Monday, January 17, 2011

Ke"GHAIRAH"an Mereka!

Assalamualaikum. :)

Hari ini internet laju sikit dari biasa.Seronok je boleh online time-time macam ni.Aku baru je siap mengemas barang untuk pulang bercuti di rumah sempena thaipusam.Agak sedih sebab hari ini jadual final exam dah keluar.You know what, math falls on 24 of february!The last day of examination is on 25!God, apa aku nak buat lepas raya cina tu?time tu ada revision week.Memandangkan aku hanya ambil satu subjek je, so aku ambil keputusan untuk berada diruma sampai 20 february.HAHAHA! :p Chill ya kepada budak-budak cenfos yang lain :)

Oke, alkisahnya tajuk macam "HOT" sangat.Tak tahu lah orang lain rasa hot ke tak, tapi bagi aku ya.Sebab aku tak suka guna perkataan HOT.Hehe!Mereka?Siapa mereka?Kenapa dengan mereka?Apa yang mereka ghairahkan?Jeng jeng jeng.....Hari ini MRC ZC buat talk pasal zina,pornography dan cinta sejenis.Hot bukan?Dosa-dosa besar tu.Tapi berapa ramai je yang datang tadi.Sebenarnya talk tu tak wajib pun, open kepada siapa saja yang nak datang, tapi sayang, takde orang sampailah lecturer buat announcement yang "To those in rooms,You are required to come down and don;t make our presenter waiting".memalukan!Mana anak-anak muda ni?Dorang taknak turun ke?Aku ada usrah yang memanggil menyebabkan aku tak boleh nak dengar talk tu.Talk tu hanya open untuk perempuan je.So tak kisah la kalau nak dengar.Kalau ada brothers of course la segan sikit.Lepas habis usrah, cepat-cepat aku pergi dengar.Tapi dah dekat sejam duduk, badan aku yang kurang sihat mula meragam sebab dah makin panas.Cepat-cepat beli 100plus dan naik bilik.

Bila bercakap pasal zina, pornography, or cinta sejenis ni, gejala ni makin berleluasa.betul!perkara ini seolah-olah perkara biasa yang menjadi bualan mereka.Remaja sekarang seolah-olah dah hilang rasa malu.Dah tak tahu beza mana haram mana halal.Kadang-kadang rasa nak marah je.Dah besar panjang, dah bersekolah bertahun-tahun, masuk universiti pun ada kelas agama, tapi masih tak faham.Bila teringat kata-kata seorang ustaz ni, mereka sebenarnya bukan tak faham macam apa yang kita faham, tapi mereka nak nafikan apa yang mereka faham sebab mereka tak mampu nak kawal nafsu dan beranggapan seolah-olah mereka tak tahu, dan boleh melakukan kemungkaran!Lelaki dan perempuan, sama je.Video lucah seolah-olah perkara biasa sehingga menjadi bualan biasa bagi mereka.Kemudahan teknologi sekali lagi disalah gunakan oleh mereka.Padahal teknologi sikit pun tak salah, jadi kenapa nak bahas kan soal media massa, soal internet?Teknologi tercipta untuk memudahkan kerja serta urusan seharian disamping mebantu meningkatkan kemudahan belajar dan menambah ilmu pengetahun!Perh, panas makkkk bila cakap pasal ni.

Pernah terdengar seorang perempuan ni bercakap dengan lelaki pasal video lucah.Hmm!
"U tengok video porno ke?"
"I tak ingin la tengok video porno tu.I dah ada semua yang ada dalam tu.Boring"
"U guys punya?Tak menarik lah.Benda biasa je guys punya."

Perh, ayat dorang, bagi aku, aku dah cukup menyampah dengan ayat tu.Walaupun ada sesetengah pihak bagi dorang adalah biasa,tapi bagi aku, itu luar biasa.Tak malu ke sebagai perempuan cakap perihal sulit dengan lelaki?Dengan perempuan pun aku malu, inikan pula dengan lelaki.Serius mana malu korang????Kalau dah tak sabar sangat, suruh pakwe kau masuk meminang, kahwin dan cepat-cepat timang anak.Tak perlu lah kau nak bercakap perihal tu.Ini lah yang ada dalam masyarakat kita sekarang, "MENGANGGAP SESUATU PERKARA YANG TELAH DITETAPKAN HARAM SEBAGAI PERKARA BIASA" Siapa yang bagi korang kebenaran anggap pegang tangan tu biasa?Siapa korang nak kata kalau dengan kawan-kawan takpe bersentuhan sebab tak naik syahwat?Siapa kata???kitab mana korang baca?Penulis mana yang cakap?????Bagitahu sikit.Boleh aku pergi rujuk jugak.




