Tuesday, October 19, 2010

Ladies and gentlemen =)

Assalamualaikum =)

Baru-baru ini dapat mesej keluhan seorang sahabat. Kelakar pun ada, tapi itulah kehidupan. Kalau hidup tak complicated, tak seronok la life kita kan? Apa-apa pun kita yang mencorakkan kehidupan kita. Kita yang menentukan bagaimana putaran hidup kita. Pernah dengar tak orang kata orang perempuan ni comlicated? Ala, common la tu. Baik perempuan atau lelaki, mereka dengan cara mereka yang mana kedua-duanya sama compicated sama complex. Kan?

Yang sorang ni pulak duk membebel, kalau orang perempuan nak pakai pencuci muka pun sampai kena ada dua. Yelah satu pencuci muka, satu lagi scrub. Tapi lelaki pun ada yang pakai kan? Nak guna tuala pun kena sampai dua. Satu untuk mandi, satu untuk lap muka. Yela, tuala mandi jangan la buat lap muka. Kebersihan lebih terjamin baru lah tak naik jerawat. Hehe! Itu baru sikit katanya. Kalau tengok bilik mandi perempuan, penuh kabinet toilet dengan syampunya, conditioner, shower and apa-apa saja untuk menjaga kulit. Kalau yang suka pink mesti towel pink, syampu pink and bla bla bla yang aku dah lupa apa yang dia omelkan. Tapi iti bukan perkara besar, orang lelaki kalau minat gadget, kereta, motor, handphone and so on, ada orang perempuan bising? Sama je la kita ni.

Kalau masuk bilik perempuan katanya, atas meja solek tu, bersusun barang. Ubat jerawat, pelembab muka, pelembab bibir, lipstik, eye liner, compact powder, pelembab siang dan malam, deodorent pun siang dan malam and macam-macam lagi. Bukan ke membazir? Tak bersyukur ke dengan kecantikan Tuhan bagi? Ni lagi satu hal dorang nak banding. Hello, itu bukannya lebih-lebih, kalau aku pun selagi benda tu menjadi keperluan, aku guna, takda masalah. Bersolek dengan menjaga satu benda yang berbeza. Menjaga kebersihan, benda yang tak nampak. Bersolek orang nampak. Kalau macam aku yang tak bersolek kira masih bersyukur sebab tu menjaga :P Hehe~

Baju pulak, satu colour nak banyak-banyak. Kalau baju dah banyak, tudung pun nak banyak-banyak. Haiya, itu pun soalan berbangkit ke? Dah tu, kalau tudung satu je satu colour, cepatlah buruk tudung tu. Kan rugi? Kalau lelaki pulak, nak pakai baju mesti yang mahal-mahal. Budget baju untuk lelaki mana ada yang murah. Betul tak? Orng perempuan tak kisah, dekat Jalan TAR pun boleh shopping baju dan lebih-lebih lagi tudung. Boleh rambang mata hanya dibawah panas terik. Kalau lelaki? Mana pandang tempat-tempat macam tu. Baju Melayu pun nak pakai brand Orlando. Orang perempuan? Rilek sudah, asalkan padan dan senang dan paling penting sila berpakaian menutup aurat. :) Jadi, lelaki dan perempuan masih sama kesukarannya kan?

Bab perasan, feeling2, touching and what so ever tu, memang lah beza. Dah nama perempuan ni lembut. Kalau nak kasar-kasar, baik tak payah jadi perempuan kan? Jadi lelaki lah. Habis kalau semua nak kasar, alamak aih, tak ke boring? Perempuan kasar, lelaki kasar, tak seronok life kita. Tapi bukan keseronokkan point penting, tapi kelengkapan yang menjadi lumrah kita. Kalau tak, perempuan takkan boleh beranak kalau mereka kasar. Perepmuan dijadikan lembut sebab mereka secara automatik adalah lebih penyabar. Bukan begitu? Dan orang lelaki takkan boleh jadi suami, kalau mereka tak cool dan tegas. Sebab itu sabar perepmpuan beza dengan sabar lelaki. Kalau tak macam mana Allah nak serahkan talak kepada lelaki? Klau perepmpuan yang diberi keistimewaan memegang talak, pasti dalam sehari 30 atau 40 kali menajtuhkan talak. Bercerai berai lah rumah tangga, roboh la institusi kekeluargaan dan hancurlah kehidupan manusia.

So, kenapa perlu nak bisnig sana-sini nak omel pasal perempuan dan lelaki?Dah kita memang tercipta begiu.Cuma bagaimana cara kita mejalani kehidupan kita.Oke lah. Perempuan-perempuan dan lelaki-lelaki, silalah ambil yang jernih buang yang keruh. Sebab kita dah ditakdirkan untuk melengkapi(tapi bila dah kahwin la) jangan gatal-gatal nak berangan sekarang. Hehe!



so sila fikir-fikirkan ^^,

Monday, October 18, 2010

Layak ke?

