Tuesday, December 28, 2010

berkepala DUA ^___________^

Assalamualaikum >____________< blogger-emoticon.blogspot.com

Macam teruja je kan?Takde ke emot yang lagi cute nak menambahkan keterujaan?Jeng jeng jeng!Kepala dua?Apa yang aku duk merepek konon berkepala dua?Iskkk.Title tak teruja langsung!(Macam mana nak up traffic ni?) :))

Oke lah.Tak boleh cakap mengarut banyak-banyak sangat.Lagi beberapa hari akan muncul tahun 2011.Tamat lah sudah 2010 tahun penuh makna, dugaan, cabaran, perjanjian dan segala macam.Dan tahun 2010 merupakan tahun akhir aku berkepala 1 ^___^ yang bermaksud umurku 19tahun!Tahun depan aku dah berkepala 2 iaitu berumur 20tahun!Wallaweeeyyyy!
Masa kecik-kecik dulu selalu teruja dan berangan-angan untuk berumur 20 tahun.Nampaknya harinya bakal tiba tidak lama lagi.memandangkan birthday aku pun 2 april, so rasa macam tak lama je lagi birthday ku bakal tiba.Pejam celik pejam celik dan 2011 :)

Takde apa pun nak cakap sebenarnya, tahun depan pun blog ni berumur 2 tahun jugak.Dan penulisan blog aku ni daripada zaman aku tak matang kepada pramatang sehinggalah sekarang hampir-hampir nak matang. :)) So apa saja yang ada, yang tertulis dan ditulis, adalah sebahagian daripada rutin hidup mak ya anak-anak.Maaflah kalau ada yang rasa tak senang hati dengan penulisan I yaawww.Blog ni kadang-kdang macam diary.Tak payah nak tulis-tulis buku dah. :))
Oke la, semoga tahun lama bakal dihabiskan dengan baik.Masih ada azam tahun lepas belum terlaksana, moga dapat meneruskannya dimasa hadapan.

Ini ada post istimewa untuk Zaty Othman and Nadia Azmi!

dear zaty liling :)
i miss each time we spent together!whenever siti is not around you will always be there.talking to me while reading,sharing stories and the most important thing is gossiping at beautifulnara!haha!and also rotikaya!dan dan dan, u suka shopping and jalan-jalan macam i!hoho~OMG!sangat-sangat rindu u.sobssss!i don't know if you still reading my blog or not, but still, i wanna say a bunch of thank you liling~for your words and your care, i really appreciated!kalau u baca, sila like i banyak-banyak ye!suppose to be i ada dengan u, arrhh~takde rezeki and i have to bear it :( anyway, wish u all the bestttttt!have the blast one there.jangan nakal-nakal lagi kat sana!kesian HH u :)) suwwiiiiit tak i nak cakap kat u ni.I love u mak cik! :* take care !


and to my dearest nadia sayang!
haha.kesian awak merantau kat sana sorang-sorang.saya betul-betul teringat awak masa saya demam dua minggu hari tu.kalau awak ada, dah tentu ada mak cik yang tiba-tiba datang bilik saya tanya dah makan ubat ke belum.al maklumlah kawan awak ni penakut akan ubat-ubatan~awak pulak pembekal ubat.tak pergi klinik pun takpa sebab awak mesti ada ubat untuk saya!saya pun rindu nak dengar awak bebel macam-macam.rindu nak tengok orang yang excited nak mati macam saya bila cakap pasal balik.hehe!awak pun jaga diri kat sana ya.kalau sakit makan ubat.kalau rindu mesej-mesej la saya!tha nx jugak sebab sangat rajin call2 saya!saya sayang awak jugak! :*
and lastly, happy new year readers!semoga tahun baru,azam baru, perubahan bakal berlaku :)


Wednesday, December 1, 2010

=)

Assalamulaikum!

Entry kali ini mungkin akan jadi sangat pendek!
Cuma rasa nak menjerit nak bagi tahu semua orang.
Thank You Allah, thanx for letting me have "one"! :)
blogger-emoticon.blogspot.com


Monday, November 29, 2010

poligami :)

Assalamualaikum :)

Seronok dan macam teruja nak menaip.Alhamdulillah bila kewajipan lain dah selesai barulah tangan mampu mencoret dengan ligat dan gembira.Alhamdulillah lagi, ditambah dengan perasaan yang sangat senang hari ini.Mudah-mudahan berpanjangan mood yang baik ini.Setelah hampir dua minggu demam, selsema dan batuk, akhirnya batuk dah kurang.Cuma suara still sengau sebab selsema lagi :)

Actually saja nak mencoret pasal poligami ni.Bukan apa, sekarang ni dah berusia, so perkara normal bila bercakap soal kahwin, perkahwinan idaman, dan macam-macam lagi yang kisahkan pasal perkahwinan.Bila orang tanya ja pasal poligami, aku dengan pantas dan laju dan penuh dengan keyakinan, aku sangat menolak poligami dalam hidup aku.So, perlu di HIGHLIGHTKAN ini adalah pendapat penulis dan tiada kena mengena dengan apa yang telah terhukum dan termaktub.Apa yang aku tulis bukan bertujuan mengelirukan sesiapa mahupun mengharamkan poligami.

