Thursday, April 28, 2011

Random activities at home :D

Assalamualaikum and Happy Friday,penghulu segala hari, hari yang penuh rahmat, selawat ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.

Perh tajuk nak bergedik-gedik tulis english padahal aku nak tulis bahasa baku tiada yang lebih baku melainkan bahasa kebangsaan, bahasa melayu ya anak-anak murid.

Kita ambil mood sikit nak jadi guru kan.(hehehe)! Main-main sahaja.Tapi aku pun memang nak ambil ujian MedSi hari sabtu ni.So survey jugak macam mana bentuk soalan.Soalan berjumlah 300 dalam masa sejam.Heh, harap lepas!Okela, sebenarnya aku dah ditahap keboringan yang melampau berada dirumah. Sudahlah menjadi body builder kat rumah.Nak bersukan or bersenam?Seminggu buat, berminggu-minggu aku stop.Puasa pun macam tu.Seminggu berpuasa, lepas tu dah tak puasa-puasa.

Apa yang best, semua ada kat rumah, kecuali adik aku yang bongsu sebab dia duduk hostel jauh dari rumah.Haha!Ni pun nasib baik minggu ni dia balik, tu pun sebab dia ada latihan daerah untuk tennis.Yang sakit hatinya, bila dia balik, tempat jemuran pernuh dengan jersey dia je.Nak jemur baju lain, dah tak muat, himpit-himpit je la seharian baru kering (katanya, seminggu punya simpanna baju =.=' ).

Adik aku yang sorang lagi pulak, hari-hari online.Hari-hari mengadap laptop.Padahal dah nak exam, bukannya reti nak study.Hari-hari bergaduh, hari-hari jugaklah berlawak.Kakak aku kata, adik aku yang nombor tiga ni, kalau masuk raja lawak mesti dapat juara.Haha!Tapi sumpah, memang boleh jadi juara.Tak berguling-guling kami ketawa, memang tipu la.Tapi dia ni jugak makhluk paling malas kat rumah.Kadang-kadang sampai wrestling sebab dah geram sangat.Tapi yang bagus, adik aku ni tak kedekut macam adik aku yang bongsu dan jugak aku :P Haha!Boleh je setakat nak pau beli kredit ke, minum-minum ke, makan-makan ke, kira rajin jugak lah meringankan beban aku bab-bab tu.

Kak long pulak takda minggu ni.Pergi KL sebab nak ke pesta buku.Dan-dan boleh la cari-cari kain baju kurung untuk baju raya kat jalan tar tu.Hehe!Yang ni pulak maharaja pencari pasal.Eeeee!Ada je dia nak buat orang marah.Bila orang marah, dia kata orang lain yang buat dia marah.Haha!Sementara kak long ada, kami adik-beradik ada la driver untuk dihantar kesana-kemari.Paling tak pun, boleh lah kami paw duit dia buat beli aiskrim sundae!Hoho!Bukan aiskrim je, macam-macam da.Haha!Kakak aku ni, kalau untuk adik-beradik, takda la dia berkira sangat.Dari zaman dia duduk matrik, sampai la dah kerja, selalu beli barang untuk family.T-shirt labuh aku, semua kak long beli.Satu pun takda hasil duit aku.Haha!Jubah pun sama.Tak kak long yang beli, mesti ayah dan ummi yang kasi.Bertuah aku :P

So, boringkan life buat masa sekarang.Jadi bibik je dekat rumah.Dah naik kasar dah tangan!Baru anak dara.Lepas ni borong lotion balik.Nak update blog pun takda idea sebab tak keluar rumah.Kalau keluar pun sebab kerja komuniti.Dah hitam legam berjemur dekat padang selama dua hari.Bila capture gambar dengan wina, dah nampak macam tahi bintang.Eh, bukan, tahi cicak.Cess!Apa-apa jela, wish me luck for MedSi this Saturday :) Meet me at Tg Mahmud School :)



"If I had a flower for every time you made me smile and laugh, I'd have a garden to walk in FOREVER :) "

8 comments:

najwa said...

300 soalan sejam?? >.<

Nur Areefah said...

kata kerja?=="

EidaAz said...

sarah::huhu!begitu lah kira-kiranya~

EidaAz said...

Areefah:: keje aku bukan full time maaa....:P

EZAN IDMA said...

duduk rest kat umah je. hee

EidaAz said...

ezan::
hehe..nampaknya macam tu la..agak2, macam dah susah nak dapat cuti yang panjang macam ni lagi...

goyang kaki kat umah je la :P

Sis Nana said...

waaaa,,,,,happy family~~~~~~~~~~~
btw, gud luck ujian medsi tue...

harrazdani said...

hope always happy...one happy family..:-)

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com