Saturday, August 6, 2011

Update update

Assalamualaikum :)

Lama sangat aihh tak update.
Memang malas sangat plus, takda idea sebenarnya.

Arr.
Dah dua minggu sakit mata.
Dah dua minggu jugak asyik meraba-raba mata nak tengok barang masa kerja.
Time solat, rasa nak terkeluar biji mata masa sujud.


Btw,
Dah masuk minggu kedua puasa lah. :D
Tak lama dah nak raya.
Jangan la liat sangat nak puasa kan anak-anak.
Puasa rajin-rajin.

Cuti dah 7 bulan dah.
Masa mula-mula cuti macam-macam rancang nak diet.
Eh, gedik!
Dah nak abes cuti bukan makin kempis.
Kempis nafas adalah sebab dah naik berat kan.
Grr~
Pagi raya jangan nangis la kalau tak muat baju raya.
Durr durr durr!

P/s: Selamat Menyambut Bulan Ramadhan bulan penuh keberkatan ini. Selamat hari raya juga. Selamat menyiapkan diri masuk belajar balik. Otak dah karat sana sini dah.


@SKTM2 :)

Sunday, May 22, 2011

Bidadari Ungu

Assalamualaikum :)

Entry ni aku nak share satu program yang di anjurkan oleh nisa' besut baru-baru ini.
Aku ditugaskan untuk jadi emcee itupun nasib baik masa teman kak dhamina tempah dewan, aku tengok check list and nama aku dalam emcee. =.="
Masa tu dah berkerut-kerut da.Ya lah, aku ni mana pandai bercakap depan orang.Hoho!
Lagipun dah lama tak handle program.Dah lama tak bercakap depan orang.So susah nak bercakap.
Balik-balik dari tempah dewan terus aku tanya kakak aku.Sebab aku yakin, tu mesti angkara dia.
Kannnn.Memang betul pun.Selepas berbincang akhirnya aku setuju.LOL.Nasiblah suruh aku.Memang tersasul-sasul.Segan sangat aih.
Tapi tak kisah lah.Program ni memang best sangat.
"Nak cantik guna uniform acuan Al-Quran"
Memang peserta pun teruja dengan penyampaian ustazah hanifah.
Ustazah memang bersemangat habis dan sangat menyegarkan setiap ucapan beliau.
Oh, aku duduk dengan anak dia.Aww.Hanan Aqilah namanya.COMEL sangat.
Macam anak orang putih.With her curly and brownish hair.
Sangat cute dan baik dan pandai bawa diri.
Untuk kali ni, kita nak share gambar je.
Next entry, kita sharekan input-input dari sana.

chicken dance jap

Ustazah Hanifah :)

Event Manager :P

Hanan Aqilah and the AJK :)

Energetic :)

Para ibu jugak datang :)

Hanan Aqilah, adorable kid :)

And lastly my dear wina :D

Thursday, April 28, 2011

Random activities at home :D

Assalamualaikum and Happy Friday,penghulu segala hari, hari yang penuh rahmat, selawat ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.

Perh tajuk nak bergedik-gedik tulis english padahal aku nak tulis bahasa baku tiada yang lebih baku melainkan bahasa kebangsaan, bahasa melayu ya anak-anak murid.

Kita ambil mood sikit nak jadi guru kan.(hehehe)! Main-main sahaja.Tapi aku pun memang nak ambil ujian MedSi hari sabtu ni.So survey jugak macam mana bentuk soalan.Soalan berjumlah 300 dalam masa sejam.Heh, harap lepas!Okela, sebenarnya aku dah ditahap keboringan yang melampau berada dirumah. Sudahlah menjadi body builder kat rumah.Nak bersukan or bersenam?Seminggu buat, berminggu-minggu aku stop.Puasa pun macam tu.Seminggu berpuasa, lepas tu dah tak puasa-puasa.

Apa yang best, semua ada kat rumah, kecuali adik aku yang bongsu sebab dia duduk hostel jauh dari rumah.Haha!Ni pun nasib baik minggu ni dia balik, tu pun sebab dia ada latihan daerah untuk tennis.Yang sakit hatinya, bila dia balik, tempat jemuran pernuh dengan jersey dia je.Nak jemur baju lain, dah tak muat, himpit-himpit je la seharian baru kering (katanya, seminggu punya simpanna baju =.=' ).

