Tuesday, March 23, 2010

Kecenderungan?Penulisan?Bentuk?Keaslian?

Salam pembuka bicara.Apa khabar semua?Iman sihat?Amal cergas?Alhamdulillah,hari ini,saat ini,Allah masih mengizinkan saya dan kalian yang menjadi pembaca meneruskan perjuangan sebagai hambanya.Maha Besar Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.Allah lebih arif kenapa kita masih bernyawa lagi disaat ini.Kalau ikutkan hati yang kering ini,kadang-kadang rasa takut yang amat nak bertemu dengan Maha Pencipta sebab tu sentiasa memohon semoga umur yang panjang ini tidak disia-siakan begitu sahaja.

Syukur seribu kali syukur kerana saya masih di ilhamkan untuk menulis kembali.Hari ini saya nak berkongsi tentang jenis-jenis dakwah yang ada pada hari ini.Sekali lagi,saya suka ingatkan,saya hanyalah manusia biasa yang menulis dan berkongsi idea melalui pengalaman-pengalaman yang saya titip untuk pengajaran dan penrkongsian selagi mampu dikongsi.Tajuk penulisan saya hari ini lebih kepada pendapat saya selepas beberapa blog dan ceremah saya dengar sama ada dengan menghadiri kelas atau melalui video-video yang saya tontot.Betapa ramai manusia-manusia hebat diatas dunia ini terutamanya yang muda-muda yang lebih kurang sebaya saya yang menulis blog kebanyakkannya berkisar dan berbentuk dakwah.Alhamdulillah,seperti kata-kata yang paling saya suka,"Kita hanyalah PENYERU,bukan PENGHUKUM".MasyaAllah,khalifah-khalifah Allah ini begitu hebat memberi nasihat,menyeru manusia mencari jalan yang benar.Tugas kita saling ingat-mengingati.

Cuma kelemahan saya,saya mungkin sukakan kesempurnaan walaupun saya sedar tiada yang sempurna di muka bumi Allah ini.Saya sekadar nak berkongsi sesuatu,maaf jika ada yang tersinggung.Ini hanyalah pendapat saya.Dalam banyak-banyak blog,kebanyakkannya ramai yang suka kekerasan dalam menyeru.Hmm,mungkin saya yang salah,tapi entah kenapa saya lebih suka menggunakan pendekatan yang berbeza.Saya lebih gemar membaca blog-blog yang menceritakan betapa indahnya Islam.Menceritakan betapa manisnya jika kita bersama Islam.Ya,kadang-kala kita perlu memberitahu apa azab yang menanti jika terus-terusan melakukan apa yang dilarang Allah.Cuma,saya pernah berhadapan dengan seorang rakan, dia bertanya:

" Ida, kenapa azab tu sakit?" "Ida, awak pakai tudung dan sembahyang sebab awak takutkan azab Tuhan awak?" "Ida, Islam itu menakutkan kan?" "Ida, kubur itu gelap, banyak benda menakutkan, busuk, jadi kenapa korang masih dengan Islam?"


Gadis berbangsa Cina,berumur lingkungan 18-20 tahun dan gemar membaca blog-blog pasal Islam.Jadi apa pandangan anda?Adakah kita menakut-nakutkan mereka atau lebih memberi mereka keyakinan kenapa perlunya Agama Islam,agama yang kekal dan benar?Jadi, dengan senang hatinya saya hanya mampu menolong sikit-sikit dengan menerangkan kepada mereka dan bercerita tentang syurga, dan cuba mengalihkan pandangan gerunnya terhadap Islam.Saya mencadangkan rakan saya membaca blog Ustaz hasrizal,dan Alahamdulillah,dia lebih gemar mengetahui apa itu Islam dan saya rasa wajar bagi kita untuk menceritakan keindahan Islam,barulah terasa nikmatnya.Mungkin kadang-kadang ia bergantung kepada kita,kerana penerimaan itu bergantung kepada kemampuan kita.Cuma,kadang-kadang bila kita sudah dilahirkan sebagai Islam,kita kurang menghargainya dan terpaksalah menggunakan kekerasan.Apa-apapun cara kita,semoga ia bermanfaat kepada kita.Amin..

Penulisan?Bentuk penulisan?Kenapa saya menimbulkan tanda tanya?

