Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci membenci, dengki
mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah
yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya
lebih dari tiga hari lamanya. [Bukhari & Muslim]
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah
s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk,
janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar
orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian
yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang
bersaudara. [Bukhari & Muslim]
Diriwayatkan daripada Abu Ayub al-Ansari r.a katanya: Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w bersabda: Haram bagi seseorang muslim berkelahi dengan
saudaranya lebih dari tiga malam, apabila keduanya bertemu saling
memalingkan mukanya. Sementara itu, yang terbaik di antara keduanya
adalah mereka yang mula mengucapkan salam. [Bukhari & Muslim]
Apa yang kita faham tentang budaya sindir -menyindir ni?Aku rasa zaman sekarang orang dah terbiasa sangat dengan budaya ni.Dari dulu sindir-menyindir seolah-olah sinonim dengan kita.Aku juga kadang-kadang menggunakan sindiran dalam penulisan.Tapi boleh ke nak menyindir kalau tak bersebab?Atau sekadar menyakitkan hati satu sama lain?Erk.Jum muhasabah!
Apa yang kita dapat simpulkan daripada hadis-hadis di atas ialah:
- Jangan membenci antara satu sama lain
- Jangan sindir-menyindir
- Menggunakan perkataan yang baik apabila berkata-kata
- Tidak menghebahkan perkara-perkara buruk seseorang
- Tidak mengambil kesempatan keatas perniagaan orang lain
- Tidak bergaduh sesama sendiri melebihi 3 hari
- Sentiasa berkehendak menjadi orang yang pertama dalam mengucap salam
Jelas sudah daripada hadis-hadis tersebut, jadi kenapa kita nak membudayakan sindir-menyindir kan?Mungkin ada hati-hati yang keras, bila kita menegur secara berlembut mereka kurang untuk menerimanya, kerana sindir-menyindir adalah menggunakan ayat disebalik perbuatan mereka kadang-kadang mampu buat mereka sedar akan kesalahan mereka.ini semua bergantung kepasa individu macam mana nak mengaplikasikan nasihat tu kepada seseorang.
Kita dijadikan Allah bukan untuk dipersiakan.Tergalas dibahu kita satu tanggungjawab besar iaitu menjadi seorang khalifah yang mampu memakmurkan dunia.Kenapa?Kita dikurniakan akal untuk berfikir dan bertindak waras dalam setiap hal dan tindakan.Mana mungkin kita persiakan kewarasan yang dianugerahkan bukan?
Apa guna menyakiti satu sama lain?Lebih-lebih lagi dengan lidah.Sebab lidah lebih tajam daripada pedang.Mampu menghiris hati manusia hanya dengan berkata-kata.bisa bukan?Berapa ramai yang sudah berpecah belah hanya kerana kata-kata yang menyakitkan?Bak kata pepatah "Kerana pulut santan binasa, kerana mulut, badan binasa" Mampu merosakkan institusi kekeluargaan, persahabatan dan rakan sekerja.Wah, hebat betul mainan lidah kita.
Akhir sekali,maafkan kalau sebelum ini aku pernah menyakiti kalian.Mahupun dari sudut bicara ataupun penulisan. :) Sentiasa membersihkan hati, memelihara lisan dan berfikir sebelum bertindak.
Ini video dari rancangan Oh Yeah!Dimana Prof Sir Tap Hatemaknak mengatakan kita patut mengamalkan budaya sindir menyindir untuk jaga perhubungan sesama kita.Erk.Tak apa.Yang mana baik kita ambil, yang mana buruk, kita tinggalkan.Kerana realitinya bukan macam apa yang dikatakan.Lebih banyak pergaduhan.Itu sabda Nabi Muhammad, bukan aku.Jum tengok video ni :)
"Mata keatas, tangan ke bahu"
15 comments:
teka teki imam syafi'
benda yang paling tajam?
terasa entry ini menyindir aku sebab aku suka menyidir...hua3 joking ^_^'
apa pun, sekadar pendapat aku, menyindir 'kena tempat' tak salah. if marginal benefit is exceed marginal cost, so can be assumed as positive incentive that encourage people to do someting.
( if tak paham pergi bukak buku econimic ekekeke
latest entry : tak sambut thaipusam pun kena cucuk
efa::itulah kau...suka cakap si a***i mencarut, kau pun mencarut sama...
dalam buku econs adik aku takde bahasa inggeris pun!haha
betul tu...
ada benda2 macam boleh guna menyindir sebab dorang susah menerima kalau kita cakap baik2...
aku pun menyindir gak kadang2...
ahaha!kalau tak, xkan kau pun nak terasa walaupun sebenarnya aku tak menyindir...
haha!
kalau benda baik, boleh je kut...hehe!depends on individu macam mana dorang nak terima.... :)
mata ke atas tangan ke dada tu...
macam untuk golongan lembut pulak.
menyampahh aku nak tengok lepas minit ke-4 tu. =.="
sindiran., kadang-kadang buat orang simpan dalam hati.
untuk orang cepat tangkap.
untuk orang lambat tangkap.?
terpaksa direct to the face lah kan.?
serius aku tak faham ayat efa.! hahahahahahaha~
faiz:
memang macam lembut.Hahaha!bila tengok agak kelakar kot.
betul tu.memang semuanya depends on individual.macam mana dorang akan terima.
faiz,efa memang suka tetttt~
Assalamu'alaikum w.b.t...
maaf... mencelah sdikit...
murrad bg kata sindir pd hadith2 tsebut adalah pada ertikata mencela au mghina...
ana agkat contoh disini...
