Showing posts with label merepek. Show all posts
Showing posts with label merepek. Show all posts

Monday, January 31, 2011

Perah otak dan juga blogger?

Assalamualaikum :)

Sekali lagi menulis entry baru.Tengah-tengah malam macam ni, internet sangat bagus.Suasana sejuk lagi mendamaikan, mampu membuat otak berputar ligat untuk memerah otak memikirkan macam mana nak ada idea menulis entry baru setiap hari.Ni hari-hari online, tapi selalu takda idea.Salute lah buat blogger-blogger yang satu hari dua tiga empat lima enam entry dorang post.Aww!

Ini membuktikan, blogger seorang yang kreatif.Susah kot nak update blog kalau takda idea nak tulis apa.Ingat senang ke?Kalau tak, dah lama follower aku ramai(haha) Memain je.Tapi betul, penulis dalam erti kata lain, sangat lah perlu menjadi seorang yang berfikiran tajam supaya sentiasa manfaatkan sesuatu disekeliling mahupun di mana saja, supaya idea yang datang daripada otak yang waras dapat ditulis dengan baik dan gilang gemilang di dada blog masing-masing.





Sekarang, kecik besar tua muda, semuanya berblogging!Ada satu blog ni, dia budak lagi.Maish berumur 8tahun kalau tak silap, dah pandai blogging.Dan apa yang dia tulis, memang sah-sahlah tak macam orang dewasa macam kita, tapi kenapa ramai yang baca dan suka blog dia?Sebab apa yang dia tulis lekat kat hati.Kata orang, bila sesuatu yang ditulis itu ikhlas, maka apa yang disampaikan nya juga akan sampai ke hati.:) Wah, bagus la.Nanti aku cari balik link budak tu.

Blog merupakan satu medan untuk kita melontarkan idea dan pandangan masing-masing.Sepatutnya sebagai seorang penulis kita perlu menerima kutukan dengan hati terbuka walaupun kadang-kadang hati akak sentap dengan apa yang dorang tulis.Nak buat macam mana, kita penulis dengan pandangan kita, yang membaca turut mempunyai cara dan kefahaman mereka.Tapi, kadang-kadang, menjadi tukang komen perlulah wajar bila mengomen.Sudahlah menggunakan identiti sebagai anonymous, pulak tu, mengomen, memang dush menusuk kalbu yang paling dalam!Haha!Tapi takpa, akak redha, mana baik kita ambil, mana salah akak betulkan.Thank you.Kerana komen adalah nadi blog bagi akak. :)

Paling kontroversi, ada jugak blogger yang sanggup gaduh-gaduh sambil buat entry berbalas, iaitu kau kutuk aku, aku kutuk kau.Hoho!Panas,bertambah dahsyat!Takut bila baca.Takpa lah, dorang punya blog, dah itu gaya mereka, suka hati mereka lah.Bagi I,tak perlu lah macam tu.Kitakan sama-sama kongsi hobi iaitu menulis.Jadi tulislah sesuatu yang bermanfaat hatta benda tu sekecil zarah, tapi kalau bermanfaat, insyaAllah, ada berkatnya penulisan kita.Kan?

Oke lah.Sampai sini je sesi perah otak.Mata akak dah nampak bintang-bintang.Laptop pulak dah kelihatan seperti ada tiga didepan mata sambil menari-nari.Haha!

Jumpa lagi, Happy blogging! :)


p/s: jangan lah sampai tension macam gambar ihsan dari abang google di atas :)

Sunday, January 23, 2011

Saya bukan seorang HERO

Assalamualaikum :)

Boleh tak aku cakap "saya bukan hero"?Bukanlah selalu, tapi untuk kadang-kadang aku bukan lah hero.Aku juga punya keinginan untuk melakukan kerja aku.Aku bukan mengelak.Tapi kadang-kadang aku memang tak tahu macam mana nak tolong korang.

