Friday, July 2, 2010

Siapa Yang Menang?

Assalamualaikum.

*Chit Chat Bersama Kit Kat*

Kawan cakap: Kau apa hal?Muka cam mangkuk.
Saya:Mangkuk?Comel la.Thanx.
Kawan: Mak aiihhh.Mangkuk comel?Buruk benar la muka kau kan?
Saya: !@#$%^&*()
Kawan: HAHAHHAHA XD

**************************************************************

Kawan: Kau memang sengal kan?Aku ingatkan apalah masalah hati kau.Post kat blog macam ada masalah ....TETTTT....
Saya:Hahaha.Aku baca blog kau lah.Bagi kata-kata semangat sikit.Dengan cara aku.

**************************************************************

Kawan: Aiseh.Buat den terharu.Nasib den ni cun.Malas nak touching lebih2.
Saya: Hehe.Be cool kawan.Aku bukan minta kau terharu.Doa kawan, buat kawan. InsyaAllah, jagalah hati kita yang sememangnya berbolak bagi.Hati-hati kita yang dipegang Allah ini, jagailah dia.Jangan dicemari maksiat hati(yang tak nampak tu). Fitrah kot semua tu.Semua orang tak lari dari masalah tu.
Kawan: SOBSXXX~ Aku mabuk *_*. Thanx daa. Aku bukan macam kau.
Saya: Jangan cakap bukan macam aku.=.=" (Lempangkan)
Kawan: Brutal makkk aiiihhhhh.Tolong ar jangan tunjuk hebat kau.WAAAAAA T_T. Idaaaa, kau tak kisah ke kawan macam aku?Aku jahat.Aku xpandai cakap macam kau.Aku segan bila jalan dengan kau orang pandang kita lain.Aku paham pandangan dorang.
Saya: *golek-golek bawah katil* Eh, kau cakap apa?
Kawan: Mangkuk. Kau buruk boleh?
Saya:Inilah kawan. =((

***************************************************************

Saya: Mai deary meary lalink, memang susah apabila melibatkan hati.Tapi kalau kau yakin apa yang kau nak buat tu,buatlah.Kita berkeputusan bukan kerana HATI mek oi.Berkeputusan kerana Allah.(kalau berat bagi kau,cakap je).Anakku sayang, Allah itu Maha Mengetahui,sedangkan kita TIDAK.
eg: Kau senyum dekat aku, dan ketika itu, senyum kau adalah yang paling ikhlas, maka itulah yang Allah terima sebagai amalan kita.Jadi,jangan kau rasa susah, sebab Allah tak pernah menyusahkan kita.
Kawan: Aku fehe.Tafi aku mensi jugak dengan diri aku yang tak takut-takut lagi dengan khabaran hidup yang kekal itu untuk masa sekarang.Haku merasa tewoookkk.
Saya:Kalau kau hina diri kau, maknanya kau hina siapa mai?
Kawan: Maaf,maksud aku apa yang aku buat.(kejam,jangan takutkan aku weh mangkuk)
Saya:(dengan penuh kasih sayang,with the power of touch(dari jauh)), jangan bimbang kawan.Kau sebaik-baik ciptaan yang Allah jadikan.Jangan berubah kerana orang lain.berubahlah keran itu hak yang sepatut kau laksanakan,sebab kau dan aku adalah hambaNya Yang Esa.Semoga hati kau yang kabut da lega walau sedikit.Normal lah kot ada masalah hati.
*kembalilah kepadaNya,kerana dia sebaik-baik perancang,maka pastinya bersamaNya,kau dapat pengubatnya!
Kawan: Uhuk Uhuk Uhuk.Batuk kambeng gurun jap weh. Bla Bla Bla..........

***************************************************************

bla bla bla...
Tak dapat copy semua.^^,
Thanx mai,sebab bagi aku update kat blog.
Sebenarnya,mungkin ada benda kecil yang dapat di kongsi kat situ,tapi sebenarnya aku excited nak tengok blog aku terupdate je.

p/s:Sentiasalah jaga hati2 kita.Jangan menzalimi hati-hati kita.:D


bengkel =.="


Assalamualaikum

seharian menggodeh templates yang lawa-lawa.
tapi malangnya, hasilnya tetap tidak memuaskan.

ada masa,kena bengkelkan lagi sekali.
buruk.

