Monday, January 31, 2011

Perah otak dan juga blogger?

Assalamualaikum :)

Sekali lagi menulis entry baru.Tengah-tengah malam macam ni, internet sangat bagus.Suasana sejuk lagi mendamaikan, mampu membuat otak berputar ligat untuk memerah otak memikirkan macam mana nak ada idea menulis entry baru setiap hari.Ni hari-hari online, tapi selalu takda idea.Salute lah buat blogger-blogger yang satu hari dua tiga empat lima enam entry dorang post.Aww!

Ini membuktikan, blogger seorang yang kreatif.Susah kot nak update blog kalau takda idea nak tulis apa.Ingat senang ke?Kalau tak, dah lama follower aku ramai(haha) Memain je.Tapi betul, penulis dalam erti kata lain, sangat lah perlu menjadi seorang yang berfikiran tajam supaya sentiasa manfaatkan sesuatu disekeliling mahupun di mana saja, supaya idea yang datang daripada otak yang waras dapat ditulis dengan baik dan gilang gemilang di dada blog masing-masing.





Sekarang, kecik besar tua muda, semuanya berblogging!Ada satu blog ni, dia budak lagi.Maish berumur 8tahun kalau tak silap, dah pandai blogging.Dan apa yang dia tulis, memang sah-sahlah tak macam orang dewasa macam kita, tapi kenapa ramai yang baca dan suka blog dia?Sebab apa yang dia tulis lekat kat hati.Kata orang, bila sesuatu yang ditulis itu ikhlas, maka apa yang disampaikan nya juga akan sampai ke hati.:) Wah, bagus la.Nanti aku cari balik link budak tu.

Blog merupakan satu medan untuk kita melontarkan idea dan pandangan masing-masing.Sepatutnya sebagai seorang penulis kita perlu menerima kutukan dengan hati terbuka walaupun kadang-kadang hati akak sentap dengan apa yang dorang tulis.Nak buat macam mana, kita penulis dengan pandangan kita, yang membaca turut mempunyai cara dan kefahaman mereka.Tapi, kadang-kadang, menjadi tukang komen perlulah wajar bila mengomen.Sudahlah menggunakan identiti sebagai anonymous, pulak tu, mengomen, memang dush menusuk kalbu yang paling dalam!Haha!Tapi takpa, akak redha, mana baik kita ambil, mana salah akak betulkan.Thank you.Kerana komen adalah nadi blog bagi akak. :)

Paling kontroversi, ada jugak blogger yang sanggup gaduh-gaduh sambil buat entry berbalas, iaitu kau kutuk aku, aku kutuk kau.Hoho!Panas,bertambah dahsyat!Takut bila baca.Takpa lah, dorang punya blog, dah itu gaya mereka, suka hati mereka lah.Bagi I,tak perlu lah macam tu.Kitakan sama-sama kongsi hobi iaitu menulis.Jadi tulislah sesuatu yang bermanfaat hatta benda tu sekecil zarah, tapi kalau bermanfaat, insyaAllah, ada berkatnya penulisan kita.Kan?

Oke lah.Sampai sini je sesi perah otak.Mata akak dah nampak bintang-bintang.Laptop pulak dah kelihatan seperti ada tiga didepan mata sambil menari-nari.Haha!

Jumpa lagi, Happy blogging! :)


p/s: jangan lah sampai tension macam gambar ihsan dari abang google di atas :)

30 comments:

MDHAFiZ.NET said...

memang susah jugak nak berblogging nih.. kena alert dgn persekitaran..then kreatif..
Salam kenal dr saya..
jemput singgah ke blog saya selalu ya :)
As-Salaam.. :)

M. Faiz Syahmi said...

kalau bnyak entri satu hari takda isi tak guna gakk.....keh3.

aku suka menulis. :P

xkisahlah entri perah otak ke x.

Aqila Safuan said...

freaking right : ) tulis berdasarkan hati ? hemmmmm.

nub said...

entry yg bagus.. =)

AlFaQirah Fillah said...

nice photo da!
aku yang amek math ni sgt sensitive gmbar cam g2..
itulah life aku..

math is so easy..
last2 lukis gmbar cm 2,,huhu

keep it up!

