Friday, July 2, 2010

Jangan Mengeluh Sebelum Melaksanakan.


Assalamualaikum.

Seinfiniti kesyukuran lagi.Alhamdulillah.Bukan senang nak berlapang dada atas sesuatu kejadian sama ada bakal berlaku,sedang berlaku dan selepas berlaku.
Betul tak?Tepuk dada,tanya lah hati beserta iman.

Kadang-kadang kita ni cepat sangat mengeluh bila diarah buat sesuatu.Tak tujukan kepada ssesiapa pun.Cukup menilai diri sendiri.Hari ini bila dapat tahu ada tugasan yang bakal dilaksanakan, beratnya terbeban di kedua-dua bahu. (eh, berat dosa ke, berat lemak?)--Iklan sekejap--

Istighfar seketika.Kenapa?Adoi.Kerja tak start lagi dah mengeluh.Mana boleh!(semangat ni)
InsyaAllah, tiba-tiba hati rasa senang menerima.Entah berkat doa siapalah yang ketika itu sedang berdoa untukku, tiba-tiba Allah seakan-akan memberi kelapangan buat diriku menggalas tugasan tersebut. Alahamdulillah.Hanya Allah yang tahu.
Ya! Yang penting ssetiap perkara yang kita lakukan, sertailah bersama hati yang ikhlas.
Hari ini rasa ada suatu kepentingan yang kadang-kadang mata ni buta buat-buat tak nampak.

Terima kasih buat roomate cik siti sebab meneman saya mandi walaupun selepas itu ditinggalkan.
Terima kasih untuk mak guard (tak tau nama) sebab teman saya semasa nak lalu depan Abu Bakar College( ABC).
Mungkin atas jasa-jasa mereka yang ikhlas tolong saya ni juga, saya peroleh perasaan yang baik hari ini. MasyaAllah, Maha Besar Allah!
Terima kasih jugak dekat Zaty, sebab dia juga menjadi asbab kepada saya untuk menjadi rajin.(serius kerja selalu siap)
Areefah dan Sarah yang kadang-kadang menjadi roomate sementara tu!Korang datang meriah bilik!
Alhamdulillah.Dapat kawan-kawan yang sangat cakna dengan kita.
Inilah kawan, nak berjaya, biar bersama-sama!
Sayang korang!

InsyaAllah, study plan ni akan di "FOLLOW UP" dengan reminder yang tak putus-putus dekat handphone.(tiba-tiba handphone memberi sumbangan dalam study)
Semakin kita busy, semakin kita menghargai masa. Jangan bila busy, solat entah kemana, zikir yang sikit entah kemana. Bila kita jaga hubungan kita dengan Allah, Allah pasti akan menjaga kita.

Selamat Berjuang Wahai Mujahid-Mujahidah!



P/S: good luck exam next week untuk cenfos student!

2 comments:

Nur Areefah said...

erk..
apesal tak tulis nama siti menjadi penghilang keGIGIlan? XD

eida said...

haha..kena tulis ye??
kau ni dah di serang virus gigil la weh....
haha!rosak betul..
kah3!
siti xpaham bahasa kita pun!

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com