaja dalam EPT.Tapi itulah manusia.Masing-masing mempunyai cara mereka,jadi saya lebih senang begini.(sebab itulah beberapa bulan yang lalu saya berhenti berblog kerana termakan kata-kata sebegini.nasib baik cepat sedar =) Alhamdulillah.Mereka bebas berbicara,yang baik kita ambil jadikan tauladan,yang tak baik,ambil untuk dijadikan pengajaran kepada kita yang lemah ini.Amin!

Keaslian?Hmm,ini lagi satu =)
Rakan-rakan yang disayangi,kenapa saya lebih suka menulis dan berkongsi pengalaman sendiri walaupun hasil penulisan saya bukanlah hebat macam orang lain.Saya bukannya yang tahu ayat-ayat Al-Quran untuk dikongsi dan dijadikan dalil.Saya hanyalah selemah-lemah manusia,yang ingin menyeru menggunakan penulisan saya yang asli supaya saya dapat merasakan kemanisan itu.Tak banyak pun,saya tetap berpuas hati.Kekurangan inilah yang mendorong saya untuk terus menari-narikan jari saya pada papan kekunci laptop saya ini.Sekurang-kurangnya,inilah usaha yang saya ada.Ya,saya akui,saya kurang gemar membaca blog atau tulisan yang hanya di'copy' dan di'paste' pada tulisan mereka.ya Allah,ampun saya dengan segala kekurangan yang ada.Saya bukan berniat untuk merendah-rendahkan usaha mereka,mereka berhak melakukan apa sahaja.Maafkan saya jika ada yang terasa.Saya hanya memberi pendapat yang terutama dalam segi penulisan.penulisan yang berbeza-beza boleh mengurangkan rasa jemu kita terhadap bahan yang sama.Kalau 20orang hanya copy dan paste,bagaimana ilmu nak tersebar dengan luaskan?Wallahualam.Semua itu kuasa Allah,saya hanya berpendapat sebegitu.Kadang-kadang tanpa kita sedar,kita juga dapat menarik lebih ramai orang untuk menyukai penulisan kita dan cara seruan kita.Amin.Mudah-mudahan dipermudahkan Allah,apa yang penting ialah keikhlasan kita dalam perjuangan demi Allah ini.Amin....

Semoga perkongsian yang tak seberapa ini dapat membentuk kita menjadi lebih baik.InsyaAllah.Mohon maaf jika ada yang kurang senang dengan cara saya,yang buruk datang dari Allah,cuma disandarkan kepada saya agar saya tidak alpa dengan kebaikkan, dan yang baik itu juga disandarkan kepada saya daripada Allah agar saya terus merasakan kemanisan cintaNYA.

Salam pejuang Islam,pejuang Agama ALLAH Yang Maha Esa.

Saturday, March 20, 2010

Special Thanks To My Friend! =]

Salam blogger-emoticon.blogspot.com

Hari ini masih berkesempatan untuk meng'update' lagi blog ini.Alhamdulillah.Tujuan penulisan kali ini adalah bertujuan untuk melahirkan rasa syukur terhadap seorang sahabat.Benar Allah itu Maha Adil,diberi saya kekecewaan berkenaan seorang sahabat yang lain,hari ini saya memperoleh hadiah yang tak ternilai dimata orang lain.

Seinfiniti kesyukuran saya panjatkan kepada Allah Yang Maha Esa lagi Maha Menyayangi kerana mengurniakan seorang sahabat yang sentiasa bersangka baik pada saya.Saya yakin dia tahu siapa dirinya.Jika anda membaca ini,terimalah dengan hati terbuka.Hari ini saya dihadiahi sebuah buku yang bertajuk "Supaya Gelisah Bernilai Ibadah"

Buat sahabat yang saya sayangi Fillah,
Terima kasih atas penghargaan anda.Apa sahaja yang berlaku antara kita,biarlah kita dan Tuhan Yang Maha Esa yang mengetahui.Inilah sahabat yang dicari,didamba saban hari.Sahabat yang mengetahui setiap kegemaran dan kecendurangan saya,yang cuba menyelesaikan masalah saya,yang sedia mendengar bila diperlu,yang senang menghulurkan bantuan bila saya dalam kesusahan.Dia sahabat saya ketika jatuh dan bangun.Maafkan saya jika sebelum ini,saya seakan tidak menghargai anda,tapi ketahuilah dirimu,anda adalah sahabat saya paling saya hargai.Coretan ringkas darimu sedikit sebanyak membuat hati saya tak keruan.Maaf yang tidak terhingga buatmu sahabat.Mungkin inilah kedewasaan.Terima kasih kerana menghormati keputusan saya dan segala tindak tanduk yang berlaku.Coretan anda cukup bermakna.Semoga Allah melindungi dan merahmati ukhwah ini.

