Ini bukan nak ucap hari raya :P
tapi ni je gambar yang ada dalam laptop.
yang lain dalam hd.malas nak ambil :)
Assalamualaikum.tapi ni je gambar yang ada dalam laptop.
yang lain dalam hd.malas nak ambil :)
Dalam hidup ini, tiada siapa yang lebih penting melainkan keluarga.Hidup kita hanya bergantung dengan keluarga.Impian, cita-cita, harapan, doa dan sokongan semuanya dari keluarga.Bukan maksud aku Allah dibelakangkan.TIDAK.Selepas Allah dan Rasul, keluarga pasti menjadi keutamaan kita.Yang mana, tanpa keluarga, hilanglah punca dalam hidup kita.
Contoh orang yang mempunyai masalah keluarga, pasti dia rasa kehilangan dan hilang tempat bergantung dan seterusnya mendorong ke jalan kemungkaran.Bagi yang punya akal panjang, pasti mencari kebenaran.Tapi kalau dikira peratus, memang sikit.Selebihnya membuat halaun masing-masing mengikut dorongan hawa nafsu.
Bila tiada siapa disisi, walaupun tiada keluarga, jangan lupa Allah sentiasa bersama kita tanpa hilang walau sesaat.Tapi, itulah kepentingan hidup.Kalau mereka keseorangan, pasti hilang tanpa arah.Aku mohon diberi kebahagiaan,keharmonian dalam keluarga, kasih sayang berpanjangan demi bonda dan ayahanda tercinta.Tika hidup dimamah usia, mata mulai kabur,kudrat kian hilang, aku mohon Ya Allah, berikan mereka hidup yang bahagia di dunia dan akhirat.Berikan mereka sakinah didunia mahupun akhirat yang kekal.Mahabbahkan kami adik-beradik,supaya mampu mendoakan orang tua kami.
3 comments:
family 4 eva...wat eva is they is my soul
ye...betul tu....
apa2 pun, biasanya setiap orang pasti letakkan family di tempat teratas..
Post a Comment