Tuesday, February 15, 2011

Mencari Salah?

Assalamualaikum :)

"Apa aku buat semua tak kena.Buat tu, dia kata tu salah.Buat ni, dia kata ni salah.Pakai tu, dia kata aku tabarruj.Cakap tu, dia kata aku tak zuhud.Kawan dengan orang tu, dia kata aku tak menunaikan tanggungjawab."

Hmm.Paham tak yang dekat atas tu?Susah jugak aku nak terangkan.Tapi itulah.Orang selalu je tak puas hati dengan kita.Ada je yang dorang nak kata.Ada je yang tak senang bagi dorang.Kita pun mungkin sama kan?Sebenarnya, Si A sedang meluahkan rasa hati.Dia telah dipanggil oleh Si B, dan Si B mengatakan bahawa Si A ni tak patut jadi macam tu.Katanya Si A berkawan dengan kawan-kawan yang bukan sekufu.Katanya kalau kita pakai tudung labuh, kawan kita keluar pakai baju ketat sangat-sangat, boleh jadi fitnah.Hmm, bab tu aku tak tau nak ulas.Tunggu ada idea, baru aku ulas.Tapi aku kenal A.Dengan siapa pun dia, dia tak pernah berubah.Malah dia selalu je cerita dekat aku, apa yang jadi sekeliling dia.Macam mana kadang-kadang dia takut, hati dia kering, rohani dia lapar, dia tahu apa dia buat.Dia ada cara dia.

Aku selalu ambil langkah berdiam diri.Biasanya aku dengar dan terima je apa dorang kata.Kalau benda dorang kata tak senang pada telinga aku, biasanya aku buat tak tau je.Susah nak balas balik, sebab aku memang bukan jenis yang berterus-terang.Aku suka berkias.

Bagi aku janganlah sibuk duk cari salah orang.Takkan dia tudung labuh, nak kawan dengan orang tudung singkat tak boleh?Kenapa nak pandang orang sampai nak tersembul mata?Takpa la dia nak kawan dengan siapa pun, asalkan dia tak buat benda tak senonoh.Mana tau, kalau kawan dia buat slaah, dia boleh tegur.Unless kalau dah tegur, orang tak nak terima, sekurang-kurangnya, dia berkawan ada matlamat.Korang nak pandang serong tu kenapa?Tak baik macam tu.

Suka cari salah orang ni, biasanya orang-orang yang berhasad dengki.Tak boleh tengok kesenangan orang lain.Suka nak menyakiti orang.Kalau betul dia buat salah, kenapa nak memalukan orang?Tegur elok-elok boleh tak?Kita pun bukan perfect sangat.Kalau kita baik, kenapa kita asyik pandang salah orang.Dah tu duk mengungkit kisah silam orang.Kalau dulu dia jahat, biarlah.Sekarang dia dah tak macam dulu.Sekurang0kurangnya, Allah dah uji dia dengan masa silam dia sehingga dia berubah macam tu.Bersyukurlah kita Allah tak uji kau macam tu.Kesian orang-orang macam ni.Hmm.

Selalu ingat pesan ni, "Pandang orang yang lebih tinggi daripada kita, supaya kita dapat meningkatkan diri kita, pandang orang yang lebih rendah daripada kita, supaya kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki." Ingat, tak semua perfect dalam dunia ni, kita masing-masing sedang berusaha membaiki diri.Jangan selalu cari salah orang, pandanglah kebaikkan yang ada pada dia, supaya kita nampak kelebihan dia.Tak susah nak jaga hati orang.Nak nasihat kena ada gaya.

P/s:Apa korang rasa?Pernah berada dalam situasi macam ni?Mencari salah dan disalahkan?


Saturday, February 12, 2011

Mereka juga manusia...

Assalamualaikum :)

Selesai menyiapkan tugasan dan latihan seperti azam ku sempena balik rumah ini,tiba-tiba je tangan gatal nak menaip.Serba sedikit nak kongsi pandangan aku lepas menonton cerekarama malam ahad.Memandangkan sekarang kat rumah, of course la malam ahad satu family tidur awal, pantai timur kan bersekolah hari ahad.Makanya, tinggal lah aku sorang-sorang budget study depan tv.Walhal layan cerita sampai leleh akak.Tajuk cerekarama malam ini ialah Ampunkan Daku.*sobbing*

Drama ni mengisahkan seorang wanita yang bernama latifah.Dilahirkan daripada hubungan terlarang (wedlock) dan mengahwini seorang lelaki bernama azri.Azri merupakan anak tunggal kepada Puan Azimah dimana Puan Azimah ni sangat membenci dan memandang hina kepada Latifah ni.Hasil perkahwinan Latifah dan Azri mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Khalisah. Dipendekkan cerita, mereka bercerai gara-gara Latifah sentiasa dihina oleh ibu mertuanya tetapi suaminya hanya mendiamkan diri tanpa membela maruah isteri.Bagi Azri pula, dia bagaikan berada ditengah-tengah.Diluah mati mak, ditelan mati bapak.Isk isk isk! Khalisah berusaha menjernihkan hubungan keluarganya dengan menyamar sebagai lisa, dan masuk kerumah perlindungan wanita yang bernama KEWAJA demi merapati ibunya yang mana KEWAJA adalah diasaskan oleh Latifah sendiri menggunakan duit Puan Azimah.