Ni bab paling aku tak suka(touching).Aku tak kisah berapa juta soalan pun kau bagi aku, sebagai seorang yang sangat pendengar dan juga sangat susah untuk berkata tidak, aku pasti akan menolong sedaya upaya dengan kudrat dan pengetahuan yang diberi.Masalahnya, bila kau tanya aku soalan, kau serahkan bulat-bulat soalan itu untuk aku selesaikan.Walhal, aku juga macam kau.Aku pun bukan pandai sangat.Aku cuma diberi kelebihan sebab aku suka tengok contoh orang, jadi aku ada idea.Tapi bila buat, ada je error.So jum lah buat sama-sama dengan aku. Nerd nya aku asyik mengalah dengan orang.Bukan tak ikhlas, tapi janganlah sampai serah kerja bulat-bulat.Pelik bukan?


Ada lagi, aku paling tak suka orang lepak-lepak bilik aku lama-lama.Walaupun aku bukan ulat buku yang selalu mengadap buku, tapi aku sangat tak suka bila aku nak beraktivi dalam "bilik aku SENDIRI" orang datang lepak-lepak, borak-borak kosong lama-lama.Aku ada benda nak buat.Aku hanya akan buat kerja bila takda orang sebab bila ada orang takkan aku nak buat kerja sendiri tanpa layan korang?aku masih punya adab tatasusila.Aku hormat kau, kau pun hormat lah aku(aci ke buat permintaan ni? :P) Aku bukan hero yang sentiasa menyenangkan.Maafkan aku kawan.

Bercakap soal adab, aku sangat menjaga perilaku.Sebab ummi aku selalu cakap, macam mana perangai kita kat rumah, macam tu jugaklah perangai kita kat luar.Bukan nak suruh orang impress dekat kita, tapi seboleh-bolehnya, bila beradab, orang pun akan suka kita.Pertama, aku tak suka tutup pintu kuat-kuat,ambil barang hempas-hempas,tarik kerusi kuat-kuat, aku sangat takut orang terganggu.Bila aku tak suka, tak semestinya orang lain suka kan?Itu lumrah, selagi aku dapat tahan, aku tahan.Kedua, aku tak pasang lagu kuat-kuat.Kalau aku pasang kuat-kuat maknanya aku balas apa yang korang buat.Itu tanda aku tak suka.Sebab aku tak buat benda yang aku tak suka apalagi yang mengganggu ketenteraman awam.Ketiga, kekemasan.Dulu budak-budak yelah kalau aku ni memang jenis bersepah.Dah besar panjang, takkan nak macam tu.Walaupun bilik aku takda penyapu, aku tetap sapu guna surat khabar dan lap debu guna tisu lembab yang aku beli untuk muka.(lantai sama taraf dengan muka aku ke?erk.mahal den boli.)Bukanlah nak cerewet kan?Huhu!

Memandnangkan sem ni aku memang free sangat-sangat, jadi baju-baju aku basuh tangan.Kalau dulu,hujung minggu masuk mesin basuh.Baju kurung yang kain sensitif je aku basuh tangan.Kalau tak belasah je masuk mesin basuh.Berjuta kali ummi marah pun, aku dah terbiasa :).Tapi itu dulu, sekarang dah bagus, basuh guna tangan.Masalahnya, ada kadang-kadang aku terpaksa kosongkan tempat mencuci sebab dorang suka penuhkan baldi rendam baju dorang.Aku nak membilas macam mana?Lepas tu kena angkat balik, takut dorang marah letak baldi dorang kat bawah.Haiya.Aku bukan hero.Takpa, lepas ni aku pakai uniform pekerja am, so korang takleh marah dah kalau aku alihkan. :P