Jangan bimbang sahabat,hadiah buku sebegitulah yang selama ini saya harapkan dari seorang sahabat yang ingin sama-sama berjuang bersama saya.Bukan handbag,kerongsang atau segala kebendaan yang selama ini menjadi kegemaran saya.Setiap orang mempunyai kegemaran dan suka akan kebendaan,tapi insyaAllah,saya boleh dapatkan untuk diri sendiri dan tidak mengharap pemberian sahabat.Cukup sekadar ingatan tulus ikhlas dari anda.Hadiah anda sangat-sangat bernilai.Terima kasih sahabat.Semoga Allah turut sama meredhai kamu dalam perjuangan kerana Allah.Buku itu umpama nasihat yang terputus dari kamu.Saya sangat menghargai kata-kata kamu dalam coretan tersebut.Allah hanya menyandarkan saya sebagai penyebab,selebihnya adalah kehendak kamu sendiri dan hasil usaha kamu.Alhamdulillah dan semoga terus istiqamah dalam perjuangan ini hendaknya!

Maafkan saya atas apa yang mungkin menyakiti hatimu,menyinggung,dan apa-apa sahaja sama ada dalam keadaan saya sedar atau tidak.Terima kasih sangat atas segala kesusahan antara kita selama ini.Ketahuilah olehmu,saya amat-amat menghargai kamu dan sentiasa berharap kamu berada bersama saya dan rakan-rakan yang lain.Saya juga mempunyai harapan yang sama macam apa yang terkandung dalam coretan anda.Terima kasih juga buat sahabat-sahabat yang lain yang menerima baik buruk saya sebagai insan yang lemah ini.Hehe,tapi terasa tua pula bila dapat hadiah hari jadi awal =]

Terima Kasih buat insan-insan istimewa ini ,
blogger-emoticon.blogspot.com sayang kamu kerana Allah,insyaAllah....

Salam


Friday, March 19, 2010

Salam =]

Seinfiniti kesyukuran kerana masih berkesempatan meneruskan penulisan diblog ini.Setelah sekian lama meninggalkan blog ini sepi tanpa tuannya,hari ini seakan dapat kekuatan meneruskan kembali menulis dan berkongsi pendapatan serta cerita yang dititip dari pengalaman sendiri dan rakan-rakan yang sudi berkongsi cerita.

Alahamdulillah,sebenarnya tiada apa yang sia-sia menulis blog.Pernah suatu ketika saya berasa sia-sia menulis blog.Blog bukan sekadar menjadi tempat untuk kita meluahkan segala kekusutan yang terbuku dihati.Tapi menjadi medium komunikasi yang berfaedah.Pertama sekali,saya ingin nyatakan disini saya bukan sehebat manusia lain yang mampu berhujah dengan ayat-ayat Al-Quran,mampu memberi kata-kata yang menusuk kalbu.Saya hanyalah seorang pelajar asasi jurusan ICT yang sedang menuntut disebuah universiti.Saya pernah gagal dalam percaturan hidup saya kerana terlalu asyik dengan kedudukan saya.Itulah kekhilafan saya sehingga saya jatuh merudum dalam kehidupan saya.Sehingga saya melakukan perubahan besar dalam hidup saya.Saya tidak lagi berani menyatakan pendapat dan menyuarakan buah fikiran saya.Saya terlalu rendah diri untuk berhadapan dengan orang-orang hebat yang berada disisi saya.Saya tiada tempat untuk berkongsi.Itulah kesalahan saya kerana pernah berputus asa.Biarlah ia menjadi pengajaran kepada saya.Berbekalkan semangat dan saki-baki yang masih dirahmatkan kepada saya,saya cuba mencari dan membetulkan kesilapan lama.Alhamdulillah.Allah masih mengizinkan saya merasa secebis kegembiraan itu.Maka saya jelaskan disini,Tulisan yang saya ada hanyalah sekadar cerita,pengalaman kisah suka-duka saya dan orang-orang disekeliling yang mungkin jadi pengajaran untuk saya dan para pembaca.InsyaAllah.