***************************************************************************************************
semakin menginjak dewasa,
seakan semakin sukar membuat keputusan.
diuji dengan dugaan yang bisa menjadi fitnah.
lemah betul.
sudah mengeluh berat untuk dugaan kecil ini?
huhhhh~
kekacauan yang tak dapat dan tak bisa diluah kan.
bukan salah kita yang membesar.
bukan salah keinginan kita yang gagal kita kawal.
apalah daya.


***************************************************************************************************





p/s:tolong saya menjaga hati saya.
kerana saya juga tak pandai nak menjaga hati.
serius,benda ni mengganggu kitaran hidup saya.


Wednesday, June 30, 2010

Happy Birthday En Azmi Abu Bakar =)

Assalamualaikum.

Hari ni si ayah sudah berusia 51tahun.
Sudah 51 tahun dikurniakan nikmat nyawa,iman dan Islam oleh Allah Yang Maha Esa.
Sudah 23 tahun melayari bahtera bersama ummi tercinta.
Sudah 22 tahun memiliki 4 orang anak.
MasyaAllah,Allah Maha Besar.
Ku panjatkan seinfiniti kesyukuran buatMu, Ya Rabbi.
Di kurniakan seorang bapa yang:
-cool
-penyayang
-pembekal wang ^_^
-pendengar
-penasihat
-penyabar
-seorang ayah yang tidak pernah meluahkan rasa gusar,lelah,keluhan dan lain-lain

Tentang ayah:
==>seorang lelaki tua yang tabah, rendah diri dan sebaik2 ayah.seorang ayah yang membakar semangat dan sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anak, demi keluarga kecilnya dan demi keluarga adik-beradiknya.
seorang lelaki tua yang sangat gagah.kenapa?mengalami sakit lutut sejak bertahun-tahun.kedut-kedut yang menampakkan tuanya, mata yang kian kabur, si ayah tidak pernah kisah.
Tanggunbgjawabnya kepada pencipta,tanggungjawab sebagai Head of Azmi's Family, tanggungjawab sebagai seorang Teacher, tanggungjawab terhadap kampungnya, semua dilaksanakan dengan penuh amanah.
Kadang-kadang jatuh tangga ketika kaki yang sakit melangkah keluar pagi-pagi buta untuk menunaikan tanggungjawab terhadap kampung(jaga malam untuk mengawal kes curi dan sebagainya),kadang-kadang rebah tak terbangun si ayah mendaki tangga-tangga masjid atau surau yang tinggi.kadang-kadang terberhenti ditengah-tengah jalan ketika sedang memandu kerana mata yang kabur membataskan mata si ayah nampak kambing-kambing dan lembu-lembu yang di biarkan merata-rata.
Pernah satu ketika,ketika masih menaiki motor ke masjid untuk solat subuh,si ayah pulang dengan kaki dan tangan yang berdarah.bila di tanya hanya diam.(maksudnya:malas nak cerita.better sediakan keperluan untuk membersih luka,before kena marah,hehe)
sehingga si ummi terpaksa mengambil keputusan menjual motor tanpa pengetahuan ayah.(nasib ayah redha dan paham,bahawa kami saynangkanya.)
itulah kekuatan ayah yang membentuk anak-anak dari jauh.bila melihat kesungguhan si ayah, anak-anak menjadi malu.
kalau si ayah yang sedang di mamah usia itu mampu melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik,mengapa tidak untuk anak-anak yang masih muda belia ini?