Disini kisah bermula, kenapa aku tolak poligami?Senangnya, syarat untuk berkahwin dengan aku mestilah dia berkemampuan menangani perasaan "suka" kepada perempuan lain selain "penulis" bila dah berkahwin.Jika dia sanggup berjanji, dan aku on.(ini hanyalah sebahagian syarat nak kahwin dengan aku :P so sila jangan salah tafsir ) Aku memang menolak 100% poligami JIKA aku ammpu melahirkan zuriat untuk "suami", mampu melakukan kerja aku, urusan rumah tangga dan juga terhadap "suami".Betul apa yang telah ditetapkan Allah, poligami boleh dan aku tak menafikan dan tak menolak apa yang telah ditetapkan.PAHAM?

Betul tak?Selagi aku mampu memberi perhatian sepenuhnya, mampu menjaga makan dan pakainya, mampu mendidik "anak-anak" dan menjaga keharmonian rumah tangga, tak salah rasanya kalau aku tidak mahu berkongsi "suami" aku, "ayah" kepada "anak-anak" aku dan "datuk" kepada "cucu-cucu" aku. Dan jika aku memang ditakdirkan berkemampuan dan memang berkorban sepenuhnya untuk keluarga aku, jadi aku layak mendapat penghargaan dengan mendapatkan "kesetiaan" 100% dari suami.Kan? Hehe.Oke, itu hanyalah tak lebih dari kehendak aku sebagai seorang perempuan, seorang "bakal isteri", seorang yang "bakal menerima mahar" dan bakal "ummi" kepada "anak-anak" aku nanti.Hehe.Serius rasa kelakar bila tulis ni.Dan aku bimbang berlaku percanggahan sebab asal cakap pasal poligami, aku memang minta maaf awal-awal, sebab aku memang tak suka.

Siapalah aku sebagai seorang perempuan biasa, yang mampu menahan rasa "jeles" "cemburu" "iri hati" dan sebagainya bila lihat "suami" kita berdamping dengan perempuan lain.Walaupun "suami" aku nanti dia berkemampuan, tapi aku tak yakin yang dia mampu berlakua adil kalau dia beristeri lebih dari satu.Aku hanya akan menjadi isteri keduanya hanya bila dia meletekkan "perjuangan" sebagai isteri pertama nya.Selebihnya, i am "Biwi No 1" cewah, teringat cerita hindustan lama ni. :)

Lagipun aku tak sanggup, kalau suatu hari jika berlaku poligami, macam mana kehidupan anak-anak aku.Kalau dia tak abaikan anak-anak, tapi boleh ke dia berlaku adil dengan anak-anak dengan isteri baru dan anak-anak aku?Mungkin kalau dia tak adil dengan aku, aku mampu menerima, tapi kalau berkait dengan anak-anak, siapa yang sanggup? (hoho.Ini jauh kehadapan.)Tapi aku pun akan biru mata la tengok suami aku dengan orang lain. :P

Dan sekiranya ditakdirkan Alalh, aku tak boleh memberi zuriat, ataupun mempunyai penyakit kronik yang buat aku hilang tumpuan terhadapnya, dan apabila dia merasa kosong dengan kehidupan rumah tangga tanpa cahaya mata, barulah boleh dia berkahwin lain.Aku tak berhak menyekat kebahagiaan orang lain.Tak gitu?LOL..(kelakarnya ayat aku..bwuekk!)Tapi itulah hakikat yang perlu kita terima.Sesungguhnya aku hanya merancang dan mampu berdoa.Allah adalah penentu sebaik-baik kejadian. :) Dan berpegang teguh akan kepercayaan aku, dan semoga semuanya peroleh keberkatan.

So tak salah kalau ini yang aku impikan.Setiap dari kita mempunyai impian dan harapan masing-masing.So siapa-siapa yang bertanya pendapat aku dan tidak berpuas hati, sorry to say, AKU SIKIT PUN TAK KISAH.Kita punya harapan dan impian masing-masing.Selagi aku tak lari dari landasan sepatutunya, aku masih boleh berimpian macam ni dan berharap begini. (oh, poyonya!)


Tapi suka nak mengingatkan, jodoh kita adalah dari mana jalan yang kita pilih.Jika benar laluan jalan yang dipilih, maka benarlah "begitu" rupa jodoh kita.Jika salah laluan kita, maka daripada jalan yang salah jugalah jodoh kita datang.Betul kata korang, kalau kalau tak cari mana nak jumpa.Jodoh tak datang bergolek.So nak dapat jodoh tapi tak bergolek, jom la kita bergolek-golek dijalan yang betul dulu.Allah itu adil. :)




Jangan lupa LOVE is for ALLAH :)

p/s:pandangan dan penulisan adalah hak individu selagi mana tak bertentangan dengan ketetapan Nya :)

Saturday, November 27, 2010

Bila lemah tak bermaya

Assalamualaikum :)

Just wanna share a picture (printscreen je):
Bila rasa lemah tak bermaya, selain melakukan kewajipan kepada Yang Maha Esa, there is something that will always chill me up! Terima Kasih dan syukur tak terhingga Ya Allah kerana mengizinkan aku mempunyai ayah dan ummi lagi. Semoga sempat menjadi wali ku. Semoga terus dengan kekuatannya :) Semoga terus sihat walafiat dan mendoakan anakanda!


p/s:actually ayah nak tulis berusaha..hehe!"kak" or "kakak" panggilan kat rumah!


memang orang xkan paham.tuan punya badan je yang paham maksud gambar tu :)


sob sob sob!

Thursday, November 11, 2010

Segagah Biskut Tiger!

Assalamualaikum.....