Assalamualaikum =)


Saja lah nak berkongsi sikit kisah dekat masjid masa kuliah agama dari ustaz adam.Kuliah dimulakan dengan soalan-soalan terkumpul yang tak sempat nak dijawab.Dipendekkan cerita ada satu soalan yang lebih kurang macam ni bunyinya: "Adakah kita boleh berimam dengan orang yang menzahirkan dosanya? Contoh: Keluarga yang tidak menutup aurat dan tidak menegur, merokok, dan (tak dapat nak mengingat)."

Anyway, sebenarnya sedar atau tidak semua tu bergantung atas kita, berapa ramai anak-anak ustaz dan ustazah tak menutup aurat?Dalam masyarakat kita sekarang, semua ini menjadi fenomena biasa.Cuma kita yang membutakan mata kita.Tapi persoalannya bukan salah ustaz dan ustazah pada nama kerana kalau kita lihat sekarang, yang memohon jadi ustaz dan ustazah dalam kementerian adalah hanya untuk cukup syarat untuk dapat kerja demi masa depan.Ada ilmu, tapi tak beramalApa ni?Seharusnya kita tahu, sedar dan buka mata kita seluas yang boleh.Aurat?Bagi keluarga yang sudah mempunya ipar duai, seharusnya mereka tahu yang aurat sesama mereka perlu di jaga melainkan mereka adik-beradik.Tapi adik perempuan dan
abang ipar, perlulah mnejaga batas-batas aurat.Begitu juga adiik lelaki dengan kakak ipar.Tapi berapa ramai yang cakna?Dan adakah kita mengambil langkah?Menegur, menasihat dan sebagainya?Bukan calang-calang orang yang boleh jadi imam kita.Bukan senang nak mengImamkan orang.Ini terutamanya kepada lelaki-lelaki sekalian alam.Walaupun anda kata anda takkan dijemput menjadi imam di masjid atau surau, tapi kalian perlu sedar kerana kalian akan menjadi Imam untuk isteri dan anak-anak kalian.


Ustaz Adam ada mengulas perihal ini.Kalau cakap pasal aurat memang takkan pernah habis.Yang adik bertudung labuh, tapi kakaknya ketat sana-sini.Nak tahu kenapa bila kita nak dakwah orang tapi tak berkesan?Katanya, lihatlah bagaimana keluarganya, maka kita tahu kenapa ianya tak berkesan.Ini bukan menindas niat dan usaha orang, tapi inilah punca keruntuhan sebenarnya.Bila kita mengabaikan keluarga, dan mengajak orang.Apabila keluarga seesorang pemimpin atau pendakwah itu terjaga auratnya, terbatas pergaulannya, terpelihara maruah mereka,
maka lihatlah berapa ramai pengikutnya.percayalah.Kalau kita boleh isi borang biasiswa dengan sempurna dan mengikut prosedur kenapa tak dengan hukum hakam dan kehendak Pencipta kita?Kan?Jadi, lagi sekali nak ditekankan, bukan senang nak jadi imam.Bukan boleh main pilih-pilih je imam kita baik lelaki atau perempuan.


Ingat, jangan senang-senang nak suruh orang jadi imam, dan berimamkan dengan orang.Tapi jangan sebab kita was-was sampai langsung taknak berjemaah.Pelihara diri kita.Pelihara keluarga kita, pelihara rakan-rakan kita, jiran-jiran dan sebagainya!Oke?Sama-sama kita kembali ke jalan asal kitta.Sama-sama kita menuntut ilmu untuk menjadi bekal dunia supaya kita tak tertipu dan terpedaya dengan sandiwara dunia supaya kita dapat kumpul bekalan untuk akhirat. Wallahualam.Anyway, yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari diri sendiri.Maaf kalau ada tersalah kata dan terkasar penulisan.Kalau salah dan ingin tambah silalah tinggalkan komen :)


P/S: Jawapannya adalah kita tak boleh berimamkan dengan orang yang da menzahirkan dosa dan kita sahih dengan kesalahan yang dia lakukan. Berdosa atas kita dan juga imam tersebut. So jangan kumpul dosa ;)




Imam dan jemaahnya :)

Sunday, October 3, 2010

Kebenaran terbongkar

Assalamualaikum! =)