Saya sedang berperang dengan perasaan sendiri.Ini kerana seorang sahabat yang amat saya sedang mengalami masalah.Kadang-kadang saya sendiri seakan-akan berputus asa dengan sikapnya.Namun kerana saya terlalu menyayangi dirinya,sedaya upaya saya cuba membentuk dia.Namun saya gagal.Saya tau dia adakala mencuba,namun apa daya keseronokkan sementara itu membatasi segalanya.Namun saya bersyukur kerana masih diberi kesabaran untuk tetap menemaninya saat jatuh dan bangun sahabat tercinta.Dia merupakan sahabat yang menjadi tempat luahan suka dan duka.Seorang sahabat yang tahu semuanya pasal saya dan kisah disebaliknya.Namun kadang-kadang menitis jugak airmata melihat sahabat yang disayangi hanyut dalam keseronokkan.Segala permintaan diabai.Segala nasihat dilupai.Ya,saya menangis.Jarak yang memisahkan kami semakin menduga saya.Masing-masing sibuk dengan belajar,jadi masa untuk bermesej terbatas.Kesukaran untuk online bersama juga tidak mampu untuk mengikat dia.Bukan niat nak memaksa,tapi rasa sayang dan tanggungjawab membuat saya begitu ingin selalu berada disisi.Pernah saya menjengah kedunia mereka,namun kerana saya dibesarkan dalam suasana yang berbeza dengannya,maka saya sangat membenci kehidupan mereka.Saya tak mahu berubah sorang-sorang.

Hari ini semangat ingin membawanya bersama-sama dengan saya,GAGAL lagi.Menangis tak tertahan saya apabila,buat sekian kalinya saya melihat gambar lelaki dan perempuan saling sebelah-menyebelahi.Dengan perempuannya ada yang tidak bertudung.Penglibatannya dalam teater kali ini cukup untuk membuat hati dan semangat saya robek sekali lagi.Begitu lemahnya saya dalam menyeru dia.Saya tak tahu kenapa dia sangat cenderung dengan dunia hiburan.Saya berasa sangat sedih apabila sahabat saya pernah menaiki sebuah kereta yang mana didalamnya ada dua lelaki dan perempuan-perempuan dengan pakaian menjolok mata.Dia juga pernah bersiar-siar dengan kereta yang mana didalamnya seorang perempuan dan lelaki yang ramai.SubahanAllah,runtun hati wanita saya yang lemah ini.Sahabat yang selalu saya harap untuk berjuang bersama-sama saya,hanyut dengan dunianya.Namun,saya bangkit untuk membawanya lagi.Tapi dia seakan-akan cuba menjauhi saya.Kiranya saya sentiasa gagal menambat hati sahabat ini.Dimana kurangnya saya sebagai temannya selama ini.Ya Allah,saya bukan berniat untuk mengeluh.Tapi apabila bercerita tentangnya,beginilah jadinya.

Saya sedar saya bukanlah orang yang hebat yang mampu mendampinginya.Saya hanya mampu berdoa dan mengharapkan dia akan berubah.Jika kita lihat,hidup ini adalah suatu caturan yang mana syaitan adalah rajanya,nafsu adalah permaisurinya.Kita yang kena bijak menentukan strategi agar kita bisa menyelamatkan mereka-mereka menguasai nafsu kita.Strategi ibarat iman yang membentengi segalanya.Semoga saya diberi kekutan menghadapi orang-orang seperti ini.Semoga Allah masih memberinya ruang untuk kembali.Begitulah kita kalau hidup berlandaskan duniawi.

Semua yang baik datang dari Allah,yang buruk dari insan lemah dan hina seperti saya.Jika salah dari segi cara penceritaan,harap mampu menegur.

InsyaAllah,semoga saya mampu meluangkan masa-masa saya berkongsi pengalaman-pengalaman yang lain.Salam!

Thursday, December 17, 2009

ahhhh~

salam

Firstly,shout out loudly...aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!uhuk2(sakit tekak) aduh!
Crawling around the house,setting up my dot dot dot,talking like crazy and now staring at them like dot dot dot.Aigoooo!