Contoh 1= " Fat!Mah kO wAtp3r tu?SeHat X?", "ustz,upd8 ler blog ni slalu..sr0nok kot", "manusie ske ckp psl org,tp dorg sndiri xsedo pun"


Contoh 2= "Fatimah,kau buat apa?Sihat?", "Ustaz update la blog ni selalu..Seronok". "Manusia suka cakap pasal orang, tapi diorang sendiri tak sedarpun"

mana yang mudah difahami?Cara penulisan yang bagaimana pembaca gemar?Pernah rakan menegur cara saya menulis suatu ketika dulu.Saya pernah menulis blog menggunakan singkatan,bermesej meggunakan tuliasan kecik besar,dan apabila usia semakin dewasa,apabila minda mula terangsang menjengah dari blog itu, ke blog sana, baru saya sedar,sakitnya mata saya membaca tulisan-tulisan seperti yangada di contoh satu.Saya tak dapat sangkal,ramai di kalangan yang mendakwah pun menulis dengan cara begitu.Tapi masih ada juga yang bertanya, "Kenapa suka eja penuh?bazir kredit la nanti," bagi seorang SAYA,saya lebih gemar menggunakan cara penulisan yang baku dan ejaan yang penuh.Kebaikkannya?:

1- Memudahkan orang yang membaca untuk faham.
2-Cara penulisan nampak kemas dan teratur.
3-Melambangkan siapa kita dimata orang.
4-Apa yang ingin kita sampaikan melalui penulisan kita,membuatkan orang suka dan senang dan diambil iktibar.

kadang-kadang ada juga mulut-mulut yang saja suka nak menyakat kita, "Ida,kolot kot tulis blog bahasa melayu"

Hehe,saya sebenarnya nak kongsi blog saya dengan orang-orang disekeliling saya supaya dorang faham apa yang saya cuba sampaikan.Saya pun bukanlah hebat sangat bahasa inggeris,exempted pun sudah cukup walaupun pada asalnya bermula dengan taraf 5 sahaja dalam EPT.Tapi itulah manusia.Masing-masing mempunyai cara mereka,jadi saya lebih senang begini.(sebab itulah beberapa bulan yang lalu saya berhenti berblog kerana termakan kata-kata sebegini.nasib baik cepat sedar =) Alhamdulillah.Mereka bebas berbicara,yang baik kita ambil jadikan tauladan,yang tak baik,ambil untuk dijadikan pengajaran kepada kita yang lemah ini.Amin!

Keaslian?Hmm,ini lagi satu =)
Rakan-rakan yang disayangi,kenapa saya lebih suka menulis dan berkongsi pengalaman sendiri walaupun hasil penulisan saya bukanlah hebat macam orang lain.Saya bukannya yang tahu ayat-ayat Al-Quran untuk dikongsi dan dijadikan dalil.Saya hanyalah selemah-lemah manusia,yang ingin menyeru menggunakan penulisan saya yang asli supaya saya dapat merasakan kemanisan itu.Tak banyak pun,saya tetap berpuas hati.Kekurangan inilah yang mendorong saya untuk terus menari-narikan jari saya pada papan kekunci laptop saya ini.Sekurang-kurangnya,inilah usaha yang saya ada.Ya,saya akui,saya kurang gemar membaca blog atau tulisan yang hanya di'copy' dan di'paste' pada tulisan mereka.ya Allah,ampun saya dengan segala kekurangan yang ada.Saya bukan berniat untuk merendah-rendahkan usaha mereka,mereka berhak melakukan apa sahaja.Maafkan saya jika ada yang terasa.Saya hanya memberi pendapat yang terutama dalam segi penulisan.penulisan yang berbeza-beza boleh mengurangkan rasa jemu kita terhadap bahan yang sama.Kalau 20orang hanya copy dan paste,bagaimana ilmu nak tersebar dengan luaskan?Wallahualam.Semua itu kuasa Allah,saya hanya berpendapat sebegitu.Kadang-kadang tanpa kita sedar,kita juga dapat menarik lebih ramai orang untuk menyukai penulisan kita dan cara seruan kita.Amin.Mudah-mudahan dipermudahkan Allah,apa yang penting ialah keikhlasan kita dalam perjuangan demi Allah ini.Amin....

Semoga perkongsian yang tak seberapa ini dapat membentuk kita menjadi lebih baik.InsyaAllah.Mohon maaf jika ada yang kurang senang dengan cara saya,yang buruk datang dari Allah,cuma disandarkan kepada saya agar saya tidak alpa dengan kebaikkan, dan yang baik itu juga disandarkan kepada saya daripada Allah agar saya terus merasakan kemanisan cintaNYA.

Salam pejuang Islam,pejuang Agama ALLAH Yang Maha Esa.

Saturday, March 20, 2010

Special Thanks To My Friend! =]

Salam blogger-emoticon.blogspot.com

Hari ini masih berkesempatan untuk meng'update' lagi blog ini.Alhamdulillah.Tujuan penulisan kali ini adalah bertujuan untuk melahirkan rasa syukur terhadap seorang sahabat.Benar Allah itu Maha Adil,diberi saya kekecewaan berkenaan seorang sahabat yang lain,hari ini saya memperoleh hadiah yang tak ternilai dimata orang lain.

