Monday, January 31, 2011

Perah otak dan juga blogger?

Assalamualaikum :)

Sekali lagi menulis entry baru.Tengah-tengah malam macam ni, internet sangat bagus.Suasana sejuk lagi mendamaikan, mampu membuat otak berputar ligat untuk memerah otak memikirkan macam mana nak ada idea menulis entry baru setiap hari.Ni hari-hari online, tapi selalu takda idea.Salute lah buat blogger-blogger yang satu hari dua tiga empat lima enam entry dorang post.Aww!

Ini membuktikan, blogger seorang yang kreatif.Susah kot nak update blog kalau takda idea nak tulis apa.Ingat senang ke?Kalau tak, dah lama follower aku ramai(haha) Memain je.Tapi betul, penulis dalam erti kata lain, sangat lah perlu menjadi seorang yang berfikiran tajam supaya sentiasa manfaatkan sesuatu disekeliling mahupun di mana saja, supaya idea yang datang daripada otak yang waras dapat ditulis dengan baik dan gilang gemilang di dada blog masing-masing.





Sekarang, kecik besar tua muda, semuanya berblogging!Ada satu blog ni, dia budak lagi.Maish berumur 8tahun kalau tak silap, dah pandai blogging.Dan apa yang dia tulis, memang sah-sahlah tak macam orang dewasa macam kita, tapi kenapa ramai yang baca dan suka blog dia?Sebab apa yang dia tulis lekat kat hati.Kata orang, bila sesuatu yang ditulis itu ikhlas, maka apa yang disampaikan nya juga akan sampai ke hati.:) Wah, bagus la.Nanti aku cari balik link budak tu.

Blog merupakan satu medan untuk kita melontarkan idea dan pandangan masing-masing.Sepatutnya sebagai seorang penulis kita perlu menerima kutukan dengan hati terbuka walaupun kadang-kadang hati akak sentap dengan apa yang dorang tulis.Nak buat macam mana, kita penulis dengan pandangan kita, yang membaca turut mempunyai cara dan kefahaman mereka.Tapi, kadang-kadang, menjadi tukang komen perlulah wajar bila mengomen.Sudahlah menggunakan identiti sebagai anonymous, pulak tu, mengomen, memang dush menusuk kalbu yang paling dalam!Haha!Tapi takpa, akak redha, mana baik kita ambil, mana salah akak betulkan.Thank you.Kerana komen adalah nadi blog bagi akak. :)

Paling kontroversi, ada jugak blogger yang sanggup gaduh-gaduh sambil buat entry berbalas, iaitu kau kutuk aku, aku kutuk kau.Hoho!Panas,bertambah dahsyat!Takut bila baca.Takpa lah, dorang punya blog, dah itu gaya mereka, suka hati mereka lah.Bagi I,tak perlu lah macam tu.Kitakan sama-sama kongsi hobi iaitu menulis.Jadi tulislah sesuatu yang bermanfaat hatta benda tu sekecil zarah, tapi kalau bermanfaat, insyaAllah, ada berkatnya penulisan kita.Kan?

Oke lah.Sampai sini je sesi perah otak.Mata akak dah nampak bintang-bintang.Laptop pulak dah kelihatan seperti ada tiga didepan mata sambil menari-nari.Haha!

Jumpa lagi, Happy blogging! :)


p/s: jangan lah sampai tension macam gambar ihsan dari abang google di atas :)

Surat Cinta

Assalamualaikum :)

Sekarang dah pukul 1.08am masa mula-mula aku start menaip.Ceh, dah lewat malam still tak dapat lelap.Ye la, petang tadi aku tertidur didorong suasana sejuk yang amat lagi nyaman.Dah dua hari hujan tak henti-henti.So sangat la best :).Naib baik esok takda kelas, dapat la mencari idea untuk menulis hari ini.Anyway, hari ni dah masuk 1 Feb 2011.Cepat betul masa berlalu.Pejam celik pejam celik dah masuk bulan kedua.Yaw!

Memandangkan sekarang dah masuk bulan feb, jadi ini bermakna sem juga bakal tamat.Macam best kan?Tapi kenapa aku rasa macam sedih pulak nak habis sem ni.Macam ada sesuatu yang tertinggal dan tak terlaksana oleh aku.Jadi dengan itu, setelah dua minggu aku berfikir dan membuat perancangan, akhirnya, semalam siaplah satu surat cinta yang ditaip penuh kasih sayang yang melimpah ruah buat seseorang yang aku rasa aku banyak terhutang tanggungjawab.Semoga dengan kehadiran surat cinta itu nanti, dia tak slah faham dengan niat aku yang baik :) InsyaAllah, kalau kita ikhlas, Allah akan permudahkan jalan kita.Kan?

