Sunday, January 23, 2011

Saya bukan seorang HERO

Assalamualaikum :)

Boleh tak aku cakap "saya bukan hero"?Bukanlah selalu, tapi untuk kadang-kadang aku bukan lah hero.Aku juga punya keinginan untuk melakukan kerja aku.Aku bukan mengelak.Tapi kadang-kadang aku memang tak tahu macam mana nak tolong korang.

Ni bab paling aku tak suka(touching).Aku tak kisah berapa juta soalan pun kau bagi aku, sebagai seorang yang sangat pendengar dan juga sangat susah untuk berkata tidak, aku pasti akan menolong sedaya upaya dengan kudrat dan pengetahuan yang diberi.Masalahnya, bila kau tanya aku soalan, kau serahkan bulat-bulat soalan itu untuk aku selesaikan.Walhal, aku juga macam kau.Aku pun bukan pandai sangat.Aku cuma diberi kelebihan sebab aku suka tengok contoh orang, jadi aku ada idea.Tapi bila buat, ada je error.So jum lah buat sama-sama dengan aku. Nerd nya aku asyik mengalah dengan orang.Bukan tak ikhlas, tapi janganlah sampai serah kerja bulat-bulat.Pelik bukan?


Ada lagi, aku paling tak suka orang lepak-lepak bilik aku lama-lama.Walaupun aku bukan ulat buku yang selalu mengadap buku, tapi aku sangat tak suka bila aku nak beraktivi dalam "bilik aku SENDIRI" orang datang lepak-lepak, borak-borak kosong lama-lama.Aku ada benda nak buat.Aku hanya akan buat kerja bila takda orang sebab bila ada orang takkan aku nak buat kerja sendiri tanpa layan korang?aku masih punya adab tatasusila.Aku hormat kau, kau pun hormat lah aku(aci ke buat permintaan ni? :P) Aku bukan hero yang sentiasa menyenangkan.Maafkan aku kawan.

Bercakap soal adab, aku sangat menjaga perilaku.Sebab ummi aku selalu cakap, macam mana perangai kita kat rumah, macam tu jugaklah perangai kita kat luar.Bukan nak suruh orang impress dekat kita, tapi seboleh-bolehnya, bila beradab, orang pun akan suka kita.Pertama, aku tak suka tutup pintu kuat-kuat,ambil barang hempas-hempas,tarik kerusi kuat-kuat, aku sangat takut orang terganggu.Bila aku tak suka, tak semestinya orang lain suka kan?Itu lumrah, selagi aku dapat tahan, aku tahan.Kedua, aku tak pasang lagu kuat-kuat.Kalau aku pasang kuat-kuat maknanya aku balas apa yang korang buat.Itu tanda aku tak suka.Sebab aku tak buat benda yang aku tak suka apalagi yang mengganggu ketenteraman awam.Ketiga, kekemasan.Dulu budak-budak yelah kalau aku ni memang jenis bersepah.Dah besar panjang, takkan nak macam tu.Walaupun bilik aku takda penyapu, aku tetap sapu guna surat khabar dan lap debu guna tisu lembab yang aku beli untuk muka.(lantai sama taraf dengan muka aku ke?erk.mahal den boli.)Bukanlah nak cerewet kan?Huhu!

Memandnangkan sem ni aku memang free sangat-sangat, jadi baju-baju aku basuh tangan.Kalau dulu,hujung minggu masuk mesin basuh.Baju kurung yang kain sensitif je aku basuh tangan.Kalau tak belasah je masuk mesin basuh.Berjuta kali ummi marah pun, aku dah terbiasa :).Tapi itu dulu, sekarang dah bagus, basuh guna tangan.Masalahnya, ada kadang-kadang aku terpaksa kosongkan tempat mencuci sebab dorang suka penuhkan baldi rendam baju dorang.Aku nak membilas macam mana?Lepas tu kena angkat balik, takut dorang marah letak baldi dorang kat bawah.Haiya.Aku bukan hero.Takpa, lepas ni aku pakai uniform pekerja am, so korang takleh marah dah kalau aku alihkan. :P