Contoh yg pertama:
Situasi : Saudari ieda terjumpa sahabat lama yg dulu sama2 bertudung labuh...tp dah pn beralih arah...pakai tudung kecil yg xcukup syarat...
ieda:Cantik tudung awak minah(dgn nada sindir)...(`_^)
minah:Hmmm...(kenakan aku ler tu...
Contoh kedua:
Situasi : Saudari ieda terserempak sahabat lama yg dulu dan skarang tetap sumbing(cacat) bibirnya...
lalu saudari ieda berkata...
"cantik bibir awak ye...dari dulu sy tengok cantik je memanjang xhabis-habis...tringin jugak nak bibir yang cantik mcm awk ni..."
k...
disini ada 2 keadaan sindiran yang berbeza...
yg dimaksudkan pada hadith tersebut adalah pada situasi yang kedua...yg bermaksud,tidak boleh menghina,mencaci,merendah2kan martabat sahabat yg lain...samada membuat gelaran pd rupa,keturunan dan sbgnya...
adapn situasi yg pertama,itu merupakan uslub dakwah didalam islam...
pada setengah orang,lain padang lain belalangnya...
lain lubuk lain ikannya...
jadi lain orang lain caranya dalam penyampaian dakwah...
ada yg perlu sindiran(kiasan)...
ada org hnya perlu straight to da point pd menegurnya...
Di dalam Al-Quran sendiri pn ALLAH S.W.T sendiri banyak menggunakan kata sindiran...
Contoh...
Ayat.."Afalaa ta'qiluun...???"
adakah kamu (hei kaum musyrikin mekah) tidak tahu berfikir...?sedangkan dirimu punya aqal fikiran dan kebijaksanaan...
ini antara sindiran2 dari Allah...
Insya'Allahu Ta'ala minal aaminin...
Terima kasih kerana sudi bersama-sama menyebarkan risalah2 Rasulullah s.a.w...
teruskan berjuang dijalan Allah...
mohon maaf andai terkasar atau terguris hati...cuma ingin menambah sahaja apa yg telah ada...(^_^)
Dari...~Muhamad~
Muhammad:
Thank You very much.
^____^ Saya bukan pandai sangat bab agama apa lagi nak menerang secara terperinci..
macam saya kata, saya juga menggunakan sindiran,sebab manusia biasanya akan menerima sesuatu teguran apabila kita menyebut sesuatu yang bertentangan dari apa yang dorang buat :)
anyway, thank you.
thanx sudi baca :)
aku kadang-kadang pening kepala pikir.
eh., dia ni puji aku ka perli.?
tapi selalunya soalan tu diam sunyi dalam hati ja.. tak pernah keluar dari mulut..
haha.
baidewei., hidung saya memang sengett. :P
hey EidaAz,
the anonymous must be one of your friend.sorry to say, if he is too good then why not he creates a blog and write it down there.He just acts like nobody with unknown name so that u won't recognized him.what a loser.
fyi, i am a silent reader too.i think u should constantly updated your blog.it was nice and knowledgeable.
don't give up on writings. you can go far further. and good luck.
those who criticized you, is for sure get jealous of you.i already read the same muhammad who commenting one of your entry.geezzzz.ask him to write blog and correct people.loser.oke sorry and thank you.
faiz::hehe....hidung kau senget takpe.Muka macam shah rukh khan oke.
:)
anonymous:HHAHAHAHA!takpe lah.xkisah.kutk membina, taraadahal :)
thanx jugak sebab baca.
Assalamu'alaikum w.b.t...
Maaf cik ieda...
pinjam ruang sikit...(^_^)
Sy rasa ada baiknya shbat anonymous ni berlaku adil kpd insan yang lain...
sy reader la jgk walaupn utk blog ni je...
walaupn baru knal com and intenet and blog(paling baru knal walaupn xthu apa mksd blog ni)...
kolot pn kolot la kan...(^_^)
janji ALLAH suka sudah...
persoalan sy,
adakah seorang tu dikira mengangkat hidung sendiri bila melihat ke'aiban sahabatnya lalu diperbetulkan...
adakah seorang itu di kira menunjuk diri disisi Allah jika saling memberi pandangan...
jika betul awk ign bersahabat,
buanglah apa shj ke'aiban yg ada pd sahabatmu...
andai seorang itu dikira loser bila menjalankan kerja nabi,maka cepatlah bertaubat kpd ALLAH...
krn kata Allah..."Wa man a'radha 'an dzikri,fainnalahu ma'ishatan Dhonka..."