Jadi sehingga pukul berapa entah,sambil-sambil berfacebooking, aku menaip surat dengan penuh hemat agar penulisan dan penyampaian aku mudah difahami.Hehe!Amin.Sayang kot kalau dia tak faham apa yang aku cuba nak sampaikan.

Korang pernah dapat tak surat cinta?Tak kisahlah daripada siapa-siapa pun.Kalau budak U aku, surat cinta juga boleh datang dari pak guard yang bermaksud "surat saman".Haha!Susah nak definisikan apa itu surat cinta.Boleh jadi boyfriend hantar kepada girlfriend and vice versa, kawan kepada kawan dan sebagainya :) Dan akak nak hantar kepada seseorang yang sangat akak terhutang tanggungjawab.Hehe!teka jangan tak teka.Semalam kat facebook pun sibuk dorang nak sama surat cinta.Haha!Bukan ank berteka-teki, tapi akak tak mau lah ada orang yang berharap.Haha!Oke, sumpah nak muntah.Bukan surat "cinta" itu.Tapi lebih kepada tanggungjawab :)

Lagipun, tujuan aku tulis surat cinta ini, supaya dia tak jauh dari aku.Tak jauh daripada daripada benda tak sepatutnya :) Aku berharap dan berdoa macam tu.Sebelum sem ini tamat, aku pasti akan selitkan surat itu kepadanya.Dear darlingssss, please understand it.The truth that Ican't tell you face to face.I'm not such a brave as my writing.Sorry babies :) See ya another 7 months.And please do feel that you are being appreciated with that letter :) Because I love you, so that I wrote it down!And dear darlings, walaupun medan magnet menolak kehadiran aku disisi kalian, tapi momentum cinta ku pada kalian tidak bisa menghalang dari surat itu sampai kepada mu :)

Readers, with bless, pray for me and my darlings :) Thank You!Happy blogging!


p/s: sedang berfikir macam mana nak menghadapi situasi selepas surat itu sampai ke tangan mereka :S

Sunday, January 30, 2011

Sayang




Ini bukan nak ucap hari raya :P
tapi ni je gambar yang ada dalam laptop.
yang lain dalam hd.malas nak ambil :)
Assalamualaikum.

Dalam hidup ini, tiada siapa yang lebih penting melainkan keluarga.Hidup kita hanya bergantung dengan keluarga.Impian, cita-cita, harapan, doa dan sokongan semuanya dari keluarga.Bukan maksud aku Allah dibelakangkan.TIDAK.Selepas Allah dan Rasul, keluarga pasti menjadi keutamaan kita.Yang mana, tanpa keluarga, hilanglah punca dalam hidup kita.

Contoh orang yang mempunyai masalah keluarga, pasti dia rasa kehilangan dan hilang tempat bergantung dan seterusnya mendorong ke jalan kemungkaran.Bagi yang punya akal panjang, pasti mencari kebenaran.Tapi kalau dikira peratus, memang sikit.Selebihnya membuat halaun masing-masing mengikut dorongan hawa nafsu.

Bila tiada siapa disisi, walaupun tiada keluarga, jangan lupa Allah sentiasa bersama kita tanpa hilang walau sesaat.Tapi, itulah kepentingan hidup.Kalau mereka keseorangan, pasti hilang tanpa arah.Aku mohon diberi kebahagiaan,keharmonian dalam keluarga, kasih sayang berpanjangan demi bonda dan ayahanda tercinta.Tika hidup dimamah usia, mata mulai kabur,kudrat kian hilang, aku mohon Ya Allah, berikan mereka hidup yang bahagia di dunia dan akhirat.Berikan mereka sakinah didunia mahupun akhirat yang kekal.Mahabbahkan kami adik-beradik,supaya mampu mendoakan orang tua kami.






Sunday, January 23, 2011

Saya bukan seorang HERO

Assalamualaikum :)

Boleh tak aku cakap "saya bukan hero"?Bukanlah selalu, tapi untuk kadang-kadang aku bukan lah hero.Aku juga punya keinginan untuk melakukan kerja aku.Aku bukan mengelak.Tapi kadang-kadang aku memang tak tahu macam mana nak tolong korang.