Actually,I just wanna tell u,i am going back to U =.=" (cuak la ni)
haha~So, selamat berjuang again.Two more paper to go.Feeling like heaven when i am at home.Well, Home Sweet Home ^^
*double-jerk* Is it oke if i just stay here? Haha! Everybody at home will fly to kampung. Isk3. Leaving me alone. Waaa, nak ikut.

Oke la,nothing to write,nothing to share,If u feel bad reading this,so pliz back off. This is my site,so suka hati la nak tulis apa pun.Komen macam apa jeerrk! (opppss!) =.="

Selamat berkuliah kembali!

Sunday, December 13, 2009

salam

weh2..announcement!!!!!!
aku da balik ^^ hihi..Suka sangat.Tapi sayangnya,demam tak baik lagi.Dush!Anyway,after holiday,still ada dua paper lagi.Religion In Malaysia and also Math 2!!Hari tu quiz trigo macam apa2 ja.Susah kot.Huhu!Tension gila kot.Deah~

Jom cuti sambil belajar.Hihi!Azam baru ni.Watch Out people out there.Ouh,suka kan aku hari tu ek?Takpa2.Kita tengok la nanti!Huhu!(Niat,xbaik gila) Oppsss!Lupakan,belajar kena ikhlas baru berkat ilmu.

Semalam,masa naik bas,terdengar la sorang pak cik kat belakang seat aku berbual.Dia jadi sukarelawan untuk ke Padang,Indonesia.Masa dia tengah duk cerita tu,ada sesuatu buat hati aku macam touching sangat.Ye la,bersyukurlah kita masih hidup dengan selesanya di bumi Allah ini.Masa gempa bumi kat padang tu,aku dengan efa dalam bilik,konon la study masa tu.Tetiba katil aku cam goyang.Aku and efa sama2 la berpaling.Then tanya la,ada tak dia rasa katil cam gerak.Apalagi,of coz la gempa bumi tu.Nasib tak terjun bangunan ja masa tu.Kalau tak,for sure la mati.mati bukan sebab gempa bumi,tapi terjun bangunan tingkat 4.Hihi! Tapi,apa aku nak cerita sebenarnya,ada sorang ibu kat Padang tu,dia lukis gambar family dia.ta[i dengan pelbagai wajah.Dipendekkan cerita,lukisan tu adalah gambaran masa gempa bumi.Aku cam da menitis air mata.Kesian sangat dengar cerita tu.Tapi tu je la yang aku mampu,sekadar kesian dan doa mengiringi mereka.

Ya Allah,semoga kami umat Islam di Malaysia terlindung dari bala2 itu.Jadikan kami hamba2 bersyukur dengan kenikmatan ini.Semoga kenikmatan yang dinikmati ni,tak membawa kepada kekufuran.Semoga hati2 kami sentiasa di bajai iman.

Huhu!Oke la,nak sambung buat kerja.Selamat bercuti CFSIIUM ^^
blogger-emoticon.blogspot.com

Monday, December 7, 2009

W.E,L.C.O.M.E =)

Salam =)

After a few month,now i have the time to update this blog.Penyapu da ada,penyodok da ada.Apa lagi,bantai blog ni.Shhh~
Alhamdullillah,rindu sangat dekat en blog ni.Macam-macam nak kongsi,tapi macam tak berkesempatan pulak.Ya la,lepas ni nak pergi kelas.Biasalah,line internet kat sini tak laju,so kena banyak sabar masa nak online :) Kawan-kawan buat masa ini hanyalah handphone,laptop dan bantal :P Hehe!Aktiviti favourite kot tiga2 tu :P Sekarang ni tengan musim exam.Mid Sem.SAtu yang aku perasan kalau da masuk musim exam,TEKAK sakit, MATA bengkak, Hidung berair,apalagi kalo bukan DEMAM =.=" Kuat sangat aku ni jatuh sakit.Huhu!Kena cari suami doktor ni :)) Haha!Oke FULLSTOP di situ :P

12 Dec ni BALIK :P Yeay!Seronok oke?HIGHLIGHT kan disitu :P Sekarang da takda masa sangat nak meneruskan hobi menaip merapu-merapu di blog COMEL ni.SIBUK sangat :) Apa yang aku sibukkan sangat pun aku tak tau.STRESS oke?Huhu!Aku ni kan ala2 manja.Macam sekarang ar,macam2 benda jadi,demam,sakit,exam,cuti,kerja:MALAS!Apalah aku ni.
blogger-emoticon.blogspot.com

