Tuesday, March 23, 2010

Kecenderungan?Penulisan?Bentuk?Keaslian?

Salam pembuka bicara.Apa khabar semua?Iman sihat?Amal cergas?Alhamdulillah,hari ini,saat ini,Allah masih mengizinkan saya dan kalian yang menjadi pembaca meneruskan perjuangan sebagai hambanya.Maha Besar Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.Allah lebih arif kenapa kita masih bernyawa lagi disaat ini.Kalau ikutkan hati yang kering ini,kadang-kadang rasa takut yang amat nak bertemu dengan Maha Pencipta sebab tu sentiasa memohon semoga umur yang panjang ini tidak disia-siakan begitu sahaja.

Syukur seribu kali syukur kerana saya masih di ilhamkan untuk menulis kembali.Hari ini saya nak berkongsi tentang jenis-jenis dakwah yang ada pada hari ini.Sekali lagi,saya suka ingatkan,saya hanyalah manusia biasa yang menulis dan berkongsi idea melalui pengalaman-pengalaman yang saya titip untuk pengajaran dan penrkongsian selagi mampu dikongsi.Tajuk penulisan saya hari ini lebih kepada pendapat saya selepas beberapa blog dan ceremah saya dengar sama ada dengan menghadiri kelas atau melalui video-video yang saya tontot.Betapa ramai manusia-manusia hebat diatas dunia ini terutamanya yang muda-muda yang lebih kurang sebaya saya yang menulis blog kebanyakkannya berkisar dan berbentuk dakwah.Alhamdulillah,seperti kata-kata yang paling saya suka,"Kita hanyalah PENYERU,bukan PENGHUKUM".MasyaAllah,khalifah-khalifah Allah ini begitu hebat memberi nasihat,menyeru manusia mencari jalan yang benar.Tugas kita saling ingat-mengingati.

Cuma kelemahan saya,saya mungkin sukakan kesempurnaan walaupun saya sedar tiada yang sempurna di muka bumi Allah ini.Saya sekadar nak berkongsi sesuatu,maaf jika ada yang tersinggung.Ini hanyalah pendapat saya.Dalam banyak-banyak blog,kebanyakkannya ramai yang suka kekerasan dalam menyeru.Hmm,mungkin saya yang salah,tapi entah kenapa saya lebih suka menggunakan pendekatan yang berbeza.Saya lebih gemar membaca blog-blog yang menceritakan betapa indahnya Islam.Menceritakan betapa manisnya jika kita bersama Islam.Ya,kadang-kala kita perlu memberitahu apa azab yang menanti jika terus-terusan melakukan apa yang dilarang Allah.Cuma,saya pernah berhadapan dengan seorang rakan, dia bertanya:

" Ida, kenapa azab tu sakit?" "Ida, awak pakai tudung dan sembahyang sebab awak takutkan azab Tuhan awak?" "Ida, Islam itu menakutkan kan?" "Ida, kubur itu gelap, banyak benda menakutkan, busuk, jadi kenapa korang masih dengan Islam?"


Gadis berbangsa Cina,berumur lingkungan 18-20 tahun dan gemar membaca blog-blog pasal Islam.Jadi apa pandangan anda?Adakah kita menakut-nakutkan mereka atau lebih memberi mereka keyakinan kenapa perlunya Agama Islam,agama yang kekal dan benar?Jadi, dengan senang hatinya saya hanya mampu menolong sikit-sikit dengan menerangkan kepada mereka dan bercerita tentang syurga, dan cuba mengalihkan pandangan gerunnya terhadap Islam.Saya mencadangkan rakan saya membaca blog Ustaz hasrizal,dan Alahamdulillah,dia lebih gemar mengetahui apa itu Islam dan saya rasa wajar bagi kita untuk menceritakan keindahan Islam,barulah terasa nikmatnya.Mungkin kadang-kadang ia bergantung kepada kita,kerana penerimaan itu bergantung kepada kemampuan kita.Cuma,kadang-kadang bila kita sudah dilahirkan sebagai Islam,kita kurang menghargainya dan terpaksalah menggunakan kekerasan.Apa-apapun cara kita,semoga ia bermanfaat kepada kita.Amin..

Penulisan?Bentuk penulisan?Kenapa saya menimbulkan tanda tanya?