Akhirnya aku tahu kenapa tulisan boleh jadi HITAM even aku dah letih-letih touch up supaya warna-warni dan lawa macam aku.Haha!
Rupanya sebab update dekat google chrome!Bukan pasal HTML yang aku edit untuk buat protected entry dan segala macam yang aku edit dan tambah dekat HTML code tu.
Biasa lah.Buta IT.HAHA!
Terpaksa la aku update dekat mozilla.Reasons kenapa aku tak suka guna mozilla firefox ni?:
+lembab.
+aku xleh kecil dan besarkan font kalau update blog(tak tau la kenapa)
Aku mana lah pandai benda-benda ni semua.Aku pandai type je.blogger-emoticon.blogspot.com


Anyway, ni aku tukar lagi rumah aku ni.Sejuk la sikit mata ni memandang kan?
Aku lebih suka yang 3 column punya.Tapi, oke la yang ni dari yang warna hijau tu.pakat-pakat gelak dorang tengok aku punya blog.haiya!
Ala, sekarang semua dah canggih.Aku baca tutorial pasal nak buat background and header yang cun-cun.Haiya, naik bengkat mata aku baca.Guna photoshop.Mana la aku pandai.
Haha!blogger-emoticon.blogspot.com

Tiba-tiba aku teringatkan boss aku.Ye, Boss!Kalau bab-bab computer ni, kita serahkan sahaja dekat dia.After spm, dengan dia la aku duk habiskan masa.
Bangun pagi, tengah hari, tengah malam, sampai la subuh, mengadap benda computer ni dengan dia.Dia sanggup tidur lewat sam-sam dengan aku, just nak ajar aku benda-benda alah ni semua.Aku mana nak reti benda-benda ni dulu.Dia la paksa aku google ini, google itu, baca tutorial dia bagi, and masa birthday aku, dia hadiahkan header untuk blog aku!haiya, rindu sama boss.Masing-masing dah bawa haluan sendiri.Kami busy dengan study, so tak dapat la nak jadi assistant dia lagi.Kau pun da lama menyepi di dunia blog.Haiya boss.Hangat-hangat taik ayam je kan kita dalam blogging~blogger-emoticon.blogspot.com

Sesuatu yang buruk baru saja terjadi.OMG!I think I have to stop giving,stast hoping!urh...Live like a loser..Ouh no!Die like a hero~ =.="I have to stop the nonsense!

p/s: Anyone knows what is BACIN?tell me ya!



Friday, October 1, 2010

Pondok Buruk!

Assalamualaikum.

Haih~Banyak pulak komen puaka-puaka komen blog aku buruk.Haha!Taadaaa.Ketahuilah oleh anda, saya juga tak suka new look ni.Tapi tak berapa rajin nak godeh-godeh, usha-usha template cun-cun.So buat masa ni, guna la sekejap.Tenang apa tengok warna hijau.Hehe!Takda ar korang asyik nampak pink je blog aku(blog lama punya memang pink kan plus biru muda sikit.cun seyh!)

Satu lagi masalh, aku tak boleh nak tukar colour font.Bukan main buat warna-warni, last-last HITAM jugak dia keluar.Haiya!

Anyway, macam mana cuti?Aku pulak tengah sibuk transfer file-file penting (movie je banyak :P) ke laptop lain.Ye la, ayah nak hantar umah acik untuk di baiki laptop aku ni.Kurang sihat sikit.Tapi sayang la.Haha!Aku macam tak suka Windows7.Tapi takpa la.Asal laptop ni sihat macam biasa.

Hah, oke la. Sampai sini dulu.Nak sambung download benda-benda cun ni.Cepat-cepat la aku boleh tukar aku punya blog. Daa!





p/s:cari mood nak update :)

macam-macam!



Assalamualaikum =)

Selamat bercuti sahabat-sahabat iium :)
Seronok kan?Me? SANGAT SERONOK!

Beraya lagi tak korang?Me?Still beraya lagi.Tengok ja la sejak balik rumah ni.Hari-hari masak (haha)
Mana tak nya, mengidam macam-macam.Semalam tengok-tengok la dekat draft entry-entry yang tak pernah terfikir nak post.Then dapat idea nak buat protected entry, tapi tak jadi.Yang kelakarnya, ramai lak yang mintak password nak baca.Padahal benda tu tak menjadi.Still aku ja yang boleh tahu.Hahaha!Lepas tu, ramai la jugak pm inbox gmail, mintak nak tahu pasal apa IDAMAN aku tu.Hehe.itu adalah idaman,idaman yang selama ini aku idamkan.Sebab tu bukan semua boleh tahu. :P (tak baik buat orang tertanya-tanya kan?)




