Monday, October 18, 2010

Layak ke?

Assalamualaikum =)


Saja lah nak berkongsi sikit kisah dekat masjid masa kuliah agama dari ustaz adam.Kuliah dimulakan dengan soalan-soalan terkumpul yang tak sempat nak dijawab.Dipendekkan cerita ada satu soalan yang lebih kurang macam ni bunyinya: "Adakah kita boleh berimam dengan orang yang menzahirkan dosanya? Contoh: Keluarga yang tidak menutup aurat dan tidak menegur, merokok, dan (tak dapat nak mengingat)."

Anyway, sebenarnya sedar atau tidak semua tu bergantung atas kita, berapa ramai anak-anak ustaz dan ustazah tak menutup aurat?Dalam masyarakat kita sekarang, semua ini menjadi fenomena biasa.Cuma kita yang membutakan mata kita.Tapi persoalannya bukan salah ustaz dan ustazah pada nama kerana kalau kita lihat sekarang, yang memohon jadi ustaz dan ustazah dalam kementerian adalah hanya untuk cukup syarat untuk dapat kerja demi masa depan.Ada ilmu, tapi tak beramalApa ni?Seharusnya kita tahu, sedar dan buka mata kita seluas yang boleh.Aurat?Bagi keluarga yang sudah mempunya ipar duai, seharusnya mereka tahu yang aurat sesama mereka perlu di jaga melainkan mereka adik-beradik.Tapi adik perempuan dan
abang ipar, perlulah mnejaga batas-batas aurat.Begitu juga adiik lelaki dengan kakak ipar.Tapi berapa ramai yang cakna?Dan adakah kita mengambil langkah?Menegur, menasihat dan sebagainya?Bukan calang-calang orang yang boleh jadi imam kita.Bukan senang nak mengImamkan orang.Ini terutamanya kepada lelaki-lelaki sekalian alam.Walaupun anda kata anda takkan dijemput menjadi imam di masjid atau surau, tapi kalian perlu sedar kerana kalian akan menjadi Imam untuk isteri dan anak-anak kalian.


Ustaz Adam ada mengulas perihal ini.Kalau cakap pasal aurat memang takkan pernah habis.Yang adik bertudung labuh, tapi kakaknya ketat sana-sini.Nak tahu kenapa bila kita nak dakwah orang tapi tak berkesan?Katanya, lihatlah bagaimana keluarganya, maka kita tahu kenapa ianya tak berkesan.Ini bukan menindas niat dan usaha orang, tapi inilah punca keruntuhan sebenarnya.Bila kita mengabaikan keluarga, dan mengajak orang.Apabila keluarga seesorang pemimpin atau pendakwah itu terjaga auratnya, terbatas pergaulannya, terpelihara maruah mereka,
maka lihatlah berapa ramai pengikutnya.percayalah.Kalau kita boleh isi borang biasiswa dengan sempurna dan mengikut prosedur kenapa tak dengan hukum hakam dan kehendak Pencipta kita?Kan?Jadi, lagi sekali nak ditekankan, bukan senang nak jadi imam.Bukan boleh main pilih-pilih je imam kita baik lelaki atau perempuan.


Ingat, jangan senang-senang nak suruh orang jadi imam, dan berimamkan dengan orang.Tapi jangan sebab kita was-was sampai langsung taknak berjemaah.Pelihara diri kita.Pelihara keluarga kita, pelihara rakan-rakan kita, jiran-jiran dan sebagainya!Oke?Sama-sama kita kembali ke jalan asal kitta.Sama-sama kita menuntut ilmu untuk menjadi bekal dunia supaya kita tak tertipu dan terpedaya dengan sandiwara dunia supaya kita dapat kumpul bekalan untuk akhirat. Wallahualam.Anyway, yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari diri sendiri.Maaf kalau ada tersalah kata dan terkasar penulisan.Kalau salah dan ingin tambah silalah tinggalkan komen :)


P/S: Jawapannya adalah kita tak boleh berimamkan dengan orang yang da menzahirkan dosa dan kita sahih dengan kesalahan yang dia lakukan. Berdosa atas kita dan juga imam tersebut. So jangan kumpul dosa ;)




Imam dan jemaahnya :)

6 comments:

Dr.Akmal said...

Kecilnya tulisan!

Nur Areefah said...

aku tak jumpa jawapan yang pasti daripada soalan itu?

eida said...

akmal:
thanx!da edit.well kena guna tulisan bersize large baru la dia besar.haiya!

eida said...

efa:
hehe!da letak jawapan kepada soalan tersebut.sebenarnya dalam ulasan tu ada jawapan nya.cuma kurang jelas.tq!

Nur Areefah said...

tu la jawapan yang kurang kepastian ade la nampak :O

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt...
Ilmu yg ckup manfaat...
Tp,cuma jwpn 2 ana rsa ada kurang sikit...
Adalah tidak mbawa kpd haram mgikut imam yg fasiq au fasiqah... Cuma makruh hukumnya brimamkan imam yg dmikian,afdhal atau sunat diutamakan yg soleh dan byk lg rentetan pmilihannya...lihat didlm kitab majmu' imam nawawi kalau xsilap,juga kitab sabilal muhtadin,jilid2 ms39... Sptmana diterangkan didlm athar ibn umar rahiallahu anhu pernah solat diblkg pemerintah yg zalim yg sdah terang jelas ma'ashiynya...
Jwpnnya,sah...tp,makruh samada dlm keadaan takut atau tidak...maka Tidak berdosa... Tetapi yg dikatakn berdosa i2,stlh mana dlm solat imam itu jelas2 bacaannya,rukunnya salah...dan syarat2 sah solat dilggr dan pkara yg mbtalkan solat dibuat dan zahir ia pd kita,maka tidak sah diikut malah btal jika xmufaraqah sgra...jika ttp ikut,maka tiada sah malah bdosa pd kita krn ikut imam yg maksiat...itu yg dimaksdkn kita trut bdosa sama dgn imam td... Kalau blh crilah imam yg menyokong perjuangan islam...insya.Allahu Ta'ala...:-)

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com