untuk ayah:
-->kakak mungkin bukanlah yang terbaik bagi ayah,tapi ayah ialah yang terbaik untuk kakak..(ye lah,ayah ada 4orang anak,kakak ada seorang je ayah =] )
-->sometimes, I wonder, when we are far apart, the one that I miss a lot is You then ummi. I was like, ha? Hehe. Malu kot.
-->I just remembered when the day you sent me over at Jerteh(nak naik bas time tu), when ummi was not around, you gently said something because You were worried to see Intan and Nadia were sent by both of their parents while me?"Da 2 kali ummi tak ikut hantar kakak.Xpa ke ni?--before start kereta and just laughed at him and said : "Xpa lah.Ummi letih baru abes exam" and then baru ayah bergerak)*touching2* Along the way to Jerteh, you keep telling me to that,this,those,these and the bla bla bla that I will remember for the rest of my life (sob sob sob)[while giving me more money.HAHA]. You will always worry for something that sometimes does not bother me or the rest of your daughters and son.(Sebab ayah tau kakak kuat merajuk :P)
-->terima kasih ayah untuk semuanya.semua yang kakak tak mampu nak balas.semua yang kakak tak mampu nak senaraikan.semua yang kakak tak kan dapat daripada orang lain.terima kasih ayah.(Sebab ayah tau kakak sangat-sangat nakal.Sekarang dah tak nakal.Jangan putus doakan kakak :] )
-->kakak bersyukur dikurniakan ayah sebagai ayah kakak.semakin kakak membesar,semakin kakak mensyukuri nikmat dan dugaan memiliki Ayah sebagai ayah kakak.meilihat pelbagai masalah disekeliling kakak,baru kakak sedar,betapa hebatnya ayah kakak.yang tak pernah memikirkan kesusahan diri untuk menyenangkan dan membahagiakan bukan saja keluarga ayah malah untuk orang-orang terdekat dengan ayah.

"Selamat Ulangtahun Yang ke-51.Semoga Ayah terus dan terus menjadi contoh yang terbaik untuk anak-anak ayah.Semoga Allah terus memberi ayah kekuatan menjadi penerus dan penyambung rantai-rantai perjuangan Nabi Muhammad SAW. Semoga Allah memberi ayah rezeki, memberi ayah kesihatan yang baik, dan terus memberi ayah nikmat Iman dan Islam.Amin"

Bismillah hirrahman nirrahim





رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ


"Rabbanaghfir Lii Wa Li Waalidayya Wa Lil Mu'miniina Yauma Yaquumul-hisaab"


"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”


"O Our Lord! forgive me, and my parents, and all the Muslims on the day when the account will be established."


P/S: Me LOVE You so much Ayah =) Muah3!!!

Monday, June 28, 2010

Celebration!!

Assalamualaikum..

Post kali ini nak mengisahkan sambutan-sambutan yang ada atas muka bumi ni.Dan kebetulan, da lama tak update pasal keluarga.Semalam masa tengah online Facebook, Ummi mengonlinekan diri serentak dengan ayah. Tiba-tiba perasan yang ummi tagged beberapa keping gambar kek dan juga big apple. Yummy (diet duit sementara tunggu elaun =] )! Jadi tetiba rindu dengan family. Tambahan pula, kak long pun sedang bercuti mid sem. Adoi, untuk pengetahuan, kali terakhir kami jumpa ialah masa Hari Raya AidilAdha (bulan 12 kalau tak silap) Ya,itu kali terakir. Dan baru perasan, yang kita da lama tak jumpa la kak long.(rindu!haha!)

Hari tu masa balik cuti selepas short semester, dapat la berada kat rumah hampir 2 minggu. Hampir je tau. Tak sampai pun 2 minggu =). Dan di kesempatan itu, ummi pun berjanjilah nak sambut birthday saya yang dah kelewatan. Juga turut menyambut Hari Ibu.Tapi masa tu hanya ada Ummi, Ayah, Yoyok, dan juga diriku. Sob Sob Sob. Kak Long tengah exam, dan izzat sedang bersekolah. kami pergi Kota Bharu dan bersantap di Horizon Garden.Macam-macam saya rancang nak makan. Tapi, bila menempah, ayah dan yoyok sibuk memesan, dan saya? Mengalah dengan selera diorang.Maka makanlah empat beranak ni.Saya hanya sob sob sob tengak lauk pauk.HaHaHa.Tapi syukur,itulah rezeki hari tu.Semua pun khusyuk makan.Sesudah makan kitorang melangkah kaki ke KbMall, dan di sana, ummi belikan kek and hadiah untuk ayah(Father's Day) dan diriku.HaHaHa.Apa pasal pulak ayah yang dapat hadih dan bukan ummi yang dapat?Sedangkan kami sambut Mother's Day.Ayah senyum-senyum buat muka tak bersalah. Alhamdulillah dikurniakan keluarga yang sangat memahami dan menyayangi.Keesokkannya ayah ke kerja dengan pakai baju and bawa handkerchief baru.Walla ayah bergaya sakan.=)



