Memang cerita Shiela Rusli kali ini, mampu buat aku yang berjiwa kental ni menangis banyak kali.Iya lah.Sedih melihat ramai anak-anak gadis yang terkorban demi cinta.Terhanyut lantasan mainan dunia dan nafsu.Terpaksa menanggung derita dan malu tanpa ada yang mempeduli.Yang salah tetap salah, tapi anak-anak yang dilahirkan, bukan tempat melepas nafsu amarah dan dendam.Mereka terlahir hasil hubungan cinta ibunya, jadi kenapa perlu dibuang merata?Bukankan itu bukti cinta?Hadiah kepada bapa dan ibu yang buta kerana cinta.Sobsss :(

Memang tak dapat dinafikan, masih ramai yang memandang hina kepada mereka.Ayat yang biasa digunakan "Betul ke dah taubat even dah masuk rumah pemulihan, biasanya sekali buat, tentu nak lagi" Ouh, sungguh aku takut.Pernah kawan ajak pergi bantu rumah kebajikan yang bagi perlindungan gadis-gadis begini, namun aku menolak.Bukan kerana aku jijik dengan mereka.Tapi aku takut, hati ini rawan tak tentu masa.Ralat membayangi apa yang mereka lakukan, apa perasaan mereka juga takut timbul perasaan jelik tanpa diundang.Huk huk huk!

Mereka juga manusia, yang bakal bersama-sama kita pada hari perhitungan.Mungkin menjadi sebahagian daripada kita (kelompok neraka mahupun syurga) jadi mengapa kita membenci mereka?Mereka manusia yang sama yang tidak terlepas melakukan kesilapan.Apa lah hak kita menghukum mereka lebih-lebih lagi anak kecil yang tak berdosa.

Doa untuk mengelak maksiat dan penzinaan:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ

Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan hatinya dan peliharalah kemaluannya”
Riwayat Ahmad no.22265


p/s:dear readers, relevan ke pembukaan rumah perlindungan bagi gadis-gadis sebegini dan juga bagi gadis-gadis yang ditipu dan juga mangsa nafsu tanpa rela?boleh kasi pandangan?

Monday, February 7, 2011

Seronok ke?

Assalamualaikum :D

Teheee :D Hari ini seronok sangat!Yeay!Kelas dah habis, quiz dah selesai dan Alhamdulillah dapat selesaikan misi dengan baik before sem selesai.So malam esok boleh lah naik bas dengan tenang.Halaman kampung dah memanggil.Balik bukan nak suka-suka, tapi nak selesaikan misi belajar untuk final examination :)

Sepanjang cuti raya cina, empat hari berkampung dekat bilik.Buat giliran hari pulak tu.Satu hari study, satu hari rehat.Tapi gaya je lebih, rehat je memanjang.Dengan cafe tak buka.Elektrik tak ada.Bergelap kami malam-malam.Satu U kami pusing cari makanan.Dan2 pulak elektrik tak ada.4 hari aku tak online dan melepas gian.=.="

Tadi lepas siap-siap quiz, semua duk pakat tanya, seronok tak cuti?Seronok tak dah habis quiz?Seronok tak NAK BALIK?Hahaha!Jangan tanya boleh?SERONOK LA BHAAAIIIII :D Maunya tak seronok.Dari semalam lagi aku senyum memanjang dah macam kera sumbang tunggu pisang disua ke mulut.HAHA!Makan pun sakan je.Macam dah tak nak datang sini balik.Nauzubillah.Taklah, mesti la aku nak complete study dulu!MESTI oke.

Tapi teruja tetap teruja.Terima kasih kawan-kawan untuk sepanjang sem ni.SERONOK oke.Rezeki pun murah sem ni.Alhamdulillah.So,sebelum berakhir sem, buat sahabat-sahabat yang sedang sibuk dengan projek final sem, selamat buat presentation.Aku dah lalui saat-saat kena hambur, kena maki, kena buat projek balik, menangis malam-malam sebab dua projek dalam masa yang sama.Dua-dua pulak projek yang memerlukan daya pemikiran yang tinggi.

Thank you sebab berjaya memaksa aku pergi AGD IntechSS, pergi rehlah di Ulu Yam dengan budak-budak terengganu, dan mana-mana yang korang berjaya jemput aku sebab aku memang tak suka keluar ramai-ramai takut ada yang lebih glamour dari aku.Ahaks!Yang berjaya belanja aku XD. HAHA!Lain kali boleh belanja aku lagi :P Dan sesi melawat gombak dimana tempat itu bakal aku pergi bersama cita-cita dan impian :D Dan tak lupa juga sebab buat aku berjaya pergi dinner hisbah ! Yeayh!

Really enjoy this semester :D

Ulu Yam :D


Dinner Hisbah Sumayyah and Humaira'


Dinner IntechSS


Red Carpet Dinner IntechSS :P



 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com