Saturday, June 26, 2010

kasih sayang berpanjangan!

Salam Sayang Kerana Allah..(insyaAllah)

Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran sebab masih bernyawa,masih dapat meminjam nyawa,anggota yang cukup sifatnya,kasih sayang yang tak berbelah bagi dari keluarga dan juga sahabat2 satu akidahku. Apalagi yang perlu kita katakan lagi? Apa tanggungjawab kita dalam menzahirkan rasa syukur kita? Allah Maha Besar, mudah-mudahan hati-hati kita yang berbolak-balik ini masih lagi tidak lupa mengucapkan syukur atas apa yang dikurniakan Allah untuk kita hari ini.

Sebelum saya pergi lebih jauh, dikesempatan ini, saya dengan rasa rindu dan cinta ingin mengajak pembaca beramai-ramai meluangkan sedikit masa untuk bersedekah kepada arwah kakak saya, Fatima Zurwanti Zukifly yang telah kembali kepada penciptanya pada 16 Jun 2010. Al-Fatihah.

Seorang kakak yang pertama sekali saya bertegur sapa semasa mula-mula melangkah ke alam universiti. Ditengah-tengah panas ketika bersama ayah dan abang rizal, saya didatangi seorang sister yang perwatakannya manis tapi tegas(dan saya akui dia sangat tegas). Dengan senang hatinya, dia menghulurkan bantuan membantu saya mengangkat barang-barang yang banyak ke ZC level 4 sambil bercerita tentang keadaan di sini. Siapa sangka, dari situ bermulanya hubungan yang hanya orang2 tertentu saja yang paham akannya. Gurauannya, kata-kata semangatnya, panggilan kasih-sayangnya (adik kecik sayang), dan tegurannya. Ya Allah,sungguh saat ini hati ini sangat merindui hambaMu itu Ya Allah. Tapi hamba tau,bahawa Kau lebih rindu dan cinta akan Kak Atim. Tak sangka malam 13 Jun itu adalah malam terakhir akak memanggil saya adik kecik sayang dan juga memberi saya kata-kata cinta dan juga memesan kepada saya. Tak sangka, kak atim tak bergurau yang kak atim akan pergi jauh dan lama dari saya. Di kejauhan ini kak atim sayang, saya akan ingat semua pesanan akak, dan doa-doa akak untuk saya. Jatuh sakit, suka duka, yang pernah kita kongsi akan saya jadikan kekuatan saya untuk meneruskan perjalanan saya. Satu hari, saya akan bersama-sama akak untuk berjumpa Kekasih sejati kita. Status last akak di fb,akan saya pegang sampai bila. Ya Allah ampunilah dirinya. Sungguh aku cinta dirinya kerana cintanya PadaMu Ya ALLAH. Semoga akak gembira dapat bertemu mama akak disana. Tempatkan dirinya dan mamanya di kalangan hamba MU yang beramal soleh dan bertaqwa. Amin.

Itulah kisahnya. Tak ammpu rasanya nak bercerita panjang. Ketentuan Allah itu dalah sebaik-baik perancanganNya. Saya redha.

Hari-hari masih diteruskan seperti biasa. Title hari ini ialah " KASIH SAYANG BERPANJANGAN".
Sayang ku kepada insan-insan yang disayangi yang akan kekal berpanjangan. Saya bukanlah hebat sepertimana orang-orang yang hebat, tapi saya ingin menjadi hebat untuk saya. Saya ingin emnjadi penawar hati kepada orang-orang yang memerlukan saya. Hebat dari segi apa? Hebat dari segi kasih sayang untuk kalian yang tak kan pernah saya putuskan.

Ini beberapa kisah yang mungkin boleh saya kongsikan.

SATU:
Pernah satu hari, sahabat bercerita:
"Eida, si kawan ni semakin tak dapat aku dekat la. Aku dah fed up. Mak aku hantar aku untuk belajar. Kalau aku terus berada dengan dorang, aku takut aku hanyut. Mu tengok la fb dia. Mu tgk la apa dia buat. And bla bla bla"

*cerita ni da lama. Dan aku mengambil masa yang lama untuk berfikir dan memikirkan jalan terbaik*
= Alhamdulillah,selepas diberi kekuatan, saya melihat gambar-gambar mereka di fb. Dengan penuh rasa kebergantungan kepada Allah, saya memulakan penulisan ku di fb. Dan dengan kekuatan yang ada, saya mula menaip didalam ruangan komen gambar di bawah sekeping gambar mereka dengan teman-teman mereka dalam keadaan yang sangat menyakitkan mata. Tapi aku selalu berpesan dalam hati (Ingatlah wahai hati-hati yang berbolak-balik,jangan kau membenci mereka,bencilah akan perbuatan mereka,mereka sedang diduga Allah,dan kita juga sedang diduga.nauzubillah,jangan Allah duga aku sebegini dimasa hadapan yang aku belum pasti menjadi milikku.) Itulah pesanan untuk hati yang saya pegang supaya saya terus beringat. Saya hanya mampu menaip "ADIK2". Tapi disebalik ADIK2 yang saya tulis, ia mempunyai maksud yang mendalam. terketar-ketar tangan menaip sekeping artikel pendek untuk memesan kepada mereka dan juag saya.