Alahai lama diam kan?Mestilah, busy dengan macam-macam hal.Banyak kerja, dan dugaan bertinda-tindan!Tahu tak nak cakap pasal apa ni?Ala, pasal biskut tiger yang satu pack RM2.30 tu..Yang tiger susu tu.Sedap, manis-manis lembut je :O

Oke, actually aku just nak kongsi something yang selama ini, aku sedar dan tidak je.Sayangnya selama ini aku macam tak sedar.Duhai tuan punya badan, anda macam mana hari ini?Alahai, kenapa macam tu?Nak buat macam mana kalau dah takdir nak buat macam mana.Sayangnya, hari ini bukan semudah biasa untuk aku menerima keputusan tersebut.Apa boleh buat, aku dah mencuba, tapi tak mampu.Sedangkan sebenarnya aku sudah hampir ke situ.Sangat hampir, sayangnya ditarik sekelip mata kenikmatan itu.Sebab itulah kekecewaan itu tak dapat dibendung.Malah, sangat tak dapat pada permulaanya!

Tapi, perkara yang paling tak disangka ialah hari ini inbox aku penuh dengan mesej-mesej semangat, mesej-mesej islamik yang amat supaya aku tak down, mesej-mesej sayang dari teman-teman rapat, teman-teman campus, teman-teman senasib,teman-teman berjaya,teman-teman sekolah menengah dan paling aku terperanjat, even from my primary school!Sungguh aku tak sangka, sampai begitu ramai teman-teman aku!RAMAI SANGAT_SANGAT!Lagi ramai dari kawan yang wish birthday!SERIUS!Itu baru mesej handphone, yang kat facebook lagi la.Tiba-tiba dorang post kat wall, nasihat panjang-panjang kat mesej, pm and so on.Oh my, you know what, I am so touched! Masa inilah baru aku tahu siapa yang betul-betul ada dengan kita.And I'm so surprised that "you" still wanna give me advices and lend me your times!Thank you everybody!

Tapi kalian yang disayangi sekalian, maafkan saya!Saya tahu kalian sudah menyumbang untuk tolong saya jadi sekuat tiger balik, tapi sayang nya, saya malah tidak membaca mesej-mesej kalian.Saya ignore phone call kalian.Saya tak reply mesej-mesej kalian, malah saya off-kan handphone.Tapi itu mula-mula je.Lepas tu saya dah baca, saya dah reply, saya terharu sangat!Sangat-sangat terharu.Sampai rasa nak peluk sorang-sorang!Memang saya tak nak tahu sikit pun pasal nasihat korang, tapi berapa lamalah sangat saya nak ego dan tunduk dengan perasaan sedih tu.Biarlah masa yang menentukan.Saya cuma perlukan kepercayaan keluarga dan sokongan anda semua.Dan untuk itu, saya dapat semuanya.Betapa saya tidak tahu untuk bersyukur sedangkan kalian sungguh-sungguh cuba membantu saya! I would maintain that thanks are the highest form of thought, and that gratitude is happiness doubled by wonder :( I'll try dear!

And for those yang rasa tak senang dengan apa je tindakan dan apa yang terjadi, you may leave.As i said to you earlier, you are annoying enough!Why on earth you are saying i'm acted like a childish?You don't even think before you said it.I don't even want to put you in my shoes, but I rather ask you to avoid it and stay away if you don't like.I am trying so much more to be cool, but i failed!So don't you ever try to make me angry.This is my worst and I learnt from it.So gimme time to move on!Anger is always more harmful than the insult that caused it.And i know anger is the bad adviser ever, so don't put the fire into a burning one!

Oh my!Padahal aku dah cukup matang untuk meluahkan benda-benda alah ni kat sini.And aku pasti malu.Tak kisah la apa pandangan you all.Isk isk isk!
Bak kata adik, jadik lah sekuat biskut tiger.Dah makan, nak lagi.Memang makin kuat.



True friendship can not be bought! It's a feeling that many seek but few discover! Many offer it expecting a return, and few give it just for the pure pleasure of the heart! You should never say thanks to friendship but always return it!
[tehah,efa,acap,akmal,pqah,intan,ida,irma,ain,mia,feeq,wany,fik,fai,zim,ct,zaty,arm,aish,qlah,nani]

and more to mention, but couldn't remember others because i don't have your phone number!sorry and thanx for those who are yelling me when i said, thanx and sorry but i don't have your number because the handphone is not mine :)) but i do appreciated it :)


Tuesday, October 19, 2010

Ladies and gentlemen =)

Assalamualaikum =)

Baru-baru ini dapat mesej keluhan seorang sahabat. Kelakar pun ada, tapi itulah kehidupan. Kalau hidup tak complicated, tak seronok la life kita kan? Apa-apa pun kita yang mencorakkan kehidupan kita. Kita yang menentukan bagaimana putaran hidup kita. Pernah dengar tak orang kata orang perempuan ni comlicated? Ala, common la tu. Baik perempuan atau lelaki, mereka dengan cara mereka yang mana kedua-duanya sama compicated sama complex. Kan?

