Salam.
Hehe. Cuti midterm telah pun sampai ke penghujungnya. hehe! Tapi aku dengan selambanya memanjangkan cuti aku kepada dua hari since kelas banyak cancel. Hehs.
Aktiviti kat rumah, mana pernah memboringkan. Boleh kata, dua hari je aku duduk rumah. Yang lain, habis waktu tolong persiapan hari bahagia ehems. Bukan aku la. Aku tolong je. Hehe! Takpun, adik2 sibuk ajak pusing kampung. Ye la, kereta satu sorang kot. Kakak dia ni dipaksa je mengikut sebab lagi suka jadi passenger dari driver. (penakut) Seronok adik2 da boleh drive ni, nak kemana, kalau ummi ayah malas hantar, umpan je budak dua orang tu. hehehe!
So takde apa yang nak story sangat pun. Aku sengaja memanjangkan cuti sebab nak celebrate birthday dengan family. hehe! Ummi pulak tak habis2 panggil aku anak manja. Ye la semua kehendak aku ummi turuti. Jarang dia ikut semua. hahaha! Ni aku cakap je nak apa, semua ummi kasi. Seronok wa cakap lu.
Lets enjoy the show! Buuui!
Monday, April 1, 2013
Rsepi: Beef Lasagna
Salam :)
Jeng jeng jeng. Adik request buatkan beef lasagna, so taraaa, kakak yang baik ni rajin-rajin bangun pagi siapkan beef lasagna. Tengahari nak sambung study lagi. Flight esok petang da. Study entah kemana-mana. So mari mulakan dengan Bismillah :)
Bahan-bahannya (sesedap rasa aku je ni):
A) Buat inti daging
2 sudu besar minyak zaitun (olive oil)
1 labu bawang besar (dipotong dadu/ditumbuk kasar)
4 ulas bawang putih (dipotong kecil/ditumbuk kasar)
3 biji tomato (dipotong dadu)
1/2 biji lada benggala (capsicum) berwarna hijau/merah/kuning (dipotong dadu)
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Perahan lemon atau limau nipis
Satu sudu kecil sos lada hitam/ serbuk lada hitam
Tomato puree (kalau suka masam)
Sos spaghetti (secukup rasa. Aku guna separuh botol jugak. hehe)
400g daging kisar
Instant Lasagna (8 keping) (direndam air kalau tak nak kepingan lasagna kering bila dipanaskan)
Mozzarella dan Parmesan cheese
B)Sos putih
1 tin susu cair (tapi aku guna 3/4 dari tin)
Cheesedale (2keping) or Cheddar Cheese(1/8) (dipotong kecil)
Cara buat:
A) Kuah daging
Panas kan minyak dengan api kecil.
Tumis macam biasa bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
Kemudian masukkan daging kisar. Pastikan daging dibasuh dan ditoskan airnya. Masak
daging sehingga menjadi ketulan agar daging tidak melakat. (nak makan best sikit. rangup2. hehe)
Masukkan lada benggala.
Kemudian masukkan sos spaghetti, lada hitam dan tomato puree.
Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. (jangan banyak sgt)
Akhir sekali masukkan tomato bila kuah mula mendidih.
Gaul sehingga rata. Kemudian masukkan perahan lemon.
B) Sos putih
Potong kecil2 cheddar cheese. Koyakkan kecil2 cheesedale.
Masukkan susu cair dalam kuali kecil.
Panaskan api yg paling kecil kemudian masukkan cheese yg dipotong dan dikoyakkan.
Gaul secara sekata sehingga hilang ketulan cheese.
Kepingan Lasagna tu boleh direndam dalam air suam (ada orang sapukan minyak sikit dan rendam dalam air separa panas. aku tak suka. nanti lembik)
Sediakan loyang untuk 6 orang makan. Hehe.
Lapisan pertama mestilah inti daging. Kemudian masukkan sos putih dan akhir sekali letakkan kepingan lasagna. Ulang sehingga 3 lapisan terbentuk (gittew).
Setelah selesai lapisan ketiga, taburkan parmesan cheese dan mozzarella cheese diatas lasagna mengikut citarasa anda. Hiaskan sedikit dengan lada benggal berwarna-warni.
Panaskan oven (180 degree C) dan gunakan api atas dan bawah.
Bakar selama 30 minit.
Hehe. Selamat meleleh tengok cheese mencair. Kita buat garam sikit je memang hujung sudu sgt sebab cheese masin. Hehe. Before makan kemain nak tabur cheese banyak2 sedangkan sos putih tu pun dah mengandungi cheese. So perahan lemon tu boleh ambil sikit dan perahkan dekat pinggan kemudian baru letak lasagna. Enakkkk :) Selamat membina lemak uolls :)
Cik Eida :)

Subscribe to:
Posts (Atom)