Dan akhir sekali, aku paling tak suka berkongsi tempat simpan barang.Maaf sangat-sangat.Bukan malas nak tolong, tapi rimas.Ingat aku kuli ke nak bawak kehulu-kehilir barang kau?Biasanya perkara ni jadi time nak window shopping ataupun kuar jalan.Biasalah, dalam handbag aku semua ada.Tisu,pen, moisturizer lip or face, tisu lembab untuk memudahkan before wuduk, payung(kalau ingat) dan macam-macam lagi.So sangat beratlah handbag aku tu.So aku sangat tak suka orang nak tumpang-tumpang barang dalam handbag aku.Lepas tu, time kau nak bayar duk mintak dengan aku barang kau.Aww, sangat tak cool aku masa tu.Itu baru handbag, satu lagi aku suak kumpul paper bag yang lawa-lawa lagi comel itu.Kalau aku boleh korbankan duit untuk beli paper bags tersebut untuk letak barang aku, asal kau suka-suka hati nak tumpang?Kalau malu beli barang yang bagi plastik warna-warni tu, lain kali beli paper bag sendiri.Aku pun nak letak barang aku.Then kau suka-suka hati nak menambah berat barang aku?Erkk.Lagi aku anmpak tak cool amcam mak-mak bawak barang banyak.Kau nak jaga imej, jangan rosakkan imej aku dengan menjadi superhero kau.Tak cool oke? :P


Maafkan aku kerana terlebih emo untuk entry kali ini.Bukan apa.Kadang-kadang kita tak mampu nak penuhi kehendak semua orang.Memandangkan aku bukan jenis berani berterus-terang yang aku tak suka demi menjaga air muka kau, kau dan kau, dan juga persahabatan kita, aku tulis la kat sini.Maaf ya.



Tuesday, October 19, 2010

Ladies and gentlemen =)

Assalamualaikum =)

Baru-baru ini dapat mesej keluhan seorang sahabat. Kelakar pun ada, tapi itulah kehidupan. Kalau hidup tak complicated, tak seronok la life kita kan? Apa-apa pun kita yang mencorakkan kehidupan kita. Kita yang menentukan bagaimana putaran hidup kita. Pernah dengar tak orang kata orang perempuan ni comlicated? Ala, common la tu. Baik perempuan atau lelaki, mereka dengan cara mereka yang mana kedua-duanya sama compicated sama complex. Kan?

Yang sorang ni pulak duk membebel, kalau orang perempuan nak pakai pencuci muka pun sampai kena ada dua. Yelah satu pencuci muka, satu lagi scrub. Tapi lelaki pun ada yang pakai kan? Nak guna tuala pun kena sampai dua. Satu untuk mandi, satu untuk lap muka. Yela, tuala mandi jangan la buat lap muka. Kebersihan lebih terjamin baru lah tak naik jerawat. Hehe! Itu baru sikit katanya. Kalau tengok bilik mandi perempuan, penuh kabinet toilet dengan syampunya, conditioner, shower and apa-apa saja untuk menjaga kulit. Kalau yang suka pink mesti towel pink, syampu pink and bla bla bla yang aku dah lupa apa yang dia omelkan. Tapi iti bukan perkara besar, orang lelaki kalau minat gadget, kereta, motor, handphone and so on, ada orang perempuan bising? Sama je la kita ni.

Kalau masuk bilik perempuan katanya, atas meja solek tu, bersusun barang. Ubat jerawat, pelembab muka, pelembab bibir, lipstik, eye liner, compact powder, pelembab siang dan malam, deodorent pun siang dan malam and macam-macam lagi. Bukan ke membazir? Tak bersyukur ke dengan kecantikan Tuhan bagi? Ni lagi satu hal dorang nak banding. Hello, itu bukannya lebih-lebih, kalau aku pun selagi benda tu menjadi keperluan, aku guna, takda masalah. Bersolek dengan menjaga satu benda yang berbeza. Menjaga kebersihan, benda yang tak nampak. Bersolek orang nampak. Kalau macam aku yang tak bersolek kira masih bersyukur sebab tu menjaga :P Hehe~

