Saturday, January 15, 2011

P.E.R.E.M.P.U.A.N


Assalamualaikum..

Kebelakangan ini mood penulis sangat tak baik.Sangat kacau dan berterabur.Tapi Alhamdulillah, cepat berpijak di bumi yang nyata.Dan agak-agak macam dah oke!Kerja pun sangat memberansangkan.Ya lah, semua kerja selesai dengan baik.Quiz dan tutor untuk chapter yang paling aku tak suka pun dah selesai.Macam seronok je toreh kertas selesaikan graph =.=" Oke selesaikan cerita penulis sampai di sini sebab aku ada cerita pasal perempuan.

Alkisahnya, adalah adik kecik manis lagi comel ni mempersoalkan aku.Fuhh~Agak lah cuak masa dia call tiba-tiba tanya aku, "Mak cik, kenapa perempuan ni susah nak predict?Aku dah bengang sangat ni mak cik.Aku pun perempuan, tapi takdelah nak "emo" macam dia sampai dia nak sakan ngamuk macam hantu.Itulah gedik, gaduh dengan pakwe nak menangis macam mati suami.Tu baru sikit akak.Ada lagi satu minah ni, boleh tak dia tanya aku soalan bodoh, kenapa cukur kening tu tak boleh?weh, tak belajar agama ke?Aku dah bengang nak story.Cakap lebih pun, nanti orang pertikaikan aku punya cara.Aku bukanlah akak-akak yang pakai tudung labuh sampai lutut.Susah kak.Aku nak cakap banyak-banyak, lama-lama aku jadi bengang.Kau tau, aku teman sorang minah ni jumpa pakwe dia, dengan rasa tak malu nya, dah lah suruh aku teman, dah tu bersentuh-sentuh depan aku, memang tak pasal-pasal la tempah sumpah seranah aku kak.Aku ingat kalau aku teman dia, dia malu nak buat bukan-bukan sebab walaupun aku ada berkawan rapat jugak dengan lelaki tapi aku behave dan takda la mengada-ngada macam dia.Pandai pulak dia cakap "Pakaian tak melambangkan IMAN" dan pot-pet pot-pet"
(perbualan tersebut berdasarkan seorang "aku" dan "dia" dan telah bercampur dengan pelbagai perbualan)

Terima kasih.Memandangkan internet dekat LY ni sangat laju, akak penulis ni macam rajin nak update walaupun akak takde bahan yang cukup untuk menulis kali ini.Maafkan akak wahai adik-adik.Akak bukanlah perunding masalah mahupun kauselor mahupun ustazah.Akak hanyalah manusia biasa yang takdalah pandai sangat nak buat penerangan mahupun nak menulis panjang lebar.Akak cuba sebaik mungkin lepas ni korang topup sendiri dengan mencari Encik Google dan juga orang yang lebih pakar.