Dan akhir sekali, aku paling tak suka berkongsi tempat simpan barang.Maaf sangat-sangat.Bukan malas nak tolong, tapi rimas.Ingat aku kuli ke nak bawak kehulu-kehilir barang kau?Biasanya perkara ni jadi time nak window shopping ataupun kuar jalan.Biasalah, dalam handbag aku semua ada.Tisu,pen, moisturizer lip or face, tisu lembab untuk memudahkan before wuduk, payung(kalau ingat) dan macam-macam lagi.So sangat beratlah handbag aku tu.So aku sangat tak suka orang nak tumpang-tumpang barang dalam handbag aku.Lepas tu, time kau nak bayar duk mintak dengan aku barang kau.Aww, sangat tak cool aku masa tu.Itu baru handbag, satu lagi aku suak kumpul paper bag yang lawa-lawa lagi comel itu.Kalau aku boleh korbankan duit untuk beli paper bags tersebut untuk letak barang aku, asal kau suka-suka hati nak tumpang?Kalau malu beli barang yang bagi plastik warna-warni tu, lain kali beli paper bag sendiri.Aku pun nak letak barang aku.Then kau suka-suka hati nak menambah berat barang aku?Erkk.Lagi aku anmpak tak cool amcam mak-mak bawak barang banyak.Kau nak jaga imej, jangan rosakkan imej aku dengan menjadi superhero kau.Tak cool oke? :P


Maafkan aku kerana terlebih emo untuk entry kali ini.Bukan apa.Kadang-kadang kita tak mampu nak penuhi kehendak semua orang.Memandangkan aku bukan jenis berani berterus-terang yang aku tak suka demi menjaga air muka kau, kau dan kau, dan juga persahabatan kita, aku tulis la kat sini.Maaf ya.



16 comments:

Nurul Fatehah said...

assalam..
macam teremo jugak aku bace post mu ni ida..hehe..

sabarlah da..
banyak orang banyak ragam.. =D

Nurul Fatehah said...

come and visit..
promote.huhu

http://sesucimawaputih.blogspot.com/

Unknown said...

follow lah balik. :)

Amiey White said...

:( emo pulak amiey baca ni

EidaAz said...

uyu :: hehehe :P nukan apa.aku tengah penat2 tadi, dah la baru jumpa handphone, tiba2 penuh mesej2 mintak itu, mintak ini.erkkk.aku bukanlah superheroooo :P

EidaAz said...

ayin:: hehehe..oke,thank you :)

EidaAz said...

amiey:hehhehe!plis jangan emo....ni lah hasilnya bila tulis dalam keadaan bad mood :P

Akram Nordin said...

dahsyat pegangan awk.keep it up dan istiqamah dgn prinsip anda. :)

Anonymous said...

jgn emo2 k...

rasanya semua org rasa time stadi dulu..ai pun pernah rasa gak...

duluah mati bapak ditelan mati mak...

EidaAz said...

akram:
dikira prinsip ek?Hoho.buruk la prinsip saya kalo macam tu :P

anyway, kembali menulis ya..

EidaAz said...

noremy::
hehe.itulah...
nanti besar2 mesti akan rindu jugak kan time-time nakal kat u....
masa ni je tension :)

thank you :)

Anonymous said...

betul..nanti dah keje,rindu sangat kat zaman u...

JUNKO-EL-HIDA said...

Terima kasih ieda..Saya bukan hero..Hihihi..Entri yang menarik..Thanks atas kata-kata eida di kotak komen saya..Ya kita sama-sama naik dalam blogger tapi blog saya masih seperti biasa dan seperti dahulu cuma ada pembaharuan dari tutorial yang banyak mengajar saya..Jadi ieda pun boleh..Jom belajar dr tutorial yang ada..

EidaAz said...

noremy: hehe...i hope not that much missing the uni's life...hehe!

EidaAz said...

junko::

hehe!thank you!i'll always read up all your entries....

cuma untuk komen, bergantung kepada internet...kalau internet oke, i will drop by my comment!

and keep on upgrading your blog! :)

i will learn from u~

Dr. A said...

salam..lama tak usya blog ieda..
btw, thifah pun bese alami benda-benda macam ni cuma thifah jenis yang terus terang.
bila kita tak berterus-terang atas perkara yang remeh, kita akan meletop satu waktu bila dah lebih pada limit kita, masa tu effect dia bukan orang sekeliling je, diri sendiri pun akan rasa tak seronok.
sebab kita bukan hero, kita kena terus bagitau, kita ada banyak kerja.sebab kita bukan hero, kita kena bagitau kita tak nak terbeban, sebab kita bukan hero, kita kena bagitau perkara-perkara yang dia buat buatkan kita tak suka. berterus terang bukan sebab nak lepaskan marah atau nak cari pasal..tapi nak suruh orang memahami kita dan supaya apa saja yang kita buat jadi ikhlas..=p orang tak dapat baca hati kita dan tak tau apa yang kita tak suka selagi kita tak bagitau.
apa-apa pun ni cuma pendapat thifah je..kalau ieda tak suka sory la..=)

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com