Jadi semalam, ummi menyambut hari jadi ayah dan kak long yang sepatutnya dalam bulan Julai. Memandangkan kak long dah nak habis cuti, jadi sambutan diawalkan.Sekarang semuanya beli.Kalau orang lain sibuk nak show off makan kek mahal-mahal, makan dekat tempat mewah, tapi bagi saya dan adik-beradik, air tangan ummi adalah yang terbaik. Sampai sambal belacan ummi buat pun, ada orang tapau bawa balik rumah dorang.Itulah penangan air tangan bonda.Semua masakan ummi pandai.Dari makanan kampung-barat-selatan-utara-timur-barat(tak menipu) semuanya ummi mampu! Alhamdulillah, dilahirkan dari rahim ummi yang bukan saja mempunyai kemahiran memasak yang tiada tandingannya, malahan kek2 ummi pun pasti mampu buat kita terangkat(sedap sangat) HeHeHe! Tapi sekarang ummi kata dia da malas.Maka sebagai alternatif lain,ummi tetap akan menyabut hari jadi kami,tapi beli je.hahaha!Sayang ummi sebab sentiasa nak buat terbaik untuk anak-anak dan keluarga!Sob Sob Sob (bila duduk jauh baru tau macam mana susahnya Ummi dan Ayah) Jadi sempena itu, ummi membeli kek tiramisu yang menjadi kegemaran yoyok(aik,padahal birtday ayah,mesti dia yang nak.masa birthday kakak hari tu dia paksa jugak beli kek tiramisu,walhal kakak nak blueberry) dan membeli big apple perisa kegemaran masing-masing.mungkin dorang ada makan-makan tapi tak di upload gambarnya.Hehehe!Hello, sangat Yummy oke?masa chatting dengan ummi, ummi ada bagitau kak long demand mintak hadiah.Balik-balik nak handbag.LOL!Ummi pesan: "U, u jangan jeles.Nanti u pun dapat kalau da besar macam kak long" HaHaHa. I tak jeles la Ummi, she deserved it!









Ayah tahun ni akan menginjak usia 51 tahun!Tahun lepas ayah da jubli emas.hehe.ummi la kata tu.sekarang ayah dah jubli emas tapi tambah satu tahun.Seorang ayah yang nampak cool sangat kat luar.Kami sendiri malu dengan ayah.kat rumah manja2 dengan ummi ja,Tapi bila jauh2,manja dengan ayah XD.Serius rindu!Sangat malu nak call ayah sebab bila call ja,mesti ayah tanya: "Kakak,ada duit tak?" First soalan ayah bila angkat call.Hahaha!Sebab tu segan.Tapi itulah ayah.Always be there whenever we need him!Mempunyai ayah yang berjiwa muda.Meminati gadget(hp,camera,car,games and bla bla bla) sama dengan saya.Mempunyai ayah yang sangat obses dengan teknologi dan informasi(laptop bertimbun-timbun tapi kedekut.LOL-->ayat ummi,sampai ummi kene beli sendiri.sempat lagi kadang2 berebut dengan anak-anak dan isteri,Bahagia tengok suasana tu). Pernah satu ketika, dalam kesusahan dengan kawan-kawan,then mengada-ngada cerita dekat ayah, tak sangka, even ayah suruh mengalah dengan kawan,tapi dia ada tulis kata-kata semangat dekat blog ayah!Oh Ayah, you are so cool!I Love You so much!Moga-moga Allah panjangkan usia ayah dan beri ayah kesihatan ang baik.Kakak nak ayah semoat tengok kakak berjaya dan menjadi wali kakak satu hari nanti.