Baju pulak, satu colour nak banyak-banyak. Kalau baju dah banyak, tudung pun nak banyak-banyak. Haiya, itu pun soalan berbangkit ke? Dah tu, kalau tudung satu je satu colour, cepatlah buruk tudung tu. Kan rugi? Kalau lelaki pulak, nak pakai baju mesti yang mahal-mahal. Budget baju untuk lelaki mana ada yang murah. Betul tak? Orng perempuan tak kisah, dekat Jalan TAR pun boleh shopping baju dan lebih-lebih lagi tudung. Boleh rambang mata hanya dibawah panas terik. Kalau lelaki? Mana pandang tempat-tempat macam tu. Baju Melayu pun nak pakai brand Orlando. Orang perempuan? Rilek sudah, asalkan padan dan senang dan paling penting sila berpakaian menutup aurat. :) Jadi, lelaki dan perempuan masih sama kesukarannya kan?

Bab perasan, feeling2, touching and what so ever tu, memang lah beza. Dah nama perempuan ni lembut. Kalau nak kasar-kasar, baik tak payah jadi perempuan kan? Jadi lelaki lah. Habis kalau semua nak kasar, alamak aih, tak ke boring? Perempuan kasar, lelaki kasar, tak seronok life kita. Tapi bukan keseronokkan point penting, tapi kelengkapan yang menjadi lumrah kita. Kalau tak, perempuan takkan boleh beranak kalau mereka kasar. Perepmuan dijadikan lembut sebab mereka secara automatik adalah lebih penyabar. Bukan begitu? Dan orang lelaki takkan boleh jadi suami, kalau mereka tak cool dan tegas. Sebab itu sabar perepmpuan beza dengan sabar lelaki. Kalau tak macam mana Allah nak serahkan talak kepada lelaki? Klau perepmpuan yang diberi keistimewaan memegang talak, pasti dalam sehari 30 atau 40 kali menajtuhkan talak. Bercerai berai lah rumah tangga, roboh la institusi kekeluargaan dan hancurlah kehidupan manusia.

So, kenapa perlu nak bisnig sana-sini nak omel pasal perempuan dan lelaki?Dah kita memang tercipta begiu.Cuma bagaimana cara kita mejalani kehidupan kita.Oke lah. Perempuan-perempuan dan lelaki-lelaki, silalah ambil yang jernih buang yang keruh. Sebab kita dah ditakdirkan untuk melengkapi(tapi bila dah kahwin la) jangan gatal-gatal nak berangan sekarang. Hehe!



so sila fikir-fikirkan ^^,

Friday, October 1, 2010

Pondok Buruk!

Assalamualaikum.

Haih~Banyak pulak komen puaka-puaka komen blog aku buruk.Haha!Taadaaa.Ketahuilah oleh anda, saya juga tak suka new look ni.Tapi tak berapa rajin nak godeh-godeh, usha-usha template cun-cun.So buat masa ni, guna la sekejap.Tenang apa tengok warna hijau.Hehe!Takda ar korang asyik nampak pink je blog aku(blog lama punya memang pink kan plus biru muda sikit.cun seyh!)

Satu lagi masalh, aku tak boleh nak tukar colour font.Bukan main buat warna-warni, last-last HITAM jugak dia keluar.Haiya!

Anyway, macam mana cuti?Aku pulak tengah sibuk transfer file-file penting (movie je banyak :P) ke laptop lain.Ye la, ayah nak hantar umah acik untuk di baiki laptop aku ni.Kurang sihat sikit.Tapi sayang la.Haha!Aku macam tak suka Windows7.Tapi takpa la.Asal laptop ni sihat macam biasa.

Hah, oke la. Sampai sini dulu.Nak sambung download benda-benda cun ni.Cepat-cepat la aku boleh tukar aku punya blog. Daa!





p/s:cari mood nak update :)

macam-macam!



Assalamualaikum =)

Selamat bercuti sahabat-sahabat iium :)
Seronok kan?Me? SANGAT SERONOK!