Ni bab paling aku tak suka(touching).Aku tak kisah berapa juta soalan pun kau bagi aku, sebagai seorang yang sangat pendengar dan juga sangat susah untuk berkata tidak, aku pasti akan menolong sedaya upaya dengan kudrat dan pengetahuan yang diberi.Masalahnya, bila kau tanya aku soalan, kau serahkan bulat-bulat soalan itu untuk aku selesaikan.Walhal, aku juga macam kau.Aku pun bukan pandai sangat.Aku cuma diberi kelebihan sebab aku suka tengok contoh orang, jadi aku ada idea.Tapi bila buat, ada je error.So jum lah buat sama-sama dengan aku. Nerd nya aku asyik mengalah dengan orang.Bukan tak ikhlas, tapi janganlah sampai serah kerja bulat-bulat.Pelik bukan?


Ada lagi, aku paling tak suka orang lepak-lepak bilik aku lama-lama.Walaupun aku bukan ulat buku yang selalu mengadap buku, tapi aku sangat tak suka bila aku nak beraktivi dalam "bilik aku SENDIRI" orang datang lepak-lepak, borak-borak kosong lama-lama.Aku ada benda nak buat.Aku hanya akan buat kerja bila takda orang sebab bila ada orang takkan aku nak buat kerja sendiri tanpa layan korang?aku masih punya adab tatasusila.Aku hormat kau, kau pun hormat lah aku(aci ke buat permintaan ni? :P) Aku bukan hero yang sentiasa menyenangkan.Maafkan aku kawan.

Bercakap soal adab, aku sangat menjaga perilaku.Sebab ummi aku selalu cakap, macam mana perangai kita kat rumah, macam tu jugaklah perangai kita kat luar.Bukan nak suruh orang impress dekat kita, tapi seboleh-bolehnya, bila beradab, orang pun akan suka kita.Pertama, aku tak suka tutup pintu kuat-kuat,ambil barang hempas-hempas,tarik kerusi kuat-kuat, aku sangat takut orang terganggu.Bila aku tak suka, tak semestinya orang lain suka kan?Itu lumrah, selagi aku dapat tahan, aku tahan.Kedua, aku tak pasang lagu kuat-kuat.Kalau aku pasang kuat-kuat maknanya aku balas apa yang korang buat.Itu tanda aku tak suka.Sebab aku tak buat benda yang aku tak suka apalagi yang mengganggu ketenteraman awam.Ketiga, kekemasan.Dulu budak-budak yelah kalau aku ni memang jenis bersepah.Dah besar panjang, takkan nak macam tu.Walaupun bilik aku takda penyapu, aku tetap sapu guna surat khabar dan lap debu guna tisu lembab yang aku beli untuk muka.(lantai sama taraf dengan muka aku ke?erk.mahal den boli.)Bukanlah nak cerewet kan?Huhu!

Memandnangkan sem ni aku memang free sangat-sangat, jadi baju-baju aku basuh tangan.Kalau dulu,hujung minggu masuk mesin basuh.Baju kurung yang kain sensitif je aku basuh tangan.Kalau tak belasah je masuk mesin basuh.Berjuta kali ummi marah pun, aku dah terbiasa :).Tapi itu dulu, sekarang dah bagus, basuh guna tangan.Masalahnya, ada kadang-kadang aku terpaksa kosongkan tempat mencuci sebab dorang suka penuhkan baldi rendam baju dorang.Aku nak membilas macam mana?Lepas tu kena angkat balik, takut dorang marah letak baldi dorang kat bawah.Haiya.Aku bukan hero.Takpa, lepas ni aku pakai uniform pekerja am, so korang takleh marah dah kalau aku alihkan. :P

Dan akhir sekali, aku paling tak suka berkongsi tempat simpan barang.Maaf sangat-sangat.Bukan malas nak tolong, tapi rimas.Ingat aku kuli ke nak bawak kehulu-kehilir barang kau?Biasanya perkara ni jadi time nak window shopping ataupun kuar jalan.Biasalah, dalam handbag aku semua ada.Tisu,pen, moisturizer lip or face, tisu lembab untuk memudahkan before wuduk, payung(kalau ingat) dan macam-macam lagi.So sangat beratlah handbag aku tu.So aku sangat tak suka orang nak tumpang-tumpang barang dalam handbag aku.Lepas tu, time kau nak bayar duk mintak dengan aku barang kau.Aww, sangat tak cool aku masa tu.Itu baru handbag, satu lagi aku suak kumpul paper bag yang lawa-lawa lagi comel itu.Kalau aku boleh korbankan duit untuk beli paper bags tersebut untuk letak barang aku, asal kau suka-suka hati nak tumpang?Kalau malu beli barang yang bagi plastik warna-warni tu, lain kali beli paper bag sendiri.Aku pun nak letak barang aku.Then kau suka-suka hati nak menambah berat barang aku?Erkk.Lagi aku anmpak tak cool amcam mak-mak bawak barang banyak.Kau nak jaga imej, jangan rosakkan imej aku dengan menjadi superhero kau.Tak cool oke? :P


Maafkan aku kerana terlebih emo untuk entry kali ini.Bukan apa.Kadang-kadang kita tak mampu nak penuhi kehendak semua orang.Memandangkan aku bukan jenis berani berterus-terang yang aku tak suka demi menjaga air muka kau, kau dan kau, dan juga persahabatan kita, aku tulis la kat sini.Maaf ya.