Yang sorang ni pulak duk membebel, kalau orang perempuan nak pakai pencuci muka pun sampai kena ada dua. Yelah satu pencuci muka, satu lagi scrub. Tapi lelaki pun ada yang pakai kan? Nak guna tuala pun kena sampai dua. Satu untuk mandi, satu untuk lap muka. Yela, tuala mandi jangan la buat lap muka. Kebersihan lebih terjamin baru lah tak naik jerawat. Hehe! Itu baru sikit katanya. Kalau tengok bilik mandi perempuan, penuh kabinet toilet dengan syampunya, conditioner, shower and apa-apa saja untuk menjaga kulit. Kalau yang suka pink mesti towel pink, syampu pink and bla bla bla yang aku dah lupa apa yang dia omelkan. Tapi iti bukan perkara besar, orang lelaki kalau minat gadget, kereta, motor, handphone and so on, ada orang perempuan bising? Sama je la kita ni.

Kalau masuk bilik perempuan katanya, atas meja solek tu, bersusun barang. Ubat jerawat, pelembab muka, pelembab bibir, lipstik, eye liner, compact powder, pelembab siang dan malam, deodorent pun siang dan malam and macam-macam lagi. Bukan ke membazir? Tak bersyukur ke dengan kecantikan Tuhan bagi? Ni lagi satu hal dorang nak banding. Hello, itu bukannya lebih-lebih, kalau aku pun selagi benda tu menjadi keperluan, aku guna, takda masalah. Bersolek dengan menjaga satu benda yang berbeza. Menjaga kebersihan, benda yang tak nampak. Bersolek orang nampak. Kalau macam aku yang tak bersolek kira masih bersyukur sebab tu menjaga :P Hehe~

Baju pulak, satu colour nak banyak-banyak. Kalau baju dah banyak, tudung pun nak banyak-banyak. Haiya, itu pun soalan berbangkit ke? Dah tu, kalau tudung satu je satu colour, cepatlah buruk tudung tu. Kan rugi? Kalau lelaki pulak, nak pakai baju mesti yang mahal-mahal. Budget baju untuk lelaki mana ada yang murah. Betul tak? Orng perempuan tak kisah, dekat Jalan TAR pun boleh shopping baju dan lebih-lebih lagi tudung. Boleh rambang mata hanya dibawah panas terik. Kalau lelaki? Mana pandang tempat-tempat macam tu. Baju Melayu pun nak pakai brand Orlando. Orang perempuan? Rilek sudah, asalkan padan dan senang dan paling penting sila berpakaian menutup aurat. :) Jadi, lelaki dan perempuan masih sama kesukarannya kan?

Bab perasan, feeling2, touching and what so ever tu, memang lah beza. Dah nama perempuan ni lembut. Kalau nak kasar-kasar, baik tak payah jadi perempuan kan? Jadi lelaki lah. Habis kalau semua nak kasar, alamak aih, tak ke boring? Perempuan kasar, lelaki kasar, tak seronok life kita. Tapi bukan keseronokkan point penting, tapi kelengkapan yang menjadi lumrah kita. Kalau tak, perempuan takkan boleh beranak kalau mereka kasar. Perepmuan dijadikan lembut sebab mereka secara automatik adalah lebih penyabar. Bukan begitu? Dan orang lelaki takkan boleh jadi suami, kalau mereka tak cool dan tegas. Sebab itu sabar perepmpuan beza dengan sabar lelaki. Kalau tak macam mana Allah nak serahkan talak kepada lelaki? Klau perepmpuan yang diberi keistimewaan memegang talak, pasti dalam sehari 30 atau 40 kali menajtuhkan talak. Bercerai berai lah rumah tangga, roboh la institusi kekeluargaan dan hancurlah kehidupan manusia.

So, kenapa perlu nak bisnig sana-sini nak omel pasal perempuan dan lelaki?Dah kita memang tercipta begiu.Cuma bagaimana cara kita mejalani kehidupan kita.Oke lah. Perempuan-perempuan dan lelaki-lelaki, silalah ambil yang jernih buang yang keruh. Sebab kita dah ditakdirkan untuk melengkapi(tapi bila dah kahwin la) jangan gatal-gatal nak berangan sekarang. Hehe!



so sila fikir-fikirkan ^^,

Monday, October 18, 2010

Layak ke?

Assalamualaikum =)


Saja lah nak berkongsi sikit kisah dekat masjid masa kuliah agama dari ustaz adam.Kuliah dimulakan dengan soalan-soalan terkumpul yang tak sempat nak dijawab.Dipendekkan cerita ada satu soalan yang lebih kurang macam ni bunyinya: "Adakah kita boleh berimam dengan orang yang menzahirkan dosanya? Contoh: Keluarga yang tidak menutup aurat dan tidak menegur, merokok, dan (tak dapat nak mengingat)."

Anyway, sebenarnya sedar atau tidak semua tu bergantung atas kita, berapa ramai anak-anak ustaz dan ustazah tak menutup aurat?Dalam masyarakat kita sekarang, semua ini menjadi fenomena biasa.Cuma kita yang membutakan mata kita.Tapi persoalannya bukan salah ustaz dan ustazah pada nama kerana kalau kita lihat sekarang, yang memohon jadi ustaz dan ustazah dalam kementerian adalah hanya untuk cukup syarat untuk dapat kerja demi masa depan.Ada ilmu, tapi tak beramalApa ni?Seharusnya kita tahu, sedar dan buka mata kita seluas yang boleh.Aurat?Bagi keluarga yang sudah mempunya ipar duai, seharusnya mereka tahu yang aurat sesama mereka perlu di jaga melainkan mereka adik-beradik.Tapi adik perempuan dan
abang ipar, perlulah mnejaga batas-batas aurat.Begitu juga adiik lelaki dengan kakak ipar.Tapi berapa ramai yang cakna?Dan adakah kita mengambil langkah?Menegur, menasihat dan sebagainya?Bukan calang-calang orang yang boleh jadi imam kita.Bukan senang nak mengImamkan orang.Ini terutamanya kepada lelaki-lelaki sekalian alam.Walaupun anda kata anda takkan dijemput menjadi imam di masjid atau surau, tapi kalian perlu sedar kerana kalian akan menjadi Imam untuk isteri dan anak-anak kalian.