Adik aku yang sorang lagi pulak, hari-hari online.Hari-hari mengadap laptop.Padahal dah nak exam, bukannya reti nak study.Hari-hari bergaduh, hari-hari jugaklah berlawak.Kakak aku kata, adik aku yang nombor tiga ni, kalau masuk raja lawak mesti dapat juara.Haha!Tapi sumpah, memang boleh jadi juara.Tak berguling-guling kami ketawa, memang tipu la.Tapi dia ni jugak makhluk paling malas kat rumah.Kadang-kadang sampai wrestling sebab dah geram sangat.Tapi yang bagus, adik aku ni tak kedekut macam adik aku yang bongsu dan jugak aku :P Haha!Boleh je setakat nak pau beli kredit ke, minum-minum ke, makan-makan ke, kira rajin jugak lah meringankan beban aku bab-bab tu.

Kak long pulak takda minggu ni.Pergi KL sebab nak ke pesta buku.Dan-dan boleh la cari-cari kain baju kurung untuk baju raya kat jalan tar tu.Hehe!Yang ni pulak maharaja pencari pasal.Eeeee!Ada je dia nak buat orang marah.Bila orang marah, dia kata orang lain yang buat dia marah.Haha!Sementara kak long ada, kami adik-beradik ada la driver untuk dihantar kesana-kemari.Paling tak pun, boleh lah kami paw duit dia buat beli aiskrim sundae!Hoho!Bukan aiskrim je, macam-macam da.Haha!Kakak aku ni, kalau untuk adik-beradik, takda la dia berkira sangat.Dari zaman dia duduk matrik, sampai la dah kerja, selalu beli barang untuk family.T-shirt labuh aku, semua kak long beli.Satu pun takda hasil duit aku.Haha!Jubah pun sama.Tak kak long yang beli, mesti ayah dan ummi yang kasi.Bertuah aku :P

So, boringkan life buat masa sekarang.Jadi bibik je dekat rumah.Dah naik kasar dah tangan!Baru anak dara.Lepas ni borong lotion balik.Nak update blog pun takda idea sebab tak keluar rumah.Kalau keluar pun sebab kerja komuniti.Dah hitam legam berjemur dekat padang selama dua hari.Bila capture gambar dengan wina, dah nampak macam tahi bintang.Eh, bukan, tahi cicak.Cess!Apa-apa jela, wish me luck for MedSi this Saturday :) Meet me at Tg Mahmud School :)



"If I had a flower for every time you made me smile and laugh, I'd have a garden to walk in FOREVER :) "

Friday, April 1, 2011

Happy birthday dear :)

Assalamualaikum :)

People,
Today is 2nd of April.

People,
Today is my birthday.

People,
I'm 20 :)

People,
I'm so happy being here.

People,
I'm grateful to live until this long.

People,
I'm nearer to death.

People,
Thank you for being a part of my life.

People,
I love you :* to death!

People,
Thank YOU :)

Oh Allah,
GOD The Almighty,
Bless me and my family,
Thank you for giving me chance to be here,
Thank You for letting me have a great families, friends and great life.




Tuesday, March 29, 2011

Bimbang sangat ke?Siapa lebih utama?

Assalamualaikum :D

Lama tak menulis.Nak kata busy, takda lah busy sangat pun.Apalah nak buat.Kerja pun tak sepanjang cuti ni.Duduk rumah je.Dah boring sangat, berasap lah dapur aku kerjakan.Semua orang dalam rumah ni, dah bising sebab asyik kedapur je.Woit, kuat bina badan cuti ni.Tension-tension.Baru anak dara.Ayah aku pun dah bising.Malu weh.Kalau mak aku ke, kakak aku ke, macam tak hairanlah sebab orang perempuan memang lah bimbang kan?Ni ayah aku, for sure la malu.Keh2!

Itu baru intro.Sebenarnya aku nak ketengahkan beberapa isu yang dah lama aku fikir, aku tengok dan selidik.Pernah korang tanya kawan-kawan, macam mana mereka lihat kita?Korang pernah komen pasal kawan macam mana korang lihat dia?Korang tak paham ek?Meh nak story.Layaaan!

