Tuesday, March 29, 2011

Bimbang sangat ke?Siapa lebih utama?

Assalamualaikum :D

Lama tak menulis.Nak kata busy, takda lah busy sangat pun.Apalah nak buat.Kerja pun tak sepanjang cuti ni.Duduk rumah je.Dah boring sangat, berasap lah dapur aku kerjakan.Semua orang dalam rumah ni, dah bising sebab asyik kedapur je.Woit, kuat bina badan cuti ni.Tension-tension.Baru anak dara.Ayah aku pun dah bising.Malu weh.Kalau mak aku ke, kakak aku ke, macam tak hairanlah sebab orang perempuan memang lah bimbang kan?Ni ayah aku, for sure la malu.Keh2!

Itu baru intro.Sebenarnya aku nak ketengahkan beberapa isu yang dah lama aku fikir, aku tengok dan selidik.Pernah korang tanya kawan-kawan, macam mana mereka lihat kita?Korang pernah komen pasal kawan macam mana korang lihat dia?Korang tak paham ek?Meh nak story.Layaaan!

Al-kisahnya, aku bercakap dengan member(L bukan nama sebenar) aku, perbualan ini berlaku bila ada seorang member(P bukan nama sebenar) komen tentang (Z bukan nama sebenar) tentang pakaian yang dipakainya.Neutralkan minda anda sekarang dan sila masuk mood oke? Z memakai blouse labuh sehingga lutut, berseluar slack, dan bertudung sempurna menutup dada dan bahagian punggung.P mempertikaikan pakaian yang dipakai Z sebab baginya seseorang yang bertudung begitu tidak patut memakai pakaian seperti Z.Z memang seorang yang akur dan hanya diam dan akur dengan P.Alhamdulillah.



So mulalah perkongsian.Aku cakap dengan L bahawa aku rasa Z tak salah pun.P jugak tak salah.Z bukan mendedah aurat.Pakaiannya lengkap tertutup malahan langsung tidak menampakkan susuk tubuh jugak tak nipis.Berstokin dan bersarung lengan.Cuma bagi P, lebih elok berpakaian yang lebih baik.Tapi L tiba-tiba bengang." Kau kenapa tiba-tiba sensitif ni? (dalam hati:terasa ke?)",tanya aku.L "bukan terasa.Kenapa p nak malukan Z macam tu.Kalau dia baik, baiklah.Z bukan seksi pun.Sentap aku!Aku memang tak kisah pakai macam mana selagi mak aku tak kata pakaian aku ni menjolok mata.Asal kita selesa dan jujur dengan diri sendiri, oke lah!" Aku pun bermonolog dalam hati "Patutlah macam tu pakaian kau.Hmmm.Kau salah L."


Siapa yang kita nak ikut?Apa yang Allah suruh, atau apa yang mak kita cakap?Kenapa mak awak tak marah awak pakai pakaian macam tu?Adakah mak awak kurang belajar, atau awak yang kurang menuntut ilmu?Siapa salah?Mak awak ke yang tetapkan aurat kita sampai mana?Eh, no wonderlah ramai yang macam tu sekrang.Yang kurang pasti aurat kat mana.Bukan dorang tak tahu ye, tapi dorang kurang pasti belah mana aurat dorang.

Patutlah orang sekarang macam tu.Tengok sana, situ terdedah.Tengok situ, sana terdedah. Pernah duk borak-borak, dorang cakap "Mak aku mesti marah muka aku dah tumbuh jerawat." "Mak aku mesti marah badang dah naik 2kg." "Mak aku mesti marah beli baju warna-warna suram ni" Eh eh eh. Meh aku pulak yang bertanya " Mak kau tak marah baju kau ikut size body adik kau? Mak kau tak marah ke kau keluar malam-malam dengan lelaki? Mak kau tak tanya ke, kau pakai tudung tutup dada tak? Mak kau tak marah ke kalau baju kau nipis sampai semua boleh tayang? Mak kau tanya tak solat cukup ke tak? Mak kau cakap tak, anak, jaga solat jaga aurat, jaga hubungan dengan orang, berkawan dengan orang-orang yang baik?" Ada tak mak kau marah? Kesianlah kalau mak kau tak marah.Mak kau boleh marah tak jaga makan sampai naik jerawat, naik badan, tapi perihal kau untuk akhirat, mak kau tak kisah.