Ustaz Adam ada mengulas perihal ini.Kalau cakap pasal aurat memang takkan pernah habis.Yang adik bertudung labuh, tapi kakaknya ketat sana-sini.Nak tahu kenapa bila kita nak dakwah orang tapi tak berkesan?Katanya, lihatlah bagaimana keluarganya, maka kita tahu kenapa ianya tak berkesan.Ini bukan menindas niat dan usaha orang, tapi inilah punca keruntuhan sebenarnya.Bila kita mengabaikan keluarga, dan mengajak orang.Apabila keluarga seesorang pemimpin atau pendakwah itu terjaga auratnya, terbatas pergaulannya, terpelihara maruah mereka,
maka lihatlah berapa ramai pengikutnya.percayalah.Kalau kita boleh isi borang biasiswa dengan sempurna dan mengikut prosedur kenapa tak dengan hukum hakam dan kehendak Pencipta kita?Kan?Jadi, lagi sekali nak ditekankan, bukan senang nak jadi imam.Bukan boleh main pilih-pilih je imam kita baik lelaki atau perempuan.


Ingat, jangan senang-senang nak suruh orang jadi imam, dan berimamkan dengan orang.Tapi jangan sebab kita was-was sampai langsung taknak berjemaah.Pelihara diri kita.Pelihara keluarga kita, pelihara rakan-rakan kita, jiran-jiran dan sebagainya!Oke?Sama-sama kita kembali ke jalan asal kitta.Sama-sama kita menuntut ilmu untuk menjadi bekal dunia supaya kita tak tertipu dan terpedaya dengan sandiwara dunia supaya kita dapat kumpul bekalan untuk akhirat. Wallahualam.Anyway, yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari diri sendiri.Maaf kalau ada tersalah kata dan terkasar penulisan.Kalau salah dan ingin tambah silalah tinggalkan komen :)


P/S: Jawapannya adalah kita tak boleh berimamkan dengan orang yang da menzahirkan dosa dan kita sahih dengan kesalahan yang dia lakukan. Berdosa atas kita dan juga imam tersebut. So jangan kumpul dosa ;)




Imam dan jemaahnya :)

Sunday, October 3, 2010

Kebenaran terbongkar

Assalamualaikum! =)

Akhirnya aku tahu kenapa tulisan boleh jadi HITAM even aku dah letih-letih touch up supaya warna-warni dan lawa macam aku.Haha!
Rupanya sebab update dekat google chrome!Bukan pasal HTML yang aku edit untuk buat protected entry dan segala macam yang aku edit dan tambah dekat HTML code tu.
Biasa lah.Buta IT.HAHA!
Terpaksa la aku update dekat mozilla.Reasons kenapa aku tak suka guna mozilla firefox ni?:
+lembab.
+aku xleh kecil dan besarkan font kalau update blog(tak tau la kenapa)
Aku mana lah pandai benda-benda ni semua.Aku pandai type je.blogger-emoticon.blogspot.com


Anyway, ni aku tukar lagi rumah aku ni.Sejuk la sikit mata ni memandang kan?
Aku lebih suka yang 3 column punya.Tapi, oke la yang ni dari yang warna hijau tu.pakat-pakat gelak dorang tengok aku punya blog.haiya!
Ala, sekarang semua dah canggih.Aku baca tutorial pasal nak buat background and header yang cun-cun.Haiya, naik bengkat mata aku baca.Guna photoshop.Mana la aku pandai.
Haha!blogger-emoticon.blogspot.com

Tiba-tiba aku teringatkan boss aku.Ye, Boss!Kalau bab-bab computer ni, kita serahkan sahaja dekat dia.After spm, dengan dia la aku duk habiskan masa.
Bangun pagi, tengah hari, tengah malam, sampai la subuh, mengadap benda computer ni dengan dia.Dia sanggup tidur lewat sam-sam dengan aku, just nak ajar aku benda-benda alah ni semua.Aku mana nak reti benda-benda ni dulu.Dia la paksa aku google ini, google itu, baca tutorial dia bagi, and masa birthday aku, dia hadiahkan header untuk blog aku!haiya, rindu sama boss.Masing-masing dah bawa haluan sendiri.Kami busy dengan study, so tak dapat la nak jadi assistant dia lagi.Kau pun da lama menyepi di dunia blog.Haiya boss.Hangat-hangat taik ayam je kan kita dalam blogging~blogger-emoticon.blogspot.com

Sesuatu yang buruk baru saja terjadi.OMG!I think I have to stop giving,stast hoping!urh...Live like a loser..Ouh no!Die like a hero~ =.="I have to stop the nonsense!

p/s: Anyone knows what is BACIN?tell me ya!



Friday, October 1, 2010

Pondok Buruk!

Assalamualaikum.

Haih~Banyak pulak komen puaka-puaka komen blog aku buruk.Haha!Taadaaa.Ketahuilah oleh anda, saya juga tak suka new look ni.Tapi tak berapa rajin nak godeh-godeh, usha-usha template cun-cun.So buat masa ni, guna la sekejap.Tenang apa tengok warna hijau.Hehe!Takda ar korang asyik nampak pink je blog aku(blog lama punya memang pink kan plus biru muda sikit.cun seyh!)