Ada yang menyambut baik teguran itu, ada juga yang tak kurang marahnya kepada saya. Apalah saya berbanding mereka. Saya kuatkan hati setiap kali berjumpa mereka. Sentiasa bermurah hati tersenyum walaupun kadang-kadang dibalas dengan jelingan. Aduh, masih kecil dugaan itu.

Dan saya mengambil inisiatif lain. memandangkan saya sayang kepadanya, maka saya berjumpa dengan kawan baiknya yang bercerita kepada saya masalah mereka. jadi saya nasihatkan, memandangkan mereka lebih mengenal hati budi amsing2, jadi saya mencadangkan beberapa perkara supaya kawan saya ini pula meneruskan mengajak kawan itu kembali kepada fitrah asal manusia. Kita hanyalah penyeru, bukannya penghukum. Setelah dilembut-lembut hati kawan saya, maka kami bersetuju menggunakan pendekatan lain buat sahabat kami. Syukur Ya Allah kerana mempermudahkan bagiku jalan lain.

betul,bukan mudah nak mengajak orang. Sebagai manusia biasa, ikatan hati itu sangat penting. Mudah-mudahan kami berjaya. Dalam masa yang sama saya mampu menyedarkan kawan saya supaya dia jangan lari daripada sahabat kami. kita masing-masing sedang diduga oleh Allah. Jika kita nampak kawan semakin menjauh dengan penciptanya, maka janganlah kita menjauhi mereka lagi. Dekatilah mereka. Kuasa kasih sayang itu mampu mengubah segala-galanya, dan insyaAllah dengan izin Allah. InsyaAllah peganglah niat yang ikhlas,mampu mengubah segalanya2. Insya Allah.

DUA:
Ini kisah ketika saya bersama beberapa rakan. Ya, saya akui kadang-kadang kita susah nak menegur orang kerana kita rasa kita tidak baik kerana kita tau siapa kita pada masa silam kita. Wahai sahabat-sahabat yang disayangi selalu, kita tidak memerlukan masa lampau jika kita benar-benar dah berubah.,Mungkin masa silam kita hanya sebuah pengajaran supaya kita tidak mengulangi benda yang sama. InsyaAllah. Sampai bila kita nak menunggu orang tak buat dosa, baru dapat tegur orang yang sedang maksiati dirinya dengan dosa kepada ALLAH. Sampai bila pun kita akan kekal begini.

"Sampaikanlah kebenaran walaupun sedikit"

InsyaAllah, Allah bersama-sama orang yang benar dan ikhlas. Jangan pernah menyerah sebelum menyerang. Sampai kita nak menjadi kolot begitu. Ya, setelah berbincang panjang dengan kawan-kawan, tanpa disengajakan, mereka masing-masing meluahkan perasaan masing-masing. Sehinggalah menjadi diskusi air mata. Ya Allah, terima kasih yang tak terhingga dikurniakan sahabat-sahabt senang dan susah. Wahai sahabt yang dicintai kerana Allah, cerita kalian tak akan saya buka disini. Saya dan sahabat-sahabat lain sentiasa akan mendoakan kalian dalam menyelesaikan misi-misi kita mencapai redha Ilahi. Jangan kalian segan, jangan kalian malu, aku sahabat mu, senang dan susah. Diskusi air mata kita, mudah-mudahan mengeratkan lagi ukhwah yang kita bina. Seperti kataku, "Aku bukan lah hebat untuk kalian, tapi aku ingin membuat sesuatu yang hebat kepada diriku dan memberi faedah ebrsama kalian."

Sahabatku sayang, dugaan yang ini,duagan kita bersama, baikkah kita, jahatkah kita, itu hanaylah dugaan kecil untuk kita. Doaku, moga-moga dugaan ini tanda cinta Allah buat kita hambanya. Hati-hati kita ini, semailah dengan cinta akannya, bajailah ia, jangan disia-siakan anugerah Allah kepada kita.
Sayang kalian.

Oh, GTG! Ada yang mengganggu pulak.Ish. Habis hilang ideas!

Gangguan ini adalah dugaan buat penulis juga. =) Walaupun idea terus hilang, mudah-mudahan dapat menyambungnya lagi.

Salam cinta,SALAM SATU AKIDAH!

\(^_^)/

p/s: I'm listening to nasyid UMMIKU SAYANG!

wah,miss ummi sangat! U i miss u!

2 comments:

niknabil abdullah said...

separuh siap..sambung esop pula~~~hek2

eida said...

haha!jolo2...ana hilang gape nak tulih yakdi...

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com