Saturday, February 12, 2011

Mereka juga manusia...

Assalamualaikum :)

Selesai menyiapkan tugasan dan latihan seperti azam ku sempena balik rumah ini,tiba-tiba je tangan gatal nak menaip.Serba sedikit nak kongsi pandangan aku lepas menonton cerekarama malam ahad.Memandangkan sekarang kat rumah, of course la malam ahad satu family tidur awal, pantai timur kan bersekolah hari ahad.Makanya, tinggal lah aku sorang-sorang budget study depan tv.Walhal layan cerita sampai leleh akak.Tajuk cerekarama malam ini ialah Ampunkan Daku.*sobbing*

Drama ni mengisahkan seorang wanita yang bernama latifah.Dilahirkan daripada hubungan terlarang (wedlock) dan mengahwini seorang lelaki bernama azri.Azri merupakan anak tunggal kepada Puan Azimah dimana Puan Azimah ni sangat membenci dan memandang hina kepada Latifah ni.Hasil perkahwinan Latifah dan Azri mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Khalisah. Dipendekkan cerita, mereka bercerai gara-gara Latifah sentiasa dihina oleh ibu mertuanya tetapi suaminya hanya mendiamkan diri tanpa membela maruah isteri.Bagi Azri pula, dia bagaikan berada ditengah-tengah.Diluah mati mak, ditelan mati bapak.Isk isk isk! Khalisah berusaha menjernihkan hubungan keluarganya dengan menyamar sebagai lisa, dan masuk kerumah perlindungan wanita yang bernama KEWAJA demi merapati ibunya yang mana KEWAJA adalah diasaskan oleh Latifah sendiri menggunakan duit Puan Azimah.

Memang cerita Shiela Rusli kali ini, mampu buat aku yang berjiwa kental ni menangis banyak kali.Iya lah.Sedih melihat ramai anak-anak gadis yang terkorban demi cinta.Terhanyut lantasan mainan dunia dan nafsu.Terpaksa menanggung derita dan malu tanpa ada yang mempeduli.Yang salah tetap salah, tapi anak-anak yang dilahirkan, bukan tempat melepas nafsu amarah dan dendam.Mereka terlahir hasil hubungan cinta ibunya, jadi kenapa perlu dibuang merata?Bukankan itu bukti cinta?Hadiah kepada bapa dan ibu yang buta kerana cinta.Sobsss :(

Memang tak dapat dinafikan, masih ramai yang memandang hina kepada mereka.Ayat yang biasa digunakan "Betul ke dah taubat even dah masuk rumah pemulihan, biasanya sekali buat, tentu nak lagi" Ouh, sungguh aku takut.Pernah kawan ajak pergi bantu rumah kebajikan yang bagi perlindungan gadis-gadis begini, namun aku menolak.Bukan kerana aku jijik dengan mereka.Tapi aku takut, hati ini rawan tak tentu masa.Ralat membayangi apa yang mereka lakukan, apa perasaan mereka juga takut timbul perasaan jelik tanpa diundang.Huk huk huk!

Mereka juga manusia, yang bakal bersama-sama kita pada hari perhitungan.Mungkin menjadi sebahagian daripada kita (kelompok neraka mahupun syurga) jadi mengapa kita membenci mereka?Mereka manusia yang sama yang tidak terlepas melakukan kesilapan.Apa lah hak kita menghukum mereka lebih-lebih lagi anak kecil yang tak berdosa.

Doa untuk mengelak maksiat dan penzinaan:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ

Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan hatinya dan peliharalah kemaluannya”
Riwayat Ahmad no.22265


p/s:dear readers, relevan ke pembukaan rumah perlindungan bagi gadis-gadis sebegini dan juga bagi gadis-gadis yang ditipu dan juga mangsa nafsu tanpa rela?boleh kasi pandangan?

25 comments:

pak long said...

salam....
rasanya dengan cara adakan rumah macam tu tak dapat basmi. Kembali kepada hukum ISLAM insyalah boleh..

CikKaikazie said...

hai tgk jgk citer tu mlm td tp xsempat abis sebab ngantuk hehe

yg ada skrg kebanyakan untuk perempuan/anak2 gadis.apa kata buat utk lelaki plk sebab kl bkn sebab lelaki perempuan2 tadi takkan ada kt situ kan?

✰ bintang| HATI ✰ said...

insyaALLah bleh. tp ats niat individu msg|msg. smaada mhu brbh ke arah yg positif or msh nk brde d takuk lame. kte mnusia biasa, xleh nak judge somebody tu dr luaran cz kdg|kdg. zhr tak sme dgn btin :)

syafeika edora said...

rumah plindungan utk melindungi, insyaAllah klo rmh plindungi ni dpt mdidik, mmg blh kot..

syafeikaedora

KUREKURE COMEL said...

mmg sedih....mina menangis xhenti2..
mina lg sedih anak2 perempuan yg dirogol tanpa rela...aduhhh..
cmne la perasaan mrk...
anak mereka 2 nk pgil ape...
adik ke anak....huhuhu

Puteri Balqis said...

InsyaAllah mereka akan berubah jika memilih jalan untuk berubah...(",)

Unknown said...

buka hati untuk praktikan islam seluruh nya.aleale.

Al-Faqir ilallahil 'Aliy Abu Muhamad Al-Jembaly said...

Assalamu'alaikum W.b.t...

salam ukhuwwah semua sahabat sekomen...

perkara ni telah pun di jawb oleh ulama'- ulama'kita...
timbul isu nak buat pusat jagaan orang-orang yang seperti ini...

adalah tidak wajar,kerana:
- boleh menggalakkan titik kotor dodalam diri insani yang menanti dipecahkan oleh jarum2 maksiat...
menggalakkan lagi zina...dan menjadikan anak-anak muda macam kita langsung tidak takut nak berzina...walau termengandung pun mereka sudah tidak bimbang lagi...sebab..da ada tempat nak jaga budak tu...

