Monday, October 18, 2010

Layak ke?

Assalamualaikum =)


Saja lah nak berkongsi sikit kisah dekat masjid masa kuliah agama dari ustaz adam.Kuliah dimulakan dengan soalan-soalan terkumpul yang tak sempat nak dijawab.Dipendekkan cerita ada satu soalan yang lebih kurang macam ni bunyinya: "Adakah kita boleh berimam dengan orang yang menzahirkan dosanya? Contoh: Keluarga yang tidak menutup aurat dan tidak menegur, merokok, dan (tak dapat nak mengingat)."

Anyway, sebenarnya sedar atau tidak semua tu bergantung atas kita, berapa ramai anak-anak ustaz dan ustazah tak menutup aurat?Dalam masyarakat kita sekarang, semua ini menjadi fenomena biasa.Cuma kita yang membutakan mata kita.Tapi persoalannya bukan salah ustaz dan ustazah pada nama kerana kalau kita lihat sekarang, yang memohon jadi ustaz dan ustazah dalam kementerian adalah hanya untuk cukup syarat untuk dapat kerja demi masa depan.Ada ilmu, tapi tak beramalApa ni?Seharusnya kita tahu, sedar dan buka mata kita seluas yang boleh.Aurat?Bagi keluarga yang sudah mempunya ipar duai, seharusnya mereka tahu yang aurat sesama mereka perlu di jaga melainkan mereka adik-beradik.Tapi adik perempuan dan
abang ipar, perlulah mnejaga batas-batas aurat.Begitu juga adiik lelaki dengan kakak ipar.Tapi berapa ramai yang cakna?Dan adakah kita mengambil langkah?Menegur, menasihat dan sebagainya?Bukan calang-calang orang yang boleh jadi imam kita.Bukan senang nak mengImamkan orang.Ini terutamanya kepada lelaki-lelaki sekalian alam.Walaupun anda kata anda takkan dijemput menjadi imam di masjid atau surau, tapi kalian perlu sedar kerana kalian akan menjadi Imam untuk isteri dan anak-anak kalian.


Ustaz Adam ada mengulas perihal ini.Kalau cakap pasal aurat memang takkan pernah habis.Yang adik bertudung labuh, tapi kakaknya ketat sana-sini.Nak tahu kenapa bila kita nak dakwah orang tapi tak berkesan?Katanya, lihatlah bagaimana keluarganya, maka kita tahu kenapa ianya tak berkesan.Ini bukan menindas niat dan usaha orang, tapi inilah punca keruntuhan sebenarnya.Bila kita mengabaikan keluarga, dan mengajak orang.Apabila keluarga seesorang pemimpin atau pendakwah itu terjaga auratnya, terbatas pergaulannya, terpelihara maruah mereka,
maka lihatlah berapa ramai pengikutnya.percayalah.Kalau kita boleh isi borang biasiswa dengan sempurna dan mengikut prosedur kenapa tak dengan hukum hakam dan kehendak Pencipta kita?Kan?Jadi, lagi sekali nak ditekankan, bukan senang nak jadi imam.Bukan boleh main pilih-pilih je imam kita baik lelaki atau perempuan.


Ingat, jangan senang-senang nak suruh orang jadi imam, dan berimamkan dengan orang.Tapi jangan sebab kita was-was sampai langsung taknak berjemaah.Pelihara diri kita.Pelihara keluarga kita, pelihara rakan-rakan kita, jiran-jiran dan sebagainya!Oke?Sama-sama kita kembali ke jalan asal kitta.Sama-sama kita menuntut ilmu untuk menjadi bekal dunia supaya kita tak tertipu dan terpedaya dengan sandiwara dunia supaya kita dapat kumpul bekalan untuk akhirat. Wallahualam.Anyway, yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari diri sendiri.Maaf kalau ada tersalah kata dan terkasar penulisan.Kalau salah dan ingin tambah silalah tinggalkan komen :)


P/S: Jawapannya adalah kita tak boleh berimamkan dengan orang yang da menzahirkan dosa dan kita sahih dengan kesalahan yang dia lakukan. Berdosa atas kita dan juga imam tersebut. So jangan kumpul dosa ;)




Imam dan jemaahnya :)

Sunday, October 3, 2010

Kebenaran terbongkar

Assalamualaikum! =)