Thursday, January 20, 2011

Sindir Menyindir

Assalamualaikum :)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci membenci, dengki
mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah
yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya
lebih dari tiga hari lamanya. [Bukhari & Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah
s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk,
janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar
orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian
yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang
bersaudara. [Bukhari & Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Ayub al-Ansari r.a katanya: Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w bersabda: Haram bagi seseorang muslim berkelahi dengan
saudaranya lebih dari tiga malam, apabila keduanya bertemu saling
memalingkan mukanya. Sementara itu, yang terbaik di antara keduanya
adalah mereka yang mula mengucapkan salam. [Bukhari & Muslim]

Apa yang kita faham tentang budaya sindir -menyindir ni?Aku rasa zaman sekarang orang dah terbiasa sangat dengan budaya ni.Dari dulu sindir-menyindir seolah-olah sinonim dengan kita.Aku juga kadang-kadang menggunakan sindiran dalam penulisan.Tapi boleh ke nak menyindir kalau tak bersebab?Atau sekadar menyakitkan hati satu sama lain?Erk.Jum muhasabah!

Apa yang kita dapat simpulkan daripada hadis-hadis di atas ialah:
  • Jangan membenci antara satu sama lain
  • Jangan sindir-menyindir
  • Menggunakan perkataan yang baik apabila berkata-kata
  • Tidak menghebahkan perkara-perkara buruk seseorang
  • Tidak mengambil kesempatan keatas perniagaan orang lain
  • Tidak bergaduh sesama sendiri melebihi 3 hari
  • Sentiasa berkehendak menjadi orang yang pertama dalam mengucap salam
Jelas sudah daripada hadis-hadis tersebut, jadi kenapa kita nak membudayakan sindir-menyindir kan?Mungkin ada hati-hati yang keras, bila kita menegur secara berlembut mereka kurang untuk menerimanya, kerana sindir-menyindir adalah menggunakan ayat disebalik perbuatan mereka kadang-kadang mampu buat mereka sedar akan kesalahan mereka.ini semua bergantung kepasa individu macam mana nak mengaplikasikan nasihat tu kepada seseorang.

Kita dijadikan Allah bukan untuk dipersiakan.Tergalas dibahu kita satu tanggungjawab besar iaitu menjadi seorang khalifah yang mampu memakmurkan dunia.Kenapa?Kita dikurniakan akal untuk berfikir dan bertindak waras dalam setiap hal dan tindakan.Mana mungkin kita persiakan kewarasan yang dianugerahkan bukan?

Apa guna menyakiti satu sama lain?Lebih-lebih lagi dengan lidah.Sebab lidah lebih tajam daripada pedang.Mampu menghiris hati manusia hanya dengan berkata-kata.bisa bukan?Berapa ramai yang sudah berpecah belah hanya kerana kata-kata yang menyakitkan?Bak kata pepatah "Kerana pulut santan binasa, kerana mulut, badan binasa" Mampu merosakkan institusi kekeluargaan, persahabatan dan rakan sekerja.Wah, hebat betul mainan lidah kita.

Akhir sekali,maafkan kalau sebelum ini aku pernah menyakiti kalian.Mahupun dari sudut bicara ataupun penulisan. :) Sentiasa membersihkan hati, memelihara lisan dan berfikir sebelum bertindak.

Ini video dari rancangan Oh Yeah!Dimana Prof Sir Tap Hatemaknak mengatakan kita patut mengamalkan budaya sindir menyindir untuk jaga perhubungan sesama kita.Erk.Tak apa.Yang mana baik kita ambil, yang mana buruk, kita tinggalkan.Kerana realitinya bukan macam apa yang dikatakan.Lebih banyak pergaduhan.Itu sabda Nabi Muhammad, bukan aku.Jum tengok video ni :)


"Mata keatas, tangan ke bahu"

DANIEL ADIE GIVEAWAY: Diary Motivation 2011


Assalamualaikum :)

Anyway ni first time join Give Away ni.Dulu aku dah pernah mention dalam entry silent reader pasal giveaway ni kan.Akhir sekali, aku join sebab telah di tagged oleh rakan blogger.