Beraya lagi tak korang?Me?Still beraya lagi.Tengok ja la sejak balik rumah ni.Hari-hari masak (haha)
Mana tak nya, mengidam macam-macam.Semalam tengok-tengok la dekat draft entry-entry yang tak pernah terfikir nak post.Then dapat idea nak buat protected entry, tapi tak jadi.Yang kelakarnya, ramai lak yang mintak password nak baca.Padahal benda tu tak menjadi.Still aku ja yang boleh tahu.Hahaha!Lepas tu, ramai la jugak pm inbox gmail, mintak nak tahu pasal apa IDAMAN aku tu.Hehe.itu adalah idaman,idaman yang selama ini aku idamkan.Sebab tu bukan semua boleh tahu. :P (tak baik buat orang tertanya-tanya kan?)




Lupakan pasal idaman tu sekejap.Masuk bab lain sekejap.Aku tak paham sebenarnya masalah orang ni.Betul kan.Semakin canggih dunia, semakin susah keadaan.Masalahnya sekarang,aku dah lama bercadang dan berpendapat dan berfikir dan macam-macam lagi untuk mem"private"kan aku punya blog ni.Aku malas dah ada kes orang asyik nak terasa dengan apa aku buat. TAKE NOTE untuk DIRI SENDIRI jugak.Aku kadang-kadang terfikir, bila kita terlalu menuetralkan sesuatu keadaan, akan buat lebih ramai yang termakan cili dengan kenyataan kita.Boleh jadi fitnah, boleh jadi perbahasan, boleh jadi perpecahan keluarga dan kawan-kawan.Hah!dan dipihak aku, ada sesuatu yang sanagt buat aku terasa sampai sekarang.Malah seboleh-bolehnya, aku nak menghindarkan diri.Aku ni manusia biasa, kadang-kadang aku mengambil keputusan untuk melarikan diri dari benda tu.Kalau mampu lupa, aku lupa, kalau tak, aku pendam.

Dan sekarang tengah belajar menjadikan HIDUP itu suatu ACCOUNT yang mempunyai PASSWORD.Ya betul, barulah hanya aku yang mampu nak ACCESS semua tu =) dan anggap sahaja orang-orang yang tahu adalah HACKER-HACKER yang hanya perlukan aku dalam hidup mereka.HAHA!Dorang hack kita bila dorang rasa kita ini berkeperluan dengan mereka.Betul bukan?Hehe!



Bila sampai rumah lepas exam, rasa macam teruja lak dapat banyak kad raya.Hey guys, thanx a lot.And tulis la nama, nanti senang nak tahu siapa.ni ada ja yang tak tulis nama, jadi susah otak aku nak berteka-teki.Yang tak tulis nama hanya sorang aku kenal, iaitu Cik Efa.Than Cik Mira, Cik Sara dan A bukan nama sebenar.Aku tulis dorang sebab dorang readers blog aku yang malas nak update ni :) (Kan kan kan.korang baca kan? =.=") Tak kiisah la.Yang lain pun sama.Thanx sangat-sangat.Value kad raya ini sanagt lah tinggi.Cewah.

Ni kisah roomates saya yang comel (sikit je).Hehe.Terbaca la blog PUAN siti tu.Dia buat entry touching-touching lak.Ya la, sampai leleh air hingus aku and zaty baca tau.Sampai rasa tak sampai hati nak balik hari tu.Hehe.Ye la, semua orang suka budak-budak bilik kita kan.haha!Siapa tak tahu bilik kita bising?Bilik kita ada macam-macam bunyi, tapi itulah yang orang tak dapat kat bilik lain.Haha.Bunyi maksdu aku tu, bunyi EHEMMMM~HAHAHAH!Walaupun dengan zaty baru 4 bulan kita bersama, tapi cukuplah untuk kami saling kenal dan mengenali.Kan Kan KAn?Kalau siti tak da, aku dengan zaty je oa dalam bilik.Gurau sana, gurau sini.Kadang-kadang masuk Cik Baah Bie skali.Bilik kitorang sentiasa meriah dengan kehadiran orang-orang lain.Dan dah lama sebenarnya roomates kedua aku tu tak datang.Beliau itu adalah cik efa dan cik sara.Cess.Apa-apa pun, kita jumpa lagi.Cuma takut dah tak seakrab sekarang.Hehe.Memandangkan aku selalu je sakit, so mak cik dua orang tu selalu lah marah-marah aku suruh makan ubat.haha!Macam siti mention dalam blog dia, aku ni penakut gila makan ubat.Bila kena suruh, terpaksa buat muka cemberut nak telan.Haisshh~Syang sebenarnya korang dekat aku kan.hehe!Aku pun SAYANG jugak.Eww.Nanti text-text la aku.Hehe.Baik siti atau zaty, semuanya memahami aku.Aku macam rindu lak gelak-gelak dengan korang hujung minggu.Time-time mata kita semua dah ngantuk, mula la masing-masing buat hal.Kelakar dan rindu!

