Monday, February 7, 2011

Seronok ke?

Assalamualaikum :D

Teheee :D Hari ini seronok sangat!Yeay!Kelas dah habis, quiz dah selesai dan Alhamdulillah dapat selesaikan misi dengan baik before sem selesai.So malam esok boleh lah naik bas dengan tenang.Halaman kampung dah memanggil.Balik bukan nak suka-suka, tapi nak selesaikan misi belajar untuk final examination :)

Sepanjang cuti raya cina, empat hari berkampung dekat bilik.Buat giliran hari pulak tu.Satu hari study, satu hari rehat.Tapi gaya je lebih, rehat je memanjang.Dengan cafe tak buka.Elektrik tak ada.Bergelap kami malam-malam.Satu U kami pusing cari makanan.Dan2 pulak elektrik tak ada.4 hari aku tak online dan melepas gian.=.="

Tadi lepas siap-siap quiz, semua duk pakat tanya, seronok tak cuti?Seronok tak dah habis quiz?Seronok tak NAK BALIK?Hahaha!Jangan tanya boleh?SERONOK LA BHAAAIIIII :D Maunya tak seronok.Dari semalam lagi aku senyum memanjang dah macam kera sumbang tunggu pisang disua ke mulut.HAHA!Makan pun sakan je.Macam dah tak nak datang sini balik.Nauzubillah.Taklah, mesti la aku nak complete study dulu!MESTI oke.

Tapi teruja tetap teruja.Terima kasih kawan-kawan untuk sepanjang sem ni.SERONOK oke.Rezeki pun murah sem ni.Alhamdulillah.So,sebelum berakhir sem, buat sahabat-sahabat yang sedang sibuk dengan projek final sem, selamat buat presentation.Aku dah lalui saat-saat kena hambur, kena maki, kena buat projek balik, menangis malam-malam sebab dua projek dalam masa yang sama.Dua-dua pulak projek yang memerlukan daya pemikiran yang tinggi.

Thank you sebab berjaya memaksa aku pergi AGD IntechSS, pergi rehlah di Ulu Yam dengan budak-budak terengganu, dan mana-mana yang korang berjaya jemput aku sebab aku memang tak suka keluar ramai-ramai takut ada yang lebih glamour dari aku.Ahaks!Yang berjaya belanja aku XD. HAHA!Lain kali boleh belanja aku lagi :P Dan sesi melawat gombak dimana tempat itu bakal aku pergi bersama cita-cita dan impian :D Dan tak lupa juga sebab buat aku berjaya pergi dinner hisbah ! Yeayh!

Really enjoy this semester :D

Ulu Yam :D


Dinner Hisbah Sumayyah and Humaira'


Dinner IntechSS


Red Carpet Dinner IntechSS :P



6 comments:

bobiedanbad said...

final year ker?

ammira azmi said...

kah3.
muke final year ida.

EidaAz said...

bobie ::
ye....tapi as asasian~

EidaAz said...

kak long::
ceh....dengki3

+akufobia+ said...

warghh.next.degree.aa.

EidaAz said...

fobia::
amin, insyaAllah :D

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com