Contoh 1= " Fat!Mah kO wAtp3r tu?SeHat X?", "ustz,upd8 ler blog ni slalu..sr0nok kot", "manusie ske ckp psl org,tp dorg sndiri xsedo pun"


Contoh 2= "Fatimah,kau buat apa?Sihat?", "Ustaz update la blog ni selalu..Seronok". "Manusia suka cakap pasal orang, tapi diorang sendiri tak sedarpun"

mana yang mudah difahami?Cara penulisan yang bagaimana pembaca gemar?Pernah rakan menegur cara saya menulis suatu ketika dulu.Saya pernah menulis blog menggunakan singkatan,bermesej meggunakan tuliasan kecik besar,dan apabila usia semakin dewasa,apabila minda mula terangsang menjengah dari blog itu, ke blog sana, baru saya sedar,sakitnya mata saya membaca tulisan-tulisan seperti yangada di contoh satu.Saya tak dapat sangkal,ramai di kalangan yang mendakwah pun menulis dengan cara begitu.Tapi masih ada juga yang bertanya, "Kenapa suka eja penuh?bazir kredit la nanti," bagi seorang SAYA,saya lebih gemar menggunakan cara penulisan yang baku dan ejaan yang penuh.Kebaikkannya?:

1- Memudahkan orang yang membaca untuk faham.
2-Cara penulisan nampak kemas dan teratur.
3-Melambangkan siapa kita dimata orang.
4-Apa yang ingin kita sampaikan melalui penulisan kita,membuatkan orang suka dan senang dan diambil iktibar.

kadang-kadang ada juga mulut-mulut yang saja suka nak menyakat kita, "Ida,kolot kot tulis blog bahasa melayu"

Hehe,saya sebenarnya nak kongsi blog saya dengan orang-orang disekeliling saya supaya dorang faham apa yang saya cuba sampaikan.Saya pun bukanlah hebat sangat bahasa inggeris,exempted pun sudah cukup walaupun pada asalnya bermula dengan taraf 5 sahaja dalam EPT.Tapi itulah manusia.Masing-masing mempunyai cara mereka,jadi saya lebih senang begini.(sebab itulah beberapa bulan yang lalu saya berhenti berblog kerana termakan kata-kata sebegini.nasib baik cepat sedar =) Alhamdulillah.Mereka bebas berbicara,yang baik kita ambil jadikan tauladan,yang tak baik,ambil untuk dijadikan pengajaran kepada kita yang lemah ini.Amin!

Keaslian?Hmm,ini lagi satu =)
Rakan-rakan yang disayangi,kenapa saya lebih suka menulis dan berkongsi pengalaman sendiri walaupun hasil penulisan saya bukanlah hebat macam orang lain.Saya bukannya yang tahu ayat-ayat Al-Quran untuk dikongsi dan dijadikan dalil.Saya hanyalah selemah-lemah manusia,yang ingin menyeru menggunakan penulisan saya yang asli supaya saya dapat merasakan kemanisan itu.Tak banyak pun,saya tetap berpuas hati.Kekurangan inilah yang mendorong saya untuk terus menari-narikan jari saya pada papan kekunci laptop saya ini.Sekurang-kurangnya,inilah usaha yang saya ada.Ya,saya akui,saya kurang gemar membaca blog atau tulisan yang hanya di'copy' dan di'paste' pada tulisan mereka.ya Allah,ampun saya dengan segala kekurangan yang ada.Saya bukan berniat untuk merendah-rendahkan usaha mereka,mereka berhak melakukan apa sahaja.Maafkan saya jika ada yang terasa.Saya hanya memberi pendapat yang terutama dalam segi penulisan.penulisan yang berbeza-beza boleh mengurangkan rasa jemu kita terhadap bahan yang sama.Kalau 20orang hanya copy dan paste,bagaimana ilmu nak tersebar dengan luaskan?Wallahualam.Semua itu kuasa Allah,saya hanya berpendapat sebegitu.Kadang-kadang tanpa kita sedar,kita juga dapat menarik lebih ramai orang untuk menyukai penulisan kita dan cara seruan kita.Amin.Mudah-mudahan dipermudahkan Allah,apa yang penting ialah keikhlasan kita dalam perjuangan demi Allah ini.Amin....

Semoga perkongsian yang tak seberapa ini dapat membentuk kita menjadi lebih baik.InsyaAllah.Mohon maaf jika ada yang kurang senang dengan cara saya,yang buruk datang dari Allah,cuma disandarkan kepada saya agar saya tidak alpa dengan kebaikkan, dan yang baik itu juga disandarkan kepada saya daripada Allah agar saya terus merasakan kemanisan cintaNYA.

Salam pejuang Islam,pejuang Agama ALLAH Yang Maha Esa.

1 comments:

Asy_raAf said...
This comment has been removed by the author.
 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com