Al-kisahnya, aku bercakap dengan member(L bukan nama sebenar) aku, perbualan ini berlaku bila ada seorang member(P bukan nama sebenar) komen tentang (Z bukan nama sebenar) tentang pakaian yang dipakainya.Neutralkan minda anda sekarang dan sila masuk mood oke? Z memakai blouse labuh sehingga lutut, berseluar slack, dan bertudung sempurna menutup dada dan bahagian punggung.P mempertikaikan pakaian yang dipakai Z sebab baginya seseorang yang bertudung begitu tidak patut memakai pakaian seperti Z.Z memang seorang yang akur dan hanya diam dan akur dengan P.Alhamdulillah.



So mulalah perkongsian.Aku cakap dengan L bahawa aku rasa Z tak salah pun.P jugak tak salah.Z bukan mendedah aurat.Pakaiannya lengkap tertutup malahan langsung tidak menampakkan susuk tubuh jugak tak nipis.Berstokin dan bersarung lengan.Cuma bagi P, lebih elok berpakaian yang lebih baik.Tapi L tiba-tiba bengang." Kau kenapa tiba-tiba sensitif ni? (dalam hati:terasa ke?)",tanya aku.L "bukan terasa.Kenapa p nak malukan Z macam tu.Kalau dia baik, baiklah.Z bukan seksi pun.Sentap aku!Aku memang tak kisah pakai macam mana selagi mak aku tak kata pakaian aku ni menjolok mata.Asal kita selesa dan jujur dengan diri sendiri, oke lah!" Aku pun bermonolog dalam hati "Patutlah macam tu pakaian kau.Hmmm.Kau salah L."


Siapa yang kita nak ikut?Apa yang Allah suruh, atau apa yang mak kita cakap?Kenapa mak awak tak marah awak pakai pakaian macam tu?Adakah mak awak kurang belajar, atau awak yang kurang menuntut ilmu?Siapa salah?Mak awak ke yang tetapkan aurat kita sampai mana?Eh, no wonderlah ramai yang macam tu sekrang.Yang kurang pasti aurat kat mana.Bukan dorang tak tahu ye, tapi dorang kurang pasti belah mana aurat dorang.

Patutlah orang sekarang macam tu.Tengok sana, situ terdedah.Tengok situ, sana terdedah. Pernah duk borak-borak, dorang cakap "Mak aku mesti marah muka aku dah tumbuh jerawat." "Mak aku mesti marah badang dah naik 2kg." "Mak aku mesti marah beli baju warna-warna suram ni" Eh eh eh. Meh aku pulak yang bertanya " Mak kau tak marah baju kau ikut size body adik kau? Mak kau tak marah ke kau keluar malam-malam dengan lelaki? Mak kau tak tanya ke, kau pakai tudung tutup dada tak? Mak kau tak marah ke kalau baju kau nipis sampai semua boleh tayang? Mak kau tanya tak solat cukup ke tak? Mak kau cakap tak, anak, jaga solat jaga aurat, jaga hubungan dengan orang, berkawan dengan orang-orang yang baik?" Ada tak mak kau marah? Kesianlah kalau mak kau tak marah.Mak kau boleh marah tak jaga makan sampai naik jerawat, naik badan, tapi perihal kau untuk akhirat, mak kau tak kisah.

Fikir-fikirkanlah wahai rakyat jelata.Tak nampak lagi ke amaran-amaran yang Allah bagi?Tak takut ke hidup kita ni dah tak lama.Paling lama hidup pun 40-80 tahun.Tapi tak takut ke, seksa kubur yang lama, hari perhitungan yang satu hari disana bersamaan ribuan tahun di dunia.Eh, tak takut ke?Mak kita memanglah seorang yang perlu kita hormati, mungkin zaman mak kita, takda orang nak ajar agama dekat dia.Tapi kita zaman sekarang ni, kat mana-mana orang ajar pasal agama.Kenapa nak menafikan yang hak?Siapa cakap yang lepas kita dah baligh mak ayah kita tak tanggung dosa kita?Dorang pun turut sama berdosa sebabnya dorang yang berhak mendidik kita.Korang tak kesian ke dekat mak ayah korang?Tak takut ke dorang yang kena seksa kalau dorang dah meninggal?Doa yang dorang harapkan dari kita, tapi kita lupa dekat dorang.Sedih aku bila tengok ulangan ImamMuda 2010, seorang perempuan kena tangkap khalwat dengan pasangan dalam kereta dekat tempat gelap.Lepas tu, bila ditanya, rupa-rupanya ayah dia dah meninggal.Weh, menitis air mata, anak buat macam tu bila ayah dah takda.Kata sayang mak ayah, tapi apa kita buat?