Akhirnya aku tahu kenapa tulisan boleh jadi HITAM even aku dah letih-letih touch up supaya warna-warni dan lawa macam aku.Haha!
Rupanya sebab update dekat google chrome!Bukan pasal HTML yang aku edit untuk buat protected entry dan segala macam yang aku edit dan tambah dekat HTML code tu.
Biasa lah.Buta IT.HAHA!
Terpaksa la aku update dekat mozilla.Reasons kenapa aku tak suka guna mozilla firefox ni?:
+lembab.
+aku xleh kecil dan besarkan font kalau update blog(tak tau la kenapa)
Aku mana lah pandai benda-benda ni semua.Aku pandai type je.blogger-emoticon.blogspot.com


Anyway, ni aku tukar lagi rumah aku ni.Sejuk la sikit mata ni memandang kan?
Aku lebih suka yang 3 column punya.Tapi, oke la yang ni dari yang warna hijau tu.pakat-pakat gelak dorang tengok aku punya blog.haiya!
Ala, sekarang semua dah canggih.Aku baca tutorial pasal nak buat background and header yang cun-cun.Haiya, naik bengkat mata aku baca.Guna photoshop.Mana la aku pandai.
Haha!blogger-emoticon.blogspot.com

Tiba-tiba aku teringatkan boss aku.Ye, Boss!Kalau bab-bab computer ni, kita serahkan sahaja dekat dia.After spm, dengan dia la aku duk habiskan masa.
Bangun pagi, tengah hari, tengah malam, sampai la subuh, mengadap benda computer ni dengan dia.Dia sanggup tidur lewat sam-sam dengan aku, just nak ajar aku benda-benda alah ni semua.Aku mana nak reti benda-benda ni dulu.Dia la paksa aku google ini, google itu, baca tutorial dia bagi, and masa birthday aku, dia hadiahkan header untuk blog aku!haiya, rindu sama boss.Masing-masing dah bawa haluan sendiri.Kami busy dengan study, so tak dapat la nak jadi assistant dia lagi.Kau pun da lama menyepi di dunia blog.Haiya boss.Hangat-hangat taik ayam je kan kita dalam blogging~blogger-emoticon.blogspot.com

Sesuatu yang buruk baru saja terjadi.OMG!I think I have to stop giving,stast hoping!urh...Live like a loser..Ouh no!Die like a hero~ =.="I have to stop the nonsense!

p/s: Anyone knows what is BACIN?tell me ya!



Friday, October 1, 2010

Pondok Buruk!

Assalamualaikum.

Haih~Banyak pulak komen puaka-puaka komen blog aku buruk.Haha!Taadaaa.Ketahuilah oleh anda, saya juga tak suka new look ni.Tapi tak berapa rajin nak godeh-godeh, usha-usha template cun-cun.So buat masa ni, guna la sekejap.Tenang apa tengok warna hijau.Hehe!Takda ar korang asyik nampak pink je blog aku(blog lama punya memang pink kan plus biru muda sikit.cun seyh!)

Satu lagi masalh, aku tak boleh nak tukar colour font.Bukan main buat warna-warni, last-last HITAM jugak dia keluar.Haiya!

Anyway, macam mana cuti?Aku pulak tengah sibuk transfer file-file penting (movie je banyak :P) ke laptop lain.Ye la, ayah nak hantar umah acik untuk di baiki laptop aku ni.Kurang sihat sikit.Tapi sayang la.Haha!Aku macam tak suka Windows7.Tapi takpa la.Asal laptop ni sihat macam biasa.

Hah, oke la. Sampai sini dulu.Nak sambung download benda-benda cun ni.Cepat-cepat la aku boleh tukar aku punya blog. Daa!





p/s:cari mood nak update :)

macam-macam!



Assalamualaikum =)

Selamat bercuti sahabat-sahabat iium :)
Seronok kan?Me? SANGAT SERONOK!

Beraya lagi tak korang?Me?Still beraya lagi.Tengok ja la sejak balik rumah ni.Hari-hari masak (haha)
Mana tak nya, mengidam macam-macam.Semalam tengok-tengok la dekat draft entry-entry yang tak pernah terfikir nak post.Then dapat idea nak buat protected entry, tapi tak jadi.Yang kelakarnya, ramai lak yang mintak password nak baca.Padahal benda tu tak menjadi.Still aku ja yang boleh tahu.Hahaha!Lepas tu, ramai la jugak pm inbox gmail, mintak nak tahu pasal apa IDAMAN aku tu.Hehe.itu adalah idaman,idaman yang selama ini aku idamkan.Sebab tu bukan semua boleh tahu. :P (tak baik buat orang tertanya-tanya kan?)