Satu lagi masalh, aku tak boleh nak tukar colour font.Bukan main buat warna-warni, last-last HITAM jugak dia keluar.Haiya!

Anyway, macam mana cuti?Aku pulak tengah sibuk transfer file-file penting (movie je banyak :P) ke laptop lain.Ye la, ayah nak hantar umah acik untuk di baiki laptop aku ni.Kurang sihat sikit.Tapi sayang la.Haha!Aku macam tak suka Windows7.Tapi takpa la.Asal laptop ni sihat macam biasa.

Hah, oke la. Sampai sini dulu.Nak sambung download benda-benda cun ni.Cepat-cepat la aku boleh tukar aku punya blog. Daa!





p/s:cari mood nak update :)

macam-macam!



Assalamualaikum =)

Selamat bercuti sahabat-sahabat iium :)
Seronok kan?Me? SANGAT SERONOK!

Beraya lagi tak korang?Me?Still beraya lagi.Tengok ja la sejak balik rumah ni.Hari-hari masak (haha)
Mana tak nya, mengidam macam-macam.Semalam tengok-tengok la dekat draft entry-entry yang tak pernah terfikir nak post.Then dapat idea nak buat protected entry, tapi tak jadi.Yang kelakarnya, ramai lak yang mintak password nak baca.Padahal benda tu tak menjadi.Still aku ja yang boleh tahu.Hahaha!Lepas tu, ramai la jugak pm inbox gmail, mintak nak tahu pasal apa IDAMAN aku tu.Hehe.itu adalah idaman,idaman yang selama ini aku idamkan.Sebab tu bukan semua boleh tahu. :P (tak baik buat orang tertanya-tanya kan?)




Lupakan pasal idaman tu sekejap.Masuk bab lain sekejap.Aku tak paham sebenarnya masalah orang ni.Betul kan.Semakin canggih dunia, semakin susah keadaan.Masalahnya sekarang,aku dah lama bercadang dan berpendapat dan berfikir dan macam-macam lagi untuk mem"private"kan aku punya blog ni.Aku malas dah ada kes orang asyik nak terasa dengan apa aku buat. TAKE NOTE untuk DIRI SENDIRI jugak.Aku kadang-kadang terfikir, bila kita terlalu menuetralkan sesuatu keadaan, akan buat lebih ramai yang termakan cili dengan kenyataan kita.Boleh jadi fitnah, boleh jadi perbahasan, boleh jadi perpecahan keluarga dan kawan-kawan.Hah!dan dipihak aku, ada sesuatu yang sanagt buat aku terasa sampai sekarang.Malah seboleh-bolehnya, aku nak menghindarkan diri.Aku ni manusia biasa, kadang-kadang aku mengambil keputusan untuk melarikan diri dari benda tu.Kalau mampu lupa, aku lupa, kalau tak, aku pendam.

Dan sekarang tengah belajar menjadikan HIDUP itu suatu ACCOUNT yang mempunyai PASSWORD.Ya betul, barulah hanya aku yang mampu nak ACCESS semua tu =) dan anggap sahaja orang-orang yang tahu adalah HACKER-HACKER yang hanya perlukan aku dalam hidup mereka.HAHA!Dorang hack kita bila dorang rasa kita ini berkeperluan dengan mereka.Betul bukan?Hehe!



Bila sampai rumah lepas exam, rasa macam teruja lak dapat banyak kad raya.Hey guys, thanx a lot.And tulis la nama, nanti senang nak tahu siapa.ni ada ja yang tak tulis nama, jadi susah otak aku nak berteka-teki.Yang tak tulis nama hanya sorang aku kenal, iaitu Cik Efa.Than Cik Mira, Cik Sara dan A bukan nama sebenar.Aku tulis dorang sebab dorang readers blog aku yang malas nak update ni :) (Kan kan kan.korang baca kan? =.=") Tak kiisah la.Yang lain pun sama.Thanx sangat-sangat.Value kad raya ini sanagt lah tinggi.Cewah.

Ni kisah roomates saya yang comel (sikit je).Hehe.Terbaca la blog PUAN siti tu.Dia buat entry touching-touching lak.Ya la, sampai leleh air hingus aku and zaty baca tau.Sampai rasa tak sampai hati nak balik hari tu.Hehe.Ye la, semua orang suka budak-budak bilik kita kan.haha!Siapa tak tahu bilik kita bising?Bilik kita ada macam-macam bunyi, tapi itulah yang orang tak dapat kat bilik lain.Haha.Bunyi maksdu aku tu, bunyi EHEMMMM~HAHAHAH!Walaupun dengan zaty baru 4 bulan kita bersama, tapi cukuplah untuk kami saling kenal dan mengenali.Kan Kan KAn?Kalau siti tak da, aku dengan zaty je oa dalam bilik.Gurau sana, gurau sini.Kadang-kadang masuk Cik Baah Bie skali.Bilik kitorang sentiasa meriah dengan kehadiran orang-orang lain.Dan dah lama sebenarnya roomates kedua aku tu tak datang.Beliau itu adalah cik efa dan cik sara.Cess.Apa-apa pun, kita jumpa lagi.Cuma takut dah tak seakrab sekarang.Hehe.Memandangkan aku selalu je sakit, so mak cik dua orang tu selalu lah marah-marah aku suruh makan ubat.haha!Macam siti mention dalam blog dia, aku ni penakut gila makan ubat.Bila kena suruh, terpaksa buat muka cemberut nak telan.Haisshh~Syang sebenarnya korang dekat aku kan.hehe!Aku pun SAYANG jugak.Eww.Nanti text-text la aku.Hehe.Baik siti atau zaty, semuanya memahami aku.Aku macam rindu lak gelak-gelak dengan korang hujung minggu.Time-time mata kita semua dah ngantuk, mula la masing-masing buat hal.Kelakar dan rindu!