Fikir-fikirkanlah wahai rakyat jelata.Tak nampak lagi ke amaran-amaran yang Allah bagi?Tak takut ke hidup kita ni dah tak lama.Paling lama hidup pun 40-80 tahun.Tapi tak takut ke, seksa kubur yang lama, hari perhitungan yang satu hari disana bersamaan ribuan tahun di dunia.Eh, tak takut ke?Mak kita memanglah seorang yang perlu kita hormati, mungkin zaman mak kita, takda orang nak ajar agama dekat dia.Tapi kita zaman sekarang ni, kat mana-mana orang ajar pasal agama.Kenapa nak menafikan yang hak?Siapa cakap yang lepas kita dah baligh mak ayah kita tak tanggung dosa kita?Dorang pun turut sama berdosa sebabnya dorang yang berhak mendidik kita.Korang tak kesian ke dekat mak ayah korang?Tak takut ke dorang yang kena seksa kalau dorang dah meninggal?Doa yang dorang harapkan dari kita, tapi kita lupa dekat dorang.Sedih aku bila tengok ulangan ImamMuda 2010, seorang perempuan kena tangkap khalwat dengan pasangan dalam kereta dekat tempat gelap.Lepas tu, bila ditanya, rupa-rupanya ayah dia dah meninggal.Weh, menitis air mata, anak buat macam tu bila ayah dah takda.Kata sayang mak ayah, tapi apa kita buat?



Pandanglah sekeliling kita, lihatlah anugerah yang ada, mohonlah ampun, anda mampu mengubahnya. :) Maaf kalau terkasar.Kadang-kadang perlu keras untuk orang yang dah tahu, tapi nak menafikan.Kalau tak tahu aurat, itu tipu.Dari tadika sampailah form 5, kita belajar agama.Salam :)

Pesanan terakhir with love :)


Monday, March 7, 2011

Si Tanggang dan Batu Belah Batu Bertangkup


Assalamualaikum. :)

Selamat Pagi (sekarang:10.28am) dan petang dan malam bagi yang baca selain dari waktu pagi :) Apa mimpi aku pagi-pagi cakap pasal Si tanggang dan batu belah batu bertangkup ni?Saja, tadi aku belek album family masa kecik-kecik.Gambar brutal aku masa kecik-kecik.Hari tu pun ada berbual dengan kakak aku pasal ni masa duk imbau zaman kecik-kecik.Tiba-tiba aku teringat yang dulu mak aku selalu ceritakan kami sebuah or dua buah cerita pengajaran."Bedtime Stories" orang putih kata.Hoho!




Dulu kami tidur ramai-ramai dengan adik -beradik kecuali adik aku yang bongsu tidur dengan parents aku.Tapi bila dah dekat waktu tidur, ramai-ramai duk bertenggek atas katil ummi aku sambil dengan cerita.Kitorang selalu dengar cerita sedih je.Hehe.Mak aku peminat cerita si tanggang dan batu belah batu bertangkup.Ni memang cerita kegemaran mak aku.




Kami empat orang baring tepi ummi aku sambil dengar cerita dia.Kalau bercerita pasal batu belah bertangkup, mau menangis kami dengar.Si pencerita pun turut menangis sama.Mungkin si bonda didorong perasaan rindu dengan arwah mak dia.Mak aku anak yatim dari darjah 4 lagi.Tambahan pulak masa darjah 3 mak dia dirawat jauh dari tempat dorang tinggal.So setahun mereka tak bersua.Macam tu la kot cerita mak aku.Dah lupa.Huhu!Jadi kami adik beradik selalu dengar dua cerita ni before masuk tidur.Pernah la jugak dua tiga kali pasal benda lain.Si kancil pun ada.Memang melayu betul cerita mak aku.Dongeng tapi penuh pengajaran :)

Habis je cerita, mak aku mesti tambah dengan cerita zaman kanak-kanak dia.Betapa dia cuba membenihkan rasa syukur kepada kami sebab hidup kami sangat la mewah berbandng mak aku dan ayah aku masa kecil-kecil.Mak aku kata; "walaupun masa dulu dan zaman sekarang memang berbeza sebab sekarang dah moden, tapi ambil lah yang susah supaya kita selalu bersyukur dan beringat." Betul-betul-betul.

