"Apa aku buat semua tak kena.Buat tu, dia kata tu salah.Buat ni, dia kata ni salah.Pakai tu, dia kata aku tabarruj.Cakap tu, dia kata aku tak zuhud.Kawan dengan orang tu, dia kata aku tak menunaikan tanggungjawab."
Hmm.Paham tak yang dekat atas tu?Susah jugak aku nak terangkan.Tapi itulah.Orang selalu je tak puas hati dengan kita.Ada je yang dorang nak kata.Ada je yang tak senang bagi dorang.Kita pun mungkin sama kan?Sebenarnya, Si A sedang meluahkan rasa hati.Dia telah dipanggil oleh Si B, dan Si B mengatakan bahawa Si A ni tak patut jadi macam tu.Katanya Si A berkawan dengan kawan-kawan yang bukan sekufu.Katanya kalau kita pakai tudung labuh, kawan kita keluar pakai baju ketat sangat-sangat, boleh jadi fitnah.Hmm, bab tu aku tak tau nak ulas.Tunggu ada idea, baru aku ulas.Tapi aku kenal A.Dengan siapa pun dia, dia tak pernah berubah.Malah dia selalu je cerita dekat aku, apa yang jadi sekeliling dia.Macam mana kadang-kadang dia takut, hati dia kering, rohani dia lapar, dia tahu apa dia buat.Dia ada cara dia.
Aku selalu ambil langkah berdiam diri.Biasanya aku dengar dan terima je apa dorang kata.Kalau benda dorang kata tak senang pada telinga aku, biasanya aku buat tak tau je.Susah nak balas balik, sebab aku memang bukan jenis yang berterus-terang.Aku suka berkias.
Bagi aku janganlah sibuk duk cari salah orang.Takkan dia tudung labuh, nak kawan dengan orang tudung singkat tak boleh?Kenapa nak pandang orang sampai nak tersembul mata?Takpa la dia nak kawan dengan siapa pun, asalkan dia tak buat benda tak senonoh.Mana tau, kalau kawan dia buat slaah, dia boleh tegur.Unless kalau dah tegur, orang tak nak terima, sekurang-kurangnya, dia berkawan ada matlamat.Korang nak pandang serong tu kenapa?Tak baik macam tu.
Suka cari salah orang ni, biasanya orang-orang yang berhasad dengki.Tak boleh tengok kesenangan orang lain.Suka nak menyakiti orang.Kalau betul dia buat salah, kenapa nak memalukan orang?Tegur elok-elok boleh tak?Kita pun bukan perfect sangat.Kalau kita baik, kenapa kita asyik pandang salah orang.Dah tu duk mengungkit kisah silam orang.Kalau dulu dia jahat, biarlah.Sekarang dia dah tak macam dulu.Sekurang0kurangnya, Allah dah uji dia dengan masa silam dia sehingga dia berubah macam tu.Bersyukurlah kita Allah tak uji kau macam tu.Kesian orang-orang macam ni.Hmm.
Selalu ingat pesan ni, "Pandang orang yang lebih tinggi daripada kita, supaya kita dapat meningkatkan diri kita, pandang orang yang lebih rendah daripada kita, supaya kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki." Ingat, tak semua perfect dalam dunia ni, kita masing-masing sedang berusaha membaiki diri.Jangan selalu cari salah orang, pandanglah kebaikkan yang ada pada dia, supaya kita nampak kelebihan dia.Tak susah nak jaga hati orang.Nak nasihat kena ada gaya.
P/s:Apa korang rasa?Pernah berada dalam situasi macam ni?Mencari salah dan disalahkan?
19 comments:
Sy jarang cari kesalahan org. Tp ada sorang tu... selalu cari kesalahan sy...
bwu study pasai hasad dlm Al-Akhlaq..
hihi...
kadang2 sakit hati gak klu org asyik cari salah kat aku, bisa ar ego ngan keras pala skit tp aku cuba kurangkan la, kan gaduh lwn ckp duk cari salah masing2, sampai bila nak habis... nsib lagu bangau oh bangau ad ending dia, klu x sampai skang still cari salah siapa...
klu org tegur aku salah, walaupown aku betul, aku cuba terima jer la yg seadanya... mn taw, benda tuh leh improve lg baik... amik yg baik, buang yg keroh...
mencari salah???
rsnya x perlu sbb kita bknlah sempurna, tp andaikata dia mmbuat salah didepan mata kita yg bleh dibaiki... yg sll aku cuba buat, puji cara kerja skit2 dl pasai diri dia, then bwu msuk tegur slow2 dl...
orang yang selalu mencari salah orang lain ni adalah orang yang bajet die betol jer. cam haram! jgn nak amek kesah sgt kat orang yang bajet diva cmtu. pekakkan telinge ajer
ni la yang dikatakan..
kuman seberang laut nampak...
gajah depan mate tak nampak...
bile salah org je yg dibesar2kan..
heboh kat satu dunia.. padahal bukan besar mane pon..
bile kite bukak aib org..