P/S-->Selanjutnya akan dibuat post istimewa untuk ayah masa 1 Julai 2010 =)

Saturday, June 26, 2010

kasih sayang berpanjangan!

Salam Sayang Kerana Allah..(insyaAllah)

Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran sebab masih bernyawa,masih dapat meminjam nyawa,anggota yang cukup sifatnya,kasih sayang yang tak berbelah bagi dari keluarga dan juga sahabat2 satu akidahku. Apalagi yang perlu kita katakan lagi? Apa tanggungjawab kita dalam menzahirkan rasa syukur kita? Allah Maha Besar, mudah-mudahan hati-hati kita yang berbolak-balik ini masih lagi tidak lupa mengucapkan syukur atas apa yang dikurniakan Allah untuk kita hari ini.

Sebelum saya pergi lebih jauh, dikesempatan ini, saya dengan rasa rindu dan cinta ingin mengajak pembaca beramai-ramai meluangkan sedikit masa untuk bersedekah kepada arwah kakak saya, Fatima Zurwanti Zukifly yang telah kembali kepada penciptanya pada 16 Jun 2010. Al-Fatihah.

Seorang kakak yang pertama sekali saya bertegur sapa semasa mula-mula melangkah ke alam universiti. Ditengah-tengah panas ketika bersama ayah dan abang rizal, saya didatangi seorang sister yang perwatakannya manis tapi tegas(dan saya akui dia sangat tegas). Dengan senang hatinya, dia menghulurkan bantuan membantu saya mengangkat barang-barang yang banyak ke ZC level 4 sambil bercerita tentang keadaan di sini. Siapa sangka, dari situ bermulanya hubungan yang hanya orang2 tertentu saja yang paham akannya. Gurauannya, kata-kata semangatnya, panggilan kasih-sayangnya (adik kecik sayang), dan tegurannya. Ya Allah,sungguh saat ini hati ini sangat merindui hambaMu itu Ya Allah. Tapi hamba tau,bahawa Kau lebih rindu dan cinta akan Kak Atim. Tak sangka malam 13 Jun itu adalah malam terakhir akak memanggil saya adik kecik sayang dan juga memberi saya kata-kata cinta dan juga memesan kepada saya. Tak sangka, kak atim tak bergurau yang kak atim akan pergi jauh dan lama dari saya. Di kejauhan ini kak atim sayang, saya akan ingat semua pesanan akak, dan doa-doa akak untuk saya. Jatuh sakit, suka duka, yang pernah kita kongsi akan saya jadikan kekuatan saya untuk meneruskan perjalanan saya. Satu hari, saya akan bersama-sama akak untuk berjumpa Kekasih sejati kita. Status last akak di fb,akan saya pegang sampai bila. Ya Allah ampunilah dirinya. Sungguh aku cinta dirinya kerana cintanya PadaMu Ya ALLAH. Semoga akak gembira dapat bertemu mama akak disana. Tempatkan dirinya dan mamanya di kalangan hamba MU yang beramal soleh dan bertaqwa. Amin.

Itulah kisahnya. Tak ammpu rasanya nak bercerita panjang. Ketentuan Allah itu dalah sebaik-baik perancanganNya. Saya redha.

Hari-hari masih diteruskan seperti biasa. Title hari ini ialah " KASIH SAYANG BERPANJANGAN".
Sayang ku kepada insan-insan yang disayangi yang akan kekal berpanjangan. Saya bukanlah hebat sepertimana orang-orang yang hebat, tapi saya ingin menjadi hebat untuk saya. Saya ingin emnjadi penawar hati kepada orang-orang yang memerlukan saya. Hebat dari segi apa? Hebat dari segi kasih sayang untuk kalian yang tak kan pernah saya putuskan.