Seinfiniti kesyukuran saya panjatkan kepada Allah Yang Maha Esa lagi Maha Menyayangi kerana mengurniakan seorang sahabat yang sentiasa bersangka baik pada saya.Saya yakin dia tahu siapa dirinya.Jika anda membaca ini,terimalah dengan hati terbuka.Hari ini saya dihadiahi sebuah buku yang bertajuk "Supaya Gelisah Bernilai Ibadah"

Buat sahabat yang saya sayangi Fillah,
Terima kasih atas penghargaan anda.Apa sahaja yang berlaku antara kita,biarlah kita dan Tuhan Yang Maha Esa yang mengetahui.Inilah sahabat yang dicari,didamba saban hari.Sahabat yang mengetahui setiap kegemaran dan kecendurangan saya,yang cuba menyelesaikan masalah saya,yang sedia mendengar bila diperlu,yang senang menghulurkan bantuan bila saya dalam kesusahan.Dia sahabat saya ketika jatuh dan bangun.Maafkan saya jika sebelum ini,saya seakan tidak menghargai anda,tapi ketahuilah dirimu,anda adalah sahabat saya paling saya hargai.Coretan ringkas darimu sedikit sebanyak membuat hati saya tak keruan.Maaf yang tidak terhingga buatmu sahabat.Mungkin inilah kedewasaan.Terima kasih kerana menghormati keputusan saya dan segala tindak tanduk yang berlaku.Coretan anda cukup bermakna.Semoga Allah melindungi dan merahmati ukhwah ini.

Jangan bimbang sahabat,hadiah buku sebegitulah yang selama ini saya harapkan dari seorang sahabat yang ingin sama-sama berjuang bersama saya.Bukan handbag,kerongsang atau segala kebendaan yang selama ini menjadi kegemaran saya.Setiap orang mempunyai kegemaran dan suka akan kebendaan,tapi insyaAllah,saya boleh dapatkan untuk diri sendiri dan tidak mengharap pemberian sahabat.Cukup sekadar ingatan tulus ikhlas dari anda.Hadiah anda sangat-sangat bernilai.Terima kasih sahabat.Semoga Allah turut sama meredhai kamu dalam perjuangan kerana Allah.Buku itu umpama nasihat yang terputus dari kamu.Saya sangat menghargai kata-kata kamu dalam coretan tersebut.Allah hanya menyandarkan saya sebagai penyebab,selebihnya adalah kehendak kamu sendiri dan hasil usaha kamu.Alhamdulillah dan semoga terus istiqamah dalam perjuangan ini hendaknya!

Maafkan saya atas apa yang mungkin menyakiti hatimu,menyinggung,dan apa-apa sahaja sama ada dalam keadaan saya sedar atau tidak.Terima kasih sangat atas segala kesusahan antara kita selama ini.Ketahuilah olehmu,saya amat-amat menghargai kamu dan sentiasa berharap kamu berada bersama saya dan rakan-rakan yang lain.Saya juga mempunyai harapan yang sama macam apa yang terkandung dalam coretan anda.Terima kasih juga buat sahabat-sahabat yang lain yang menerima baik buruk saya sebagai insan yang lemah ini.Hehe,tapi terasa tua pula bila dapat hadiah hari jadi awal =]

Terima Kasih buat insan-insan istimewa ini ,
blogger-emoticon.blogspot.com sayang kamu kerana Allah,insyaAllah....

Salam


Friday, March 19, 2010

Salam =]

Seinfiniti kesyukuran kerana masih berkesempatan meneruskan penulisan diblog ini.Setelah sekian lama meninggalkan blog ini sepi tanpa tuannya,hari ini seakan dapat kekuatan meneruskan kembali menulis dan berkongsi pendapatan serta cerita yang dititip dari pengalaman sendiri dan rakan-rakan yang sudi berkongsi cerita.