Bila dah selesai cerita, masing-masing bawak diri masuk tidur kat bilik kami ataupun tidur je depan tv secara berjemaah.Hehe!Kecik-kecik dulu, a single bed can be three of us on it every night.Kecik nya kami time tu.Sekarang, double bed tu, nak kongsi tiga orang, mesti banyak songeh.Tak muat la, lemas la, panas la.Haha!Rindu zaman kecik-kecik :)

Oke la.Sampai sini je.Nak menonton Imam Muda 2010[ulangan :)]Sejuk hati weh! :)

P/s: Korang takda ke kenangan macam ni masa kecik.Kot-kot la taste mak kita sama.Suka cerita si tanggang and batu belah batu bertangkup.

Sunday, March 6, 2011

Bertunang :D


Assalamualaikum :)

Kawan baik saya bakal bertunang.Aww.Tak sangka kan, dalam ramai-ramai, kau akan jadi orang first.Dulu-dulu aku selalu kena tadah telinga dengar cerita cinta kau.Aku selalu kena maki hamun bila kau bengang dengan cinta hati kau.Aku kena tengok kau tendang meja bila kau marah.Nasib kau tak pernah tendang aku cuma kau pernah terbaling calculator je.Haha!Sebab kau kata, "nantidengan siapa aku nak share cerita".Ya, aku angguk dengan cepat.Aku tak paham kenapa kau boleh jadi kawan baik aku walaupun kita baik masa form TETT.Tapi, ada satu peristiwa, buat aku sangat sayang kau.Terima kasih kawan baik, kau memang betul-betul kawan yang baik.Mereka semua sibuk nak merungkai hubungan kita, padahal kita je tau kenapa kita kawan yang baik.

Kau lah satu-satu nya manusia yang tak pernah berbangga dengan apa yang kau ada.Kau lah satu-satunya manusia yang selalu tegur aku bila aku salah, kau jugak yang mintak aku marah kau bila kau buat salah.Aku tahu kau nakal.Tapi aku bangga dengan kau sekarang.Kau dan aku tahu kisah silam kita dulu.Aku bangga dengan kau, dan aku terharu bila kau turut merasa bangga dengan aku.Kita bukan "kita" yang dulu.Tapi persahabatan kita tidak salah.Aku bangga dengan kau kawan baik!Siapa kita masa silam kita, yang penting apa kita masa sekarang dan masa hadapan :)

Aku terharu dengan mesej kau.Aku terharu dengan cerita-cerita kau.Aku terharu dengan setiap bicara kau.Dan aku rasa kelakar, rupanya kita sudah membesar.Eh kita dah 20 laaa.Tapi aku adik kau even hanya 2 hari lebih muda.Haha!Aku gembira lihat kau gembira.Aku doakan perancangan kau mendapat izin dari Allah.Aku pasti, disebalik kesuraman masa lalu, Allah nak hadiahkan kau bunga hari ni.Tapi panggilan mummy@daddy tak sesuai untuk kau.Kan aku dah cop dari dulu lagi.Dulu kau kata nak anak-anak kau panggil kau ibu@ayah je.Kenapa sekarang dah tukar?Itu je aku tak puas hati.Kan aku dah cop aku nak bakal anak-anak aku panggil aku dan bakal husband mummy and daddy.Kau kena tukar balik.Haha! "Perlu ke?"Lagi 3 tahun kau nak kawen.Masa tu, insyaAllah, aku pun akan kenal kan kau kepada "bakal" je lagi masa tu.Aku lambat lagi kot.haha!Kita tak leh kawen tahun yang sama.Itu je janji kita yang aku tak dapat tunai.Dan disebabkan kau bertunang lebih awal dari aku, terpaksa aku kotakan janji 5 tahun dahulu yang aku akan beli hadiah untuk kau.

Kau nak apa?Periuk nasi?Pinggan mangkuk?Cadar?Curtain main room?Barang baby?Set cawan?Hehe!Kan kita dah matang.Haruslah beli hadiah melambangkan kematangan.Senang kau kawen nanti, takda la kelam kabut nak beli barang keperluan.Aku boleh hadiahkan salah satu.Oke lah.Warna tema aku combination kelabu dan pink.Disebabkan kau nak tiru aku, jadi aku bagitau je.Cumanya, aku tak tahu akan datang, kot-kot aku berubah fikiran.Haha!Kau redha je la.Siapa suruh kau tak sabar sangat.Apa-apa hal pun, tahniah kawan baik.Selamat menanti kepulangan yang dinanti.Aku pasti datang ke majlis kau.

p/s:orang terpaksa dirahsiakan kerana dia ahnya menjemput orang2 tertentu dan saudara mara sahaja.Kawen baru dia jemput semua.Tahniah kawan baik!
 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com