Ini beberapa kisah yang mungkin boleh saya kongsikan.

SATU:
Pernah satu hari, sahabat bercerita:
"Eida, si kawan ni semakin tak dapat aku dekat la. Aku dah fed up. Mak aku hantar aku untuk belajar. Kalau aku terus berada dengan dorang, aku takut aku hanyut. Mu tengok la fb dia. Mu tgk la apa dia buat. And bla bla bla"

*cerita ni da lama. Dan aku mengambil masa yang lama untuk berfikir dan memikirkan jalan terbaik*
= Alhamdulillah,selepas diberi kekuatan, saya melihat gambar-gambar mereka di fb. Dengan penuh rasa kebergantungan kepada Allah, saya memulakan penulisan ku di fb. Dan dengan kekuatan yang ada, saya mula menaip didalam ruangan komen gambar di bawah sekeping gambar mereka dengan teman-teman mereka dalam keadaan yang sangat menyakitkan mata. Tapi aku selalu berpesan dalam hati (Ingatlah wahai hati-hati yang berbolak-balik,jangan kau membenci mereka,bencilah akan perbuatan mereka,mereka sedang diduga Allah,dan kita juga sedang diduga.nauzubillah,jangan Allah duga aku sebegini dimasa hadapan yang aku belum pasti menjadi milikku.) Itulah pesanan untuk hati yang saya pegang supaya saya terus beringat. Saya hanya mampu menaip "ADIK2". Tapi disebalik ADIK2 yang saya tulis, ia mempunyai maksud yang mendalam. terketar-ketar tangan menaip sekeping artikel pendek untuk memesan kepada mereka dan juag saya.

Ada yang menyambut baik teguran itu, ada juga yang tak kurang marahnya kepada saya. Apalah saya berbanding mereka. Saya kuatkan hati setiap kali berjumpa mereka. Sentiasa bermurah hati tersenyum walaupun kadang-kadang dibalas dengan jelingan. Aduh, masih kecil dugaan itu.

Dan saya mengambil inisiatif lain. memandangkan saya sayang kepadanya, maka saya berjumpa dengan kawan baiknya yang bercerita kepada saya masalah mereka. jadi saya nasihatkan, memandangkan mereka lebih mengenal hati budi amsing2, jadi saya mencadangkan beberapa perkara supaya kawan saya ini pula meneruskan mengajak kawan itu kembali kepada fitrah asal manusia. Kita hanyalah penyeru, bukannya penghukum. Setelah dilembut-lembut hati kawan saya, maka kami bersetuju menggunakan pendekatan lain buat sahabat kami. Syukur Ya Allah kerana mempermudahkan bagiku jalan lain.

betul,bukan mudah nak mengajak orang. Sebagai manusia biasa, ikatan hati itu sangat penting. Mudah-mudahan kami berjaya. Dalam masa yang sama saya mampu menyedarkan kawan saya supaya dia jangan lari daripada sahabat kami. kita masing-masing sedang diduga oleh Allah. Jika kita nampak kawan semakin menjauh dengan penciptanya, maka janganlah kita menjauhi mereka lagi. Dekatilah mereka. Kuasa kasih sayang itu mampu mengubah segala-galanya, dan insyaAllah dengan izin Allah. InsyaAllah peganglah niat yang ikhlas,mampu mengubah segalanya2. Insya Allah.

DUA:
Ini kisah ketika saya bersama beberapa rakan. Ya, saya akui kadang-kadang kita susah nak menegur orang kerana kita rasa kita tidak baik kerana kita tau siapa kita pada masa silam kita. Wahai sahabat-sahabat yang disayangi selalu, kita tidak memerlukan masa lampau jika kita benar-benar dah berubah.,Mungkin masa silam kita hanya sebuah pengajaran supaya kita tidak mengulangi benda yang sama. InsyaAllah. Sampai bila kita nak menunggu orang tak buat dosa, baru dapat tegur orang yang sedang maksiati dirinya dengan dosa kepada ALLAH. Sampai bila pun kita akan kekal begini.