Pemilik blogger ini bernama Daniel Adie.Dia buat contest ni sebab dia nak share this special diary.Memandangkan aku memang suka diary, so aku rasa, boleh lah aku join contest sulong ini.Takut-takutlah bertuah, boleh lah jugak menang.Dapat lah hadiah special dari Daniel Adie ni.:)

Contest ni akan berakhir pada 27 January 2011. So aku nak tagged Raji dan Mr. Right~

Nak join sila klik SINI :)








Monday, January 17, 2011

Ke"GHAIRAH"an Mereka!

Assalamualaikum. :)

Hari ini internet laju sikit dari biasa.Seronok je boleh online time-time macam ni.Aku baru je siap mengemas barang untuk pulang bercuti di rumah sempena thaipusam.Agak sedih sebab hari ini jadual final exam dah keluar.You know what, math falls on 24 of february!The last day of examination is on 25!God, apa aku nak buat lepas raya cina tu?time tu ada revision week.Memandangkan aku hanya ambil satu subjek je, so aku ambil keputusan untuk berada diruma sampai 20 february.HAHAHA! :p Chill ya kepada budak-budak cenfos yang lain :)

Oke, alkisahnya tajuk macam "HOT" sangat.Tak tahu lah orang lain rasa hot ke tak, tapi bagi aku ya.Sebab aku tak suka guna perkataan HOT.Hehe!Mereka?Siapa mereka?Kenapa dengan mereka?Apa yang mereka ghairahkan?Jeng jeng jeng.....Hari ini MRC ZC buat talk pasal zina,pornography dan cinta sejenis.Hot bukan?Dosa-dosa besar tu.Tapi berapa ramai je yang datang tadi.Sebenarnya talk tu tak wajib pun, open kepada siapa saja yang nak datang, tapi sayang, takde orang sampailah lecturer buat announcement yang "To those in rooms,You are required to come down and don;t make our presenter waiting".memalukan!Mana anak-anak muda ni?Dorang taknak turun ke?Aku ada usrah yang memanggil menyebabkan aku tak boleh nak dengar talk tu.Talk tu hanya open untuk perempuan je.So tak kisah la kalau nak dengar.Kalau ada brothers of course la segan sikit.Lepas habis usrah, cepat-cepat aku pergi dengar.Tapi dah dekat sejam duduk, badan aku yang kurang sihat mula meragam sebab dah makin panas.Cepat-cepat beli 100plus dan naik bilik.

Bila bercakap pasal zina, pornography, or cinta sejenis ni, gejala ni makin berleluasa.betul!perkara ini seolah-olah perkara biasa yang menjadi bualan mereka.Remaja sekarang seolah-olah dah hilang rasa malu.Dah tak tahu beza mana haram mana halal.Kadang-kadang rasa nak marah je.Dah besar panjang, dah bersekolah bertahun-tahun, masuk universiti pun ada kelas agama, tapi masih tak faham.Bila teringat kata-kata seorang ustaz ni, mereka sebenarnya bukan tak faham macam apa yang kita faham, tapi mereka nak nafikan apa yang mereka faham sebab mereka tak mampu nak kawal nafsu dan beranggapan seolah-olah mereka tak tahu, dan boleh melakukan kemungkaran!Lelaki dan perempuan, sama je.Video lucah seolah-olah perkara biasa sehingga menjadi bualan biasa bagi mereka.Kemudahan teknologi sekali lagi disalah gunakan oleh mereka.Padahal teknologi sikit pun tak salah, jadi kenapa nak bahas kan soal media massa, soal internet?Teknologi tercipta untuk memudahkan kerja serta urusan seharian disamping mebantu meningkatkan kemudahan belajar dan menambah ilmu pengetahun!Perh, panas makkkk bila cakap pasal ni.

Pernah terdengar seorang perempuan ni bercakap dengan lelaki pasal video lucah.Hmm!
"U tengok video porno ke?"
"I tak ingin la tengok video porno tu.I dah ada semua yang ada dalam tu.Boring"
"U guys punya?Tak menarik lah.Benda biasa je guys punya."

Perh, ayat dorang, bagi aku, aku dah cukup menyampah dengan ayat tu.Walaupun ada sesetengah pihak bagi dorang adalah biasa,tapi bagi aku, itu luar biasa.Tak malu ke sebagai perempuan cakap perihal sulit dengan lelaki?Dengan perempuan pun aku malu, inikan pula dengan lelaki.Serius mana malu korang????Kalau dah tak sabar sangat, suruh pakwe kau masuk meminang, kahwin dan cepat-cepat timang anak.Tak perlu lah kau nak bercakap perihal tu.Ini lah yang ada dalam masyarakat kita sekarang, "MENGANGGAP SESUATU PERKARA YANG TELAH DITETAPKAN HARAM SEBAGAI PERKARA BIASA" Siapa yang bagi korang kebenaran anggap pegang tangan tu biasa?Siapa korang nak kata kalau dengan kawan-kawan takpe bersentuhan sebab tak naik syahwat?Siapa kata???kitab mana korang baca?Penulis mana yang cakap?????Bagitahu sikit.Boleh aku pergi rujuk jugak.