Dan aku kat rumah, sedang merancang aim untuk cuti ini.Walaupun dalam hati Tuhan je tahu betapa aku bimbang nak tunggu result math aku!Bimbang sangat!!!Aku tahu aku tak boleh jawab ahri tu.Tolong ya doa kan aku sangat-sangat.Aku tak nak dah menjejak kan kaki kesana.Dan aku pun xsangka sampai aku study math lagi takut kena resit bila tengok result!Ah!Benci!Tolong sangat-sangat doakan aku lulus math hari tu!Mimpi ngeri dah aku sekarang!

Hah!Takut korang! :P

Oke lah, sehingga aku rajin, aku kan update lagi!Tunggu la aku dah pandai, baru aku post entry-entry mahal aku tu :P

Tuesday, September 7, 2010

Datang dan Pergi

Salam Penghujung Ramadhan Pembuka Syawal

dari before ramadhan lagi ingat nak buat post tentang ramadhan, bulan yang di nanti-nanti setiap umat Islam yang ada di atas muka bumi ini.
sekarang sudah sampai di penghujungnya, umat Islam tidak sabar-sabar lagi menunggu ketibaan Syawal menyambut hari kemenangan umat Islam selepas sebulan mentarbiah diri.
Ye la, orang kata ramadhan bulan mentarbiah diri, wallahualam.beribadat bukan kerana bulan, sebab bulan akan berlalu pergi macam sekarang.

dikesempatan yang ada ni,
selamat menyambut hari raya yang bakal menjelang tak lama lagi.
mengejar peluang yang masih ada di ramadhan kali ini.
mohon ampun segala dosa, silap kata, terkasar bahasa, teremo sana sini,tergarang,
dan semua yang ter ter ter.

To dearest roomate Cik Z and Cik S
selamat hari raya!
sorry tergurau lebih2.
terpanggil macam2.
tercuit sana sini.
hehe!
terima kasih menjadi roomate saya!

Dear classmates;
DB,PROG,MATH3 and PHY2;
Guys, thanx for the whole sem.
Thanx for being such a good friends to me.
Thanx for troubling yourself for helping me!
Thanx for being such a great buddies for our final projects!
And dear friend, thanx a lot for helping me when the lappy breaks down, when I forgot my password until you have to sleep very late and have to wake up early in the morning just to help me and lot lot lot lot of questions to me until sometimes I cannot answer your questions.But I always try my very best to help you.So don't burden yourself too much.I know you are trying so hard to a better person, and yes, YOU ARE!So don't push yourself too much towards it!And thanx a lot because I've learnt so many things from you!
Cik I and Cik A and Cik Q, thanx for every moment we have!there are always something that teach us to be mature in everything!I love you guys!Cant wait to be there right?

Yes, I'm home for 4days already.
I really missed home after 4months being at CFS~
Meriah meriah dan meriah.
yang tu teriak, yang tu nak ni, yang tu berebut itu and macam-macam.
bak kata Ummi, dua orang balik, macam 10 orang anak ummi!

Wow!
Oke, selamat hari raya!
have the blast one oke?
Ampun dan maaf dipinta buat semua!
Jangan lupa hati2 balik kampung oke!

P/s: SAKIT mata tak baca hijau je?Teruja sebenarnya tahun ni because tema raya tahun ni hijau muda!

Monday, July 26, 2010

Maaf!

Assalamualaikum

Alhamdulillah, akhirnya exam sudah selesai.
Tuhan je tau betapa frustnya diri ini masa jawab paper Math.
Betul, semuanya milik Allah.Kalau dah bukan rezeki kita, benda yang ada depan mata pun, Allah hijabkan.
Mungkin ada khilaf yang kita tak sedar.
Astaghfirullah!




******************************************************************************

Baru-baru ini laptop TERrosak.
Salah diri sendiri.Cuai sangat masa angkat laptop.
Kesian semua orang yang terkena tempias masa laptop rosak.
ALhamdulillah, dengan izinNya, maka laptop ni kembali sihat.
Terima kasih kepada kawan yang sanggup korban waktu study walhal keesokan harinya kami akan menduduki exam programming.
Moga-moga Allah membalas segala yang baik dari kamu.

*******************************************************************************

Update:
Beberapa hari yang lalu, Intan datang bilik.
Al-kisahnya, seorang rakan tak dapat jugak nak balik dengan diriku ini kerana bapa saudaranya ajak balik sekali.
memang bad day hari tersebut.
Menangis dua tiga hari.
+Nak balik raya dengan siapa?+
+Siapa nak teman balik raya?+

Yang ini memang part sedih
(Jangan baca takut terasa, Jangan baca kalau tak nak nangis sama)
**KIDDING**

Memang masa ni rasa sedih yang amat.Ye la, raya kot.
Takkan nak balik sorang-sorang?
Dah tak nak ulang perkara yang sama macam balik akhir short sem lepas.
Sob sob sob!