"Sampaikanlah kebenaran walaupun sedikit"

InsyaAllah, Allah bersama-sama orang yang benar dan ikhlas. Jangan pernah menyerah sebelum menyerang. Sampai kita nak menjadi kolot begitu. Ya, setelah berbincang panjang dengan kawan-kawan, tanpa disengajakan, mereka masing-masing meluahkan perasaan masing-masing. Sehinggalah menjadi diskusi air mata. Ya Allah, terima kasih yang tak terhingga dikurniakan sahabat-sahabt senang dan susah. Wahai sahabt yang dicintai kerana Allah, cerita kalian tak akan saya buka disini. Saya dan sahabat-sahabat lain sentiasa akan mendoakan kalian dalam menyelesaikan misi-misi kita mencapai redha Ilahi. Jangan kalian segan, jangan kalian malu, aku sahabat mu, senang dan susah. Diskusi air mata kita, mudah-mudahan mengeratkan lagi ukhwah yang kita bina. Seperti kataku, "Aku bukan lah hebat untuk kalian, tapi aku ingin membuat sesuatu yang hebat kepada diriku dan memberi faedah ebrsama kalian."

Sahabatku sayang, dugaan yang ini,duagan kita bersama, baikkah kita, jahatkah kita, itu hanaylah dugaan kecil untuk kita. Doaku, moga-moga dugaan ini tanda cinta Allah buat kita hambanya. Hati-hati kita ini, semailah dengan cinta akannya, bajailah ia, jangan disia-siakan anugerah Allah kepada kita.
Sayang kalian.

Oh, GTG! Ada yang mengganggu pulak.Ish. Habis hilang ideas!

Gangguan ini adalah dugaan buat penulis juga. =) Walaupun idea terus hilang, mudah-mudahan dapat menyambungnya lagi.

Salam cinta,SALAM SATU AKIDAH!

\(^_^)/

p/s: I'm listening to nasyid UMMIKU SAYANG!

wah,miss ummi sangat! U i miss u!

Monday, May 3, 2010

LUPA!! ALPA!!

Salam Mujahid Salam Mujahidah

Sepanjang saya mendiamkan diri, macam-macam berlaku. Bertanya pada diri, kenapa jadi begini? Bertanya pada hati, kenapa perlu begitu? Bertanya pada iman, jawabnya: Kerana KITA manusia yang alpa.

Melihat kepada perkembangan dunia IT sekarang, jika dilihat dari sudut duniawi, kita memang sudah berjaya. Sehingga sekecil-kecil budak sudah tau menggunakan computer. Sudah tau apa itu Facebook, Blogspot, Online. Yang dewasa sibuk mencari teman, yang kecil tenggelam dengan dunia game. Benar, siapa saja akan tenggelam dengan keseronokkan online. Sampai berJAM-jam mengadap computer,laptop dan seangkatan dengannya. Dengan kemudahan handphone yang dapat wifi, kesana kemari ONLINE je. Bukan salah kemodenan, tapi salah kita yang tak tau guna untuk kepentingan. Sehingga di facebook sekarang bermacam-macam isu yang dibangkitkan sehingga ada hamba Allah yang alpa ini, menggunakan facebook dan mengapi-apikan ISLAM. Bila manusia terlalu pandai pun susah juga, mereka gunakan "KEFAHAMAN" mereka tentang Islam untuk memutar-belit-kan kefahaman asal.

Allah berfirman: " Barang siapa berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah ( Al-Quran), kami akan adakan baginya syaitan yang menyesatkan maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya dan sesesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka mereka mendapat petunjuk"
(Surah Al-Zukhruf 43: Ayat 36-37)

Ku urut hati-hati yang membengkak, ku tepis jurai-jurai yang menitik, ku pohon padamu Ya ALLAH, Tuhan sekalian alam, selamatkan hamba ini, ibu bapa, adik -beradik, kaum keluarga, guru-guru, sahabat-handai, dan umat Islam yang lain, jangan Kau murka akan kami, jangan Kau berpaling dari kami, kami ingin menikmati IMAN yang tak mungkin dapat menandingi nikmat yang lain yang Kau kurniakan.

