Tuesday, April 28, 2009

Salam Sakaratul Maut

bismillahirrahmanirrahim dan salam

semalam aku baca lah buku yang bertajuk
INSAN, INGATLAH!
Sebuah Panduan Menuju Hati Yang Tenang
By: Nik Abdul Aziz Nik Mat

Ya Allah,bila baca2 buku macam ni, terasa kerdil yang amat disisiNya
Betulkan, takkan ada nasihat atau pengajaran yang paling berkesan untuk mengubat penyakit hati, selain kita fikr soal kematian sebab kematian pastinya menimbulkan kesan dalam hati setiap manusia.

Sebenarnya hidup ni memang singkat dan tanpa kita sedar malaikat maut telah pun menghantar perutusannya kepada manusia.
cuma kita manusia je yang tak sedar kecuali yang selalu mengingati mati.
Perutusan tu berbentuk fizikal dimana uban mulai menumbuh ,pandangan mulai kabur iaitu rabun, kulit yang mulai beransur lisut, sengal-sengal pada sendi dan sebagainya.
Kemunculan tanda-tanda tersebut sebenarnya menandakan bahawa malaikat maut sedang berkirim salam bahawa dia akan mengunjungi kita tak lama lagi.

ada yang mengambilingatan daripada tanda-tanda tersebut tapi ada juga yang tak mengendahkannya.
huhu!tapi itulah manusia.kita hanya manusia biasa yang imannya turun dan naik.
kita tak semaksum Nabi Muhammad SAW.

aku ingat lagi tahun lepas.masa tu nak trial SPM.
seminggu aku hidup tanpa cermin mata sebab cermin mata aku patah dan amik masa seminggu untuk siapkan cermin mata baru.
tak semena2 aku menangis masa tengah belajar addmath.
ye lar,masa tu aku tengah ajar budak2 ni la,sebab cikgu dah bagi kumpulan setiap kelas untuk ajar mana2 yang lemah dalam addmath.
jadi sebelum mengajar,aku kena take note dulu tapi masa tu mata rabun jadi aku tak nampak apa cikgu tulis.
aku cam sedih sangat masa tu,ye la,satu nikmat untuk aku dah ditarik Penciptanya.
adeh!sebab semuanya hanya pinjaman, dan jagalah pemberian Allah dengan baik.

Kita tak tau kan bila masa kita pergi menyambut seruan Ilahi, maka beringatlah dari sekarang.
Dia telah kurniakan tempoh yang munasabah untuk kita buat persiapan menghadapi hari ITU!

Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Apabila Allah menangguhkan usia seseorang sehingga enam puluh tahun, tetapi dia tidak menggunakan umur itu sebaik-baiknya maka Allah sekali-kali tidak akan memaafkan orang itu."

(Riwayat al-Bukhari)

Maka jelaslah jika KITA terus mengabaikan usia sebanyak itu, sesungguhnya KITA telah mengabaikan peluang keemasan yang diberikan kepada KITA!


14 comments:

a i m a n said...

nauzibillahi min zalik..
teruk n lekanya manusia skrg ni ya..

semoga kita dapat manfaatkan usia kita sebaik2nye..
tahu apa tujuaan kita diciptakan..

و ما خلقت الجن و الإنسان إلا ليعبدون

"wa ma kholaqtul jinna wal innsani illa liya'budun"

"Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan insan kecuali untuk beribadat kpdKU"

eida said...

yupp betul2~
insyaAllah,dari hari ke hari cuba membetulkan diri..

Allahu Akbar!!

a i m a n said...

maaf, ada pembetulan sikit kat ayat quran tuh..


و ما خلقت الجن و الإنس إلا ليعبدون

astarghfirullah, cmne leh silap nih..
*sigh

ok, ayt yg tadi tu tersalah..

=)

Allahu Akbar!

eida said...

(HOHOHO)

oke,kita tak handal sangat bab2 ayat ni..
jadi xtau betul salah..isk3! (T_T)

assabakie said...

ku akui kelemahan diri..
ku insafi kekurangan ini..
ku kesali kejahilan ini...
huhu

ya allah..
matilah aku dalam keadaan khusnul khatimah,,,,

eida said...

**terimalah..terimalah..terimalah taubatku ini**

**tetibe teringat kem hari tu**

insyaAllah~

assabakie said...

hassan...hassan,,,

ingat ag dop..
ngeh2

wt tok tdo jah male tuh..
hehe

eida said...

ingat2...
bakpe tak ingat..
hohoho!

nangis2 lake masa tu sebab takut..
hoho!

memang susah tido malam..
mula la qiam jadi lambat..:P

assabakie said...

kaka..
sape la hok nanhis kuat skali..
ada la dua bradik tuh..
hehehe...
lalalala~~~~

huhu..
meme pakat bangun lmbat pagi tuh..
tapi gak..
bagnun lambat pom tok leh masuk cepat ugop..
pitu koci ag..
hehe

eida said...

hahaha!
kira kita memang bagus jugak la benanya..
awal lagi la kita gi tu..

haha:P

2 beradik alik kelate asonya..

assabakie said...

ho r..
meme awl pom..
pah ko abe and kak2 angun lewat..ngeh2..


ais..
klu hok bradik alik klate..
hok pue jah..
hok laki relax...
kakak..koya~~

eida said...

hok laki pun supo je ase..
dok kelih pun tau dah!

biar wat lolop peace skmo pun!
hahaha:P

assabakie said...

mana ader....
(klu nagis pom skit aja)...
ngeh22..
tp bgs..
air mata insaf....
yaaaaaa...

aish..
peace tu ikhlas..
hehehe

eida said...

ye btol2!
insyaAllah,biarlah ia benar2 air mata insaf..

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com