Dan aku kat rumah, sedang merancang aim untuk cuti ini.Walaupun dalam hati Tuhan je tahu betapa aku bimbang nak tunggu result math aku!Bimbang sangat!!!Aku tahu aku tak boleh jawab ahri tu.Tolong ya doa kan aku sangat-sangat.Aku tak nak dah menjejak kan kaki kesana.Dan aku pun xsangka sampai aku study math lagi takut kena resit bila tengok result!Ah!Benci!Tolong sangat-sangat doakan aku lulus math hari tu!Mimpi ngeri dah aku sekarang!

Hah!Takut korang! :P

Oke lah, sehingga aku rajin, aku kan update lagi!Tunggu la aku dah pandai, baru aku post entry-entry mahal aku tu :P

Monday, July 26, 2010

Maaf!

Assalamualaikum

Alhamdulillah, akhirnya exam sudah selesai.
Tuhan je tau betapa frustnya diri ini masa jawab paper Math.
Betul, semuanya milik Allah.Kalau dah bukan rezeki kita, benda yang ada depan mata pun, Allah hijabkan.
Mungkin ada khilaf yang kita tak sedar.
Astaghfirullah!




******************************************************************************

Baru-baru ini laptop TERrosak.
Salah diri sendiri.Cuai sangat masa angkat laptop.
Kesian semua orang yang terkena tempias masa laptop rosak.
ALhamdulillah, dengan izinNya, maka laptop ni kembali sihat.
Terima kasih kepada kawan yang sanggup korban waktu study walhal keesokan harinya kami akan menduduki exam programming.
Moga-moga Allah membalas segala yang baik dari kamu.

*******************************************************************************

Update:
Beberapa hari yang lalu, Intan datang bilik.
Al-kisahnya, seorang rakan tak dapat jugak nak balik dengan diriku ini kerana bapa saudaranya ajak balik sekali.
memang bad day hari tersebut.
Menangis dua tiga hari.
+Nak balik raya dengan siapa?+
+Siapa nak teman balik raya?+

Yang ini memang part sedih
(Jangan baca takut terasa, Jangan baca kalau tak nak nangis sama)
**KIDDING**

Memang masa ni rasa sedih yang amat.Ye la, raya kot.
Takkan nak balik sorang-sorang?
Dah tak nak ulang perkara yang sama macam balik akhir short sem lepas.
Sob sob sob!

Kadang-kadang hati yang hina ni agak terasa dengan keadaan sekeliling.
Kadang-kadang kita korban diri kita untuk kawan.
Sayangnya, diri ini rasa mereka melupakannya!

Entah lah.Lupakan yang itu.