Asy_raAf said...

aku ad idea byk tp xtaw idea nak starting cam mn... hoho

EidaAz said...

hafiz::
ha ah..betul tu.....penulisan perlu memuaskan semua orang...kita pun kena berlapang dada, nak terima apa2 saja dari pembaca...
:)

EidaAz said...

faiz syahmi::
masalahnya, setiap apa dorang tulis itu, semua nya berisi..nyum! :))

EidaAz said...

aqila safuan::
maknanya tulis lah dengan ikhlas :D

EidaAz said...

nub::
thank you :)
do read more :)

EidaAz said...

uyu::

hehehe!
nanti aku akan update hidupku dan calculus :))

EidaAz said...

acap::
haha!kau tulis je la apa2...
pendek tapi ada manfaat...
panjang tapi berilmu :)

mr.F said...

datang singgah...nak berblog ni mesti ade niat, niat tu terpulan pada individu...jd, pilihlah jln yg terbaik =)

EidaAz said...

F::
betul3 :)
and thank you !

r-5 said...

btol sangat tu. hehe. tapi kadang-kadang orag tak suka dengan apa yang kita tulis walaupun kita tulis mmg denga n hati. kadang-kadng orang tak pahm apa yg kita maksudkan sebab lain2 ada pandangan sendiri.hehe. macam saya ni follower lagi ciput tapi sebab seronok menulis saya jadi blogger walaupun tak femes. semuanya adalah luahan sang pelakar bisikan hati ni~ hehe. "kejujuran dn keikhlasan hati adalah sangat mahal walaupun ia hanya difahami diri sendiri" :)) en3 yg sangat berguna. nice!

Along Usop said...

EidaAz : mmg macam2 cara blogger boleh tarik pengunjung dgn follower..
tapi yang tak best bila kutuk mengutuk jadi sandaran tu.. nakal ye.. hm..
apepon.. blogger skarg (yang along kenal/slalu balas komen) majoriti best2! sempoi.. n melayan je kerenah blogger baru cam along nih.. ngarot mcmane pon dorg stil layan.. rase dihargai la pulak.. hahah =)

r-5 :yeaa... setuju sgt2 ngn ko.. =)

Abu Muhamad Al-Jembaly said...
This comment has been removed by the author.
Abu Muhamad Al-Jembaly said...
This comment has been removed by the author.
Abu Muhamad Al-Jembaly said...

Assalamu'alaikum w.b.t...
nasihat itu satu kebaiakan bagi kita... Insya'Allah jika saling ada rasa keterbukaan dalam hati,Allah akan pelihara dari sebarang ketidakbaikan...(^_^)


-muhamad-

EidaAz said...

r-5::
hehe...saya dah lama berblogging...dah masuk tahun ke3... :P
tapi macam ni je la....

kejap di atas, kejap dibawah...

dulu2 kalo kena kutuk, terus malas nak menulis...
sekarang dah besar.. tak kisah la orang nak kata apa...

and suka sangat ayat last tu :)

EidaAz said...

along::
along, ye ke still baru? :)
btw,kalo dah hati memang suka, orang memang layan.. :)

EidaAz said...

muhammad::
oke..:)
thank you banyak2.....
begitulah hendak nya~

Along Usop said...

baru je lagi...

entry byk pon sebulan ni jer..

heheh... slame ni jadi pasif blogger.. so.. takkire la kot.. =p

EidaAz said...

along, kita start tahun yang sama....
sebab tertengok along komen blog abg ben, macam dah lama sangat da :D

Along Usop said...

eheh.. along bab komen mcam org lame.. biase lah..
kah3.. =p


pdhal newie lagi.. huhu..=p

EidaAz said...

hoho...
itu lah..
ingat kan seangkatan dengan abg ben tadi...
dan juga ujang :)

Along Usop said...

aiseh.. jauh sangat tuh..

bau bacang pon tak sampai lagi..=p

along ni blogger biase2 je.. baru sebulan aktif post entry+blogwalking.. =)

EidaAz said...

hoho....

takpe2....
tunggu la dah balik rumah nanti...
boleh rajin2 buat bw....

dua tiga hari ni, semput benar wifi u...

hoho :D

Tuan-Belog said...

wow...byk btol idea nk menulis eh...

EidaAz said...

ee..takda....paling takda idea, kita la

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com