- ibu bapa nanti akan rasa hilang malu...kalau anak mrk termengandung,dah tak malu lg dah...

e'eh mat sa'id anak u mengandung ke...?
a'a...mengandung...entah sape la yang buat anak aku termengandung...
xpe...aku letak je kat pusat jagaan skali dgn anak aku...da besor aku amik la nnti...baik betul kerajaan kita...

sebab da terlalu biasa mengandung dan letak di pusat tu,mereka(ibu bapa) akan hilang rasa malu jika anak-anak mereka termengandung...lebih-lebih lagi kalau da banyak cawangan nanti...(^_^)
siap bincang ngan rakan,jiran dan lain2 yg seangkatan...
Eh...anak aku mengandung luar nikah la...(sambil buat muka xthu malu) nak letak kat negeri mana ek...kau letak kat mana anak kau yang mengandung ari tu...???

deris,mana cucu kau...?
Cucu yang mana satu...yang dalam nikah ke yang luar nikah...?

Pening...

tu la kepeningan kalau ada institusi yg pening...

- antara lain kata ulama' membuat institusi sebegitu dikira menolong kepada yang kejahatan...


Apa-apa pun tidak boleh stuju...(^_^)
Wa laa ta'awanu 'alal ithmi wal udwan...
tapi wa ta'awanu alal birri wattaqwa...

kembali menjalankan hukum-Hukum Allah,itulah satu2 cara...itulah kata ustaz fazli yamani...

ingat sahabat...

Fahkum bainahum...
tilka hududullah...


Wassalamualaikum w.b.t...(^_^)

fiefy Nor said...

pendapat aku la....mungkin bagus jugak adenye rumah perlindungan macam nih..sekurang2nye bagi gadis2 kat luar sana yang tak diterima keluarga dan masyarakat ade jugak tempat yang nak di tuju...tak la..dorang merempat tepi jalan n terjebat ngn gejala laen y tak sihat mcm dadah ke ape...n mungkin dorang tak buang baby dorang kalau ade tempat yang nak di tuju..aku memang touching gile lau ade dengar kes pembuangan baby...

Anonymous said...

tengok jugak cerita ni.. best ^^

- Khairiyah - said...

Ouh crite ni :)
Best2 :) bgus la entry ni :)
Byk fakta2 yg btul :) hehe :)

EidaAz said...

pak long and muhammad::

memang...jika kita berlandaskan pada jalan yang betul, rumah sebegitu memang tak wujud...
sayangnya, kita berhadap dengan situasi yang keras...
yang mana, bagi mereka, kemaksiatan itu sudah lumrah...

jadi usaha2 nak membasmi pembuangan bayi adalah dengan buka rumah perlindungan....erkk...

takut jugak nak cakap lebih kan....
inisiatifnya ada pada kita...
mudaha2an kita antara yang Allah pelihara!

EidaAz said...

cik kai::
hehe!buat untuk lelaki?
kalo mereka yang mengandung takpa la... :)

susahnya dunia sekarang...
pandai nak seronok je kn...

EidaAz said...

bintang hati::
yup!kalau kita yang tak nak berubah, siapa lagi nak ubah kita kan~

EidaAz said...

edora::
betul..kadang2 niat orang tu betrul, tapi masyarakat suka pandang serong~
wallaualam~

EidaAz said...

kure2::

anak jugak...
hoho!

tapi kesianya, nasib mereka malang!
mudah2an Allah balas perbuatan orang yang melakukannya~

EidaAz said...

balqis::amin :)

EidaAz said...

fobia::
betul tu...
sebab itu, kalau kita dijalan yang benar, kita akan mendapat kebaikan...
dan benda ni takkan jadi....

kita yang mengawal nafsu...

EidaAz said...

fifey::

betul tu...
ada baik dan buruknya.....
moga2 kita dapat kurangkan lah rumah perlindungan.....
supaya, mereka2 yang tak nak paham, takut nak melakukan maksiat....

EidaAz said...

wany and khairiyah::

dah lama tak tengok cerekarama...kebetulan malam tu study depan tv...
skali tengok, best pulak....
basah buku kerja :)

biruhornet said...

nnaiiiiss!! gwa pun leleh tengok cekerangrama ni,

pusat perlindungan? -_-"

EidaAz said...

biruhornet::
hoho....ingat jiwa kental....cayalah!:)

Cik TeN10 said...

nak tgk jugak!..

ermm..kl umah perlindungan tu boleh bimbing mereka ke pangkal jalan apa salahnya kn..

tp macam menggalakkan plak..ye la.. msti diorg pk..kl dah terlanjur..family tak terima..rumah perlindungan kn ada.. so?...

Al-Faqir ilallahil 'Aliy Abu Muhamad Al-Jembaly said...

Assalamu'alaikum w.b.t...
salam ukhuwwah...sila lawat ke blog saya...bagi melihat pandanan sy dalam hal rumah kebajikan ni... insya'Allah blh...
jika di terangkan disini mungkin bercelerek kata orang klantan...panjang...semoga saling berziarah...
Wassalam Alaek...

Nor Suhaiza said...

tgok jga cite ni..mngis....!!
okey...erm..pnubuhan rumah ni ada baik dan ada buruknya.
baik:
--dpt bg peluang pd mereka yg tlnjur utk kmbli ke pgkal jln.
--dpt elak diorg tu buat dosa yg bulang kali.
--bg prlindungan pada mereka.sms pregnant, labor, post-labor.n dpt elak dr diorg buang bayi yg x bdosa 2.
buruk:
--galakkan lagi kes zina, mgandung luar nikah.
--

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com