Hari kedua lepas Intan bagitau pasal berita takda orang nak teman balik raya,
Call la rumah, call ummi, call yoyok.
Last-last call ayah baru ada yang angkat phone.
Rasa marah and sedih bercampur baur.
Agak teresak-esak dah masa tengah bercakap, takut nak nangis depan ummi and ayah,
akhirnya suruh ummi passkan phone dekat yoyok!
masa tu baru lah tak dapat control, maka hujan lebatlah ketika itu.
yoyok pulak cakap kuat-kuat yang kakak dia nangis.
gelabahlah ummi and ayah.
Masa tu memang tengah marah sangat.
Serius!Bukan la tak nak berdikari,tapi takut jugak nak pergi PUTRA sorang-sorang!
Bukan juga manja tak bertempat.
Bukan juga nak heboh satu dunia aku bermasalah!
HMMMMMM~
T_T
Kak long pun dah marah sebab nak susahkan dia jugak.Hehe!
Saya memang macam ni kak long.
Kak long gak kata saya ni mengada-ngada.
Tapi ni KL kak long oiii....
(SOB SOB SOB)
bukan nak suruh orang paham apa yang saya lalui, cuma saya sangat-sangat terkilan pasal ni.
Dah la duduk jauh dari family, nak menumpang kasih sepupu sepapat, siapalah saya!
Hari-hari call ummi TERnangis.
Bukan niat nak menangis, tapi kakak pun tak tau la kenapa jadi sedih sangat kali ini.
Dalam kakak busy macam ni, memang mudah nak terasa down!
Allah, kuat kuat kuat!
Ummi mesej: "kenapak u sedih-sedih ni?sebab balik raya sorang-sorang ke?"
:"u. lama lagi u nak duduk uia tu.berdikarilah."
:"ayah kata kakak tak nak naik flight.bagi jela ummi and ayah ambil u"
:"u jangan sedih-sedih, nanti ummi ayah gi ambil u lepas tu kita singgah perak takut nak ambil barang kak long u jugak"

TERHARU!!!!
Akhirnya ummi dan ayah bulat suara untuk datang ambil masa cuti raya nanti.
Serius kakak tak tau macam mana nak cakap.
Tapi kakak suka sangat, rasa nak canang satu dunia.
"Kalau kau boleh balik dengan family, UMMI AND AYAH saya pun boleh jugak ambil saya!Wekkk"
Ini ayat paling jahat saya terfikir hari tu.
Maafkan saya!
Saya memang khilaf!
Tapi maafkan saya juga, sebab saya memang sangat sedih pasal balik kampung ni!






Cuba berfikiran positif yang mereka nak jimat duit balik kampung dengan family terdekat dekat sini.
Mereka juga nak menyenangkan hati family dekat kampung kalau balik dengan saudara sendiri.

Tapi saya?
DILUPAKAN!
T_T


Apa-apa pun tetap berterima kasih kepada Intan, sebab sebenarnya Intan ajak balik dengannya.
Tapi memandangkan adik-beradik dia pun ramai, maka saya menolak dengan baik.
InsyaAllah Intan, kita sahabat dunia akhirat!
Thanx sebab belanja makan hari tu =)
Sayang anda sangat-sangat!

************************************************************************************

Saya sangat rumahrindu sekarang!
SANGAT!
sob sob sob
syahdu betul lewat-lewat malam macam ini!
maaflah kalau terasa jengkel membacanya!
saya bukan berniat nak menyindir,
apalagi memburuk-burukkan!
InsyaAllah, blog ini akan diprivatekan tak lama lagi.


*************************************************************************************

Pengajaran dekat sini untuk penulis terutamanya:
+kita tak berhak nak rasa sedih untuk perkara bukan yang sepatutnya!
+kita tak boleh buruk-sangka dengan kawan!
+kita tak boleh jeles kalau kawan nak balik raya dnegan saudara!
+sabar!
+cerita masalah bukan untuk membebankan pihak lain dan bukan juga menangih simpati!
+Paling tepat, carilah Allah!Mungkin masalah ni kecil bagi manusia lain, sebab itulah Allah adalah sebaik-baik tempat pergantungan kita!



Ampunkan hamba yang hina lagi lemah ini buat semua!

SOB SOB SOB!

Sunday, July 18, 2010

kenapa?????

Assalamualaikum.