Alahamdulillah,sebenarnya tiada apa yang sia-sia menulis blog.Pernah suatu ketika saya berasa sia-sia menulis blog.Blog bukan sekadar menjadi tempat untuk kita meluahkan segala kekusutan yang terbuku dihati.Tapi menjadi medium komunikasi yang berfaedah.Pertama sekali,saya ingin nyatakan disini saya bukan sehebat manusia lain yang mampu berhujah dengan ayat-ayat Al-Quran,mampu memberi kata-kata yang menusuk kalbu.Saya hanyalah seorang pelajar asasi jurusan ICT yang sedang menuntut disebuah universiti.Saya pernah gagal dalam percaturan hidup saya kerana terlalu asyik dengan kedudukan saya.Itulah kekhilafan saya sehingga saya jatuh merudum dalam kehidupan saya.Sehingga saya melakukan perubahan besar dalam hidup saya.Saya tidak lagi berani menyatakan pendapat dan menyuarakan buah fikiran saya.Saya terlalu rendah diri untuk berhadapan dengan orang-orang hebat yang berada disisi saya.Saya tiada tempat untuk berkongsi.Itulah kesalahan saya kerana pernah berputus asa.Biarlah ia menjadi pengajaran kepada saya.Berbekalkan semangat dan saki-baki yang masih dirahmatkan kepada saya,saya cuba mencari dan membetulkan kesilapan lama.Alhamdulillah.Allah masih mengizinkan saya merasa secebis kegembiraan itu.Maka saya jelaskan disini,Tulisan yang saya ada hanyalah sekadar cerita,pengalaman kisah suka-duka saya dan orang-orang disekeliling yang mungkin jadi pengajaran untuk saya dan para pembaca.InsyaAllah.

Saya sedang berperang dengan perasaan sendiri.Ini kerana seorang sahabat yang amat saya sedang mengalami masalah.Kadang-kadang saya sendiri seakan-akan berputus asa dengan sikapnya.Namun kerana saya terlalu menyayangi dirinya,sedaya upaya saya cuba membentuk dia.Namun saya gagal.Saya tau dia adakala mencuba,namun apa daya keseronokkan sementara itu membatasi segalanya.Namun saya bersyukur kerana masih diberi kesabaran untuk tetap menemaninya saat jatuh dan bangun sahabat tercinta.Dia merupakan sahabat yang menjadi tempat luahan suka dan duka.Seorang sahabat yang tahu semuanya pasal saya dan kisah disebaliknya.Namun kadang-kadang menitis jugak airmata melihat sahabat yang disayangi hanyut dalam keseronokkan.Segala permintaan diabai.Segala nasihat dilupai.Ya,saya menangis.Jarak yang memisahkan kami semakin menduga saya.Masing-masing sibuk dengan belajar,jadi masa untuk bermesej terbatas.Kesukaran untuk online bersama juga tidak mampu untuk mengikat dia.Bukan niat nak memaksa,tapi rasa sayang dan tanggungjawab membuat saya begitu ingin selalu berada disisi.Pernah saya menjengah kedunia mereka,namun kerana saya dibesarkan dalam suasana yang berbeza dengannya,maka saya sangat membenci kehidupan mereka.Saya tak mahu berubah sorang-sorang.

Hari ini semangat ingin membawanya bersama-sama dengan saya,GAGAL lagi.Menangis tak tertahan saya apabila,buat sekian kalinya saya melihat gambar lelaki dan perempuan saling sebelah-menyebelahi.Dengan perempuannya ada yang tidak bertudung.Penglibatannya dalam teater kali ini cukup untuk membuat hati dan semangat saya robek sekali lagi.Begitu lemahnya saya dalam menyeru dia.Saya tak tahu kenapa dia sangat cenderung dengan dunia hiburan.Saya berasa sangat sedih apabila sahabat saya pernah menaiki sebuah kereta yang mana didalamnya ada dua lelaki dan perempuan-perempuan dengan pakaian menjolok mata.Dia juga pernah bersiar-siar dengan kereta yang mana didalamnya seorang perempuan dan lelaki yang ramai.SubahanAllah,runtun hati wanita saya yang lemah ini.Sahabat yang selalu saya harap untuk berjuang bersama-sama saya,hanyut dengan dunianya.Namun,saya bangkit untuk membawanya lagi.Tapi dia seakan-akan cuba menjauhi saya.Kiranya saya sentiasa gagal menambat hati sahabat ini.Dimana kurangnya saya sebagai temannya selama ini.Ya Allah,saya bukan berniat untuk mengeluh.Tapi apabila bercerita tentangnya,beginilah jadinya.

Saya sedar saya bukanlah orang yang hebat yang mampu mendampinginya.Saya hanya mampu berdoa dan mengharapkan dia akan berubah.Jika kita lihat,hidup ini adalah suatu caturan yang mana syaitan adalah rajanya,nafsu adalah permaisurinya.Kita yang kena bijak menentukan strategi agar kita bisa menyelamatkan mereka-mereka menguasai nafsu kita.Strategi ibarat iman yang membentengi segalanya.Semoga saya diberi kekutan menghadapi orang-orang seperti ini.Semoga Allah masih memberinya ruang untuk kembali.Begitulah kita kalau hidup berlandaskan duniawi.

Semua yang baik datang dari Allah,yang buruk dari insan lemah dan hina seperti saya.Jika salah dari segi cara penceritaan,harap mampu menegur.

InsyaAllah,semoga saya mampu meluangkan masa-masa saya berkongsi pengalaman-pengalaman yang lain.Salam!
 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com