Ada sesetengah pihak tu, gunakan laptop untuk simpan bahan pornography dorang.Gambar-gambar dorang bersosial.Dah pandai hiddenkan file, letak dalam multiple folders, hello, aku tak bodoh.taktik korang dah lapuk.Masalahnya hanya satu, bila dorang tak tahu betapa indahnya Islam menghalang mereka dari bercampur gaul sesuka hati.Kalau budak-budak universiti sekarang, dorang suka baut trip bercuti ramai-ramai bercampur dengan lelaki dan perempuan.Ada yang berani duduk satu rumah lagi.Perangai, macam apa ntah.Sorrylah, aku memang anti sikit kalau pergi bercuti-cuti bercampur gaul lelaki dan perempuan.macam dah takda cara lain je nak bercuti.Ajak family lagi bagus lah.Sayanglah diri wahai perempuan.





Maafkan aku, kadang-kadang aku tak berniat nak pandang sinis orang-orang yang cakap:
"Aku mestilah nak orang lelaki yang boleh bimbing aku.ni kalau solat Jumaat tak pergi, macam mana nak bimbing aku bila kahwin"
Memang aku minta maaf sangat.Aku kadang-kadang tak terniat dihati pun nak ada perasaan jengkel tu, tapi, kalau betul niat baik kau macam tu, kau kena lah jadi baik jugak.Kalau kau berdating time solat jumaat, macam mana lelaki tu nak pergi solat jumaat?salah siapa?Hmm.Begitu jugak lah bagi lelaki-lelaki yang inginkan wanita baik menajdi bini dorang.

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya anda masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk anda ikuti?

Banyak-banyak lah beristighfar.lebih-lebih lagi dizaman sekarang ni.Aku pun dah panas bila bicara soal ni.kadang-kadang sedih tengok kawan sendiri hanyut macam tu je.Takpe lah kalau korang nak bahas fatrah bercinta dan ingin dicintai itu.Aku tak mampu nak sangkal, tapi pandai-pandailah jaga diri.Buat yang masih bersabar untuk merasa nikmat cinta itu, semoga kalian terus-menerus dirahmati Allah.Takpe, pasti Allah telah sediakan yang terbaik buat kalian.Kawan-kawan yang aku tak bisa nak menegur, maafkan aku atas kelemahan aku.aku bukan membenci kalian, tapi aku benci akan maksiat itu sendiri.Aku sayang korang, sebab itu, selagi termampu aku akan cuba sedaya upaya membantu.



p/s:Janganlah ghairah pada benda yang bukan sepatutnya!ketika usia masih muda, ketika tenaga masih kuat, jom lah kumpul saham kebaikan untuk kebahagiaan masa akan datang!Kalau dah ada berkenan dihati, baca doa kat atas tu :) Mudah-mudahan Allah tolong kita!Amin~

Saturday, January 15, 2011

P.E.R.E.M.P.U.A.N


Assalamualaikum..

Kebelakangan ini mood penulis sangat tak baik.Sangat kacau dan berterabur.Tapi Alhamdulillah, cepat berpijak di bumi yang nyata.Dan agak-agak macam dah oke!Kerja pun sangat memberansangkan.Ya lah, semua kerja selesai dengan baik.Quiz dan tutor untuk chapter yang paling aku tak suka pun dah selesai.Macam seronok je toreh kertas selesaikan graph =.=" Oke selesaikan cerita penulis sampai di sini sebab aku ada cerita pasal perempuan.

