Monday, November 29, 2010

poligami :)

Assalamualaikum :)

Seronok dan macam teruja nak menaip.Alhamdulillah bila kewajipan lain dah selesai barulah tangan mampu mencoret dengan ligat dan gembira.Alhamdulillah lagi, ditambah dengan perasaan yang sangat senang hari ini.Mudah-mudahan berpanjangan mood yang baik ini.Setelah hampir dua minggu demam, selsema dan batuk, akhirnya batuk dah kurang.Cuma suara still sengau sebab selsema lagi :)

Actually saja nak mencoret pasal poligami ni.Bukan apa, sekarang ni dah berusia, so perkara normal bila bercakap soal kahwin, perkahwinan idaman, dan macam-macam lagi yang kisahkan pasal perkahwinan.Bila orang tanya ja pasal poligami, aku dengan pantas dan laju dan penuh dengan keyakinan, aku sangat menolak poligami dalam hidup aku.So, perlu di HIGHLIGHTKAN ini adalah pendapat penulis dan tiada kena mengena dengan apa yang telah terhukum dan termaktub.Apa yang aku tulis bukan bertujuan mengelirukan sesiapa mahupun mengharamkan poligami.

Disini kisah bermula, kenapa aku tolak poligami?Senangnya, syarat untuk berkahwin dengan aku mestilah dia berkemampuan menangani perasaan "suka" kepada perempuan lain selain "penulis" bila dah berkahwin.Jika dia sanggup berjanji, dan aku on.(ini hanyalah sebahagian syarat nak kahwin dengan aku :P so sila jangan salah tafsir ) Aku memang menolak 100% poligami JIKA aku ammpu melahirkan zuriat untuk "suami", mampu melakukan kerja aku, urusan rumah tangga dan juga terhadap "suami".Betul apa yang telah ditetapkan Allah, poligami boleh dan aku tak menafikan dan tak menolak apa yang telah ditetapkan.PAHAM?

Betul tak?Selagi aku mampu memberi perhatian sepenuhnya, mampu menjaga makan dan pakainya, mampu mendidik "anak-anak" dan menjaga keharmonian rumah tangga, tak salah rasanya kalau aku tidak mahu berkongsi "suami" aku, "ayah" kepada "anak-anak" aku dan "datuk" kepada "cucu-cucu" aku. Dan jika aku memang ditakdirkan berkemampuan dan memang berkorban sepenuhnya untuk keluarga aku, jadi aku layak mendapat penghargaan dengan mendapatkan "kesetiaan" 100% dari suami.Kan? Hehe.Oke, itu hanyalah tak lebih dari kehendak aku sebagai seorang perempuan, seorang "bakal isteri", seorang yang "bakal menerima mahar" dan bakal "ummi" kepada "anak-anak" aku nanti.Hehe.Serius rasa kelakar bila tulis ni.Dan aku bimbang berlaku percanggahan sebab asal cakap pasal poligami, aku memang minta maaf awal-awal, sebab aku memang tak suka.

Siapalah aku sebagai seorang perempuan biasa, yang mampu menahan rasa "jeles" "cemburu" "iri hati" dan sebagainya bila lihat "suami" kita berdamping dengan perempuan lain.Walaupun "suami" aku nanti dia berkemampuan, tapi aku tak yakin yang dia mampu berlakua adil kalau dia beristeri lebih dari satu.Aku hanya akan menjadi isteri keduanya hanya bila dia meletekkan "perjuangan" sebagai isteri pertama nya.Selebihnya, i am "Biwi No 1" cewah, teringat cerita hindustan lama ni. :)

Lagipun aku tak sanggup, kalau suatu hari jika berlaku poligami, macam mana kehidupan anak-anak aku.Kalau dia tak abaikan anak-anak, tapi boleh ke dia berlaku adil dengan anak-anak dengan isteri baru dan anak-anak aku?Mungkin kalau dia tak adil dengan aku, aku mampu menerima, tapi kalau berkait dengan anak-anak, siapa yang sanggup? (hoho.Ini jauh kehadapan.)Tapi aku pun akan biru mata la tengok suami aku dengan orang lain. :P

Dan sekiranya ditakdirkan Alalh, aku tak boleh memberi zuriat, ataupun mempunyai penyakit kronik yang buat aku hilang tumpuan terhadapnya, dan apabila dia merasa kosong dengan kehidupan rumah tangga tanpa cahaya mata, barulah boleh dia berkahwin lain.Aku tak berhak menyekat kebahagiaan orang lain.Tak gitu?LOL..(kelakarnya ayat aku..bwuekk!)Tapi itulah hakikat yang perlu kita terima.Sesungguhnya aku hanya merancang dan mampu berdoa.Allah adalah penentu sebaik-baik kejadian. :) Dan berpegang teguh akan kepercayaan aku, dan semoga semuanya peroleh keberkatan.

So tak salah kalau ini yang aku impikan.Setiap dari kita mempunyai impian dan harapan masing-masing.So siapa-siapa yang bertanya pendapat aku dan tidak berpuas hati, sorry to say, AKU SIKIT PUN TAK KISAH.Kita punya harapan dan impian masing-masing.Selagi aku tak lari dari landasan sepatutunya, aku masih boleh berimpian macam ni dan berharap begini. (oh, poyonya!)


Tapi suka nak mengingatkan, jodoh kita adalah dari mana jalan yang kita pilih.Jika benar laluan jalan yang dipilih, maka benarlah "begitu" rupa jodoh kita.Jika salah laluan kita, maka daripada jalan yang salah jugalah jodoh kita datang.Betul kata korang, kalau kalau tak cari mana nak jumpa.Jodoh tak datang bergolek.So nak dapat jodoh tapi tak bergolek, jom la kita bergolek-golek dijalan yang betul dulu.Allah itu adil. :)




Jangan lupa LOVE is for ALLAH :)

p/s:pandangan dan penulisan adalah hak individu selagi mana tak bertentangan dengan ketetapan Nya :)

5 comments:

AlFaQirah Fillah said...

salam 'alaik..

dah ready untuk kahwen ke da!!hehe..

eida said...

hehehe :)
mana ada....semalam la ni...
terborak pasal poligami, tiba2 dorang marah lak sebab aku xsuka poligami :))
haha!tu yang tiba2 nak tulis kenapa...

Fakhrur Razi berkata said...

betul juga tuh,
lgpun kalau dh dpt persetujuan sekalipun..
belum tentu kita dpt berlaku adil dgn
isteri, dan anak2 kita..

nak2 dgn zaman kemajuan ekonomi seperti sekarang ni..
cm xde kaitan je =.=

eida said...

razi: ada kot kaitan dia...
lebih pandai cari gadis untuk buat stok makwe dengan guna fb :)

dapat ngorat yang 3 or 4 kali lebih cun!
cehh~

ammira azmi said...

ida,
in case ade cita2 nk langkah bendul, siapkan i hadiah mahal2 okay! :D

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com