Lupakan pasal idaman tu sekejap.Masuk bab lain sekejap.Aku tak paham sebenarnya masalah orang ni.Betul kan.Semakin canggih dunia, semakin susah keadaan.Masalahnya sekarang,aku dah lama bercadang dan berpendapat dan berfikir dan macam-macam lagi untuk mem"private"kan aku punya blog ni.Aku malas dah ada kes orang asyik nak terasa dengan apa aku buat. TAKE NOTE untuk DIRI SENDIRI jugak.Aku kadang-kadang terfikir, bila kita terlalu menuetralkan sesuatu keadaan, akan buat lebih ramai yang termakan cili dengan kenyataan kita.Boleh jadi fitnah, boleh jadi perbahasan, boleh jadi perpecahan keluarga dan kawan-kawan.Hah!dan dipihak aku, ada sesuatu yang sanagt buat aku terasa sampai sekarang.Malah seboleh-bolehnya, aku nak menghindarkan diri.Aku ni manusia biasa, kadang-kadang aku mengambil keputusan untuk melarikan diri dari benda tu.Kalau mampu lupa, aku lupa, kalau tak, aku pendam.

Dan sekarang tengah belajar menjadikan HIDUP itu suatu ACCOUNT yang mempunyai PASSWORD.Ya betul, barulah hanya aku yang mampu nak ACCESS semua tu =) dan anggap sahaja orang-orang yang tahu adalah HACKER-HACKER yang hanya perlukan aku dalam hidup mereka.HAHA!Dorang hack kita bila dorang rasa kita ini berkeperluan dengan mereka.Betul bukan?Hehe!



Bila sampai rumah lepas exam, rasa macam teruja lak dapat banyak kad raya.Hey guys, thanx a lot.And tulis la nama, nanti senang nak tahu siapa.ni ada ja yang tak tulis nama, jadi susah otak aku nak berteka-teki.Yang tak tulis nama hanya sorang aku kenal, iaitu Cik Efa.Than Cik Mira, Cik Sara dan A bukan nama sebenar.Aku tulis dorang sebab dorang readers blog aku yang malas nak update ni :) (Kan kan kan.korang baca kan? =.=") Tak kiisah la.Yang lain pun sama.Thanx sangat-sangat.Value kad raya ini sanagt lah tinggi.Cewah.

Ni kisah roomates saya yang comel (sikit je).Hehe.Terbaca la blog PUAN siti tu.Dia buat entry touching-touching lak.Ya la, sampai leleh air hingus aku and zaty baca tau.Sampai rasa tak sampai hati nak balik hari tu.Hehe.Ye la, semua orang suka budak-budak bilik kita kan.haha!Siapa tak tahu bilik kita bising?Bilik kita ada macam-macam bunyi, tapi itulah yang orang tak dapat kat bilik lain.Haha.Bunyi maksdu aku tu, bunyi EHEMMMM~HAHAHAH!Walaupun dengan zaty baru 4 bulan kita bersama, tapi cukuplah untuk kami saling kenal dan mengenali.Kan Kan KAn?Kalau siti tak da, aku dengan zaty je oa dalam bilik.Gurau sana, gurau sini.Kadang-kadang masuk Cik Baah Bie skali.Bilik kitorang sentiasa meriah dengan kehadiran orang-orang lain.Dan dah lama sebenarnya roomates kedua aku tu tak datang.Beliau itu adalah cik efa dan cik sara.Cess.Apa-apa pun, kita jumpa lagi.Cuma takut dah tak seakrab sekarang.Hehe.Memandangkan aku selalu je sakit, so mak cik dua orang tu selalu lah marah-marah aku suruh makan ubat.haha!Macam siti mention dalam blog dia, aku ni penakut gila makan ubat.Bila kena suruh, terpaksa buat muka cemberut nak telan.Haisshh~Syang sebenarnya korang dekat aku kan.hehe!Aku pun SAYANG jugak.Eww.Nanti text-text la aku.Hehe.Baik siti atau zaty, semuanya memahami aku.Aku macam rindu lak gelak-gelak dengan korang hujung minggu.Time-time mata kita semua dah ngantuk, mula la masing-masing buat hal.Kelakar dan rindu!

Dan aku kat rumah, sedang merancang aim untuk cuti ini.Walaupun dalam hati Tuhan je tahu betapa aku bimbang nak tunggu result math aku!Bimbang sangat!!!Aku tahu aku tak boleh jawab ahri tu.Tolong ya doa kan aku sangat-sangat.Aku tak nak dah menjejak kan kaki kesana.Dan aku pun xsangka sampai aku study math lagi takut kena resit bila tengok result!Ah!Benci!Tolong sangat-sangat doakan aku lulus math hari tu!Mimpi ngeri dah aku sekarang!

Hah!Takut korang! :P

Oke lah, sehingga aku rajin, aku kan update lagi!Tunggu la aku dah pandai, baru aku post entry-entry mahal aku tu :P
 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com