Pandanglah sekeliling kita, lihatlah anugerah yang ada, mohonlah ampun, anda mampu mengubahnya. :) Maaf kalau terkasar.Kadang-kadang perlu keras untuk orang yang dah tahu, tapi nak menafikan.Kalau tak tahu aurat, itu tipu.Dari tadika sampailah form 5, kita belajar agama.Salam :)

Pesanan terakhir with love :)


Monday, March 7, 2011

Si Tanggang dan Batu Belah Batu Bertangkup


Assalamualaikum. :)

Selamat Pagi (sekarang:10.28am) dan petang dan malam bagi yang baca selain dari waktu pagi :) Apa mimpi aku pagi-pagi cakap pasal Si tanggang dan batu belah batu bertangkup ni?Saja, tadi aku belek album family masa kecik-kecik.Gambar brutal aku masa kecik-kecik.Hari tu pun ada berbual dengan kakak aku pasal ni masa duk imbau zaman kecik-kecik.Tiba-tiba aku teringat yang dulu mak aku selalu ceritakan kami sebuah or dua buah cerita pengajaran."Bedtime Stories" orang putih kata.Hoho!




Dulu kami tidur ramai-ramai dengan adik -beradik kecuali adik aku yang bongsu tidur dengan parents aku.Tapi bila dah dekat waktu tidur, ramai-ramai duk bertenggek atas katil ummi aku sambil dengan cerita.Kitorang selalu dengar cerita sedih je.Hehe.Mak aku peminat cerita si tanggang dan batu belah batu bertangkup.Ni memang cerita kegemaran mak aku.




Kami empat orang baring tepi ummi aku sambil dengar cerita dia.Kalau bercerita pasal batu belah bertangkup, mau menangis kami dengar.Si pencerita pun turut menangis sama.Mungkin si bonda didorong perasaan rindu dengan arwah mak dia.Mak aku anak yatim dari darjah 4 lagi.Tambahan pulak masa darjah 3 mak dia dirawat jauh dari tempat dorang tinggal.So setahun mereka tak bersua.Macam tu la kot cerita mak aku.Dah lupa.Huhu!Jadi kami adik beradik selalu dengar dua cerita ni before masuk tidur.Pernah la jugak dua tiga kali pasal benda lain.Si kancil pun ada.Memang melayu betul cerita mak aku.Dongeng tapi penuh pengajaran :)

Habis je cerita, mak aku mesti tambah dengan cerita zaman kanak-kanak dia.Betapa dia cuba membenihkan rasa syukur kepada kami sebab hidup kami sangat la mewah berbandng mak aku dan ayah aku masa kecil-kecil.Mak aku kata; "walaupun masa dulu dan zaman sekarang memang berbeza sebab sekarang dah moden, tapi ambil lah yang susah supaya kita selalu bersyukur dan beringat." Betul-betul-betul.

Bila dah selesai cerita, masing-masing bawak diri masuk tidur kat bilik kami ataupun tidur je depan tv secara berjemaah.Hehe!Kecik-kecik dulu, a single bed can be three of us on it every night.Kecik nya kami time tu.Sekarang, double bed tu, nak kongsi tiga orang, mesti banyak songeh.Tak muat la, lemas la, panas la.Haha!Rindu zaman kecik-kecik :)

Oke la.Sampai sini je.Nak menonton Imam Muda 2010[ulangan :)]Sejuk hati weh! :)

P/s: Korang takda ke kenangan macam ni masa kecik.Kot-kot la taste mak kita sama.Suka cerita si tanggang and batu belah batu bertangkup.
 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com