Lupakan pasal idaman tu sekejap.Masuk bab lain sekejap.Aku tak paham sebenarnya masalah orang ni.Betul kan.Semakin canggih dunia, semakin susah keadaan.Masalahnya sekarang,aku dah lama bercadang dan berpendapat dan berfikir dan macam-macam lagi untuk mem"private"kan aku punya blog ni.Aku malas dah ada kes orang asyik nak terasa dengan apa aku buat. TAKE NOTE untuk DIRI SENDIRI jugak.Aku kadang-kadang terfikir, bila kita terlalu menuetralkan sesuatu keadaan, akan buat lebih ramai yang termakan cili dengan kenyataan kita.Boleh jadi fitnah, boleh jadi perbahasan, boleh jadi perpecahan keluarga dan kawan-kawan.Hah!dan dipihak aku, ada sesuatu yang sanagt buat aku terasa sampai sekarang.Malah seboleh-bolehnya, aku nak menghindarkan diri.Aku ni manusia biasa, kadang-kadang aku mengambil keputusan untuk melarikan diri dari benda tu.Kalau mampu lupa, aku lupa, kalau tak, aku pendam.

Dan sekarang tengah belajar menjadikan HIDUP itu suatu ACCOUNT yang mempunyai PASSWORD.Ya betul, barulah hanya aku yang mampu nak ACCESS semua tu =) dan anggap sahaja orang-orang yang tahu adalah HACKER-HACKER yang hanya perlukan aku dalam hidup mereka.HAHA!Dorang hack kita bila dorang rasa kita ini berkeperluan dengan mereka.Betul bukan?Hehe!



Bila sampai rumah lepas exam, rasa macam teruja lak dapat banyak kad raya.Hey guys, thanx a lot.And tulis la nama, nanti senang nak tahu siapa.ni ada ja yang tak tulis nama, jadi susah otak aku nak berteka-teki.Yang tak tulis nama hanya sorang aku kenal, iaitu Cik Efa.Than Cik Mira, Cik Sara dan A bukan nama sebenar.Aku tulis dorang sebab dorang readers blog aku yang malas nak update ni :) (Kan kan kan.korang baca kan? =.=") Tak kiisah la.Yang lain pun sama.Thanx sangat-sangat.Value kad raya ini sanagt lah tinggi.Cewah.

Ni kisah roomates saya yang comel (sikit je).Hehe.Terbaca la blog PUAN siti tu.Dia buat entry touching-touching lak.Ya la, sampai leleh air hingus aku and zaty baca tau.Sampai rasa tak sampai hati nak balik hari tu.Hehe.Ye la, semua orang suka budak-budak bilik kita kan.haha!Siapa tak tahu bilik kita bising?Bilik kita ada macam-macam bunyi, tapi itulah yang orang tak dapat kat bilik lain.Haha.Bunyi maksdu aku tu, bunyi EHEMMMM~HAHAHAH!Walaupun dengan zaty baru 4 bulan kita bersama, tapi cukuplah untuk kami saling kenal dan mengenali.Kan Kan KAn?Kalau siti tak da, aku dengan zaty je oa dalam bilik.Gurau sana, gurau sini.Kadang-kadang masuk Cik Baah Bie skali.Bilik kitorang sentiasa meriah dengan kehadiran orang-orang lain.Dan dah lama sebenarnya roomates kedua aku tu tak datang.Beliau itu adalah cik efa dan cik sara.Cess.Apa-apa pun, kita jumpa lagi.Cuma takut dah tak seakrab sekarang.Hehe.Memandangkan aku selalu je sakit, so mak cik dua orang tu selalu lah marah-marah aku suruh makan ubat.haha!Macam siti mention dalam blog dia, aku ni penakut gila makan ubat.Bila kena suruh, terpaksa buat muka cemberut nak telan.Haisshh~Syang sebenarnya korang dekat aku kan.hehe!Aku pun SAYANG jugak.Eww.Nanti text-text la aku.Hehe.Baik siti atau zaty, semuanya memahami aku.Aku macam rindu lak gelak-gelak dengan korang hujung minggu.Time-time mata kita semua dah ngantuk, mula la masing-masing buat hal.Kelakar dan rindu!

Dan aku kat rumah, sedang merancang aim untuk cuti ini.Walaupun dalam hati Tuhan je tahu betapa aku bimbang nak tunggu result math aku!Bimbang sangat!!!Aku tahu aku tak boleh jawab ahri tu.Tolong ya doa kan aku sangat-sangat.Aku tak nak dah menjejak kan kaki kesana.Dan aku pun xsangka sampai aku study math lagi takut kena resit bila tengok result!Ah!Benci!Tolong sangat-sangat doakan aku lulus math hari tu!Mimpi ngeri dah aku sekarang!