  1. Situasi:Perempuan yang gedik bercouple dan bila dah bergaduh nak "emo" dan merauang semacam.Situasi macam ini, susah aku nak terang.Dah namanya perempuan, memang macam tu lah.Orang bercinta ni ada gangguan hati.Aku ingat lagi ustaz cakap apa, selagi mana perempuan dan lelaki tu belum dimiliki yakni bernikah, perhubungan dorang pasti dorang rasa tak selamat.Iyalah, macam mana nak selamat sebab dorang hanya declare sebagai pasangan kekasih, bukannya suami isteri.Sedangkan bila berkahwin pun boleh bercerai berai sebab di"rampas" pasangan mereka, apalagi kalau yang belum berkahwin.Kan?Aku sendiri pernah tersedar pukul 2 pagi sebab terdengar ada benda nangis mendayu-dayu dilevel 3 blok B itu.Sungguh aku dah cuak dan takut gila sebab ingatkan apalah yang berbunyi.Dengan langkah berani aku buka pintu dan mencari arah bunyi dan akhirnya aku terdengar perbualan seorang perempuan yang sedang on phone dengan boyfriend nya bergaduh soal cemburu.(maafkan aku sebab terdengar perbualan korang =.=") Sejak dari hari itu, aku selalu nampak perempuan tu bercakap dengan handphone dengan boyfriend nya sambil menangis-nangis dan bercakap "u ni selalu nak curang" ^____________^ Haha!maaf ya, itu ja ayat yang aku dengar :P Lepas ni tak curi dengar dan dan lain kali, sister jangan lah cakap dan nagis kuat sangat.Baru la saya tak dengar.
  2. Situasi:Perempuan berlawa dengan mencukur kening dan kenapa tak boleh mencukur kening?Hmm.Disini aku nak kongsi satu hadis: “Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang dibuat tatoo dan dibuatkan tatoo” (HR. Bukhari dan Muslim) Tapi biasanya perempuan-perempuan yang berkeinginan dan berniat nak menghaluskan kening mereka yang tak berapa nak tebal tu, selalu sahaja berbahas dengan aku tentang kalau suami suruh, kalau malu, kalau nak kahwin.Heshhhhh~Ni mak nak marah ni.Wahai anak-anak gadis yang di sayangi sekalian, kalau anda mendapat arahan daripada suami untuk mencukur kening korang, maka dengan itu korang mendapat arahan atas sesuatu yang haram, maka korang ikut arahan suami korang tu pun, kira haram lah.Ni aku dapat masa dengar ceramah oke.Bukan aku buat kesimpulan sendiri.Nak cantik pun ,kena gayalah adik-adik.Bukan tak boleh korang nak berlawa.Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.
    Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.
  3. Situasi:Pakaian tak melambangkan IMAN?Wallahualam.Kadang-kadang kerana nila setitik rosak susu berbelanga.Tetapi harus kita ingat, bila hati kita baik, dalaman kita suci, maka akan terbentuklah kecantikan luaran atau lebih tepat lagi, dari pakaian dan cara mereka.Kalau kita sekadar bersolat tapi amsih bersentuh dengan lelaki, masih pakai pakaian yang menjolok mata, kita fikir-fikrkan kembali. "Tepuk dada, tanya IMAN" Sedangkan kita tahu, malu itu separuh dari IMAN.Tapi kalau mereka tak malu pakai baju ketat, pakai baju singkat, apa lah jawapannya tu?Pakai tudung nak dedah dada, pakai baju nak nampak bentuk tubuh.Kalau muka naik jerawat tahu pulak malu, sampai susah hati duk fikir nak hilangkan.Tapi aurat yang terdedah tak malu pulak?Susah wanita akhir zaman ni.Kadang-kadang apa kita cakap, banyak je dorang nak bantah.

Akhir sekali, laptop akak dah nak kehabisan bateri, lupa pulak nak bawa charger, jadi akak kena stop dan publish terus entry ini.Tak sempat nak make up entry.Hehe!Yang baik datang dari Allah, yang burk dari diri akak sendiri.Selamat mengambil iktibar walaupun sedikit.Kalau kita tak mampu nak terima semua, jangan kita tinggal semuanya, amibillah walaupun sedikit untuk kearah kebaikan. :)

8 comments:

Anonymous said...

follow & blogwalking..

mehla jenguk belog ai..

salam kenal! (^______^)

M. Faiz Syahmi said...

hantu suka merasuk mereka yang mengerang-ngerang di waktu malam bersedihan akibat bergaduh dengan boyfriend.

sayang sekali., biah tak cukup hendak mendidik semua hati.

cukur kening., ada lagi ke zaman sekarang ni.? mungkin mereka malu berkening lebat.

zubaidah said...

kening lebat lah lawa!lagi cun melecun!kan3 eida..hehe

EidaAz said...

noremy::hehehe!oke...i will :)
thanx~

EidaAz said...

faiz::ahaha!tolong la poyo kot ayat kau...
mengerang-mengerang =))

EidaAz said...

ct::jangan la puji akuu...awwww :))
haha!

Nur Areefah said...

aku tak cun sebab kening tak lebat..sila baca dalam nada terbalik..erkkk

EidaAz said...

efa::
hahahha!ceitttt...
muntah hijau aku!
hahha!

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com