Apa masalah blog ni?
Apa hal link within pergi link benda yang aku tak buat?
Aiyoookkkk~
Jangan klik dekat link within ya!
BAHAYA!

=.="

***********************************************************************

Anyway, hari ini outing kejap(lama ja)
Ingat nak cari kasut.
Alahai ramai lak orang.
Memandangkan banyak stop dekat stesen lain, budget pun lari.
Kasut pun takda.
Letih ja dapat.
Dah la dalam bas sorang-sorang.
Efa and Sara balik Nilai.
Kan.(Tau nak nangis sorang2 tadi)
Dalam bas pulak, dalam ramai-ramai saya ja pakai tudung.
(Yang lain cina and india)
Padan muka.


Sangat penat.
Esok quiz fizik.
Selasa exam programming.
Habiskan yang mana masih berbaki.



Tuesday, July 13, 2010

T_T

Assalamualaikum

Yang datang dan yang pergi.
Terima kasih untuk apa yang diberi dan diambil.

*************************************************************

Apa yang dah jadi, jadilah.
Tak kisah pihak korang nak kata apa.
Tak kisah korang nampak apa.
Tak kisah korang rasa salah di pihak mana.
Entah lah.
Hak kamu.
Saya tetap macam ni.
Saya juga tak kisah.

Bukan soal hati jadi persoalan.
Soal rasa yang kita tak mengerti.

*********************************************************************

Eh, database apa khabar?
(Tak pasti.Susah =.=")

Mood: Rindu rumah pulak.
Rasa nak manja-manja dengan ummi.
Rasa nak rehat lama-lama dalam bilik dengan yoyok sambil buat aktiviti kegemaran kami.
Rasa nak hilangkan sekejap suasana gloomy ni.
(APAKAH??)
sob sob sob T_T

**********************************************************************

Esok kelas programming!
Oooyeah!
Thank You kepada kawan yang cuba membantu.
Susah gak dapat kawan DL ni.
HAHA!
Kita punya goals untuk life (short and long) semua dia nak tahu.
Anyway,betul kata anda.
Bila susah, kawan yang menyenangkan walaupun anda tak tau yang saya memang dalam kesusahan sekarang.
Thanx!

*******************************************************************

P/S: Pejam mata dan sila tidur.

Sunday, July 11, 2010

pedulikan


Assalamualaikum

Pelik tapi itu adalah kebenaran yang tak pernah saya cakap kat orang.
Weh touching pulak kan? erk?
Sudah-sudahlah.
blogger-emoticon.blogspot.com

************************************************************************

Saya yang tersalah faham.
Eh?Hampir setahun jugak tersalah faham.
Saya tak berniat untuk salah-paham.
Oke.Cukup.Semua salah aku kerana salah paham!
Oke then.
Ummi, benda yang kakak cakap dengan ummi hari itu kakak canclekan kembali.

blogger-emoticon.blogspot.com

(Haha.Tabah betul)
************************************************************************

Oke.Bak kata kawan saya,LUPAKAN.
Ya, aku akan lupakan,bukan saja sekarang,Sampai bila-bila.
Ambik kau!
Haha.Sudahlah kau ketawakan aku!
(Malu sampai tak nak jumpa kau dah)
blogger-emoticon.blogspot.com
************************************************************************

Saya:
-suka ambil sesuatu dengan serius sampai saya jadi macam semalam.
-suka cakap belit-belit konon berbunga la ayat-ayat yang saya bagi.
-saya percaya sesuatu yang tak perlu dipercayai pun.

Haha.Oke saya dah kembali normal.

Btw,Spain menang. XD
blogger-emoticon.blogspot.com
See, musuh-musuh otai bola sepak kutuk mengutuk spain masa spain kalah awal-awal world cup tu.
Sekali, menang KOT!haha~
senyap korang.
Oyeah!
blogger-emoticon.blogspot.com


P/S:
Ada lawak yang lagi best tak dari yang kat bawah ni? :



 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com