Hah!Takut korang! :P

Oke lah, sehingga aku rajin, aku kan update lagi!Tunggu la aku dah pandai, baru aku post entry-entry mahal aku tu :P

Tuesday, September 7, 2010

Datang dan Pergi

Salam Penghujung Ramadhan Pembuka Syawal

dari before ramadhan lagi ingat nak buat post tentang ramadhan, bulan yang di nanti-nanti setiap umat Islam yang ada di atas muka bumi ini.
sekarang sudah sampai di penghujungnya, umat Islam tidak sabar-sabar lagi menunggu ketibaan Syawal menyambut hari kemenangan umat Islam selepas sebulan mentarbiah diri.
Ye la, orang kata ramadhan bulan mentarbiah diri, wallahualam.beribadat bukan kerana bulan, sebab bulan akan berlalu pergi macam sekarang.

dikesempatan yang ada ni,
selamat menyambut hari raya yang bakal menjelang tak lama lagi.
mengejar peluang yang masih ada di ramadhan kali ini.
mohon ampun segala dosa, silap kata, terkasar bahasa, teremo sana sini,tergarang,
dan semua yang ter ter ter.

To dearest roomate Cik Z and Cik S
selamat hari raya!
sorry tergurau lebih2.
terpanggil macam2.
tercuit sana sini.
hehe!
terima kasih menjadi roomate saya!

Dear classmates;
DB,PROG,MATH3 and PHY2;
Guys, thanx for the whole sem.
Thanx for being such a good friends to me.
Thanx for troubling yourself for helping me!
Thanx for being such a great buddies for our final projects!
And dear friend, thanx a lot for helping me when the lappy breaks down, when I forgot my password until you have to sleep very late and have to wake up early in the morning just to help me and lot lot lot lot of questions to me until sometimes I cannot answer your questions.But I always try my very best to help you.So don't burden yourself too much.I know you are trying so hard to a better person, and yes, YOU ARE!So don't push yourself too much towards it!And thanx a lot because I've learnt so many things from you!
Cik I and Cik A and Cik Q, thanx for every moment we have!there are always something that teach us to be mature in everything!I love you guys!Cant wait to be there right?

Yes, I'm home for 4days already.
I really missed home after 4months being at CFS~
Meriah meriah dan meriah.
yang tu teriak, yang tu nak ni, yang tu berebut itu and macam-macam.
bak kata Ummi, dua orang balik, macam 10 orang anak ummi!

Wow!
Oke, selamat hari raya!
have the blast one oke?
Ampun dan maaf dipinta buat semua!
Jangan lupa hati2 balik kampung oke!

P/s: SAKIT mata tak baca hijau je?Teruja sebenarnya tahun ni because tema raya tahun ni hijau muda!

Monday, July 26, 2010

Maaf!

Assalamualaikum

Alhamdulillah, akhirnya exam sudah selesai.
Tuhan je tau betapa frustnya diri ini masa jawab paper Math.
Betul, semuanya milik Allah.Kalau dah bukan rezeki kita, benda yang ada depan mata pun, Allah hijabkan.
Mungkin ada khilaf yang kita tak sedar.
Astaghfirullah!




******************************************************************************

Baru-baru ini laptop TERrosak.
Salah diri sendiri.Cuai sangat masa angkat laptop.
Kesian semua orang yang terkena tempias masa laptop rosak.
ALhamdulillah, dengan izinNya, maka laptop ni kembali sihat.
Terima kasih kepada kawan yang sanggup korban waktu study walhal keesokan harinya kami akan menduduki exam programming.
Moga-moga Allah membalas segala yang baik dari kamu.

*******************************************************************************

Update:
Beberapa hari yang lalu, Intan datang bilik.
Al-kisahnya, seorang rakan tak dapat jugak nak balik dengan diriku ini kerana bapa saudaranya ajak balik sekali.
memang bad day hari tersebut.
Menangis dua tiga hari.
+Nak balik raya dengan siapa?+
+Siapa nak teman balik raya?+

Yang ini memang part sedih
(Jangan baca takut terasa, Jangan baca kalau tak nak nangis sama)
**KIDDING**

Memang masa ni rasa sedih yang amat.Ye la, raya kot.
Takkan nak balik sorang-sorang?
Dah tak nak ulang perkara yang sama macam balik akhir short sem lepas.
Sob sob sob!