Alkisahnya, adalah adik kecik manis lagi comel ni mempersoalkan aku.Fuhh~Agak lah cuak masa dia call tiba-tiba tanya aku, "Mak cik, kenapa perempuan ni susah nak predict?Aku dah bengang sangat ni mak cik.Aku pun perempuan, tapi takdelah nak "emo" macam dia sampai dia nak sakan ngamuk macam hantu.Itulah gedik, gaduh dengan pakwe nak menangis macam mati suami.Tu baru sikit akak.Ada lagi satu minah ni, boleh tak dia tanya aku soalan bodoh, kenapa cukur kening tu tak boleh?weh, tak belajar agama ke?Aku dah bengang nak story.Cakap lebih pun, nanti orang pertikaikan aku punya cara.Aku bukanlah akak-akak yang pakai tudung labuh sampai lutut.Susah kak.Aku nak cakap banyak-banyak, lama-lama aku jadi bengang.Kau tau, aku teman sorang minah ni jumpa pakwe dia, dengan rasa tak malu nya, dah lah suruh aku teman, dah tu bersentuh-sentuh depan aku, memang tak pasal-pasal la tempah sumpah seranah aku kak.Aku ingat kalau aku teman dia, dia malu nak buat bukan-bukan sebab walaupun aku ada berkawan rapat jugak dengan lelaki tapi aku behave dan takda la mengada-ngada macam dia.Pandai pulak dia cakap "Pakaian tak melambangkan IMAN" dan pot-pet pot-pet"
(perbualan tersebut berdasarkan seorang "aku" dan "dia" dan telah bercampur dengan pelbagai perbualan)

Terima kasih.Memandangkan internet dekat LY ni sangat laju, akak penulis ni macam rajin nak update walaupun akak takde bahan yang cukup untuk menulis kali ini.Maafkan akak wahai adik-adik.Akak bukanlah perunding masalah mahupun kauselor mahupun ustazah.Akak hanyalah manusia biasa yang takdalah pandai sangat nak buat penerangan mahupun nak menulis panjang lebar.Akak cuba sebaik mungkin lepas ni korang topup sendiri dengan mencari Encik Google dan juga orang yang lebih pakar.

  1. Situasi:Perempuan yang gedik bercouple dan bila dah bergaduh nak "emo" dan merauang semacam.Situasi macam ini, susah aku nak terang.Dah namanya perempuan, memang macam tu lah.Orang bercinta ni ada gangguan hati.Aku ingat lagi ustaz cakap apa, selagi mana perempuan dan lelaki tu belum dimiliki yakni bernikah, perhubungan dorang pasti dorang rasa tak selamat.Iyalah, macam mana nak selamat sebab dorang hanya declare sebagai pasangan kekasih, bukannya suami isteri.Sedangkan bila berkahwin pun boleh bercerai berai sebab di"rampas" pasangan mereka, apalagi kalau yang belum berkahwin.Kan?Aku sendiri pernah tersedar pukul 2 pagi sebab terdengar ada benda nangis mendayu-dayu dilevel 3 blok B itu.Sungguh aku dah cuak dan takut gila sebab ingatkan apalah yang berbunyi.Dengan langkah berani aku buka pintu dan mencari arah bunyi dan akhirnya aku terdengar perbualan seorang perempuan yang sedang on phone dengan boyfriend nya bergaduh soal cemburu.(maafkan aku sebab terdengar perbualan korang =.=") Sejak dari hari itu, aku selalu nampak perempuan tu bercakap dengan handphone dengan boyfriend nya sambil menangis-nangis dan bercakap "u ni selalu nak curang" ^____________^ Haha!maaf ya, itu ja ayat yang aku dengar :P Lepas ni tak curi dengar dan dan lain kali, sister jangan lah cakap dan nagis kuat sangat.Baru la saya tak dengar.
  2. Situasi:Perempuan berlawa dengan mencukur kening dan kenapa tak boleh mencukur kening?Hmm.Disini aku nak kongsi satu hadis: “Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang dibuat tatoo dan dibuatkan tatoo” (HR. Bukhari dan Muslim) Tapi biasanya perempuan-perempuan yang berkeinginan dan berniat nak menghaluskan kening mereka yang tak berapa nak tebal tu, selalu sahaja berbahas dengan aku tentang kalau suami suruh, kalau malu, kalau nak kahwin.Heshhhhh~Ni mak nak marah ni.Wahai anak-anak gadis yang di sayangi sekalian, kalau anda mendapat arahan daripada suami untuk mencukur kening korang, maka dengan itu korang mendapat arahan atas sesuatu yang haram, maka korang ikut arahan suami korang tu pun, kira haram lah.Ni aku dapat masa dengar ceramah oke.Bukan aku buat kesimpulan sendiri.Nak cantik pun ,kena gayalah adik-adik.Bukan tak boleh korang nak berlawa.Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.
    Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.
  3. Situasi:Pakaian tak melambangkan IMAN?Wallahualam.Kadang-kadang kerana nila setitik rosak susu berbelanga.Tetapi harus kita ingat, bila hati kita baik, dalaman kita suci, maka akan terbentuklah kecantikan luaran atau lebih tepat lagi, dari pakaian dan cara mereka.Kalau kita sekadar bersolat tapi amsih bersentuh dengan lelaki, masih pakai pakaian yang menjolok mata, kita fikir-fikrkan kembali. "Tepuk dada, tanya IMAN" Sedangkan kita tahu, malu itu separuh dari IMAN.Tapi kalau mereka tak malu pakai baju ketat, pakai baju singkat, apa lah jawapannya tu?Pakai tudung nak dedah dada, pakai baju nak nampak bentuk tubuh.Kalau muka naik jerawat tahu pulak malu, sampai susah hati duk fikir nak hilangkan.Tapi aurat yang terdedah tak malu pulak?Susah wanita akhir zaman ni.Kadang-kadang apa kita cakap, banyak je dorang nak bantah.