Kadang-kadang hati yang hina ni agak terasa dengan keadaan sekeliling.
Kadang-kadang kita korban diri kita untuk kawan.
Sayangnya, diri ini rasa mereka melupakannya!

Entah lah.Lupakan yang itu.




Hari kedua lepas Intan bagitau pasal berita takda orang nak teman balik raya,
Call la rumah, call ummi, call yoyok.
Last-last call ayah baru ada yang angkat phone.
Rasa marah and sedih bercampur baur.
Agak teresak-esak dah masa tengah bercakap, takut nak nangis depan ummi and ayah,
akhirnya suruh ummi passkan phone dekat yoyok!
masa tu baru lah tak dapat control, maka hujan lebatlah ketika itu.
yoyok pulak cakap kuat-kuat yang kakak dia nangis.
gelabahlah ummi and ayah.
Masa tu memang tengah marah sangat.
Serius!Bukan la tak nak berdikari,tapi takut jugak nak pergi PUTRA sorang-sorang!
Bukan juga manja tak bertempat.
Bukan juga nak heboh satu dunia aku bermasalah!
HMMMMMM~
T_T
Kak long pun dah marah sebab nak susahkan dia jugak.Hehe!
Saya memang macam ni kak long.
Kak long gak kata saya ni mengada-ngada.
Tapi ni KL kak long oiii....
(SOB SOB SOB)
bukan nak suruh orang paham apa yang saya lalui, cuma saya sangat-sangat terkilan pasal ni.
Dah la duduk jauh dari family, nak menumpang kasih sepupu sepapat, siapalah saya!
Hari-hari call ummi TERnangis.
Bukan niat nak menangis, tapi kakak pun tak tau la kenapa jadi sedih sangat kali ini.
Dalam kakak busy macam ni, memang mudah nak terasa down!
Allah, kuat kuat kuat!
Ummi mesej: "kenapak u sedih-sedih ni?sebab balik raya sorang-sorang ke?"
:"u. lama lagi u nak duduk uia tu.berdikarilah."
:"ayah kata kakak tak nak naik flight.bagi jela ummi and ayah ambil u"
:"u jangan sedih-sedih, nanti ummi ayah gi ambil u lepas tu kita singgah perak takut nak ambil barang kak long u jugak"

TERHARU!!!!
Akhirnya ummi dan ayah bulat suara untuk datang ambil masa cuti raya nanti.
Serius kakak tak tau macam mana nak cakap.
Tapi kakak suka sangat, rasa nak canang satu dunia.
"Kalau kau boleh balik dengan family, UMMI AND AYAH saya pun boleh jugak ambil saya!Wekkk"
Ini ayat paling jahat saya terfikir hari tu.
Maafkan saya!
Saya memang khilaf!
Tapi maafkan saya juga, sebab saya memang sangat sedih pasal balik kampung ni!






Cuba berfikiran positif yang mereka nak jimat duit balik kampung dengan family terdekat dekat sini.
Mereka juga nak menyenangkan hati family dekat kampung kalau balik dengan saudara sendiri.

Tapi saya?
DILUPAKAN!
T_T


Apa-apa pun tetap berterima kasih kepada Intan, sebab sebenarnya Intan ajak balik dengannya.
Tapi memandangkan adik-beradik dia pun ramai, maka saya menolak dengan baik.
InsyaAllah Intan, kita sahabat dunia akhirat!
Thanx sebab belanja makan hari tu =)
Sayang anda sangat-sangat!

************************************************************************************

Saya sangat rumahrindu sekarang!
SANGAT!
sob sob sob
syahdu betul lewat-lewat malam macam ini!
maaflah kalau terasa jengkel membacanya!
saya bukan berniat nak menyindir,
apalagi memburuk-burukkan!
InsyaAllah, blog ini akan diprivatekan tak lama lagi.


*************************************************************************************

Pengajaran dekat sini untuk penulis terutamanya:
+kita tak berhak nak rasa sedih untuk perkara bukan yang sepatutnya!
+kita tak boleh buruk-sangka dengan kawan!
+kita tak boleh jeles kalau kawan nak balik raya dnegan saudara!
+sabar!
+cerita masalah bukan untuk membebankan pihak lain dan bukan juga menangih simpati!
+Paling tepat, carilah Allah!Mungkin masalah ni kecil bagi manusia lain, sebab itulah Allah adalah sebaik-baik tempat pergantungan kita!



Ampunkan hamba yang hina lagi lemah ini buat semua!

SOB SOB SOB!

Sunday, July 18, 2010

kenapa?????

Assalamualaikum.

Apa masalah blog ni?
Apa hal link within pergi link benda yang aku tak buat?
Aiyoookkkk~
Jangan klik dekat link within ya!
BAHAYA!

=.="

***********************************************************************

Anyway, hari ini outing kejap(lama ja)
Ingat nak cari kasut.
Alahai ramai lak orang.
Memandangkan banyak stop dekat stesen lain, budget pun lari.
Kasut pun takda.
Letih ja dapat.
Dah la dalam bas sorang-sorang.
Efa and Sara balik Nilai.
Kan.(Tau nak nangis sorang2 tadi)
Dalam bas pulak, dalam ramai-ramai saya ja pakai tudung.
(Yang lain cina and india)
Padan muka.


Sangat penat.
Esok quiz fizik.
Selasa exam programming.
Habiskan yang mana masih berbaki.



 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com