Kadang-kadang hati yang hina ni agak terasa dengan keadaan sekeliling.
Kadang-kadang kita korban diri kita untuk kawan.
Sayangnya, diri ini rasa mereka melupakannya!

Entah lah.Lupakan yang itu.




Hari kedua lepas Intan bagitau pasal berita takda orang nak teman balik raya,
Call la rumah, call ummi, call yoyok.
Last-last call ayah baru ada yang angkat phone.
Rasa marah and sedih bercampur baur.
Agak teresak-esak dah masa tengah bercakap, takut nak nangis depan ummi and ayah,
akhirnya suruh ummi passkan phone dekat yoyok!
masa tu baru lah tak dapat control, maka hujan lebatlah ketika itu.
yoyok pulak cakap kuat-kuat yang kakak dia nangis.
gelabahlah ummi and ayah.
Masa tu memang tengah marah sangat.
Serius!Bukan la tak nak berdikari,tapi takut jugak nak pergi PUTRA sorang-sorang!
Bukan juga manja tak bertempat.
Bukan juga nak heboh satu dunia aku bermasalah!
HMMMMMM~
T_T
Kak long pun dah marah sebab nak susahkan dia jugak.Hehe!
Saya memang macam ni kak long.
Kak long gak kata saya ni mengada-ngada.
Tapi ni KL kak long oiii....
(SOB SOB SOB)
bukan nak suruh orang paham apa yang saya lalui, cuma saya sangat-sangat terkilan pasal ni.
Dah la duduk jauh dari family, nak menumpang kasih sepupu sepapat, siapalah saya!
Hari-hari call ummi TERnangis.
Bukan niat nak menangis, tapi kakak pun tak tau la kenapa jadi sedih sangat kali ini.
Dalam kakak busy macam ni, memang mudah nak terasa down!
Allah, kuat kuat kuat!
Ummi mesej: "kenapak u sedih-sedih ni?sebab balik raya sorang-sorang ke?"
:"u. lama lagi u nak duduk uia tu.berdikarilah."
:"ayah kata kakak tak nak naik flight.bagi jela ummi and ayah ambil u"
:"u jangan sedih-sedih, nanti ummi ayah gi ambil u lepas tu kita singgah perak takut nak ambil barang kak long u jugak"

TERHARU!!!!
Akhirnya ummi dan ayah bulat suara untuk datang ambil masa cuti raya nanti.
Serius kakak tak tau macam mana nak cakap.
Tapi kakak suka sangat, rasa nak canang satu dunia.
"Kalau kau boleh balik dengan family, UMMI AND AYAH saya pun boleh jugak ambil saya!Wekkk"
Ini ayat paling jahat saya terfikir hari tu.
Maafkan saya!
Saya memang khilaf!
Tapi maafkan saya juga, sebab saya memang sangat sedih pasal balik kampung ni!






Cuba berfikiran positif yang mereka nak jimat duit balik kampung dengan family terdekat dekat sini.
Mereka juga nak menyenangkan hati family dekat kampung kalau balik dengan saudara sendiri.

Tapi saya?
DILUPAKAN!
T_T


Apa-apa pun tetap berterima kasih kepada Intan, sebab sebenarnya Intan ajak balik dengannya.
Tapi memandangkan adik-beradik dia pun ramai, maka saya menolak dengan baik.
InsyaAllah Intan, kita sahabat dunia akhirat!
Thanx sebab belanja makan hari tu =)
Sayang anda sangat-sangat!

************************************************************************************

Saya sangat rumahrindu sekarang!
SANGAT!
sob sob sob
syahdu betul lewat-lewat malam macam ini!
maaflah kalau terasa jengkel membacanya!
saya bukan berniat nak menyindir,
apalagi memburuk-burukkan!
InsyaAllah, blog ini akan diprivatekan tak lama lagi.


*************************************************************************************

Pengajaran dekat sini untuk penulis terutamanya:
+kita tak berhak nak rasa sedih untuk perkara bukan yang sepatutnya!
+kita tak boleh buruk-sangka dengan kawan!
+kita tak boleh jeles kalau kawan nak balik raya dnegan saudara!
+sabar!
+cerita masalah bukan untuk membebankan pihak lain dan bukan juga menangih simpati!
+Paling tepat, carilah Allah!Mungkin masalah ni kecil bagi manusia lain, sebab itulah Allah adalah sebaik-baik tempat pergantungan kita!



Ampunkan hamba yang hina lagi lemah ini buat semua!

SOB SOB SOB!

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com