Allah akan bukak aib kite..
so.. paham2 jela kan..
sebelum kite cari slah orang, baik kite cari slah kite dulu, kn2 ;)
halla halla hallaaaaa
pakai tudung labuh tak boleh berkawan dengan orang singkat macam nak kata yang tudung singkat tu teruk ke.. teraso kawe =.="bila nak berkembang dan bila nak kembangkan ?
bukan tudung yang menjadi ukuran tapi aurat tuu yang menjadi ukuran. takpe je pakai tudung singkat as long as fully cover aurat. tapi tudung labuh tu bonus laa ^_^
pengalaman mengajar kita :)
semua org penah buat slh..allah je yang tau kita slh or betul.. :)
betul
jgn la pilih "bulu" bila nak berkawan tu
as long as org tu ikhla, baik dan
F
U
U
U
Y
O
O
O
=_=
org yg slalu cari salah org lain ni kadang2 x sedar..jari yg ditunjuk..sebenarnya lg byk pd dia..=)
dalam kita jadi para da'ie ni.Perlu kne ada sabar.Cara yg baik dlm berdakwah ialah menjaga akhlak dan adab.Rasulullah S.A.W menjadi orang terpengaruh bukan sahaja daripada dakwahnya tetapi akhlaknya.Berapa ramai kaum musyrikin peluk Islam yang suci kerana akhlak baginda.
Kalau kita ada sahabat yang tak jge aurat die kalau da ditegur seribu kali pown x dgr jgak ada cara die.Iaitu berdoa.Bukankah doa itu senjata orang Mukmin?
Assalamu'alaikum w.b.t...
Saudari Ieda Emotional ke time mnaip...
sabar ek...
pada hemat saya ada baiknya teguran tu...sebab apa...sebab,mata kita lain pandangannya berbanding dengan pandangan orang lain...
ya,mungkin salah mungkin betul...
tapi semua tu perlu kita nilai terlebih dahulu dengan apa yg Agama telah tetapkan...dan bukan dengan nafsu semata2...
jikabenar apa yg dikatakan,maka terima...jika salah,juga terima,tapi sebagai sempadan...terima ia sebagai ujian ketahan diri...
adakalanya manusia yg susah ditegur,akan merasakan kesalahn mereka seolah2 dicari...
sedangkan,mereka tidak sedar bahawa mereka sentiasa melakukan kesilapan yg mana kesilapann itu kerap kali dilihat dan ditegur oleh sahabat...
lalu mengambil keputusan,"Dia ni asyik nampak kesalah aku sahaja"
"Dia ni selalu je cari kesalahan aku"...dan byklgi prasangka buruk yg lahir apabila angin dah penuh satu kepala...
sedangkan memang betul kita buat kesilapan yg dia nyatakan...
dan dalam masa yg lain,mereka terlihat kesilpan kita yg lain...
pada hari yg lain,mereka nampak lagi tanpa mereka cari...
dan begitulah rutin harian dalam melakukan kesilapan dan dilihat dan dibetulkan oleh sahabat...
jadi,pada hemat saya,selagi ia selajur dengan AGAMA,maka bukakan hati menerimanya...itu sahaja...
langsung tidak merugikan bagi diri kita...malah lebih elok lagi...