Akhir sekali, laptop akak dah nak kehabisan bateri, lupa pulak nak bawa charger, jadi akak kena stop dan publish terus entry ini.Tak sempat nak make up entry.Hehe!Yang baik datang dari Allah, yang burk dari diri akak sendiri.Selamat mengambil iktibar walaupun sedikit.Kalau kita tak mampu nak terima semua, jangan kita tinggal semuanya, amibillah walaupun sedikit untuk kearah kebaikan. :)

Thursday, January 6, 2011

silent reader :)

Assalamualaikum :)

Silent reader?Apa benda tu?Pembaca yang diam?Eh, diam pembaca?Apa aku merapu?hehe!Takda lah..Alkisahnya macam ni, selama ini, aku sangat tak suka nak follow-follow orang, susah nak cari mana dia letak tempat nak follow and malas nak banyak-banyak aturan sebelum menjadi pengikut blogger lain.Yelah, mula-mula kena klik follow, lepas tu keluar pop-out untuk jadi follower, then kena tekan done bila follow.Kalau blogger set up dia punya blog pop-out takpe lagi, ni buat another window, memang malas la nak follow.Hoho!Lepas tu bila tekan done, terus hilang dia punya blog, susah aku nak cari balik, potong stim je duk baca dia punya blog.HAHA!Sorry la, ini aku je punya pasal.

Kalau blogger yang setia tu, tak payah cakap la, kerja dorang blogwalking and baca blog.Dulu-dulu, hobi aku, baca blog, kalau best aku bookmark je dia punya blog as easy as click Ctrl+D.Haha!then Enter!Senang :). Tapi keburukannya aku susah nak tahu dorang dah update blog ke belum.Kalau yang memang blogger sejati, tak payah cakap la, sehari dua tiga post dorang buat :) Kalau macam aku ni, maunya sebulan 2 kali je dang-kadang berupdate :) hehe!Lebih-lebih lagi sekarang ni ada masalh internet.Lembab nya macam siput.Tersengguk-sengguk nak update satu entry!Hehe!Nak upload gambar pun macam semput je.
Sekarang ni banyak blog aku baca ada pasal give away.Ingatkan apa la, rupa-rupanya dorang baut contest untuk tarik readers!Bijak, dan nampaknya mereka memang berjaya.hehe!Seronok tengok dorang buat benda tu, tapi takda seru lagi nak join.Kot-kot ada hadiah best nanti boleh lah aku join.hahah!macam-macam orang buat untuk tarik orang baca blog dorang, syabas lah dengan idea-idea dorang tu :) Aku akan kumpul tips-tips nanti :) HAHA!
Memandangkan sem ni aku memang tak banyak kerja, so boleh la baca blog.And aku bukan je baca blog, aku suka baca novel @ cerpen pendek.Mana tak tebal spek mata aku ni.Mengadap ke laptop je.Facebooking pun macam dah kurang.Sekarang ni tengah belajar pasal bisnes,berkira-kira nak buat perniagaan kecil-kecilan.Haha!Ingat senang ke?takde benda senang dalam dunia ni, macam-macam aku kena belajar before aku nak mulakan kerjaya baru.Makan masa dan perlukan modal.Bab modal tu yang susah nak kumpul.Haha!Tu pun belum tentu barang yang nak dijual akan habis dibeli lagi tu.Takpe, mula dari bawah, yang penting kena ada kesungguhan.Tak gitu?

Habis entry pasal silent reader! :)


Adik saya :)

Hari ini dah 6 Jan 2011, beberapa hari lagi hari jadi adik aku(25Jan).Tiba-tiba je pak cik tu nekad nak pergi boarding school!Bagus lah tu,tak macam kakak dia ni, dah elok-elok masuk sbp, balik rumah.Gedik betul.Minta-minta dia dapat pergi sekolah yang elok-elok.Kata nak jadi engineer yang berjaya kan.Amin2.Okelah, sama-sama korang aminkan ya :)Oke lah, sementara internet masih laju ni, eloklah aku post entry ni cepat-cepat kalau tak, mahunya tersimpan dalam draft je :)
Jumpa lagi di entry akan datang :)

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com