Ada sesetengah pihak tu, gunakan laptop untuk simpan bahan pornography dorang.Gambar-gambar dorang bersosial.Dah pandai hiddenkan file, letak dalam multiple folders, hello, aku tak bodoh.taktik korang dah lapuk.Masalahnya hanya satu, bila dorang tak tahu betapa indahnya Islam menghalang mereka dari bercampur gaul sesuka hati.Kalau budak-budak universiti sekarang, dorang suka baut trip bercuti ramai-ramai bercampur dengan lelaki dan perempuan.Ada yang berani duduk satu rumah lagi.Perangai, macam apa ntah.Sorrylah, aku memang anti sikit kalau pergi bercuti-cuti bercampur gaul lelaki dan perempuan.macam dah takda cara lain je nak bercuti.Ajak family lagi bagus lah.Sayanglah diri wahai perempuan.





Maafkan aku, kadang-kadang aku tak berniat nak pandang sinis orang-orang yang cakap:
"Aku mestilah nak orang lelaki yang boleh bimbing aku.ni kalau solat Jumaat tak pergi, macam mana nak bimbing aku bila kahwin"
Memang aku minta maaf sangat.Aku kadang-kadang tak terniat dihati pun nak ada perasaan jengkel tu, tapi, kalau betul niat baik kau macam tu, kau kena lah jadi baik jugak.Kalau kau berdating time solat jumaat, macam mana lelaki tu nak pergi solat jumaat?salah siapa?Hmm.Begitu jugak lah bagi lelaki-lelaki yang inginkan wanita baik menajdi bini dorang.

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya anda masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk anda ikuti?

Banyak-banyak lah beristighfar.lebih-lebih lagi dizaman sekarang ni.Aku pun dah panas bila bicara soal ni.kadang-kadang sedih tengok kawan sendiri hanyut macam tu je.Takpe lah kalau korang nak bahas fatrah bercinta dan ingin dicintai itu.Aku tak mampu nak sangkal, tapi pandai-pandailah jaga diri.Buat yang masih bersabar untuk merasa nikmat cinta itu, semoga kalian terus-menerus dirahmati Allah.Takpe, pasti Allah telah sediakan yang terbaik buat kalian.Kawan-kawan yang aku tak bisa nak menegur, maafkan aku atas kelemahan aku.aku bukan membenci kalian, tapi aku benci akan maksiat itu sendiri.Aku sayang korang, sebab itu, selagi termampu aku akan cuba sedaya upaya membantu.



p/s:Janganlah ghairah pada benda yang bukan sepatutnya!ketika usia masih muda, ketika tenaga masih kuat, jom lah kumpul saham kebaikan untuk kebahagiaan masa akan datang!Kalau dah ada berkenan dihati, baca doa kat atas tu :) Mudah-mudahan Allah tolong kita!Amin~

6 comments:

Asy_raAf said...

bersyukurlah kerana mereka berkata bosan membuat dosa tp still mcm haram sbb simpan lg "benda" tuh.... nmpk sgt menipu sbb still buat dosa~~~

EidaAz said...

acap::orang kalau dah tak nak, cakap macam-macam..
bila hati dah terbiasa dengan benda-benda macam tu~

M. Faiz Syahmi said...

aku simpan banyaaakkkkkk dalam laptop aku.!

siap ada cd-r lagi aku burn sebab tak cukup nak simpan dalam lappy.!

hahahaha.!

EidaAz said...

faiz::

haha@serius?insaneeeee

M. Faiz Syahmi said...

aku bukanlah peminat lucah yang tegar.

mungkin agak keterlaluan cara aku memerhati dunia.,

dan ia salah satu yang termasuk dalam pemerhatian aku.

apa orang kata...trying to be updated., when people around you is practicing the practices.?

serupa aku pergi kandang harimau aku mengaum., pergi kandang kambing mengembek. >.<

Asy_raAf said...

oit...
agak bahaya cara ko tgk dunia weih...
berdosa tgk aurat bkn muhrim, even ko nak belajar pown dgn cara cam tuh, berdosa jgk~~~

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com