Sepertimana IMAM Malik bin dinar Qaddasallahu sirrahu yg ditegur seorang kanak2 sbg seorang yahudi apabilamelihat beliau hendak menjamah sebiji tamar disiang hari...yg mana menjadi suatu kebiasaan bagi penduduk di tempat singgahan itu berpuasa pd waktu itu...melainkan orang-orang yahudi yg tidak berpuasa...lalu kanak2 itu memanggilnya sebagai yahudi...lalu didengari oleh ayahnya si kanak2 tsbut,lalu melihat siapakah yahudi yg dimaksdkan oleh anaknya itu...lantas terkejut ayah kanak2 itu apabila orang yahudi yg dimaksudkan oleh anaknya itu adalah Imam Malik bin dinar seorang waliyyullah Q.S...cepat2 dia meminta maaf bagi pihak anaknya...
tetapi,apa yg Imam malik balas,Bukan anak ini yg bsalah tetapi dia yg salah...lalu bermunajat kepada ALLAH.."Ya Allah,dengan hanya memakan sebiji tamar kering ini engkau telah memanggilku YAHUDI melalui lidah anak yg suci ini...andai begitu,aku bersumpah tidak akan makan kurma lagi..."
Kisah ni menunjukkan seorang yg cukup 'Alim lagi pula seorang perawi hadith yg sahih di kalangan tabi'in masih rasa diri ini rendah...dan teguran itulah yg meninggikan diri...maka,beliau menerima segala teguran yg benar...lalu di nilaikan pada diri...
ini menunjukkan,merendahkan diri akan melabuhkan tirai hijab kita disisi ALLAH...lalu akan dapat merasakan kesilapan kita...
Dan angkuh akan menambah hijab diri kita...lalu menyebabkan kita tidak nampak kesalahan diri...lalu semakin bertambah dosa kita...
adalah lebih baik,
jika menerima teguran dengan kerendahan diri...
elakkan keangkuhan dalam menerima teguran...
kesalahan yg dilihat,maka wajib ditegur...melainkan tiada kemampuan pada kuasa dan suara...maka hati masih anti dengan kesalahan itu...
Apa yg kita tahu,Islam itu sendiri mencadangkan kita menjaga tepi kain orang...bunyinya macam pening tapi,tak pening sebenarnya...
La yu'minu ahadukum Hatta Yuhibba li Akhihi maa yuhibbu linafsih...
tak sempurna iman seseorang itu,jika tidak ia kasihi sahabatnya yg lain sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri...
cuma,Islam melarang mengintip2...mencari2 suatu yg tiada,tetapi diada-adakan...
Suatu yg Tak salah dan tak nyata salah dihadapan mereka...tetapi tetap dicari sampai nyata salah...
contoh...
kita yg dok kat luar rumah tidak akan tahu kesalahn dalam rumah orang...melainkan hanya kesalahn pada luar rumah sahaja...
tak akan tahu kesilapan dalaman rumah tersebut,melainkan masuk kerumah tersebut...
jika sememangnya kita yg dipelawa tuan rumah untuk masuk,baru dapat kita beritahu kesilapan dalam rumah tsbt...
tp,jka tak dipelawa oleh tuan rumah tersebut,masih lagi nak masuk sebab nak jugak cari ksilapan dlm rumah trsbt...maka itu satu yg tidak dibenarkan dalam Islam...itulah yg dinamakan mencari silap orang lain...
adapun luar rumah,tidak dikira mencari kesalahan...kerana jelas kelihatan...
Tu yg tidak boleh...
adapun jika nyata salah kita,
yakni,tiap kali ada sahaja kesalahn kita yg terzahir pada sahabat kita...maka itu bukan lg dikira mencari keslahan...itu menunjukkan kita yg benar2 buat silap...
setiap hamba pasti ada silapnya bergantung pada kedudukan masing2 disisi ALLAH...
Alangkah beruntung jika sentiasa ada orang yg membetulkan silap kita...
tetapi,dgn syrt hendaklah berlandaskan arahan ALLAH dan Rasul...
tak kiralah dia dari kalangan mana skalipun...jika ia adalah seruan dari seruan ALLAH dan Rasul,maka wajib kita ambil...
Allah cukup sayang pada hamba-Nya...
antara salah satu tandanya adalah di zahirkan segala salah kita agar dpt kita ubah...dan juga dizahirkan pada sahabat kita jika kita sendiri tidak nampak kesalahan kita..agar sahabt itu boleh beritahu kesalahan kita supaya dapat kita ubah...
sama sahaja...motifnya dengar dan ubah...cuma jalan yg berbeza...melalui hidayah terus menerus melalui gerak hati...atau menerusi wasilah...yakni melalui orang yang perasan kesalahan kita lalu beritahu kepada kita akan kesalahan kita...
mungkin ada dikalangan sahabat itu racun...