Dalam laptop aku ni,dah macam kejadah da aku coret pasal apa-apa saja yang aku rasa,yang tak mampu aku nak share dengan orang.Kadang aku jadi terfikir,aku ni tak suka bergantung atau apa?Walaupun nampak kegedikkan aku sometimes di Facebook,tapi tak sama dengan apa aku rasa.Dengan ketiadaan Efa and Sara kat campus,lagilah sunyi aku rasa.At least kalau ada dorang boleh jugak buat manja-manja.Nak2 dengan sara.Efa BLUR :)) Haha!Rindu ah korang :*

Oke la,nak sambung study fizik!salam.Keep in Touch :P

Wednesday, September 30, 2009

it might be you

++bismillahirrahmanirrahim++

maaf, aku bukan sengaja
maaf, aku bukan mengelak
maaf, mungkin ini yang terbaik

bukan aku bodoh untuk mengerti
bukan aku sengaja berdiam diri
bukan aku pinta keadaan ini

mungkin nanti kau akan faham
mungkin bila kau di posisi ini
mungkin juga masa yang akan pastikan

jangan jadikan mereka alasan kau
jangan jadikan keadaan penyebab semua ini
jangan jadikan ini TITIK MERAH kita

dan aku pasti kau dapat rasakan
dan aku jua yakin kau bisa berjaya disana
dan aku disini mendoakan kesejahteraan kau

dan mungkin kau yang aku maksud kan!

dan tak perlu pembaca mengerti ini
merapu semata2

bittaufiq wannajah

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya 2009

salam

meraikan hari kemenangan umat Islam
iaitu Hari Raya Aidilfitri
setelah sebulan menanti,Syawal menjelang pula!

kehadiran syawal kali ini sangat menyeronokkan
sungguh teruja kami2
blogger-emoticon.blogspot.com
tapi ada juga yang tak berapa seronok hari ini
kerana syawal kali ini membuat aku teringat akan final exam beberapa hari lagi
lusa dah pulang kembali ke kampus!
(jangan mengeluh,oke?)

dikesempatan ini,aku nak ucapkan selamat hari raya untuk semua
dengan segala kerendahan hati,
aku ingin menyusun 10 jari memohon maaf buat keluarga,sahabat handai,
rakan sekolah,rakan kampus dan sesiapa juga zahir dan batin!
blogger-emoticon.blogspot.com

Saturday, September 12, 2009

baiti jannati :)

salam pembuka kalam!

sekian lama, hari yang dinanti tiba juga!
aku kini selamat sam
pai di rumah..
haruman kampung yang sekian lama aku damba begitu mendamaikan.
melihat kehijauan kampung dan rumah sangat menyegarkan minda aku setelah lama berada di kesibukan disebalik batu konkrit..
melihat kedutan di raut wajah ummi dan ayah sangat menghiburkan,lenyap semua kerinduan yang dibendung saat berjauhan..

aku akan berada dirumah mungkin sampai raya kedua,InsyaAllah..
selepas itu, aku akan kembali ke sana untuk menghadapi perang baru,iaitu final sem..
cepat kan?
macam baru saja kaki ini mela
ngkah ke sana..

disini saja aku nak kongsi beberapa gambar sepanjang berada di uia petaling jaya..
wajah2 classmate yang menghiasi hari-hariku disana..

coursemate G44-brothers

coursemate G44-sisters (sorry xsempat copy gambar dengan wawa)

english class G87-all sisters because no brothers in our class!

insyaAllah,sem depan kita bersama lagi!

Wednesday, August 26, 2009

ramadhan karim

salam

terlalu lama benda ni sepi dan berdebu!
kemas sikit..
terlalu banyak benda yang ingin dikongsi,tapi waktu tak mengizinkan.
takpa la.
dikesempatan ini,aku terasa nak ucap:
selamat datang ramadhan yang mulia~
selamat berpuasa semua!

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Friday, July 31, 2009

Kerana Kami Hamba MU

salam

kerana kami hambaMU YA ALLAH,
maka kepadaMU jua kami kami kembali~

cukuplah kalian mengenalinya sebagai nenda ku
kerana dia sebahagian dari keluargaku

semoga diberi ketabahan buat acik dan keluarga juga

semoga Che Aji ditempatkan di kalangan orang yang beriman..