Brgsiapa yg menghalang kerja2 Allah dan Rasul-Nya,maka sungguh kata Allah bhw tiadalah bagi mrk melainkan hidup yg sempit...
Maafkan saya,
sy terus jawab jwpn shbat saya yang berkenaan...
sy lebih suka mengambil langkah berjaga2...
kerana kebimbangan " wa naktubu maa qaddamu wa aatharahum "...kata Allah bhw setiap apa yang kamu buat akan dicatat dan begitu juga bekas perbuatanmu...
silap kita mengarang dek kerana kemalasan kita mencari ilmu,maka akan meninggalkan bekas yg buruk...dan lebih buruk jika bekas kesilapan kita turut diamalkan sahabat yg lain...walhasilnya,mereka bakal berhujah dihadapan Allah di kemudian hari...
lagipun sy sama shj dgn insan lain...tiada apa pada diri untuk dibanggakan...sbb "datang sy dari kematian,menuju kepada kematian"...
barang yang mati,la budda memang tiada kudrat langsung...
kpd cik ieda,
sbnrnya sy terjumpa blog ni masa sy nk search maklumat tambahan...
jd,baca2 pn terkejut sdikit sbb anda satu skul dgn sy...
SMKA Nurul Ittifaq...
Maafkan sy andai ada terasa jika di comment...
sy da pn bgthukan yg sy bukan mengomen...tp menambah shj...
bukan mengecil2kan org lain spt yg shbt anonymous bgthu...dan bkn juga utk tontonan umum(mninggikan hidung yg kemek)... kalau bukan sebab anda satu skul dgn sy,mgkn da xbaca kot...sbb SMKA NurulIttifaq cukup hebat bg sy...hebat dgn memorinya...
sbb ilmu itu utk di kongsi,bukan utk di pamirkan atau di tunjuk2...
maafkan sy wahai shbtku yg anonymous...
stiap org yg mengadu domba akn mengundang kbencian Rasulullah...
sy bukan komen shbt sy ni,tp ingin berkongsi shj...apa yg dia thu mgkin sy xthu...apa yg dia xteringat(bukan x thu) mungin sy masih igt...
harap jgn silap faham...
bahasa yg di gunakan terlalu kesat sgt wahai sahabat anonymousku...
"loser"..."geez"...
sbb jika seorang tu bergelar Mukmin,maka tiada lg kata loser bgnya...org yg loser ni adalah org yg enggan mnurut perintah Allahu Tabaraka wata'ala...
maaf skali lg cik ieda,
teruskan perjuangan islam tanpa cepat termakan kata2 yg cuba menghancurkan islamic idea anda...(^_^)
Wassalam...
dari ~Muhammad~
Muhammad::
Eh, tak apa.Saya memang tak kisah.Dalam penulisan memang kena banyak makan nasihat.Saya bukan penulis yang hebat.macam awak cakap, mana yang saya tak tahu,mungkin orang lain tahuu.Dari pertama kali saya menulis, saya memang dah pesan, saya bukan ahli tafsir, bukan jua hafizah, bukan jua pengkaji mana2.Saya hanya menulis ari pengalaman yang dikutip ditambah dengan mana-mana ilmu yang dikutip sepanjang perjalan sebgai seorang pelajar yang gemar menulis.
Jadi setiap pujian dan pembetulan, amat saya hargai.
Jangan bimbang :) Dia juga seorang anonymous yang saya tak kenal :)
Terima kasih sebab sentiasa menambah baik penulisan saya :) Dulu ada seorang rakan juang yang sentiasa membetulkan kesalahan dan mana-mana penulisan yang dirasakan mampu mengelirukan orang, dia akan betulkan.memandangkan saya dah lama tak menulis, dia pun dah tak berblog, jadi takda dah orang nak tegur.
Selamat membaca dan berkongsi :)
Saya budak SMKA Nurul Ittifaq batch 2004-2008.Seronok jumpa kat ruangan komen :)
keh2. ada gado2 la pulakk.
blog ni vice versa dari blog aku. korang hargai la baik baik.
bagus blog ni. penulis pun baik.
haa. kau jangan kembang lak aku puji ni.
oh ye., ini bukan sindiran oke. ini pujian. :)
faiz::
hehe!aww...
terima kasih atas pujian!
blog kau bagus dan sanagtttttt bagus....
tapi itulah, atas masing2 nak terima tulisan kita....
dan aku oke je wahai si gatal :))
assalam writer!
am just blog hopping and 1st time visiting yours..after googling for some infos on 'budaya sindiran' yg makin menjadi trend masakini.. especially via FB. sana sini org tunjuk skill sindiran masing2 dgn megah dan yakin wpn isu2 yang diperkatakan tu bknlah isu mereka sendiri..(especially political issues *eyes rolling*)
i sincerely like what i read here. i understand and know what u mean regarding this topic.
thanks for sharing!
Post a Comment