tanpa kita sedar,apa yg diucapkan itu kita terima tanpa memeriksa terlebih dahulu...
nasihat mereka boleh jadi racun...boleh jadi penawar...
silap kita memilih,maka racun yg dijadikan penawar...penawar dibuang kerana dianggap racun...
sahabt memang ramai yg menasihat diruangan komen kita,
tetapi yg salah tetap salah...
betul tetap betul...
percakapan yg selajur dengan agama itulah yg terbaik dianggap nasihat...
nasihat tidak boleh diluahkan dari rasa hati lalu di gerakkan pena dalam memberi pandangan...
memang best tengok sahabat kita komen mengikut suka hati mereka...mereka hanya menulis apa sahaja yang mereka fikir betul...
ttp,pada hakikatnya ia hanyalah racun bagi kita...
Insya'ALLAH sama2 banyakkan ruang informasi Agama...
maaf cik ieda,saya hanya tengok ruangan komen dari sahabat yg begitu membimbangkan...harap cik ieda sudi terima pandangan sy ek...apa2 pun terima kasih kerana sudi meluangkan diri dalam bidang agama...
Baarakallahu Fiik...(^_^)
Adapun berkaitan dengan Si tudung Labuh Tidak boleh berkawan dengan Si Baju sendat...
Itu tak benar sama sekali...
jika si Tudung labuh tidak digalakkan BERSAHABAT dengan si baju sendat...itu benar...
kerana ada sandaran tentang itu...
Sahabt dan kawan 2 maksud yg berbeza...
Sahabat ialah orang yg kita jadikan partner seperjuangan,seperjalanan,sepermakanan dan banyak lagi seper sepernya...belajar sekali...senang cerita semuanya sekali...
berbeza dengan sahabt...
hanya bertemu dan kenal...berbual tetapi tidak selalu dikunjungi seperti seorang sahabat...
Ibarat dalam satu kelas...
yg paling rapat itulah sahabt...
pergi kantin sekali...
yang lain dari sahabt itulah kawan...
mustahil satu kelas makan satu meja kat kantin...melainkan jamuan tahunan...bawak biskut makan ramai2...macam kat SMKA Nurul Ittifaq dulu...(^_^)
di pondok2 pun sama...
itu aje la gayanya...
mesti kawan dengan semua,tetapi mesti ada kamceng kita...dan kamceng itulah sahabat...
kamceng itulah yg dicadangkan oleh Rasulullah kpd ibu bapa agar perhatikan dengan siapa anak mereka bersahabat...kerana sahabat itu antara pemanngkin yg hebat bg membentuk akhlaq insani...
tetapi,Nabi tak suruh kita jauhi kawan2 yg lain...baik atau jahat tetap jadi kawan...tidak boleh putus hubungan...
jika putus hubungan,mana mungkin berjalan kerja dakwah...
jika seorang yg bertudung labuh berkawan dengan si baju sendat maka tiada salah...kerana itu adalah ruang dakwah...sbg golongan pondok,kami disarankan bersahabt dengan santri2 yg baik akhlaqnya...tetapi tetap berkawan dengan semua santri atas urusan dakwah...
seorang mat pondok...jika bergaul dengan mat rempit yg maka tidak dapat tidak mat rempit jugalah jadinya...
berbeza dengan bawakan ini...
jika mat rempit yg datang bersahabat dgn orang yg belajar pondok...tidak dapat tidak melekat jugak dia di pondok...
Kata2 ini adalah kata2 yg menyarankan agar kita bersahabat dengan orang yg baik akhlaqnya...
agar sedikit sebanyak ia dapat memberi kita motivasi...
adapun berkawan...semua orang adalah kawan kita...tetapi atas tujuan dakwah...
Tentang fitnah itu benar...atas sebab itu sahabt itu perlu dipilih...menurut kata Rasulullah S.A.W...
jika kita boleh membezakan antara sahabt dan kawan... Insya'Allah tidak berlaku fitnah...
Tujuan berdakwah kepada si baju sendat,itulah yg terbaik...
tetapi perlu pandai memilih waktu bergaul dan tempat bergaul agar tidak berlaku fitnah pada hati orang yg melihat...
sebab,kawan yg lain tidak tahu tujuan kita...
apa yg mereka tahu hanya bercakap...
"Dia ni tudung sikit punya labuh,tapi kawan dengan kawn yg baju sendat..."
tapi itulah fenomena yg nyata...