Thursday, July 30, 2009

Mohon Perlindungan

salam~

aku tak tau korang sedar ke tak..
aku tak tau korang paham ke tak..

tapi korang kena fikir dan lakukan sesuatu!

H1N1?
apa ni?
blogger-emoticon.blogspot.com

hmmm...aku pun tak habis fikir..
Allah sedang menduga...
lagipun ni kan akhir zaman..
pelbagai penyakit dan bala akan timbul~

hari2 dapat mesej : " yeay! U aku cuti..H1N1!!! :) "
aku tak mampu nak kata apa..
bagi aku tak perlu bergembira dengan itu!

apa yang gembira sangat dengan penyakit maut tu?
Astaghfirullahalazim...
manusia,mereka tau hanya kesenangan kan?
aku pun agak alpa seketika tentang penyakit ini sehinggalah semalam aku membuat research sal penyakit ni..
dan sekarang aku perlu berjaga2!
KITA dah tak selamat..

Ya Allah, lindungilah kami,hamba2 mu dari penyakit ini..
Sesungguhnya engkaulah segala2nya,
yang di langit mahupun di bumi!

Saturday, July 25, 2009

akhirnya

salam..

akhirnya, kembali lagi aku ke bilik 417A, Zainab Jahsyi...
uh,sekejapnya duduk rumah..
tak sampai seminggu punblogger-emoticon.blogspot.com

sekarang sudah pukul 7.18am
nak pejamkan mata kejap sebelum berangkat lagi
nak ambil barang2 dekat bilik kedua aku di tingkat 2


masa untuk rehat!
bersedialah dengan keputusan mid sem nanti blogger-emoticon.blogspot.com

Tuesday, July 21, 2009

Ya Allah

salam~

tengah syok2 sembang dengan ummi sambil tunggu ayah balik rumah berserta makanan yang ku pesan...
tetiba ayah sampai:

Eida:ayam goreng...ayam goreng...
Ayah:tak sempat...kak long accident!
Ummi:hah??tadi i call dia oke je..
Ayah:dia takut

bincang2 time:
-ummi nak ikut ayah tengok kak long walaupun mulanya ayah macam xnak ajak
-ayah and ummi rushing bersiap and ke kerteh tempat kak long tengah kerja

++kisahnya kak long cakap dia tengah u-turn masa on the way nak pergi kerja..
tetiba ada kereta laju jalan je and langgar but kereta..teruk jugak kereta..
berpusing2 jugak la kereta tu kena langgar..nasib baik kak long takda apa2..cuma maybe dia tengah terkejut lagi..
ye la..huhu!da la perempuan dalam keadaan macam tu lagi..
alhamdulillah,kak long oke je..ummi kata dia tak kisah sal kereta yang penting anak dia selamat..
panjang lebar ummi ceramah dekat aku..that is why kenapa aku tak pernah keluar tanpa izin ummi aku!walaupun masa aku tengah belajar jauh dari ummi aku,aku xpernah keluar tanpa izin..
hari tu lepas exam bi,kawan2 ajak outing before balik kampung,tapi disebabkan ayah and ummi sangat tidak mengizinkan sampai rasa cam nak nangis je,aku tetap patuh!
ada hikmah kenapa ummi and ayah tak bagi..++

hopefully ummi ayah and kak long pulang rumah dengan selamatnya!
tinggal lah aku dan yoyok kat rumah!

itu sahaja!

Monday, July 20, 2009

home sweet home

:D

im home!

oo yeah!!!!!

:P

Friday, July 17, 2009

akan tiba

alhamdulillah..
mid sem da selesai..
aku tak perform elok time exam sebab masalah dalaman(poyo)

dan hari ini semua orang kembali pulang kerumah..
hanya aku and rakan2 masih stay..
tiket aku esok
tak sabar nak balik rumah
tapi sebenarnya balikku bermisi
banyak benda nak kena settle
semoga Allah permudahkannya bagiku~

hari ini birthday kak long
happy birthday my dear sis!
xsabar nak jumpa orang yang dah kerja ni~

huhuhu!
tak tau la nak update apa kat sini~
yang pasti tak sabar nk balik!
homesick da ni!
 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com