Kenapa kealpaan ini kita julang? Kasihan hati-hati kita yang rindu akan Tuhannya. Sakit roh-roh kita yang mahu dekat dengan Tuhannya. Jangan dizalimi jasad-jasad kita yang sememangnya dekat dengan Tuhan. Jauh disudut hati kita Allah jua yang kita cari pengakhirannya. Mata-mata kita rindukan airmata penyesalan, lidah-lidah kita rindukan KALAM ALLAH, hati-hati kita memberontak kecil disudut sana kerana kecintaan kepada ALLAH. Katakan kita benci penghina-penghina Allah SWT, bencikan mereka-mereka yang menghina Nabi Muhammad SAW yang menjadi utusan Allah kepada kita. Kenapa kita lupa kecintaan Nabi kepada kita? Kenapa kita lupa kepada Allah yang selalu memerhati kita? Tidak malukah kita Allah melihat kekejian, kezaliman, kebodohan kita? Diciptakan akal untuk berfikir. Allah tidak pernah membeza-bezakan kita, kenapa kita membangkit-bangkit tentang keadilan kalau kita tidak adil dengan pencipta kita? Persoalan demi persoalan. Tapi hati kita masih kering, masih layu.

Gunakanlah anugerah Allah yang tidak ternilai itu pada jalan yang sewajarnya. Berpada-pada untuk semua kebaikkan. Kesan yang ada pada hari ini adalah apabila kita berlebih-lebih. Dan juga kerana kita tak pandai nak bersyukur. Selalu nak meminta-minta. Situasi ini ada dimana-mana. Kerana kita selalu anggap sesuatu perkara itu remeh dan temeh, maka kita lihatlah akibatnya. Ada duit nak bagi satu dunia tau. Ada duit nak makan BEST2. Kesal dengan sikap manusia, yang suka nak menunjuk-nunjuk dengan apa yang mereka miliki. Kalau sekali-sekala nak menikmati kemewahan, memang tak salah, tapi jangan melampau-lampau. Kita kena berpada-pada. Semua nak. Semua nak bolot. Semua nak sapu. MANUSIA~~~~

Hati kita hitam kerana kita selalu beranggapan benda kecil tak emmeberi kesan. Bila dah terlampau banyak kumpul benda kecil tu, maka besarlah ia. manusia, manusia, manusia, seruan apa lagi saya mampu, hanya dengan tulisan inilah, harap-harap timbullah sedikit kesedaran. Allah tak pernah lupakan kita, jadi mengapa kita sanggup melupakanNYA? Bukan sekali kita lupa kepada ALLAH, tapi berkali-kali. MasyaAllah.

Manusia BISING bila manusia-manusia menghina pemimpin kita, menghina RAJA kita. Lupakah kita mereka itu juga HAMBA ALLAH YANG MAHA ESA! Mereka juga manusia-manusia kecil seperti kita cuma Allah memberi dugaan kepada mereka dengan pangkat dan harta yang mereka miliki! BANGUN UMMAT NABI MUHAMMAD! BANGUN! Buka mata kita. Kenapa dibiarkan manusia JAHIL itu mengutuk PENCIPTA KITA, PEMILIK MAKHLUK SEKALIAN ALAM? Ya Allah kudrat hamba ini tidak seberapa untuk menghalang kejahilan mereka. Kudrat ini terlalu kecil dimata dunia. Hati ini sakit melihat mereka bermain-main dengan NAMAMU yang hamba CINTA. Tangan ini menggengam bara yang tiada harga di mata dunia melihat CERCAAN mereka terhadapMU. Ya ALLAH perkenanlah doa-doaku, doa-doa hambaMU yang sakit melihat kejahilan dunia.Kekejaman dunia. Kepahitan dunia.

Cuba langkah kehadapan, ayuh sama-sama ringankan hati, ringankan lidah, ringankan tangan,

Lihat DISINI

Lihatlah bila "kepandaian" disalah guna!
 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com