Ustaz yg jumpa sahabtnya yg penagih dadah di kedai kopi...mesti datang fitnah..."OOO...Ustaz ni mesti penagih ni..."...
jika kita ubah sikit cara,yakni dgn memilih waktu dan tempat yg jauh dari fitnah kawan yg lain...mungkin dapat kurangkan risiko difitnah...
jadi,
berkawan itu adalah satu jalan dakwah...tetapi kena pada masa dan tempat agar tidak berlaku fitnah...
sapa galok2 ko diri tu bukea saing doh tu...(^_^)
pandai2 jaga...
tapi,kalau rasa tahan fitnah...boleh je...janji nampak kerja yg dibuat...
sekian hari ni,nampak baju kawan ni makin longgar...
Alhamdulillah la tu...seribu rahmat...
biar nampak benda tu...
kalau masih tidak berubah,tu maknanya kerja kita ada masalah...
menegur itu perlu walu di caci maki...
tetapi,
apa2 pun lebihkan masa bersama teman yg baik akhlaqnya...
tanpa melupakan kawan yg perlu kita bawa bersama...
kita tidak boleh katakan ISLAM ini untuk diri sendiri sahaja...
mesti bawa sahabt dan kawan sekali...
jadi,tiada mengapa berkawan dengan sesiapa pun atas urusan muamalat islam...muslim atau non-muslim merka tetap berhak untuk dapat nikmat Iman dan Islam...
tetapi SAHABT mesti di cari dengan penuh teliti...
berkawan biar bermilion,tetapi sahabt mesti ditapis bermilion-milion...
jika kita ada ilmu,jangan biar ilmu kita yg menjadi hijab bagi diri kita...ramai yg ada ilmu,tetapi mereka terhijab dari melihat ALLAH...hanya mencari sahabt...tetapi melupakan kawan...mereka lupa bahawa ukkhuwwah itu bukan setakat keluarga dan sahabat,tetapi juga untuk seluruh umat makhluk...
teruskan berdakwah ya Si A...tapikalau boleh elakkan dari berlaku banyak fitnah...hati kita perlu kita jaga...sama juga hati orang lain,kita perlu berusaha agar tidak berlaku fitnah dalam hati mereka...
sebab kita ni manusia...manusia ni ramai sakit lebih2 lagi akhir zaman ni...banyak sangat su'uzzhon...
dek kerana Tidak tanamkan dalam diri insani dengan sifat Husnu Zhonni... memang banyak Fitnahnya bagi si A...
Kita sama sekufu je...manusia...
apa yg dikatakan oleh Tuan Guru saya,manusia dan jin itu sama sahaja...yg membezakan antara satu sama lain adalah taqwa... Inna Akramakum 'Indallahi Atqaakum...
melainkan jin dan manusia itu sama2 bertaqwa,maka berbalik kepada firman Allah" Bahawasanya Allah memuliakan Bani Adam"...dan manusia itulah yg paling mulia dikalangan makhluq...
dengan syarat mereka bertaqwa...
apa yg dikatakan si tudung labuh itu tidak sekufu dengan si baju sendat itu benar pada syara'...
tetapi perlu dipersoalkan " Adakah Allah membatalkan Ukhuwwah sesama insan jika diri kamu tidak sekufu dengan insan yg lain???"
sudah tentu tidak...
jadi..mengapa kamu yg tinggi akhlaqnya tidak sama2 menarik kawan yg lain agar turut sekufu denganmu...
jika enggan...itu memulau namanya...Dan itu bercanggah dengan Agama ISLAM...
semoga ALLAH membuka bashirah sahabat yg memberi pandangan kepada sahabt cik ieda tu...
semoga dia juga turut sama2 si A dalam menarik sibaju ketat kedalam lembayung rahmat dan kesejukan kasih Allah...
Sahabat mesti dipilih...
berkawan jangan memilih...
'Ala kulli hal...
maafkan saya andai ada terguris rasa...Allah Yubaariku Fiik...
Wasaalam 'Alaikum W.b.t...
haha .situasi camni aku sll sgt kene .sabar jela .biar allah yg tentukan .
mina selalu disalahkan dan dipersalahkan...sedih wooo...
kdg2 kite xtau silap kite...hhmmm...
to all deary:
hehe :D
thanx...i tak sempat nak balas....the whole month busy dengan study!
thanx and feel happy to drop your comments at my new entry :D
Post a Comment